Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 1437H/2016M


SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT THOMAS,KUANTAN.

1.0 PENDAHULUAN

Ramadhan adalah bulan yang Allah tentukan sebagai bulan latihan didikan rohani yang
bermatlamatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Bermotivasikan ganjaran pahala yang berlipat
ganda, keluasan rahmat serta keluasan ruang pengampunan dosa, setiap individu muslim yang
beriman dengan keyakinan yang sejahtera kepada Allah dan hari akhirat terus menerus
meningkatkan segala bentuk ibadah sama ada ibadah khusus atau ibadah umum.

Dengan penuh penghayatan tentang anugerah serta janji Allah ini, individu muslim
sentiasa berusaha meningkatkan mutu pelaksaan ibadah dari segi keikhlasan, kesungguhan,
keinsafan serta pengharapan daripada Allah s.w.t.

Hasil daripada penghayatan ini akan lahirlah sifat taqwa kepada Allah s.w.t yang mana
dengan ketaqwaan inilah yang terus dipupuk dan dijaga serta ianya akan mendasari segala
ibadah, segala amal kebaikan, bisikan hati, pertuturan lidah mahupun gerak anggota sepanjang
Ramadhan dan seterusnya pada 11 bulan yang seterusnya sehingga bertemu lagi dengan
Ramadhan.

Mudah-mudahan segala amal ibadat, amal kebaikan pada bulan-bulan seterusnya didasari
ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Tidak dapat tidak kita mesti sentiasa bersedia berbekalkan iman
dan taqwa kerana bila-bila masa sahaja akan jemput oleh Allah s.w.t. Mudah-mudah kita
dijemput kembali kepada Allah s.w.t dalam keadaan terbaik iman taqwa kita, terampun dosa-
dosa kita serta tertunai segala amanah dan tanggung jawab kita.

Justeru itu, program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk memberikan
pendedahan serta tasawwur yang jelas tentang hakikat Ramadhan disamping mendapatkan
keredhaan Allah s.w.t. Bersama kita memohon kepada Allah s.w.t agar melimpahi rahmat serta
barakah dalam kita menghayati Ramadhan.

Mudah-mudahan dengan usaha ini, pengalaman yang ditimba oleh murid-murid melalui
Program Ihya’ Ramadhan 1436H ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam
kedewasaan kelak.

Adalah amat diharapkan supaya program ini dapat berjalan lancar dan dapat membantu
perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta mencapai objektif-objektif yang di rancang.
2.0 MATLAMAT

Tujuan Program Ihya’ Ramadhan 1437H ini dijalankan adalah untuk:

2 .1 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras
dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..

2.2 Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid yang
berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi.

2.3 Meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal, mental dan spiritual.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih murid agar lebih positif dan mempunyai keyakinan diri.

3.3 Untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.

3.4 Memupuk semangat bekerjasama dan bantu membantu antara murid serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.5 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap
situasi.

3.6 Murid-murid dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh :Sepanjang Bulan Ramadhan 1437H


Hari :Hari Isnin hingga Jumaat
Tempat :Sekolah Kebangsaan Saint Thomas, Kuantan.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua Murid, Ibu Bapa dan Guru Sk. Saint Thomas, Kuantan.
6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Diantara aktiviti yang diadakan ialah :

Bil Aktiviti Jadual Sasaran Tindakan


1. Tadarus Al-Quran Setiap Hari Murid Tahun 6 Mohd
Persekolahan (terpilih) Nazir/Azrina/Wan
(Waktu Rehat) - Murid Tahun 5 Rasyidah
Bermula Pada 8 (terpilih)
Ramadhan Murid Tahun 4
hingga 23 (terpilih)
Ramadhan 40 Orang
3. Tazkirah Ramadhan Setiap selepas Murid sesi pagi Mohd Nazir/Mohd
Perhimpunan dan petang Famir
4. Risalah Ramadhan Mingguan Umum Najiba
5. Ifthor Jamaie dan solat terawih 30 Jun 2016 Murid tahun 6, Mohd Famir/
Guru, Ibubapa Syahrill Nizam
6. Kutipan Derma Tabung Infaq 8-23 Ramadhan Semua murid Wan
Ramadhan Rasyidah/Rohana
Jamar
8. Banner bulan Ramadhan Sebelum Mohd Nazir
Ramadhan
9. Majlis Khatam Al Quran 30 Jun 2016
Semua Murid Mohd famir/
5.30 petang
yang menyertai Syahrill Nizam
tadarus.
11. Pertandingan Buku Skrap Bermula 8- 23 Terbuka Wan
Ramadhan Sepanjang Bulan Ramadhan kepada semua Rasyidah/Azrina
Ramadhan 1437H murid tahun 4
sahaja.
12. Ceramah Nuzul Quran & Kuiz 23 Jun 2016 Tahun 4&5 Mohd Nazir/Azrina
Nuzul Quran Selepas Rehat.
13. Pertandingan Mewarna Masa seni Tahun 1-3 Pn. Rohana
7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut merupakan wang perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BIL PERKARA JUMLAH (RM) Catatan


1. Majlis Khatam Al quran
- Derma Ramadhan (untuk murid yatim dan (Bergantung
pelajar miskin ) kepada jumlah
derma Infaq
Ramadhan)
2. Ifthor Jamaie, Solat Hajat dan Solat Tarawih (RM RM2000.00
10 x 200 orang)
3. Majlis Khatam Al Quran (Hadiah peserta tadarus RM 600.00
RM 15 X 40)
4. Pertandingan Buku Skrap Ramadhan (Hadiah) RM 30.00
RM10 x 3
5. Kuiz Nuzul Quran RM5 x 6 RM 30.00
6. Pertandingan Mewarna RM 5 x 9 RM 45.00
Jumlah RM 2705.00

8.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Ahli Jawatankuasa Ihya’ Ramadhan 2015

SK Saint Thomas, Kuantan.

Pengerusi : Dato’ Haji Mohamed Sabri Bin MohdArsad, AMP.,PKC

NaibPengerusi : Pn. Halimaton Binti MohdAriffin


: Pn. Zalina Binti Othman
: En. Kamaruddin Bin Mat Ali
: En. Muzalmi Bin. Sanusi

Setiausaha : En.Kamaruddin Bin Mat Ali

Penyelaras : En. Mohd Nazir Bin Awang Hamat

AJK : Semua Guru Pendidikan Islam


9.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat memberi gambaran yang jelas tentang Ramadhan serta
meninggalkan kesan yang mendalam kepada murid-murid dalam menghayati dan
mengamalkan segala amalan yang wajib dilaksanakan dengan sempurna dan disertai dengan
amalan sunat yang dapat mendekatkan diri kepada Allah seterusnya untuk mencari keredhaan
Nya di dunia dan di akhirat.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

........................................................... ............................................................

(MOHD NAZIR BIN AWANG HAMAT) (DATO’ HJ. MOHAMMED SABRI BIN MOHD ARSAD )
Penyelaras Guru Besar
Program Ihya’ Ramadhan SK Saint Thomas, Kuantan.
1437H/2016M

Anda mungkin juga menyukai