Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI GURU (PENGAJARAN MAKRO 1 – HADITH IHSAN TERHADAP BINATANG)

Guru telah menjalankan pengajaran pendidikan Islam dalam bidang hadith kepada para pelajar tingkatan 3C. Pada hari isnin
14 Mac 2016. Bertajuk Ihsan terhadap binatang. Merupakan kelas dan pelajar yang lemah di sekolah dari segi pendidikan
Islam. Antara objektif pengajaran yang dapat guru terapkan dalam mata pelajaran kali ini ialah pertama, menyebut dan
membaca matan hadith beserta maksud. Kedua, menerangkan maksud Ihsan terhadap binatang. Ketiga, menyenaraikan
kepentingan Ihsan terhadap binatang. Diharapkan pengajaran hadith ini dapat dicapai sebanyak 90% dalam satu pengajaran.

Berdasarkan pengajaran yang telah dilakukan, dapat dilihat kekuatan pada pengajaran guru ialah kadar pencapaian
objektif yang diharapkan dapat dicapai kerana aras yang digunakan tidak terlalu tinggi sesuai dengan tahap para pelajar yang
di ajar. Manakala rancangan pengajaran harian yang dibuat sesuai dengan pengajaran yang dilakukan terhadap pelajar. Iaitu
bermula dengan set induksi yang menarik minat pelajar dengan menayangkan gambar-gambar yang sesuai. Seterusnya,
melatih pelajar membaca matan (teks) hadith beserta maksudnya sekali. Kemudian, langkah kedua guru menerangkan maksud
ihsan secara keseluruhan dan maksud ihsan kepada binatang. Langkah ketiga, guru membuat aktiviti kepada pelajar dengan
menyenaraikan kepentingan ihsan terhadap binatang. Akhir sekali, guru meminta pelajar meminta pelajar membuat rumusan
pelajaran pada hari tersebut dan guru membuat peneguhan dengan menutup dengan kisah teladan dan nasihat kepada pelajar.

Manakala dapat dilihat kelemahan dalam pengajaran ialah penyoalan kepada pelajar tidak mengikut tahap taksonomi
Bloom. Iaitu didahului dengan soalan pengetahuan sehingga tahap penilaian. Soalan yang tidak konsisten apabila guru
menyebut terlebih dahulu nama pelajar baru memberi soalan. Itu adalah kelemahan yang dapat dilihat oleh guru dalam
pengajaran pada kali ini.

Cadangan yang dapat dibuat ialah rancangan pengajaran harian ini dapat diaplikasikan kepada kelas lain walaupun
pelajarnya terdiri daripada pelajar yang pandai. Dapat meneruskan objektif tersebut untuk dilakukan pada kelas lain. Manakala
kelemahan yang dapat dibaiki ialah guru perlu menaburkan soalan kepada pelajar terlebih dahulu. Kemudian barulah
memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan. Guru perlu mempelbagaikan soalan mengikut tahap taksonomi Bloom.
REFLEKSI GURU (PENGAJARAN MAKRO 2 – IBADAH SOLAT KETIKA SAKIT)

Guru telah menjalankan pengajaran pendidikan Islam dalam bidang ibadah kepada para pelajar tingkatan 3B. Pada hari rabu
07 Mei 2016. Bertajuk solat ketika sakit. Kelas ini merupakan pelajar sederhana di sekolah dari segi pembelajaran pendidikan
Islam. Antara objektif pengajaran yang dapat guru terapkan dalam mata pelajaran kali ini ialah pertama, menerangkan maksud
dan dalil solat ketika sakit. Kedua, menerangkan solat ketika sakit semasa duduk dan baring. Ketiga, menyenaraikan hikmah
rukhsah solat ketika sakit. Diharapkan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai sebanyak 90%. Refleksi dibuat berdasarkan
pengajaran yang dilakukan serta kritikan yang membina daripada 2 orang rakan sekelas dan pensyarah.

Dalam persediaan antara kekuatan yang ada pada pengajaran ialah cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian pelajar
tetapi masih tidak cukup. Tidak menyentuh gambar secara mendalam dan tanya pendapat pelajar secara terus sahaja tanpa
mengaitkan situasi dengan keadaan yang pernah dilalui pelajar.

Manakala dalam aktiviti perkembangan iaitu langkah dua dan langkah tiga tidak ada penggunaan papan putih. Guru
terlalu gemuruh sehingga melupakan penggunaannya. Bacaan ayat quran hanya guru sahaja yang membaca tanpa menyuruh
pelajar membacanya untuk aktiviti peneguhan. Kaedah penyoalan yang baik apabila guru menyebarkan soalan secara rawak
untuk pelajar fikirkan. Kemudian baru memanggil nama pelajar untuk menjawab soalan guru. Arahan aktiviti pengajaran
yang kurang jelas mengakibatkan pelajar terkial-kial untuk melakukan aktiviti. Pengawalan guru semasa aktiviti yang
dijalankan adalah baik dan melihat perkembangan aktiviti pelajar dan bertanya akan perkara yang tidak faham. Guru membuat
rumusan pada aktiviti pelajar tetapi bukan semua pelajar dapat membentangkan hasil kerja akibat kesuntukan masa.
Penutup, walaupun masa guru cukup-cukup habis tetapi guru terlupa membuat penilaian pembelajaran dengan pelajar.
kesilapan guru mengajar adalah guru mengajar untuk mengulangkaji. Padahal pembelajaran kaedah kooperatif adalah untuk
pembelajaran baru.

Candangan dapat dibuat oleh guru ialah memperkayakan maklumat sedia ada dan kurangkan gemuruh ketika mengajar
di hadapan pelajar.