Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM,


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

NAMA : SIVANESAN A/L MUNIANDY


NO. IC : 940918-08- 6275
KUMPULAN/ UNIT : F3C (SEJARAH)
SUBJEK : KOMPETENSI KECERDASAN
EMOSI
KURSUS : PPISMP
NAMA PENSYARAH : PN. INTAN ZALINDA AHMAD ZAINI
TARIKH HANTAR : 20/8/2013
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 SOALAN
2 PENGHARGAAN
3 PENGENALAN
4 ESEI
5 KESIMPULAN
6 REFLEKSI
7 BIBILIOGRAFI
8 RUJUKAN
9 LAMPIRAN
PENGHARGAAN

Saya sivanesan a/l muniandy memberikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada

pensyarah kopetensi kecerdasan emosi saya iaitu Pn. Intan Zalinda Ahmad Zaini dengan

tunjuk ajar beliau yang ikhlas itulah yang membolehkan saya menghabiskan kerja kursus ini

dengan jayanya. Selain itu, beliau juga amat berdedikasi dalam mengajar kami. Beliau

sanggup mengorbankan masa beliau semata-mata untuk memberikan ilmu kepada kami

dan menjadikan kami seseorang insan yang berguna kepada Negara dan keluarga kami.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang turut

membantu saya dalam mengabiskan kerja kursus ini dengan sempurna. Mereka juga

sanggup memberikan tunjuk ajar yang baik agar saya dapat menyiapkan tugas ini dengan

baik sekali.

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk terima kasih kepada tuhan kerana-Nya saya

berada disini dengan tubuh badan yang sihat dan penuh bertenaga.Saya berharap agar-Nya

sentiasa merahmati kita semua.


REFLEKSI
Terima kasih kepada Tuhan,kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan

tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Saya

mendapat tajuk “jelaskan kemungkinan sebab-sebab berlakunya ketidakstabilan emosi

berpandukan artikel / kes / isu / berita yang anda perolehi” dan " berikan cadangan

bagaimana situasi di atas dapat diatasi berdasarkan mana-mana model kompetensi

kecerdasan emosi yang telah dipelajari? " .

Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek kopetensi kecerdasan emosi ,saya

agak keliru tentang kehendak soalan. Saya berasa bimbang dan tercabar untuk menyiapkan

tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang pendidikan kopetensi kecerdasan

emosi amatlah sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan

semangat kami untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari

nota yang berkaitan melalui internet. Sewaktu permulaan proses saya berasa amat letih

kerana terpaksa berjaga pada waktu malam semata-mata hendak mengumpul nota dan

sumber-sumber yang dikhendaki dalam menyiapkan kerja kursus ini. Selain itu, saya selalu

meminta tunjuk ajar daripada pensyarah saya, Pn. Intan Zalinda Ahmad Zaini semasa

membuat tugasan ini.

Seterusnya, saya juga menghadapi masalah lain seperti kesukaran untuk memahami

ayat-ayat dalam buku kopetensi kecerdasan emosi dan masa yang untuk menyiapkan

tugasan adalah sangat terhad. Tambahan lagi, saya juga telah jatuh sakit semasa

menyiapkan kerja kursus ini. Namun saya berusaha menyiapkan kerja kursus saya

walaupun sangat letih. Saya juga menghadapi kesukaran dalam pencarian sumber kerana

sukar mencari nota yang berkaitan dengan kerja kursus saya. Selain itu, saya juga berasa

amat sukar dalam menyiapkan kerja kursus saya kerana terdapat juga kerja kursus yang

lain. Walaupun begitu,dengan bantuan pensyarah dan rakan-rakan,saya dapat menyiapkan


tugasan ini dengan sebaik mungkin.Semoga ilmu yang perolehi ini dapat saya manfaatkan

untuk menjadi guru yang berguna apabila saya ditempatkan di sekolah nanti.

Akhir kata,segala yang buruk itu datangnya dari Tuhan dan yang buruk itu dari

kelemahan saya sendiri.Sekian terima kasih.


BIBLIOGRAFI
Della Summers,(1995).Dictionary Of Contemperavy English.England.Pearson
Edeation Limited.
Hajah Noresah bt Baharam,Bsc(UM),MA (Birmingham).(2007).Kamus Dewan Edisi
Keempat.Selangor.Dewan Sdn Bhd.
Mok Soon Sang.(2010).Kompetensi Kecerdasan Emosi.Selangor.Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=picisan

http://ping.busuk.org/v/109018/cara-mengatasi-ketidakstabilan-emosi.html
Soalan 1:

Jelaskan kemungkinan sebab-sebab berlakunya ketidakstabilan emosi berpandukan


artikel / kes / isu / berita yang anda perolehi.

Ketidakstabilan emosi akan berlaku apabila kestabilan emosi tidak dicapai. Jika

kestabilan emosi membawa maksud ketenangan maka emosi yang tidak stabil

adalah perasaan yang tidak tenteram, tidak aman atau lebih tepat lagi perasaan

yang gelisah. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (Edisi Ketiga) (2002),

kestabilan emosi bermaksud perihal atau keadaan stabil (bermaksud tidak berubah-

ubah atau turun naik tidak bergoyang, mantap, kukuh, tenang dan tidak bergolak)

manakala The Oxford Dictionary Of Current English (1986) menyatakan emosi

sebagai perasaan yang kuat dari dalaman terutamanya daripada aspek mental atau

naluri, seperti kasih sayang ataupun takut. Justeru itu, bolehlah disimpulkan emosi

sebagai salah satu daripada ciri jiwa manusia yang boleh mempamerkan perasaan

yang kuat yang berpunca daripada psikologi atau mental seseorang dan emosi

boleh berlaku secara naluri bergantung pada sesuatu situasi. Menurut Altrocchi

(1980) mendefiniskan ketidakstabilan sebagai “perasaan yang tidak menyenangkan

yang dialami oleh seseorang ketika tiada ancaman daripada luaran yang dapat

dipastikan, dan perasaan yang merupakan tindak balas terhadap cetusan-cetusan

kejiwaan yang tidak realistik.” Selain itu, ketidakstabilan emosi juga membawa

maksud reaksi emosi yang lazimnya dialami oleh seseorang individu yang

merasakan keadaan dirinya terancam. Maka dengan ini dapat disimpulkan bahawa

definisi kestabilan emosi membawa maksud tidak dapat ketenangan dan

ketenteraman perasaan dalam hidup sesebuah manusia.


Terdapat pelbagai sebab yang menyumbang kepada berlakunya ketidakstabilan

emosi dalam kalangan remaja dan kanak-kanak. Artikel yang saya memilih adalah

gejala melepak dalam kalangan remaja. Gejala melepak dalam kalangan remaja

membawa kepada kesan buruk dari segi sosial, emosi dan cara berfikir yang mana

membolehkan berlakunya ketidakstabilan emosi. Salah satunya ialah tidak

mendapat kasih sayang daripada keluarga. Keadaan ini yang membolehkan

seseorang remaja atau kanak-kanak mengalami ketidakstabilan emosi yang mana

membolehkan remaja terlibat dalam gejala melepak. Pada zaman moden ini

kebanyakan ibu bapa hanya mahu mengejar harta benda dan kemewahan yang

mana mahu memenuhi kehendak mereka. Sebagai contohnya, ibu bapa sekarang

berkerja dari pagi hingga malam untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan.

Keadaan ini yang membolehkan remaja yang di rumah tidak mendapat kasih sayang

sepatutnya yang diberi oleh ibu bapa. Secara tidak langsung, mereka telah

mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk memelihara dan membantu

anaknya dalam mengatasi masalah. Akibatnya, remaja akan berasa mereka tersisih

dan mereka akan mencari hiburan dan ketenangan di luar rumah sehingga mereka

enggan balik ke rumah yang tidak mempunyai kasih sayang. Ini membawa kepada

kesunyian dalam hidup remaja tersebut yang mana menimbulkan perasaan

ketidakstabilan emosi. Ini menunjukkan tidak mendapat kasih sayang daripada

keluarga juga salah satu sebab membolehkan remaja terlibat dalam gejala melepak.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca remaja

melepak dari rumah yang mana boleh menimbulkan ketidakstabilan emosi. menurut

Pemikiran remaja belum matang menyebabkan mereka tidak dapat membezakan


kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, mereka akan meletakkan

kepercayaan yang sepenuhnya kepada rakan. Apabila mereka berlaku

pertelingkahan dengan ibu bapanya, mereka akan meluahkan perasaan tidak puas

hati dengan rakannya. Keadaan ini tunjukkan di mana lahirnya perasaan

ketidakstabilan emosi dalam remaja. Rakan sebaya mula memaksa rakanya untuk

mencari ketenangan dan melepaskan tekanan. Pemaksaan dari rakan sebaya

membolehkan berlakunya ketidakstabilan emosi. Ini kerana, Rakan yang buruk

akan mengajar mereka melepak untuk mencari keseronokan di luar untuk

melepaskan ketidak puasan mereka. Remaja tersebut untuk melepaskan tekanan

dan emosi mereka dengan mengambil langkah melepak bersama-sama rakan

sebayanya. Ini bukan sahaja menimbulkan perasaan ketidakstabilan emosi tetapi

secara tidak langsung meningatkan gejala melepak dalam kalangan remaja. Ini jelas

menunjukkan ketidakstabilan emosi berlaku akibat daripada pengaruh rakan

sebaya.

Masalah keluarga juga menjadi salah satu punca berlakunya ketidakstabilan

emosi dalam kalangan remaja. Menurut kamus dewan edisi keempat masalah

bermaksud suatu individu dalam keadaan yang menyukarkan. Keluarga pula

membawa maksud sesuatu kelompok yang mempuanyai pertalian darah antara satu

sama lain. Masalah keluarga membawa maksud perkara yang menyukarkan antara

individu yang mempuanyai pertalian darah. Permasalahan keluarga membolehkan

sesebuah keluarga menjadi huru –hara dan berlaku kesalah fahaman antara ahli

keluarganya. Keadaan ini membolehkan remaja atau anak yang ada rumahnya

menjadi mangsa kepada masalah keluarga tersebuat. Sebagai contohnya,

pergaduhan antara ibu dan bapa membolehkan anak-anak di rumah mengalami

perasaan benci terhadap ahli keluarganya. Keadaan ini yang menimbulkan tekanan
yang banyak terhadap pemikiran remaja. Ini secara tidak langsung menimbulkan

perasaan ketidakstabilan emosi di mana membolehkan remaja memilih untuk

melepak bersama kawan. Mereka beranggapan bahawa melalui melepak dapat

mengurangan tekanan dan dapat seronokan diri. Oleh itu, masalah keluarga juga

salah satu punca di mana berlakunya ketidakstabilan emosi.

Dalam hal ini, tidak mempuanyai hiburan atau keseronakan dalam rumah iaitu

suasana rumah juga boleh membawa kepada ketidakstabilan emosi yang mana

membolehkan remaja cendurung terlibat dalam gejala melepak. Menurut pensyarah

university sains islam Malaysia iaitu nurul nadia binti rosalan menyatakan suasana

rumah bermaksud persekitaran atau keadaan tempat tinggal. Pada zaman moden

ini remaja sangat suka atau mempunyai minat yang banyak dalam hiburan dan

keseronakan. Ini menunjukkan persekitaran rumah memainkan peranan penting

dalam berlakunya ketidakstabilan emosi. Kadang-kala remaja memerlukkan internet,

astro, television besar (LCD) dan keseronokkan lain-lain. Ketidakstabilan emosi ini

berlaku apabila seseorang remaja tidak mendapat kemudahan-kemudahan ini. ini

kerana, kebanyakkan ibu bapa sekarang tidak dapat memenuhi semua kehendak

mereka iaitu remaja. Keadaan ini menimbulkan perasaan bosan dan kesunyian

dalam hidup seseorang remaja. Ini dapat mengalihkan pemikiran remaja untuk

melepak yang semata-mata mencari keseronokan dan menstabilkan emosi mereka.

Suasana rumah menjadi perkara penting dalam berlakunya ketidakstabilan emosi

dalam kalangan sesebuah individu.

Di samping itu, pengaruh media massa juga perlu bertanggungjawab dalam

masalah remaja melepak yang menyebakkan berlakunya ketidakstabilan emosi.

Kini, kebanyakan media massa yang tanpa sempadan telah menyebabkan wayang-

wayang dan drama-drama barat memasuki pasaran tempatan kita. Watak dalam
drama dan wayang barat selalu memupuk kebebasan diri sendiri. Keadaan ini telah

menyebabkan remaja kita dipengaruhi oleh tindak-tanduk mereka. Oleh itu, mereka

akan belajar daripada drama atau wayang yang ditonton dengan melepak dari luar

rumah kerana mereka menganggap tindakan tersebut merupakan suatu lambangan

yang hebat dan bangga. Keadaan jelas tunjukkan pengaruh media massa dapat

mengalihkan pemikiran remaja untuk melakukan perkara-perkara ditunjukkan dalam

media massa. Di sinilah berlakunya ketidakstabilan emosi yang mana remaja

terpengaruh dengan perkara tidak baik iaitu gejala negatif. Oleh itu, pengaruh dari

media massa juga dapat ketidakstabilkan emosi seseorang individu.

Seterusnya, Kekurangan pendidikan agama dan moral juga menyebabkan

remaja terlibat dalam gejala melepak yang menimbulkan ketidakstabilan emosi.

Seseorang yang tidak mempunyai pendidikan agama dan moral yang kukuh maka ia

tidak akan berfikir rasional semasa membuat sesuatu keputusan. Keadaan ini

menimbulkan ketidakstabilan emosi. Ini kerana, Mereka akan sentiasa menganggap

masyarakat ini tidak adil terhadap mereka sehingga mereka tidak dapat

membezakan perkara yang baik atau buruk. Ibu bapa yang sibuk dalam kerjaya

menyebabkan mereka telah melupakan tanggungjawab untuk mendedahkan

pendidikan agama kepada anaknya. Hal ini telah menyebabkan anaknya tidak

mempunyai jiwa dan fikiran yang matang untuk menghadapi masalah. Oleh itu,

apabila rakannya mengajak mereka melepak luar rumah untuk mencari hiburan yang

lebih seronok di luar rumah untuk melepaskan tekanan maka mereka akan

terikutnya. Keadaan seperti inilah menjadi punca kepada berlakunya ketidakstabilan

emosi yang mana seseorang individu terlibat dalam gejala sosial.

Tambahan pula, perasaan ingin tahu atau cuba juga dapat ketidakstabilkan emosi

yang membawa remaja terlibat dalam gejala melepak. Di Kamus Dewan Edisi
Keempat ingin tahu bermaksudnya mempuanyai minat yang terlampau dalam

sesuatu perkara sehingga mencuba benda atau perkara tersebut. Perasaan ingin

cuba berlaku akibat daripada desakan kawan, persekitaran, dan diri mereka sendiri.

Kebanyakkan remaja pada masa sekarang terlibat dalam banyak gejala negatif

akibat daripada mereka ingin tahu sesuatu perkara yang tidak baik. Keadaan ini

sebenarnya berlaku dari rumah mereka. Kebanyakkan ibu bapa hanya biarkan anak

mereka dijaga oleh pembantu rumah dan orang yang dikenali seperti jiran. Keadaan

ini memberi bebasan yang secukupnya kepada remaja terlibat dalam sesuatu

masalah. Ini kerana, pembantu rumah dan jiran tidak dapat menjaga seseorang

individu lebih baik daripada ibu bapa mereka sendiri. Situasi member kebebasan

yang menyeluruh kepada remaja untuk membuat sesuatu perkara dengan sendiri.

Keadaan seperti ini membolehkan remaja tidak dapat membuat keputusan

sewajaranya semasa membuat sesuatu perkara. Perkara ini berlaku akibat daripada

tidak mempuanyai pengalaman atau iktibar seperti mana ibu bapa. Disebabkan ini,

mereka mengalami ketidakstabilan emosi sehingga mereka mencuba perkara yang

berbahaya. Oleh itu, perasaan ingin cuba juga salah satu punca berlakunya

ketidakstabilan emosi.

Kesimpulanya, Emosi yang tidak stabil akan mendatangkan kemudaratan kepada

fungsi tubuh badan dan mental seseorang. Individu yang mengalami kegelisahan ini

akan menjadi dan kelihatan murung, sedih, tiada menaruh sebarang harapan yang

tinggi dalam hidup, tidak mampu bergembira seperti orang lain, sering berasa lesu

dan pesimistik terhadap kebolehan diri. Kehidupan sehariannya akan turut terjejas

dan dapat menimbulkan masalah kepada keluarganya sendiri, tempat kerja serta

masyarakatnya di mana dia tinggal. Rumahtangga mungkin akan menjadi kucar

kacir, prestasi kerjayanya merosot dan dia menumbang secara tidak langsung
kepada masalah sosial yang memang sedang hangat wujud dalam masyarakat hari

ini.
B.Berikan cadangan bagaimana situasi di atas dapat diatasi berdasarkan mana-
mana model kompentensi kecerdasan emosi yang telah dipelajari ?

Kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang

lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita

dengan orang lain dengan baik dipanggil kompetensi kecerdasan emosi .

kompetensi kecerdasan emosi juga boleh diertikan sebagai ciri-ciri kecekapan

menggunakan kecerdasan emosi diri yang melibatkan kemahiran empati,

interapersonal dan interpersonal, termasuk kemahiran social. Model-model

kompetensi kecerdasan emosi dibahagikan kepada tiga iaitu, model abiliti

kecerdasan emosi, model bercampur kecerdasan emosi, dan model kecerdasan

emosi tret(perangai).

Terdapat pelbagai cadangan untuk mengatasi gejala melepak dalam

kalangan remaja. Salah satuanya menggunakkan model ability kecerdasan emosi

sebagai satu cadangan untuk mebendung gejala ini. Model ini dipekenalkan oleh

salovey dan mayer pada tahun(1990). Model ini membolehkan seseorang remaja

dapat mengenal pasti keupayaan dan menganalisis emosi dalam dalam diri.

Keadaan ini sangat penting untuk membendung gejala melepak dalam kalangan

remaja. Ini kerana, melalui sseseorang mengenali keupayaan dan keanalisis emosi

diri sendiri membolehkan seseorang dapat mengenali masalah yang

menghadapinya. Melalui model ini juga seseorang individu dapat menggunakan

emosi untuk memudahcarakan pelbagai aktiviti kognitif. Sebagai contohnya, aktiviti

pemikiran dan penyelesaian masalah. Kalau seseorang individu dapat berfikir dan

tahu menyelesaikan masalah diri sendiri membolehkan seseorang individu dapat

mengenali cara mengurus emosi . keadaan ini secara tidak langsung membolehkan

remaja dapat meregulasi emosi diri dan emosi orang lain. Keadaan ini membolehkan
remaja dapat berfikir bagaimankah mengurus emosi. Kebanyakkan masalah dalam

diri remaja berlaku akibat daripada seseorang remaja tidak dapat mengenal,

mengguna, memahami dan mengurus emosi yang sedia ada dalam diri mereka.

Keadaan ini bukan sahaja dapat dapat mengetahui masalah yang sedia ada dalam

kalangan pelajar malah dapat mengurangan gejala negatif yang berleluasa akibat

daripada emosi. Ini menunjukkan bahawa model ability kecerdasan emosi dapat

membendung ketidakstabilan emosi seseorang remaja.

Selain itu, model inventori kompetensi kecerdasan emosi juga membolehkan

seseorang emaja dapat mengatasi masalah ketidakstabilan emosi. Inventori

kompentensi kecerdasan emosi merupakan satu kemahiran yang boleh digunakkan

sewaktu menyediakan item-item ujian soal selidik. Tujuanya adalah untuk mengenal

pasti kemahiran bukan kognitif calon, agar dapat meramalkan kejayaan mereka

dalam kehidupan masini-masing. Melalui model ini remaja dapat intrapersonal dan

interpersonal dengan diri sendiri. Intrapersonal membolehkan seseorang remaja

dapat komunisi dengan muka ke muka dengan orang lain. Keadaan dapat

menunjukkan kesedaran kendiri, penilaian kendiri, keasertifan, dan aktualisasi

kendiri dalam diri mereka. Keadaan dapat mengatasi ketidakstabilan emosi kepada

seseorang individu khususnya remaja. Interpersonal merupakan komunikasi antara

diri sendiri seseorang mnusia. Melalui penggunaan interpersonal seseorang remaja

dapat memupuk kesederan dalam diri mereka untuk mengatasi masalah

ketidakstabilan emosi.

Dalam model ini juga membolehkan seseorang remaja adapabiliti(penyesuaian),

pengurusan tekanan dan perasaan. Elemen –elemen inilah sangat penting untuk

mengatasi masalah ketidakstabilan emosi seseorang. Melalui model ini kita dapat

adaptability dengan emosi dalam diri kita. Penyesuaian dengan emosi membolehkan
penghayatan reality, fleksibeliti, dan berupaya menyelesaikan masalah. Model ini

dapat membolehkan seseorang remaja dapat menguruskan tekanan. Ini kerana,

semasa soal selidik kita dapat mengenali apakah masalah menjadi punca

ketidakstabilan emosi dalam diri sesorang. Keadaan ini membolehkan seseorang

dapat menguruskan emosi dari segi toleransi tekanan dan kawalan impuls. Dalam

model ini perasaan am juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah

ketidakstabilan emosi. Melalui soal selidik kita dapat mengetahui perasaan am

seseorang remaja. Sebagai contohnya remaja tersebut dalam keadaan optimisime,

keceriaan dan lain-lain. Ini senangkan kerja seseorang remaja untuk mengenali

perasaan am yang dialami dalam diri mereka yang mana secara tidak langsung

dapat menstabilkan emosi remaja.

Seterusnya, model bercampur kecerdasan emosi juga salah satu model yang

membolehkan untuk mengatasi masalah ketidakstabilan emosi seseorang remaja.

Model boeh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dari segi aspek kendiri aspek

sosial. Model ini dapat mengajar remaja menguruskan hubungan sebagai

kemahiran. Dari segi aspek kendiri seseorang remaja dapat sedarkan kendiri,

nilaikan kendiri dan menyakinkan kendiri dalam hidupnya. Kesedaran kendiri

membolehkan seseorang remaja dapat sedarkan kendiri dirinya yang mana

membolehkan stabilkan emosi dalam diri mereka. Melalui kesedaran inilah dapat

membuat penilaian dan keyakinkan kendiri dalam diri seseorang remaja. Keadaan

ini secara tidak langsung membawa kepada pengurusan kendiri. Pengurusan kendiri

ini merangkumi kawalan kendiri, penyesuaian, rajin, amanah, inisitif dan orientasi

pencapaian. Ciri-ciri yang merangkumi pengurusan kendiri membolehkan remaja

dapat menstabilkan emosi seseorang remaja. Ini kerana, pengurusan kendiri

membolehkan remaja dapat mendisplinkan diri yang mana dapat menstabilkan


emosi seseorang remaja. Dari segi aspek sosial pula, model ini mempuanyai

kesedaran sosial dari segi empati, orientasi berkhidmat, dan kesedaran organisasi.

Elemen-elemen ini dapat membawa kepada pengurusan hubungan yang mana

dapat menstabilkan emosi seseorang remaja. Ini kerana, pengurusan hubungan

membolehkan dapat melahirkan kepimpinan, memperkembangkan bakat, membawa

perubahan , membina kesaudaraan, kerja dalam berpasukan dalam kolabrasi dalam

sesebuah diri remaja. Keadaan ini secara tidak langsung membawa kepada dislipin

dan bertanggungjawab dalam diri remaja terebut. Oleh itu, model ini juga dapat

menstabilkan emosi seseorang remaja.

Kesimpulanya, model kompentensi kecerdasan emosi membolehkan remaja

dapat menstabilkan emosi dalam diri mereka. Ini kerana, emosi adalah perkara yang

sangat penting kepada seseorang individu yang mana dapat menentukan

persekitaran individu dalam hidupnya. Tanpa kawalan emosi akan mendatangkan

kemudaratan kepada fungsi tubuh badan dan mental seseorang. Bukan itu sahaja

malah dapat membolehkan seseorang individu kehilangan nyawa. Ini menunjukkan,

model kompentensi kecerdasan emosi sangat penting untuk mengawal emosi yang

mana dapat melahirkan individu cemerlang dari segi semua aspek. Oleh itu,

mengamalkan model kompentensi kecerdasan emosi sememangnya dapat

menstabilkan emosi seseorang remaja.


LAMPIRAN