Anda di halaman 1dari 8

TAHUN 5

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011


Bahagian B
NAMA
CALON :

Untuk Kegunaan Pemeriksa


Kod Pemeriksa :
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI
SEHINGGA DIBERITAHU Bahagian No. Soalan Markah
21
1. Tulis nama kamu pada petak yang disediakan. 22 (a)
(b)
2. Jawapan kamu hendaklah ditulis pada ruang
jawapan yang disediakan dalam kertas soalan ini. (c)
23 (a)
3. Serahkan Bahagian B ini bersama- sama
boring jawapan objektif kepada pengawas (b)
peperiksaan pada akhir peperiksaan. (c)
24 (a)
(b)
(c)
(d)
25 (a)
(b)
(c)
(d)

JUMLAH
30

Kertas soalan ini mengandungi 8halaman bercetak

1
BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.
daripada untuk kepada dan

seperti di atau dalam

Pokok penting sebagai penyumbang semulajadi oksigen __________ manusia. Pokok

juga penting ___________ menghasilkan kertas. Kita menggunakan kertas untuk

pelbagai tujuan seperti membungkus benda, mencetak_________menulis. Tahukah

kamu bahawa semakin banyak kertas kita gunakan, semakin banyak pokok yang akan

ditebang? Dengan mengurangkan penggunaan kertas, kita dapat menyelamatkan

banyak pokok _____________ ditebang.

4markah]

Soalan 22
a. Tulis ayat Tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya: __________________________________________________________

__________________________________________________________

Jawapan: Kita akan pulang ke kampung menziarahi nenek pada hari Sabtu ini.

[ 2markah]

2
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.
Bendahara,
mengapakah kamu
kelihatan cemas ?

[ 2markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

[ 2markah]

3
Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada zaman dahulu, Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur. Kedudukannya
ialah kira-kira 15 kilometer dari tebing kuala Sungai Batu Pahat.
Nama Batu Pahat diambil sempena sebuah perigi batu yang dipahat oleh tentera
Siam. Perigi batu itu dibuat ketika tentera Siam dalam perjalanan hendak menyerang
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1456. Perigi itu merupakan satu-
satunya peninggalan sejarah yang masih wujud walaupun sudah berusia lima abad.
Perigi itu terletak di kuala Sungai Batu Pahat, iaitu di Kampung Minyak Beku yang
dahulunya dikenali sebagai Sungai Kundur.
Dato’ Bentara Luar, iaitu Dato’ Muhamad Salleh bin Perang memulakan usaha
membangunkan Bandar Batu Pahat pada tahun 1893. Dengan persetujuan Duli Yang
Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim, Bandar Batu Pahat dibuka
secara rasmi pada 1 Januari 1894. Satu lagi majlis pengisytiharan diadakan bersempena
dengan penamaan Bandar Batu Pahat sebagai Bandar Pengaram pada 1 Disember 1984.
Dipetik dan diubahsuai daripada laman sesawang www.pdnj.johor dt.gov.my

a. Nama asal Batu Pahat ialah ____________________________.


[1 markah]

b. Bagaimanakah Batu Pahat mendapat namanya?

[ 2markah]
c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Batu Pahat merupakan sebuah bandar di


negeri Johor.

Usaha membangunkan Batu Pahat betul


dimulakan pada tahun 1984.
salah
Kerajaan Kesultanan Melaka telah
diserang oleh tentera Siam pada tahun
1456.

[ 2markah]

4
Soalan 24

Baca surat dibawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

No. 526, JalanSentosa,


Taman Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
18 April 2017.

Kehadapan Ahmad Faiz yang berada di Kampung Nibong, semoga berada dalam
keadaan sihat. Bagi diri saya dan keluarga di sini sentiasa sihat.

Saudara,

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu saudara sekeluarga
bahawa saya dan keluarga akan menziarahi saudara pada cuti persekolahan nanti, iaitu
pada 29 Mei. Kami akan tiba di rumah saudara pada petang tersebut. Setahu saya,
keluarga saya telah memaklumkan tentang hal ini kepada keluarga saudara.

Bagaimanakah dengan pelajaran saudara? Tentu saudara telah banyak membuat


persiapan untuk menghadapi peperiksaan. Saya di sini sentiasa berusaha untuk
meningkatkan pencapaian saya dalam akademik. Saya berharap semoga saudara akan
Berjaya dalam setiap usaha yang telah saudara lakukan.

Saya amat berharap ketika saya sekeluarga dating menziarahi saudara nanti,
saudara berada di rumah, dapatlah kita berborak panjang. Lagi pun sudah terlalu lama
kita tidak berjumpa. Banyak cerita yang ingin saya bualkan dengan saudara. Jadi,
saudara tunggulah kedatangan kami nanti.

Nampaknya cukuplah sampai di sini dahulu buat kali ini. Semoga kita bersua lagi
di lain lembaran. Sekian, terima kasih.

Sepupumu,
Hafiz Azizi

5
a.Perkataan menziarahi dalam petikan boleh juga digantikan dengan
perkataan __________________.
[1 markah]

b. Apakah tujuan penulis menulis surat ini kepada Ahmad Faiz?

[ 2markah]

c. Bilakah penulis dan keluarganya akan datang menziarahi Ahmad Faiz sekeluarga?

[ 2markah]

d. Peperiksaan akhir tahun akan tiba, apakah persiapan kamu untuk menghadapi
peperiksaan? Terangkan?

[ 3markah]

6
Soalan 25

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Anakku

Anakku,

Cahaya kasih mama,


Dari kecil kau kubelai dan kumanja,
Tangisanmu meresah jiwaku,
Ketawamu penawar hatiku.

Anakku,
Permata hati ibu,
Kau kuberi ilmu buat bekalan,
Agar hidupmu tidak kegelapan,
Jagalah tingkah lakumu,
Agar kau tidak kesesatan.

Anakku,
Buah hati bonda,
Penat jerih membesarkanmu,
Tidak kuminta balasan.
Bonda doakan semoga kau bahagia dan berjaya

7
Dari kecil kau kubelai dan kumanja,
Tangisanmu meresah jiwaku,
Ketawamu penawar hatiku

a. Apakah maksud sajak di atas?

[2 markah]

b. Apakah doa ibu terhadap anaknya?

[1 markah]

c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.

Menjaga dan mendidik anaknya dari kecil sehingga dewasa.

Mencari ilmu untuk anaknya.

[1 markah]

d. Sebagai seorang anak, terangkan bagaimana cara untuk membahagiakan


ibu kamu ?

[ 3markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai