Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA SETIA,

36000 TELUK INTAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018


PENDIDIKAN KESENIAN
TAHUN 1

Masa : 1 jam 15 minit

Arahan : Semua calon perlu menjawab satu soalan sahaja.


Baca soalan dan fahami. Sediakan bahan secukupnya dan hasil seni mesti
disiapkan semasa waktu peperiksaan di sekolah.
Pihak sekolah hanya akan menyediakan kertas lukisan kepada semua calon.

Soalan 1
Bidang Menggambar
Soalan Lukiskan watak kartun kegemaran kamu secara kreatif dan menarik. Berikan
gambaran cerita mengikut siri kartun tersebut yang kamu tahu.
Gunakan media kering sebagai medium lukisan kamu.
Alat / bahan Kertas lukisan, pensel, pemadam, pensel warna kayu, dan lain-lain

Soalan 2
Bidang Membuat Corak Dan Rekaan
Soalan Hasilkan sebuah corak rekaan dengan menggunakan teknik capan bahan-
bahan alam yang ada disekeliling kamu. Hasilkan sebuah susunan corak
yang menarik, kemas dan kreatif
Alat / bahan Kertas lukisan, sapu tangan/tisu, warna air, bahan capan seperti batang
pisang, batang betik, pangkal sawi, bawang besar, bendi atau lain-lain.
Soalan 3
Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan
Soalan Hasilkan origami ( lipatan kertas) baju dengan betul dan kemas. Kemudian
tampalkan origami baju tersebut pada kertas lukisan dan tuliskan sepotong
kata-kata ditujukan kepada ayah/abang secara kreatif.
Alat / bahan Kertas warna, pembaris, Kertas lukisan, pensel, pemadam, pensel warna
kayu, dan lain-lain
SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA SETIA,
36000 TELUK INTAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2018


PENDIDIKAN KESENIAN
TAHUN 1

Masa : 1 jam 15 minit

Arahan : Semua calon perlu menjawab satu soalan sahaja.


Baca soalan dan fahami. Sediakan bahan secukupnya dan hasil seni mesti
disiapkan semasa waktu peperiksaan di sekolah.
Pihak sekolah hanya akan menyediakan kertas lukisan kepada semua calon.

Soalan 1
Bidang Menggambar
Soalan Lukiskan sebuah pemandangan yang menunjukkan tentang aktiviti keluarga
kamu secara kreatif dan menarik.
Gunakan media kering sebagai medium lukisan kamu.
Contoh : suasana ketika menonton TV, suasana ketika menikmati hidangan
dan aktiviti lain yang sesuai.
Alat / bahan Kertas lukisan, pensel, pemadam, pensel warna kayu, dan lain-lain

Soalan 2
Bidang Membuat Corak Dan Rekaan
Soalan Pilih dua huruf abjad kesukaan kamu.
Kemudian lukis dan warnakankan abjad tersebut secara berulang-ulang
mengikut susunan corak rekaan secara kreatif dan menarik
Alat / bahan Kertas lukisan, pensel, pemadam, pensel warna kayu, dan lain-lain

Soalan 3
Bidang Membentuk Dan Membuat Binaan
Soalan Hasilkan origami ( lipatan kertas) ikan mengikut cara yang telah dipelajari.
Kemudian, tampalkan origami ikan kamu di atas kertas lukisan dan hiaskan
dengan pemandangan dasar laut yang sesuai.
Alat / bahan Kertas warna, pembaris, Kertas lukisan, pensel, pemadam, pensel warna
kayu, dan lain-lain