Anda di halaman 1dari 3

JATI DIRI REMAJA

OBJEKTIF
• menerangkan definisi jati diri remaja
• menjelaskan rasional perubahan diri remaja, potensi diri remaja, masalah-masalah dan salahlaku remaja
• menyatakan tentang isu-isu remaja
• menjelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi remaja masa kini
• menjelaskan nilai-nilai positif yang perlu dihayati oleh remaja.

DEFINISI REMAJA
• Kamus Dewan (1984) mentakrifkan remaja sebagai peringkat umur mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah
cukup umur untuk berkahwin
• Didefinisikan sebagai kumpulan anak-anak muda yang berumur antara 12-21 tahun atau 13-25 tahun.
• Mempunyai emosi dan perasaan ingin mencuba serta sedang menuju ke tahap kematangan sebagai seorang
dewasa.
• Khulen (1982) menganggap zaman remaja sebagai satu jarak waktu bagi seseorang mengalami masa peralihan
dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa, juga merupakan titik tolak dari zaman kanak-kanak melengkapkan
diri untuk menuju ke alam kedewasaan.

DEFINISI JATI DIRI


ditakrifkan sebagai asli, murni, tulen dan tidak bercampur
Identiti seseorang yang memisahkan suatu peribadi dengan peribadi yang lain.
Jatidiri ini adalah berbeza antara satu dengan yang lain iaitu merujuk kepada ciri-ciri sejati yang dimiliki oleh seseorang
bukan sahaja yang terlihat secara lahiriah tetapi termasuk juga nilai-nilai yang menjadi pegangannya.

PERSEDIAAN MELAHIRKAN JATI DIRI


• Persediaan yang lengkap di mana proses ini hendaklah merangkumi seluruh aspek pemikiran, diri dan gerakan
• Persediaan mestilah berbentuk lapangan bukannya secara teori sahaja
• Persediaan yang seimbang dan bersepadu di mana ia memberi penekanan kepada seluruh aspek kehidupan
dengan kadar yang dikehendaki tanpa melakukan penambahan atau pun pengurangan pada sesuatu aspek
tertentu.
Aspek fizikal; Perubahan diri individu sama ada lelaki atau perempuan contohnya perubahan bentuk tubuh badan,
suara, perangai dan pemikiran seseorang.
Aspek mental; Pada peringkat remaja, akan berlaku perubahan pemikiran yang agak mendadak. Justeru remaja perlu
membuat persiapan strategik supaya setiap cabaran yang mendatang dapat dihadapi dengan baik. Antara persediaan
penting ialah kekuatan ilmu, ketahanan akal dan faktor rohaniah yang memberi kekuatan emosi.
Aspek emosi; Emosi remaja mudah terdedah dengan hasutan dan pengaruh sekeliling. Remaja mula ingin mencuba
sesuatu yang baru. Kekuatan mental dan kerohanian menuntut remaja supaya tidak terpengaruh dengan cabaran yang
pelbagai.

PERUBAHAN–PERUBAHAN YANG BERLAKU KEPADA REMAJA


• Perasaan ingin mencari identiti sendiri.
• Bercita-cita untuk meningkatkan potensi diri untuk mencapai sesuatu yang dihajati.
• Ingin berdikari dan memikul tanggungjwb sendiri
• Ingin mencuba perkara-perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

POTENSI DIRI PELAJAR


Menilai diri
- Membina imej diri
- Imej positif atau negatif
- Yakin dengan kebolehan diri

Membanding diri
- Melihat persamaan dan perbezaan dengan orang lain
- Menghasilkan kesan positif atau negatif
- Menilai kelemahan yang ada dalam diri dan membuat perubahan

Menanamkan sifat cekal diri


- Konsisten menjadikan diri cekal
- Menganggap setiap kegagalan itu tidak akan gagal selamanya
- Tabah dalam menghadapi setiap dugaan
- Menyedari kelemahan diri dan membuat perubahan
FAKTOR MASALAH PELAJAR
1. Tidak mendapat kasih sayang keluarga
2. Kebanjiran Teknologi Maklumat yang disalahgunakan
3. Masalah kejiwaan
4. Media Massa
5. Kesan Globalisasi
6. Rakan Sebaya
7. Kelonggaran Penguatkuasaan Undang-undang
FAKTOR IBU BAPA
• Ibu bapa tidak bertanggungjawab
• Bersikap materialistik dan sibuk mengejar kebendaan
• Tidak mengetahui gerak-geri anak-anak
• Ibu bapa gagal membimbing dan mengasuh anak-anak menerapkan nilai-nilai murni,
• ajaran agama dan kasih sayang
FAKTOR KEBANJIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG DISALAHERTIKAN
• Berlaku diffusi budaya (budaya songsang).
• Internet dan saluran informasi yang tidak berfaedah mudah didapati
• Pengaruh cara bercakap, berpakaian, bersosial dan berfikir
• Budaya luar diserap masuk ke dalam budaya kita
FAKTOR KEJIWAAN
• Terlalu mengikut emosi tanpa memikirkan risiko yang akan berlaku.
• Muzik dan nyanyian yang boleh menggugat emosi remaja.
• Salah satu unsur kejadian manusia dan mempunyai dua kecenderungan; kebaikan dan kejahatan.
FAKTOR MEDIA MASSA
• Banyak memaparkan pengaruh negatif Barat
• Nilai keagamaan tidak dititikberatkan
• Budaya Barat jadi garis panduan
• Kurang/tidak ada pengisian minda yang berfaedah
FAKTOR GLOBALISASI
• Sifat remaja suka mencuba sesuatu yang baru
• Segala maklumat & perkembangan dapat diketahui & dicapai [baik atau buruk]
• Konsep dunia tanpa sempadan
• Remaja teruja dan tidak dapat mengelak daripada melihat/berinteraksi terhadap apa yang dipaparkan
FAKTOR RAKAN SEBAYA
• Rakan sebaya adalah orang yang sangat berpengaruh kepada perkembangan remaja
• Rakan sebaya mempunyai tahap mentaliti dan tahap pemikiran yang sama.
• Rakan sebaya adalah orang yang sangat berpengaruh kepada perkembangan remaja
KELONGGARAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
• Rasuah di kalangan penguatkuasa undang-undang
• Penguatkuasaan tidak tegas.
• Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan.

CABARAN DALAM MEMBIMBING REMAJA


• Membuat penilaian pengaruh rakan sebaya adakah ia dominan dalam diri anak-anak.
• Memastikan pengaruh media dan persekitaran yang boleh merosakkan imej remaja
• Remaja sering membuat keputusan sendiri tanpa mendengar nasihat dari orang yang lebih berpengalaman.
• Terlalu idealistik
• Meniru artis-artis barat sebagai idola.
• Tidak mempunyai cita-cita dan matlamat hidup.

NILAI-NILAI YANG HARUS DITERIMA PAKAI REMAJA


Kasih sayang dan Sokongan sosial
• Kasih sayang yang diberikan oleh ibubapa tidak disalahgunakan.
• Rakan sebaya yang boleh dipercayai dan dapat membimbing ke arah jalan yang baik.
• Guru yang sentiasa mendidik dan menanamkan nilai-nilai moral di sekolah.
• Masyarakat yang prihatin terhadap tingkahlaku remaja.
Mengamalkan gaya hidup sihat
• Tidur yang sentiasa cukup.
• Menjaga kebersihan diri.
• Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
• Bersenam atau bersukan.
• Menghindari perilaku yang tidak berfaedah.
Kekuatan Displin Diri
• Mengetahui dengan tepat apa yang diingini oleh remaja.
• Berani menempuh dugaan.
• Mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
• Mematuhi undang-undang sekolah/kolej.
Yakin Boleh
• Bijak menggunakan pengalaman dan kebolehan yang ada.
• Merancang masa depan dengan penuh yakin.
• Pintar dalam membuat pertimbangan.
• Boleh membuat keputusan sendiri dan menerima idea baru dengan bijak.
Hubungan komunikasi yang baik
• Sentiasa berbincang dengan ibubapa dan orang yang boleh dipercayai sekiranya menghadapi masalah.
• Bertukar-tukar fikiran dan pengalaman.
• Sentiasa membina hubungan atau komunikasi yang harmonis di antara anggota keluarga.

CIRI-CIRI UTAMA INISIATIF PERIBADI


• Menetapkan tujuan utama yang pasti.
• Motivasi untuk bertindak terus menerus dalam mengejar tujuan tersebut.
• Kemampuan mempercayai diri sendiri.
• Disiplin peribadi.
• Membuat keputusan dengan cepat, teliti dan pasti.
• Bersikap positif sentiasa.
• Kemampuan menerapkan keyakinan dalam diri.