Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGERUSI

MAJLIS PENGHARGAAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS


PUSAT SUMBER 2017
TARIKH : 23 OKTOBER 2017
HARI : ISNIN
TEMPAT : DEWAN AL-SYAFIE
MASA : 1.30 TENGAHARI

Protokol Assalamualaikum wbt

Yang Berusaha,

Pn. Azlini Bt Khairan @ Ali


Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri

Pn. Norma Bt Saad


Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Rusmiza bt Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Rosli B Osman
Penolong Kanan Ko-Kurikulum

ASP Ahmad Kamaruanuar Bin Mohd Adnan

Barisan Guru Kanan Mata pelajaran

Rakan-rakan guru,

Barisan pengawas sekolah

Para Pelajar Yang Dikasihi Sekalian

Nyanyian Lagu Sebagai tanda cinta akan Negara, majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku,
Negaraku, lagu Negeri Perlis dan Lagu Ilmu Transformasi Insan
Negeri Perlis &
Ilmu guru-guru dan para pelajar dipohon bersedia.
Transformasi ………………………………………………
Insan
Guru-guru dan para pelajar dipersilakan duduk.

Bacaan Doa Seterusnya, majlis mempersilakan ……………………………………………… untuk memimpin


bacaan doa. Dipersilakan.
……………………………………………………………………..
Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………… atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

Bacaan Ikrar Majlis seterusnya mempersilakan ………………………………………… untuk mengetuai


bacaan ikrar. Dipersilakan.

1
TEKS PENGERUSI
MAJLIS PENGHARGAAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS
PUSAT SUMBER 2017
……………………………………………………………………..
Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………… atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.

Aluan hadirin hadirat sekalian,


pengerusi
Pertama dan terutamanya, marilah sama-sama kita Bersyukur ke hadrat Ilahi
kerana dengan izin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan al-Syafie bumi
tercinta ini bagi menjayakan Majlis Penghargaan Pengawas Sekolah dan Pengawas
Pusat Sumber bagi Tahun 2017 serta pelantikan pengawas bagi tahun 2018.

Ucapan ketua Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


pengawas Tak berguna, jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara,

guru-guru dan para pelajar sekalian,

Sebagai pembuka tirai bingkisan ucapan, majlis mempersilakan Sdri. Nur Aisyah bt
Mastar, Ketua Pengawas Sekolah untuk menyusun bicara sepatah dua kata
barangkali. Dipersilakan.

....................
Terima kasih diucapkan kepada Sdri. Nur Aisyah Bt Mastar atas ucapan sebentar
tadi.

Ucapan Sudilah tuan jalan berlapan,


pengetua Jalan berlapan di malam kelam;
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Guru-guru dan para pelajar sekalian,

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput Puan Rusmiza bt Ishak, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Penghargaan Pengawas
Sekolah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

........................................................................

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. Rusmiza atas kesduian
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis sebentar tadi.

Ucapan ASP Guru-guru dan para pelajar sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan ASP Ahmad


Kamaruanuar Bin Mohd Adnan untuk menyampaikan ucapan dan taklimat.
Dipersilakan.

2
TEKS PENGERUSI
MAJLIS PENGHARGAAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS
PUSAT SUMBER 2017
…………………………………………………….
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ASP Ahmad Kamaruanuar atas
ucapan dan taklimat sebentar tadi.

Penyampaian Hadirin hadirat sekalian,


penghargaan
Tibalah kita agenda utama majlis hari ini, iaitu penyampaian Sijil Penghargaan
kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi 2017/2018. Bagi
menyatakan tujuan maksud tersebut, majlis menjemput ......................................
diringi oleh .................................................... bagi menyempurnakan acara majlis.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

……………………………

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


...................................................................................................................... atas
kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi.

hadirin sekalian,

Patah tumbuh hilang berganti,

seterunya, adalah acara penyampaian Surat Lantikan Pengawas Percubaan bagi


sesi 2017/2018.

Bagi menyempurnakan acara, majlis mempersilakan……………………………………..


diiringi ………………………………….. . majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

……………………………

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada


...................................................................................................................... atas
kesudian menyempurnakan acara sebentar tadi.

penutup Hadirin hadirat sekalian,

Berakhirnya penyampaian lantikan sebentar tadi, maka berkhirlah agenda pada


hari ini. Saya sebagai hamba yang dipertanggungjawabkan menjadi pengerusi
majlis hari ini memohon maaf atas segala kekhilafan. Segala yang baik itu datang
daipada Allah dan yang buruk itu juga datang daripada Allah disandarkan kepada
diri saya yang lemah.

Disediakan oleh:
Butanglara 23102017@1254