Anda di halaman 1dari 4

PK19 – Pengurusan Sukan Dan Permainan

PK19/7

LAPORAN PROGRAM

1. Nama Program: PROGRAM JALINAN MUHIBBAH


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KENANGA BERSAMA POLIS TRAFIK

2. Tarikh : 21 Februari 2018

3. Hari / Masa : Rabu / 12.00 tengahari – 2.30 petang

4. Tempat : Kawasan Dataran dan Dewan Terbuka SK Seri Kenanga

5.Objektif : 1. Warga SK Seri Kenanga dapat mengetahui panduan keselamatan diri ketika
berjalan dan berkenderaan.
2. Memberi maklumat tentang langkah-langkah menjaga keselamatan diri di
jalan raya.
3. Memberi pendedahan kepada warga sekolah berkenaan isu-isu semasa
keselamatan di jalan raya yang mutakhir.

6. Sasaran : Murid tahap dua

7. Butiran aktiviti :
TENTATIF

12.00 tengahari : Pertandingan melukis dan mewarna tahap 1


: Ujian lencana kepandaian PKK
(Kemahiran berbasikal unit uniform pengakap
1.00 petang : Pameran keselamatan jalan raya di dewan terbuka SKSK
: Pertunjukan motosikal polis trafik
: Jamuan makan tengahari penceramah
1.15 petang : Bacaan doa
: Ceramah keselamatan jalan raya dari penceramah jemputan
(Pegawai Trafik Cawangan Johor Bahru Utara)
2.15 petang : Kuiz
: Penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz
: Penyampaian cenderahati kepada penceramah
2.30 petang : Nyanyian lagu negaraku dan bersurai

8. Penilaian Program :

8.1 Analisis Penilaian : Matlamat utama kempen ini adalah bertujuan untuk memberi
pengetahuan dan pendedahan yang sewajarnya kepada semua
warga sekolah terhadap kepentingan menjaga keselamatan ketika
berada di jalan raya serta langkah-langkah keselamatan yang perlu
dititikberatkan sepanjang masa.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00
PK19 – Pengurusan Sukan Dan Permainan

8.2 Kekuatan Program :Kekuatan program ini dapat dilihat dari segi aktiviti yang menarik
yang telah disediakan oleh guru-guru dengan aktiviti .
Kebanyakan murid berasa seronok dan dapat menjalankan
aktiviti dengan berkesan. Murid-murid melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti mewarna, pertunjukan motosikal polis trafik dan
aksi ujian lencana berbasikal daripada pengakap muda. Selain
itu, pertandingan kuiz juga dapat membuktikan bahawa murid
tersebut faham tentang ceramah keselamatan jalan raya.

8.3 Kelemahan Program :Kelemahan aktiviti yang dijalankan kali ini adalah dari segi masa
yang diperuntukkan. Program ini dijalakan dalam masa terhad.
Hal ini menyebabkan murid-murid hanya dapat mempelajari dan
memperolehi ilmu keselamatan dalam masa yang singkat serta
penceramah perlu sentiasa bersiap sedia dengan bahan yang
akan dibentangkan.

8.4 Cadangan Penambahbaikan :Harapan program ini akan sentiasa dijalankan pada
setiap tahun dan keterlibatan agensi-agensi lain yang
berkaitan juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
tentang keselamatan jalan raya terutamanya untuk
semua murid dan guru. Pameran tentang keselamatan
jalan raya juga perlu untuk memberi kesedaran bertapa
pentingnya keselamatan jalan raya khususnya warga
Sek. Keb. Seri Kenanga.

9. Keputusan Pertandingan

Pemenang Pertandingan kuiz Keselamatan Jalan Raya

TAHUN 4 - ARMAND SHAH BIN AMINUDDIN


-

TAHUN 5 - MUHAMMAD IKHWAN SHAH BIN MOHD HELMI ISKANDAR


-

TAHUN 6 - MOHAMAD AZIL BIN RAZALI


-

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00
PK19 – Pengurusan Sukan Dan Permainan

10. Dokumentasi Bergambar :

Disediakan : Disemak :

……………………… …………………….
(Mohd Yazid Bin Kamsari) (Ahmad Shahir Bin Muhamad)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00
PK19 – Pengurusan Sukan Dan Permainan

Disahkan

…………………..
(Pn. Wan Normawati Binti Wan Abdul Malik)

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 01 | Pindaan 00