Anda di halaman 1dari 1

BENCANA ALAM DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Bencana alam boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira sama ada dalam negara membangun
atau mundur. Sesebuah negara yang terlalu pesat dengan pembangunan akan menyebabkan kemungkinan berlakunya
sesuatu bencana adalah amat tinggi. Namun, hubungan sesebuah negara adalah amat penting untuk tujuan bantuan
ketika berlakunya bencana alam. Oleh itu nilai toleransi perlulah diamalkan oleh sesebuah negara. Keadaan ini
membolehkan negara lain boleh bertolak ansur dengan negara lain.

Jika diperhatikan, sesebuah negara yang terlibat dalam sesebuah pertubuhan antarabangsa akan mudah
memperoleh bantuan apabila berlakunya bencana alam. Mereka sentiasa mengamalkan nilai saling membantu dan
bekerjasama dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini menampakkan bahawa segala usaha adalah dilakukan secara
bersama bagi menjaga kebajikan negara anggota masing-masing. Keadaan ini juga mampu mengelakkan sesebuah
negara terus ditunjangi masalah.

Bagi sesebuah negara besar seperti Amerika Syarikat yang umumnya segala ekonomi dunia bergantung
kepada kuasa besar tersebut, bencana yang berlaku mampu mematahkan semua perjalanan ekonomi dunia. Dengan
nilai sikap keterbukaan yang diamalkan oleh negara-negara lain termasuk negara sekutunya, mampu memberikan kesan
baik dalam masa yang singkat. Keadaan ini berlaku kerana semua negara yang bergantung kepada ekonomi negara
tersebut tidak mahu kejatuhan ekonomi berlaku lagi dan bersedia memberi pandangan dan pembaharuan untuk
penyelesaian masalah akibat bencana alam.

Jika dilihat dari sudut pembangunan pula, sesebuah negara yang pesat membangun mudah untuk dilanda
bencana. Walaupun kita tidak menjangkakan perkara ini akan berlaku, namun nilai kepercayaan kepada Tuhan adalah
sangat penting dalam kehidupan. Hal ini menyeru kita supaya yakin dengan apa yang ditakdirkan Tuhan terhadap
kehidupan dunia. Oleh itu, perlindungan terhadap alam masih perlu dititikberatkan walaupun pembangunan rancak
adalah satu keperluan untuk kemajuan.

Tuntasnya, segala bentuk bencana alam boleh berlaku tidak kira masa. Sebagai manusia yang diberikan
akal, kita perlu sedar bahawa nilai hidup bersama secara aman mesti diteruskan dalam kehidupan dan hubungan antara
negara. Segala masalah akan dapat diatasi jika kita sentiasa hidup berbaik-baik dengan saling membantu. Pembangunan
negara juga akan dapat berjalan dengan pesat walaupun bencana menanti untuk berlaku. Segala masalah pasti akan
dapat diselesaikan secara bersama jika manusia percaya akan tanggungjawab terhadap alam sekitar dan sesama
manusia.

(339 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai