Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS 2018

SJK(T) LADANG BIKAM, SUNGKAI, PERAK

TARIKH

17 Oktober 2018
Masa : 2.00 hingga 4.00 ptg

TEMPAT
Kawasan Sekolah
1.0 Pengenalan

Pengawas sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk
membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin para
pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga
adalah pelajar, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan
berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan
pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para
pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario
seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat
memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0 Objektif

2.1 Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:


2.1.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali
kawan-kawan.
2.1.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
2.1.3 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang
betul.
2.1.4 Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu
pasukan.
2.1.5 meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan
khalayak.
2.1.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
2.1.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan
oleh pihak sekolah.
2.1.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
3.0 Tarikh dilaksanakan
3.1 17 Oktober 2018 (Rabu)

4.0 AJK Pelaksana


4.1 Rujuk Lampiran A

5.0 Tempat
5.1 Kawasan Sekolah

6.0 Aktiviti
6.1 Rujuk Lampiran B

7.0 Anggaran Perbelanjaan


No Perkara Anggaran Jumlah
1. Makan Tengahari RM 72.00 RM72.00

Jumlah Keseluruhan RM 72.00

8.0 Penutup

Sesungguhnya program ini merupakan aktiviti yang amat berguna dan penting untuk
meningkatkan keyakinan murid untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh membantu guru.
Disamping itu, program ini banyak membantu murid untuk menjadi seorang pemimpin yang
berkesan dan mampu mengurangkan beban guru dalam mengawal murid-murid sekolah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________ ____________________________
(EN. SASHI KUMAR A/L DHANYAN) (PN. ANNAMRY A/P JAYARAJ)
Setiausaha Guru besar
Program Kepimpinan Pengawas 2018 SJKT Ldg. Bikam
SJKT Ldg. Bikam
Lampiran A

Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Pn. Annamary a/p Jayaraj (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Pn. Poongkodi a/p Madahsamy
Setiausaha : En. Sashi Kumar a/l Dhanyan
Bendahari : Pn Batmaadevi a/p Singarajan
Peralatan : 1. En. Shankar a/l Govaithasamy
2. En. Patrick Paul Raj a/l Philip
Kebersihan dan
Hadiah & Sijil : 1. Cik. Eswari a/p Ramasamy
2. Cik. Madhirubini a/l Kaneson
3. Pn. Thilagam a/p Muniratnam
Ajk Makanan : Guru Jawatankuasa Disiplin dan Guru Kelas
Lampiran B

Jadual Aktiviti

Masa Akitviti Tindakan


2.00 ptg Ketibaan di Sekolah
2.00-2.10 ptg Taklimat Guru Bimbingan GBK
2.10-2.40 ptg Taklimat Tugas-Tugas Pengawas Guru Disiplin (Penyelaras)

2.40 -3.00 ptg Ceramah kepimpinan Penceramah Jemputan


3.00 – 3.30 ptg LDK 1 / Pengucapan Awam GBK
Guru Disiplin
AJK Peralatan
AJK Keselamatan dan
Disiplin
3.30 - 4.00 ptg -Penyampaian sijil Kepada Pengawas AJK Kebersihan, hadiah,
2018 dan sijil
-Makan tengah hari AJK Makanan
-Bersurai Ajk Keselamatan Dan
disiplin