Anda di halaman 1dari 12

HBU 124

BADAN PERTOLONGAN CEMAS 2

TERBAKAR DAN MELECUR

NAMA: WAN ZAITUL IZZAH BINTI WAN ENDUT

NO MATRIK: 2009483062

NAMA JURULATIH: PUAN DIANA

ISI KANDUNGAN
1
Penghargaan................................................................................................................3

Definisi luka terbakar dan melecur...............................................................................4

Sebab-sebab luka terbakar dan melecur......................................................................6

Rules 0f 9.....................................................................................................................7

Pengurusan tindakan....................................................................................................9

Rujukan......................................................................................................................11

Lampiran.....................................................................................................................12

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan
tugasan subjek badan pertolongan cemas ini dengan jayanya. Tajuk tugasan ini ialah

2
terbakar dan melecur dimana para pelajar diminta memberi pengertian terbakar, sebab dan
tanda terbakar, peraturan sembilan dan juga pengurusan tindakan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada jurulatih kami, Puan Diana kerana telah
banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sepanjang sesi pembelajaran dan juga sewaktu
menyiapkan tugasan ini.Melalui subjek kokurikulum ini, saya mendapat pelbagai informasi
yang berguna terutama apabila berhadapan dengan situasi kecemasan. Bantuan awal amat
berguna apabila seseorang itu mendapat kecederaan. Oleh itu, saya amat bersyukur dapat
mempelajari subjek ini.

Akhir sekali,saya berharap ilmu yang telah diajar selama ini oleh jurulatih tidak saya
lupakan dan dapat saya aplikasikan apabila berhadapan dengan situasi kecemasan.

Sekian, terima kasih...

Definisi luka terbakar dan melecur

Luka terbakar

 Kecederaan tisu yang berpunca dari pendedahan kepada haba, bahan kimia, arus
elektrik atau agen radioaktif terlalu lama.

3
Luka melecur

 Kecederaan yang disebabkan oleh wap yang panas seperti wap air dan juga bahan-
bahan yang meruap .
 Merupakan kebakaran tahap pertama iaitu tahap yang tidak serius di mana ia hanya
melibatkan lapisan luar kulit (epidermis).

 Kulit yang melecur akan berwarna merah. Kadang kala ia membengkak dan rasa
sakit.

Jenis-jenis luka kebakaran

Luka terbakar peringkat pertama:

Ia melibatkan lapisan luar kulit, menyebabkan kesakitan, kemerahan dan bengkak.

Luka terbakar peringkat kedua:

Ia memberi kesan kepada kedua-dua lapisan luar dan lapisan di bawah kulit, menyebabkan
kesakitan, kemerahan, bengkak dan lepuh.

Luka terbakar peringkat ketiga:

Ia melibatkan tisu yang lebih dalam; menyebabkan kulit menjadi coklat atau kehitaman dan
mungkin terasa kebas.

Luka terbakar akibat bahan kimia:

➢ Tanda kebakaran.
➢ Lepuh.
➢ Sakit kepala.
➢ Pening.
➢ Menghadapi masalah pernafasan.
➢ Sakit abdomen.
➢ Sawan.
➢ Tidak sedarkan diri.

Jenis-jenis luka melecur


Melecur terbahagi kepada :
• Permukaan Kulit

4
○ Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit,
tetapi tiada gelembung.
• Kulit Dalam
○ Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit,
kulit juga melepuh.
• Keseluruhan Kulit
○ Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan
pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat
kerosakan pada salur saraf.

Sebab-sebab luka terbakar dan melecur

Sebab-sebab luka terbakar

Haba kering
– Bahan api/api
– Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau puntung
rokok.
– Geseran

Bahan kimia
– Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
– Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput, asid atau alkali

Radiasi
– Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet).
– Terdedah kepada punca-punca radioaktif

Elektrik
– Arus elektrik yang rendah seperti dari perkakas rumah
– Kilat dan petir.

5
Sebab-sebab luka melecur

○ Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan.


○ Objek panas seperti seterika, dapur.
○ Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api.
○ Kebakaran bahan kima yang menghakis.
○ Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar
dan soket yang terdedah.
○ Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari

Rules of 9

 Adalah anggaran peratus luka terbakar yang merupakan kaedah yang


biasanya diguna pakai untuk menilai keterukan sesuatu luka terbakar pada
seseorang mangsa itu.
 Ini berasaskan pada "peraturan 9" (the rule of 9 ) bagi orang-orang dewasa di
mana anggota badan dibahagikan kepada bahagian-bahagian.
 Setiap satunya digandakan dengan sembilan.

6
7
Pengurusan tindakan

3B

1. Burning Stop

Padamkan

2. Breathing Maintain

Periksa Pernafasan

3. Body Examine

Periksa tahap terbakar

3C

1. Cool

Sejukkan

2. Cover

Tutup bahagian yang terbakar

3. Carry

Bawa ke tempat selamat.

Hantar ke hospital

Pengendalian am:

1. Hentikan kebakaran – air

2. Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut keadaan)

3. Tentukan ia bernafas

4. Alirkan air bagi terbakar tahap pertama dan kedua selama 20 minit atau sehingga
kesakitan berkurangan.

8
5. Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.

6. Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak supaya tidak berlaku
renjatan.

7. Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.

8. Beri rawatan renjatan jika perlu dan hantar ke hospital dengan segera.

Langkah awal

1. Basuh tangan sebelum memberi rawatan dan pakai sarung tangan jika ada.

2. Baringkan mangsa dalam kedudukan yang selesa.

3. Tanggalkan jam tangan, tali pinggang, pakaian ketat dan barang kemas sebelum
bahagian yang tercedera membengkak.

4. Guna dressing bersih dan basah untuk menutup bahagian yang tercedera.

5. Periksa pernafasan/nadi setiap 5 minit.

6. CPR jika perlu

9
Rujukan

 http://www.emedicinehealth.com/burn_percentage_in_adults_rule_of_nines/article_e
m.htm membolehkan pesakit bernafas.
 http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content.jsp?
lang=kanak&storyid=1154953332042&storymaster=1154953286167&storymaster2=1
154953332042.
 http://meltingpot.fortunecity.com/research/533/pertolongan_cemas.html
 www.slideshare.net/norazanePBSM/terbakar-dan-melecur
 http://www.google.com/#hl=en&source=hp&q=RAWATAN+PERTOLONGAN+CEMA
S+3B+DAN+3C&aq=f&aqi=&aql=&oq=&gs_rfai=&fp=bcdf8cbbf06dc4f

10
Lampiran

Gambar

11
12