Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN

ASSUMPTION
12100 BUTTERWORTH

Kertas Kerja
PERTANDINGAN MELAFAZKAN THIRUKKURAL
TAHAP 2

15 NOVEMBER 2018
DEWAN TERBUKA, SKA
8.00-9.30 PAGI

Anjuran
PANITIA BAHASA TAMIL
SKA
PENGENALAN :

Thirukkural dikenali sebagai suatu teks klasik dunia. Teks Tamil ini bukan sahaja suatu
mahakarya yang penuh dengan nilai-nilai estetik dan kesusasteraan, tetapi ia juga suatu
panduan hidup untuk seluruh umat manusia. Meskipun Thirukkural menjadi kitab untuk
seluruh umat manusia tanpa mengenal agama, kaum, bangsa, darjat, dan seumpamanya yang
membawa perbezaan sesama manusia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Thirukkural
patut kepada segala hukum-hukum asas agama Hindu. Namun demikian, Thirukkural ini
semakin tidak dihargai dan keistimewaannya tidak diketahui oleh generasi pada masa kini.
Pada zaman era globalisasi ini, generasi kini lebih fokus kepada alam hiburan seperti
facebook, whatsup, Instagram dan sebagainya. Mereka tidak mengikut pedoman hidup
seperti yang tertera dalam Thirukkural. Maka penghayatan terhadap Thirukkural harus
bermula dari murid-murid sekolah rendah supaya mereka dapat mengikut gaya hidup yang
betul. Pertandingan Melafazkan Thirukkural dapat memudahkan murid mengenal,menghafal
dan menyedari maksud tersirat yang dibawa oleh teks klasik tersebut. Dengan menyedari
hakikat ini, Panitia Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan Assumption menganjurkan suatu
pertandingan melafazkan Thirukkural dalam kalangan murid India Tahap 2.

OBJEKTIF:
 Memberi peluang kepada murid India SK Assumption mengenal Thirukkural dan
keistimewaannya.
 Sebagai tarikan kepada pelajar untuk menghafal dan melafazkan mengikut gaya yang
bersesuaian
 Menghargai dan mempertahankan Thirukkural yang merupakan pedoman hidup bagi
kaum India disepanjang hayat.

MAKLUMAT PERTANDINGAN
a) Tarikh : 15 November 2018
b) Masa : 10.35-12.30 Tengahari
Tempat : Dewan Terbuka, SKA
Peserta : Murid India Tahap 2

TENTATIF PROGRAM

Rujuk lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk lampiran 2
KESIMPULAN

Penghargaan diberikan kepada pihak pentadbir SK Assumption dan semua guru


yang terlibat bagi menjayakan program ini. Diharap, program ini dapat memberikan manfaat
dan pengalaman bermakna kepada semua murid yang terlibat. Semoga segala aktiviti yang
dijalankan akan berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat dan objektif dengan
berkesan.

Disediakan : Disemak oleh:

______________________________ ________________________
(JAYA PRITHA A/P RAJAGOPAL)
Ketua Panitia Bahasa Tamil
SK Assumption

.
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 15 November 2018


MASA : 10.35-12.35 Tengahari
HARI : Khamis

MASA AKTIVITI

10.35-10.45 am Membuat pengumuman untuk mengumpul murid India tahap 2

10.45-11.00 am - Memberi taklimat ringkas pertandingan melafazkan Thirukkural

11.00-12.00 pm -Perlaksanaan pertandingan melafazkan Thirukkural

12.00-12.30 pm -Penilaian markah oleh hakim


-Pengumuman pemenang dan pemberian hadiah

12.35 pm -Tamat Program


-Bersurai
LAMPIRAN 2
PERBELANJAAN JANGKAAN

BIL PERKARA HARGA JUMLAH KEWANGAN


(RM)

1.  Hadiah pertama RM 10 X 1 RM 10 RM 10
 Hadiah Kedua RM 9X1 RM 9 RM 9
 Hadiah Ketiga RM 8X1 RM 8 RM 8

2. Hadiah Saguhati Rm 2.70 x 2 RM 5.40 RM 5.40

Jumlah keseluruhan RM 32.40