Anda di halaman 1dari 8

BAHAGIAN B

MERANCANG

. Anda telah ditugaskan untuk menyediakan jamuan untuk 100 orang tetamu sempena

sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah. Jamuan akan dihidangkan pada jam 4.00

petang.

a) i) Rancangkan satu menu yang sesuai berdasarkan klasifikasi berikut

sebiji kek yang dihias dengan aising

satu jenis kuih tempatan savouri

satu jenis minuman menyegarkan

ii) Berikan 3 sebab pemilihan menu tersebut.

(6 skor)

Rancangkan satu prosedur kerja yang perlu anda lakukan sebelum menyedia dan
menghidang menu yang anda nyatakan di (a) tersebut.Rancangkan satu prosedur kerja
untuk tempoh 3 jam berdasarkan malumat berikut:

Tarikh majlis : 16 September, 2015

Jumlah tetamu : 100 orang

Prosedur kerja tersebut perlu bermula dengan langkah menyediakan menu dan berakhir
dengan menghidang menu

(4 skor)
MENILAI/PENYELESAIAN MASALAH
Rajah anda merupakan seorang usahawan kecil yang membuat pelbagai jenis biskut.
Rajah di bawah menunjukkan sebahagian langkah kerja mengepek biskut yang dibuat
oleh seorang pekerja yang bekerja di bengkelnya.

Rajah 10

Berdasarkan Rajah 10 ;
a) i. Kenal pasti 3 masalah yang mungkin berlaku sekiranya rakan anda menggunakan
perlatan mengepek tersebut. (Skor:3)

ii. Cadangkan 3 cara untuk mengatasi masalah yang anda nyatakan di (a.i) (Skor:3)

b) i. Sekiranya rakan anda ingin terus menggunakan bekas mengepek tersebut,


cadangkan 2 cara pembungkusan yang boleh membantunya untuk memasarkan
produk tersebut. (Skor:2)

ii. Pilih satu cara terbaik yang anda nyatakan b(i) dan berikan sebab pemilihan cara
tersebut. (Skor:2)
PENGIRAAN KOS
Anda bercadang untuk menjual 100 bekas Roti Jala dan Kari Ayam sempena Hari Kantin. Jadual 1
menunjukkan kos untuk menghasilkan 100 bekas Roti Jala dan Kari Ayam.

Bil Perkara Kuantiti Kos

1 Roti Jala 400 keping RM 40.00

2 Kari Ayam 2 kg RM 110.00

3 Bekas mengepek 100 biji RM 25.00

4 Kos upah dan kos sampingan - RM 15.00

Jadual 1

Berdasarkan Jadual 1, hitung:

a) Kuantiti Roti Jala dan Kari Ayam untuk satu (1) bekas. [ Skor : 2 ]

b) Jumlah Kos Projek untuk menghasilkan 100 bekas Roti Jala dan Kari Ayam. [ Skor : 3 ]

c) Harga Jualan satu (1) bekas Roti Jala dan kari Ayam jika keuntungan yang dikehendaki
ialah 60%. [ Skor : 4 ]

d) Nyatakan SATU cii yang perlu ada pada bekas mengepek tersebut. [ Skor : 1 ]
MENILAI/PENYELESAIAN MASALAH

Anda telah menyelia disebuah ruang memasak. Rajah menunjukkan ruang kerja memasak yang telah
anda selia.

a) i. Kenalpasti 3 masalah yang dapat anda perhatikan (Skor 3)

ii, Tuliskan 2 kesan yang boleh berlaku akibat masalah yang anda nyatakan di 1(a)(i)

iii.Cadangkan 3 cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah di a(i) ( Skor 3)

b) Pada pendapat anda , berikan satu tindakan yang boleh diambil terhadap pengurus
ruang memasak tersebut dan nyatakan sebab anda mengambil tindakan tersebut
( 2 Skor)
MENILAI

Rajah menunjukkan kek yang dikeluarkan oleh syarikat anda.

Sejak kebelakangan ini syarikat anda telah mengalmi kemerosotan jualan produk itu.

Anda telah menjalankan kaji selidik tentang tahap kepuasan pelanggan terhadap produk tersebut.
Jadual menunjukkan dapatan kaji selidik itu

Aspek Tahap Kepuasan Pelanggan


Pembungkusan 40%
Tekstur 100%
Rupa 50%
Rasa 100%

Berdasarkan rajah dan jadual,

a) Nyatakan dua aspek yang perlu ditambah baik untuk meningkatkan jualan kek syarikat anda
b) Terangkan dengan ringkas penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi setiap aspek yang
dinyatakan di (a)
c) Nyatakan dua cara anda mempromosikan produk yang telah dibuat penambahbaikan
MERANCANG

Rajah menunjukkan situasi disebuah restoran.Anda telah ditugaskan untuk menyelia restoran
tersebut. Restoran tersebut boleh memuatkan seramai 50 orang dalam satu masa.

Teliti rajah :

a) Senaraikan dua masalah yang terdapat dalam restoran tersebut


b) Cadangkan 2 cara untuk mengatasi masalah tersebut
c) Lakarkan susun atur plan lantai yang sesuai untuk restoran yang anda selia

a)

b)

c)
TINGKAP DAPUR

PINTU MASUK
Kelab Katering telah menerima tempahan menyediakan 50 keping pizza daging.
Jadual 1 menunjukkan bahan dan kuantiti yang diperlukan untuk menghasilkan 10 biji pizza
daging

Bahan Kuantiti

Tepung berprotien tinggi 1kg

Yis 24 gm

Sos pizza 500 gm

Daging kisar 1kg

Bahan hiasan 500 gm

Jadual 1

Berdasarkan jadual

a) Hitung kuantiti bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 50 keping pizza daging

b) Lengkapkan perancangan kerja untuk menyiapkan tempahan bermula daripada mengira


kuantiti bahan sehingga pizza siap di hantar.

c) Cadangkan satu cara untuk mengekalkan kelembutan dan kepanasan pizza yang telah
dibakar . Terangkan caranya.