Anda di halaman 1dari 6

hanks bertanya pada Adi .. Maaf agak lama tertunda jawapan balas ..

Untuk masalah tersebut saya cuba


berikan sedikit info seperti dibawah secara ringkas..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Diy Repair Bumper Kemek Ke Dalam
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
-Kalau kereta zaman dulu bumper dia keras-keras dan tak mudah pecah bila berlanggar ... Tapi kereta
zaman sekarang kebanyakkannya mudah ajer kemek dan pecah.... kebanyakan meterial buat bumper
kereta sekarang ni sama ada diperbuat dari plastik(PU) atau fibre... Mungkin ada yang tidak tahu,
bahawa bahagian depan kenderaan sememangnya direka untuk kemek. Kawasan ini dipanggil zon
kemek (crumple zone) yang berfungsi sebagai penyerap sebanyak mungkin hentakan sebelum tenaga
hentakan ini dipindahkan kepada penumpang kenderaan. ini dikira faktor keselamatan gak tu...
-Cuma ada pulak sesetengah kes pula, apabila kereta tu berlanggar bumper tu tak pecah remuk.. tapi
bumper tu kemek kedalam ( terkelup kedalam).. Pelik kan kira ok lah tu dan dah kira bernasib baik lah
kan... tak banyak kos nak repair... so masalah bumper sedemikian boleh kita baiki sendiri seperti mana
cara dibawah..
Jangan berhenti dihalakan kepanasan hair drayer pada tempat kemek tu… Jolok/ tekan-tekan tempat
kemek dari belah dalam tu sampailah timbul semula (permukaan kemek rata balik semula)..

***Perhatian: Cara diatas sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kemek (dent) supaya tak lah
nampak sangat kesan kemek pada permukaan bumper kereta tersebut...kadang-kala cara ni menjadi...
tapi kadang kala tak berkesan... apa pun cuba lah mana tau menjadi....
Sila tinggalkan pesanan.. Komentar.. atau saranan kami cuba perbaiki.. Bagi memantapkan lagi bahan
pada episode akan datang di ruang Comment

) Guest: Aku adalah seorang pengguna motor EX5 (1st model) sejak tahun 2001 sehingga sekarang.
Walaupun aku sudah lama pakai motor ni, pengetahuan di dalam teknologi kenderaan berenjin masih
cetek, senang citer tak tau langsung.Adakah sesuai jika saya menggunakan minyak 4T shell VSX untuk
motosikal saya? Bagaimana pula kesannya terhadap enjin dalam jangka masa panjang. Apekah kadar
kilometer untuk menukarnya minyak itam dan boleh tau cara manapenjagaan motor ni. camne pulok
service honda wave ...?.TQ.

2) hakeem bro..tips penjagaan EX5 xde ker??

3) tehr said... aku tak biasa dengan yamaha ni dari dulu dengan honda je..tapi penjagaannya lebih
kurang juga kan, bro?
_______________________________
Jawapan kami..
Terima kasih kerana bertanya... Honda EX5 dan Honda Wave merupakan motorsikal empat lejang.. Jadi
penjagaan nya juga tidak lah rumit kerana motor empat lejang merupakan motor yang tahan lasak..Kos
penyelenggaraan dan alat ganti juga murah.

Honda EX5....Motor yang paling murah dan popular.Walaupun dikategorikan motor murah, tapi motor ni
paling – paling sedap bila ditunggang kerana ia ringan. Mudah ditunggang kerana adanya klac emparan
automatik, oleh itu sesuai digunakan untuk belajar menunggang motosikal. Sangat menjimatkan minyak
(sehingga melebihi 40 km/L) Honda EX5 pada asalnya mengantikan generasi honda cup lama ni
dilengkapi sistem gantungan hadapan teleskopik bagi menggantikan gantungan rangkaian bawah, dan
transmisi 4 kelajuan yang lebih cekap bagi menggantikan transmisi 3 kelajuan yang digunakan pada
honda cup model lama. Penggunaan enjin 4 lejang menjadikan enjinnya lebih senyap berbanding enjin
dua lenjang yang digunakan oleh saingannya dan mampu berjalan jauh tanpa lampau panas.
_______________________________

Honda Wave... Menggunakan kerangka tiub keluli, brek disk hadapan dan set penutup plastik dalam
pelbagai pilihan enjin - 100cc, 110cc dan 125cc. Dari segi kelasakan rasanya wave lagi baik kot. Kalau
nak tahan lasak jalan hari-hari atau distance jauh , spare part senang, maintenance senang, minyak jimat
ni lah pilihannya.makin panas enjin honda makin smooth, dari segi minyak memang menang kat honda
wave jimat memang terasa beza.
_______________________________
Tip-tip Penjagaan Motor empat lejang
(Honda EX5, Honda Wave)
Setiap kali servis motor ni, 3 perkara yg wajib aku lakukan ialah tukar minyak hitam, ganti plug baru, refill
air bateri sekiranya diperlukan.
_______________________________

1) Servis Motor Jadual


penukaran minyak pelincir dan servis perlu diikuti secara tepat untuk memastikan tahap perlindungan
enjin secara maksimum.

Sebenarnya penjagaan Motor Honda EX5 penyelenggaraannya murah.. cuma tukar minyak hitamnya
aje... Minyak pelincir bagi Honda EX-5 anda perlu ditukar setiap 5,000 kilometer seperti dicadangkan
pengeluar.Sekiranya anda jarang menggunakan motosikal dan ia belum mencapai 5,000 km dalam masa
enam bulan, tukarlah minyak pelincir bagi mengelakkan minyak hitam tu tak likat (cair).Tapi ada yang
kata 4 stroke macam EX5 nih kena kerap la tukar minyak hitam.. 1000km sekali atau sebulan sekali..

Bagi Motor Honda Wave pula penukaran minyak pelincir dari 5,000 km kepada 6,000 km.
_______________________________

Banyak2 brand motor kapcai kat malaysia ini,motor apa yang paling sesuai nak guna pakai?yang jimat
dari segi minyak,penyelenggaraan dan ciri-ciri keselamatan? Nak tanya boleh?heheee antara motor
kapcai yang ada,motr mana yang tahan dan jimat nak servis?honda,yamaha,?

_______________________________
Jawapan kami..
Thanks bertanya maaf lambat jawab pertanyaan anda.. kerana agak kesibukan lah sedikit.... apa pun
kami cuba jawab secara ringkasnya macam kat bawah...

A) first sekali pemilihan motorsikal kena tahu perbezaan motorsikal 4 lejang dan 2 lejang baik buruknya..

Perbezaan 4 lejang dan 2 lejang

_______________________________
B)Secara keseluruhnya bagi saya engine 4 lejang lebih menjimatkan walaupun sekali sekala perlu
dibuat top overhaul.Apa apa pun bergantung tujuan asal motorsikal ini hendak digunakan
-Kalu nak race baik 2 lejang
-Kalu nak buat pergi kerja baik 4 lejang
C) -BAJET & Jenama (Brand)
Bajet adalah perkara yg terbesar dan terpenting sekali. Korang sering ditanya, berapa bajet yg ada sebab
terlalu banyak kategori motosikal yang ada berdasarkan bajet anda.lagi satu tentang jenama (brand)
selalunya barang apa pun, selalunya harga kena dengan kualiti . kalau pandai buat pertimbangan Alah
membeli menang memakai: membeli barang bagus tetapi mahal sikit masih lebih menguntungkan
daripada membeli barang murah tapi cepat rusak.
_______________________________
4 stroke
Tiga Motorsikal Kupcai 4 lejang menjadi pilihan bagi aku

1. Kalau Bajet Antara RM6000 ( Range RM6000-7000).Yamaha 135LC...Sejak model Yamaha ni keluar
pasaran Malaysia tak silap saya tahun 2006, model ini menjadi model yang paling popular dan laris
sekali. Pada keluaran pertama LC 135 boleh lari laju gila sebab masa tu model ni tak ada cut off
lagi. Sejak permintaan motor ini makin tinggi dan banyak juga eksiden kat jalan raya Malaysia, terus
jadi biasa – biasa je. Tapi kalau nak dibandingkan motor ni dengan motor keluaran Yamaha yang
lain, saya rasa model ni la yang paling jimat, cantik dan juga amat – amat berbaloi kalau nak beli.
Terdapat dua jenis iaitu satu yang ada clutch dan satu lagi model biasa. Harganya tak silap dalam
lingkungan RM6500. Dari segi penjimatan minyak memang ketara . Walaupun tangki sekecik 4 liter,
tapi dengan cara penunggangan yang berhemah ( 80-100kmh) ,Motorsikal ini boleh digerakkan
sejauh 150-180km dengan mudah. Motorsikal ni jugak sesuai untuk perjalanan jauh berikutan
dilengkapi dengan coolant dan kipas serta radiator Malangnya motorsikal ni sering menjadik tumpuan
pencuri.

bro nak tanya,kalau kereta dah kurang mantap..macam mana nak bagi pretasi dia mantap balik?ada cara
ke?ke nak tukar enjin gak..
#bagaimana cara nak lajukan kereta yang dah lama guna apabila pick up dah tiada..

Jawapan kami...
Thanks pada Woofer Storm bertanya.. Maaf lerr agak lambat balas jawapan tersebut... Sebenar saya
bukan pomen kereta pon… Tapi saya cuba berikan sedikit pandangan secara ringkasnya…
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Masalah Kereta lembab tak ada pickup
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Ok Masalah Kereta kurang pick up ni agak general dan banyak punca bagi kereta dah lama pakai dan
telah berusia .. Perkara ni kena rujuk pada makenik apa masalah yang dihidapi pada kereta tersebut..

-Kalau kereta Standart korang kurang pick up atau lembab atau terasa berat... berkemungkinan ini antara
puncanya...
Pernah tak korang buat masa tukar minyak hitam enjin bubuh Engine Oil Treatment.. Sekira boleh,
masukkan sedikit Engine Oil Treatment setiap 3 atau 6 kali menukar minyak hitam.. jangan ler letak
banyak tau..1/2 botol cukup ler. tujuannya memberikan lebih perlindungan pada bahagian dalaman enjin
dan selain itu meringankan dan melancarkan lagi pergerakkan piston turun
.Bagi kereta yang guna carburetor. Rasanya elok buat servis dan cuba cuci carburetor... maybe
sudah tersumbat dan berkeladak kotor banyak enapan carbon... Kaburetor yang dipasang pada enjin
kereta mempunyai satu alat yang dipanggil “acceleration pump” yang berfungsi untuk menambah aliran
minyak masuk ke ruang pembakaran enjin dan meningkatkan kuasa dengan dengan pantas seperti
ketika memecut untuk memotong kereta lain. Jika kereta terasa lembab biasanya alat inilah yang
bermasalah.
Motorsikal aku stahun dah tesadai...tak dpt start..tekan starter xde bunyi kcing2 starter, x ade rase
terhenjut2.. dah hantar repair pastuh dalam sehari die kondem balik...takde karan...takleh start...Hantar
balik repair.. Masa tengah bawak, tetiba dia mati sendiri. Pastu, try start balik guna e-starter. Tak hidup.
Sampai bateri weak la. Pastu guna kickstart pulak...pun sama, tak Pas2 mati2 tengah jalan knape
ye? Pening2 aku dibuatnye. betul ke CDI racing ni tak bagus?

Jawapan kami..
Thanks pada yang bertanya azmi_arif .. Maaf lahh sebab agak lama tak berblog ni sibuk sikit lah... Ini
entry terakhir pasal motorsikal pada bulan ni.. sebenarnya aku tak pandai langsung nak jawab
pertanyaan ni.. Sebaiknya hantar bengkel dan rujuk pomen balik tapi aku bagi sedikit padangan secara
ringkasnya seperti dibawah..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Masalah Ignition Motorsikal Tidak Boleh Hidup
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Proses pembakaran petrol di dalam enjin motosikal (ignition) dilakukan oleh palam pencucuh (spark plug)
yang menerima arus voltan yang tinggi dari Koil Magnet (Magnetic Coil) melalui Kabel Berpenebat.
mungkin ada masalah pada beberapa part ignition motorsikal tersebut .. ni kena buat pemeriksaan
terperinci
kisah aku minggu lepas..banyak kopak duit rantai putus. Ride ke Kelantan.Nak buat mcm mana dah
nasib aku. bleh x bro citer psal rantai moto ni?

Jawapan kami
Thanks bertanya pada razif tentang perkongsian pengalaman .. Saya cuba kongsi serba sedikit
berkenaan rantai motorsikal ni.. Insya Allah seperti dibawah ni..
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip Penjagaan Rantai Motorsikal
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ ۩ஜ۩ஜ۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Rantai adalah antara bahagian motosikal yang kurang diberi perhatian oleh ramai penunggang. -Jarak
terbaik untuk menukar rantai adalah sekitar 60,000 kilometer, bergantung kepada faktor tunggangan dan
keadaan persekitaran.
-Jika korang asyik ajer ketatkan rantai skru pelaras habis dipusing, tetapi rantai masih kendur, maka
tukarlah rantai korang.

Rantai O-Ring dan X -Ring

Pakai Rantai Motorsikal Standard je ( rantai jenis o-ring) Namun pemilik motosikal boleh menukarkannya
kepada rantai yang lebih baik seperti rantai jenis x-ring.Penggunaan rantai x-ring banyak didapati diarena
perlumbaan termasuklah cubprix di negara kita. Selain tu motor-motor berkuasa besar sudah tentu
cenderung menggunakan rantai jenis x-ring kerana ketahanannya lebih tinggi daripada rantai 0-ring.
_______________________________
Set Sporket
-Satu lagi, kalau rantai motor asyik tercabut dari gigi sporket (mata spoket dah tajam) Yang paling penting
tukar sporket bila mata sporket dah tajam. tukarlah satu set sekali..Bagi menjamin mutu dan keselamatan
ketika pemanduan, pilihlah set sporcket yang berkualiti seperti RK-M atau SSS.

_______________________________
Rantai Motorsikal Putus
Ada penunggang sampai rantai putus baru nak mencari yang baru. Bahayanya apabila rantai putus ia
berkemungkinan tersangkut pada bahagian moto atau roda dan akibatnya anda boleh hilang kawalan
ataupun rantai boleh melibas sehingga merosakkan bahagian enjin. Jika nasib baik ia mungkin jatuh atas
jalan tanpa sebarang tindak balas. Tau tau bila tekan minyak motor tak bergerak. Jika ada selekoh di
depan sudah pasti anda terbabas.

_______________________________
Akibat Rantai Putus
Tengoklah rantai bila rantai putus boleh mengakibatkan kerosakan besar apa bila rantai tersangkut dalam
cover enjin motorsikal dan mengakibatkan cover tersebut pecah dan kesemua sporket rosak teruk dan
jahanam.

_______________________________
Sila bawa Tool bersama anda
Kalau nak jalan jauh seperti nak pulang ke kampung .. Harap lah dapat bawa sekali peralatan seperti di
bawah untuk persediaan kalau motorsikal dalam keadaan darurat terputus rantai motor..Tak ada siapa
yang nak tolong atau Bengkel Motorsikal langsung tak ada yang berdekatan disitu.. Maka ini lah ikhtiar
yang dapat kita lakukan

Anda mungkin juga menyukai