Anda di halaman 1dari 5

Soalan 2:

B. Berikan cadangan bagaimana situasi di atas dapat diatasi berdasarkan mana-


mana model kompentensi kecerdasan emosi yang telah dipelajari ?

Kebolehan untuk mengecam perasaan diri sendiri dan juga perasaan orang

lain serta memotivasikan diri untuk mengurus emosi diri serta perhubungan kita

dengan orang lain dengan baik dipanggil kompetensi kecerdasan emosi .

kompetensi kecerdasan emosi juga boleh diertikan sebagai ciri-ciri kecekapan

menggunakan kecerdasan emosi diri yang melibatkan kemahiran empati,

interapersonal dan interpersonal, termasuk kemahiran social. Model-model

kompetensi kecerdasan emosi dibahagikan kepada tiga iaitu, model abiliti

kecerdasan emosi, model bercampur kecerdasan emosi, dan model kecerdasan

emosi tret(perangai).

Terdapat pelbagai cadangan untuk mengatasi gejala melepak dalam

kalangan remaja. Salah satuanya menggunakkan model ability kecerdasan emosi

sebagai satu cadangan untuk mebendung gejala ini. Model ini dipekenalkan oleh

salovey dan mayer pada tahun(1990). Beliau menyatakan, model ability kecerdasan

emosi sebagai keupayaan memantau emosi diri dan orang lain, mendeskriminasikan

antara mereka dan menggunakan maklumat tersebut untuk menjadi panduan atas

pemikiran dan tindakannya. Selepas beberapa kajian terkini, maksud kesedaran

emosi saloverydan mayer yang asal telah diubahsuai kepada “keupayaan

mempersepsi emosi, integrasi emosi dan memudahcarakan pemikiran, memaham

emosi dan meregulasi emosi umtuk perkembangan personal” .

Dalam model abliti kecerdasan emosi dibahagikan kepada empat jenis abliti

atau keupayaan iaitu:


Persepsi Emosi

Pengurusan Emosi
Abiliti Aplikasi Emosi

Pemahaman
Emosi

rajah 1: empat jenis abliti atau keupayaan dalam model ability kecerdasan emosi

model abiliti kecerdasan emosi juga boleh mengurangkan gejala lepak dalam

kalangan remaja. Melalui model abiliti kecerdasan emosi membolehkan seseorang

dapat mengenali persepsi emosi yang terdapat dalam diri sendiri dan orang lain. Ini

kerana, persepsi emosi membolehkan seseorang remaja mempuanyai keupayaan

mengenal pasti dan menganalisis emosi dalam muka, gambar, suara dan termasuk

keupayaan mengenal pasti emosi diri sendiri. Keadaan ini mebolehkan seseorang

mengenali keupayaan dan keanalisis emosi diri sendiri yang mana seseorang dapat

mengenali masalah yang menghadapinya. Kalau seseorang remaja dapat mengenali

masalah yang menghadapinya, membolehkan dia untuk berfikir rasional untuk


menyelesaikan masalah mengadapinya. Sebagai contohnya, seorang remaja dalam

keadaan marah tetapi dia tahu apa masalah yang menghadapinya, keadaan ini

membolehkan dia berfikir secara rasional untuk menyelesaikan masalahnya

sehingga dapat mengurangkan emosi dalam diri dan orang lain. Keupayaan

persepsi emosi membolehkan seseorang remaja bukan sahaja mengurangkan

emosi dalam dirinya malah dapat mengelakkan diri daripada gejala lepak.

Dalam model abiliti kecerdasan emosi juga mempuanyai aplikasi atau

penggunaan emosi yang mana dapat menggurangkan gejala melepak dalam

kalangan remaja. Penggunaan emosi adalah sesuatu keupayaan yang mana

menggunakan emosi untuk memudahcarakan pelbagai aktiviti kognitif, misalnya

pemikiran dan penyelesaikan masalah. Keadaan ini membolehkan ibu bapa di

rumah dapat menggunakan emosi dengan sebetulya yang mana dapat

mengurangkan gejala melepak dalam kalangan remaja. Menggunaan emosi dengan

sebetulnya membolehkan ibu bapa dapat membuat keputusan yang wajar.

Penggunaan emosi dengan sebetulnya membolehkan ibu bapa dapat mengawal

kelakuan dan tidak tanduk yang mereka lakukan terhadap remaja yang di rumanya.

Pengawalan kelakuan dan tindak tanduk ibu bapa di rumah membolehkan mereka

dapat mengawal emosi yang mana tidak mendatangkan sebarang tekanan kepada

remaja. Ini menunjukkan penggunaan emosi dengan sebetulnya di rumah atau di

luar dapat mengelakkan remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial seperti

melepak.

Seterusnya, pemahaman emosi juga sangat penting untuk membendung

gejala negatif seperti mana diutarakan oleh Salovery dan Mayer. Keupayaan

pemahaman emosi dalam kalangan masyarakat terutamanya pihak ibu bapa dapat

membantu mengurangakan emosi dalam kalangan remaja. Ibu bapa perlu


memahami erti sebenar tentang pemahaman emosi. Ini kerana kebanyakan gejala

lepak di dunia berlaku akibat kebanyakkan pihak tidak memahami erti sebenar

pemahaman emosi. Tidak memahami emosilah menyebabakan seseorang tidak

mendapat mengawal emosi dalam diri dan orang lain sehingga remaja pada masa

sekarang menjadi mangsa keadaannya. Ini kerana, pemahaman emosi

membolehkan seseorang dapat berfikir secara rasional iaitu dapat mengenali mana

satu buruk dan mana satu baik. Pemahaman ini yang membolehkan masyarakat

dapat menstabilkan emosi mereka sehingga dapat mengurangkan dan mengelakkan

berlakunya ketidakstabilan emosi terhadap remaja. Ini secara tidak langsung

mengurangkan atau membendung gejala melepak dalam kalangan remaja pada

masa sekarang.

Tambahan pula, pemahaman emosi inilah membawa kepada pengurusan

emosi yang mana banyak membantu remaja pada masa sekarang dapat stabilkan

emosi mereka sehingga tidak terlibat dalam gejala negatif terutamanya gejala lepak.

Keupayaan mengurus emosi membolehkan aspek personal dan sosial dapat

dipertingkatkan. Seseorang remaja dapat tahu mengurus emosi diri sendiri

membolehkan dia berfikir tentang masalah yang dihadapinya dan berusaha untuk

menyelesaikanya. Keadaan seperti ini dapat mengelakan seseorang remaja

daripada terlibat banyak gejala sosial terutamanya gejala lepak. Dari aspek sosial

pula, ibu bapa perlu memainkan peranan penting yang mana perlu mengurus segala

masalah yang berlaku sekeliling remaja. Ini kerana, pengurusan masalah sekeliling

remaja membolehkan mereka dapat mengurangkan dan mengelakan berlakunya

ketidakstabilan emosi yang mana membolehkan remaja terlibat dalam gejala sosial

terutamanya budaya lepak.


Kesimpulanya, model kompentensi kecerdasan emosi membolehkan remaja

dapat menstabilkan emosi dalam diri mereka. Ini kerana, emosi adalah perkara yang

sangat penting kepada seseorang individu yang mana dapat menentukan

persekitaran individu dalam hidupnya. Tanpa kawalan emosi akan mendatangkan

kemudaratan kepada fungsi tubuh badan dan mental seseorang. Bukan itu sahaja

malah dapat membolehkan seseorang individu kehilangan nyawa. Ini menunjukkan,

model kompentensi kecerdasan emosi sangat penting untuk mengawal emosi yang

mana dapat melahirkan individu cemerlang dari segi semua aspek. Oleh itu,

mengamalkan model kompentensi kecerdasan emosi sememangnya dapat

menstabilkan emosi seseorang remaja.