Anda di halaman 1dari 16

TINGKATAN 4 : BAB 2 : SENIBINA

1. Namakan seni bina diatas dan ceritakan tentang bangunan tersebut [2 Markah]
-Colloseum di Rom, selesai dibina oleh Maharaja Flavian
-Berbentuk kubah boleh memuatkan 50 000 – 80 000 penonton

2. Nyatakan fungsi seni bina tersebut [2 Markah]


-Sebagai tempat pahlawan Rom bertarung
-sebagai teater

3. Berdasarkan pengetahuan anda, apakah faktor-faktor yang membolehkan manusia tamadun awal mampu
membina seni bina yang agung?
ATAU

Apakah faktor yang mendorong peningkatan seni bina dalam tamadun awal

ATAU

Mengapakah generasi masa lampau mampu membina seni bina yang unik? [4 Markah]

-kebolehan memanfaatkan sumber semula jadi sebagai bahan binaan


yang berkualiti
- mempunyai kepimpinan yang berwibawa /berwawasan
-mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakyat
-mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi seperti ilmu geometri,
matematik
-dapat memiliki pelbagai kemahiran
-memiliki tenaga mahir/ jurutera
- Mempunyai rakyat yang ramai
-seterusnya mampu mencipta/ membina sesuatu yang baru
-Tembok Besar Cina/ Pagoda
-Menunjukkan / mencerminkan ketahanan masyarakat tamadun awal
menghadapi cabaran menghasilkan monumen
-Mengabadikan monumen / binaan sebagai pencapaian agung
4. Mengapakah kita perlu menjaga dan memelihara seni bina yang berunsur sejarah?
Berikan penjelasan anda. [4 Markah]
Warisan peninggalan sejarah yang bernilai
Menarik pelancong / memajukan ekonomi / sumber kajian sejarah
Istana Lama Seri Menanti / A Famosa / Bangunan Sultan Abdul Samad

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 1
TINGKATAN 4 : BAB 6 – KHALIFAH UMAR al-KHATTAB
1. Jelaskan latarbelakang Khalifah Umar bin al-Khattab sebagai khalifah kedua [2 Markah]
-Berasal dari Bani Adi
-Lahir pada 583M
-Nama sebenar Umar bin al-Khattab bin Naufal
-Berketurunan Quraisy
-Terkenal dgn sifat berani,tegas dan berterus terang
-Perlantikkanya dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar
-Dipersetujui oleh para sahabat dan org ramai
-Jangka masa pemerintahanya dianggap sebagai zaman keemasan kerana
banyak pembaharuan dan perubahan yg dilakukan

2. Berikan Pembaharuan dan perubahan yang dilakukan oleh Khalifah Umar al-khattab yang telah
memperkukuhkan kerajaan Islam di Madinah [ 4 Markah]
Politik :
 Memperkenalkan dasar pentadbiran & perlantikan pegawai
 Menubuhkan majlis syura dianggotai wakil gol muhajirin &ansar
 Membahagikan jajahan takluk
 Melantik wali/ ketua
 Menubuhkan jabatan tentera dan polis
 Menubuhkan jabatan percukaian
 Menubuhkan jabatan perbendaharaan negara
 Menubuhkan jabatan kehakiman
Sosial :
 Memberi gaji bulanan kepada hakim (500 dirham)
 Menjadikan masjid sebagai tempat belajar al- Quran
 Menghantar guru agama ke wilayah2
 Memperkenalkan kalendar Islam
 Menyusun sistem ketenteraan
 Tentera tetap dan tentera sukarela diwujudkan
 Membukukan ayat-ayat al-Quran
Ekonomi :
 Membina terusan/ tali air Empangan Abu Musa
 Memperkenalkan cukai jizyah/ kharaj
 Mendirikan baitulmal

3. Sejauhmanakah sumbangan Khalifah al-Khattab mempengaruhi kegemilangan Kerajaan Islam Madinah


ketika itu? [4 Markah]
-melicinkan pentadbiran negara melalui penubuhan pelbagai jabatan
seperti Majlis Sura, jabatan tentera polis, kehakiman, perbendaharaan
negara
-Ekonomi negara berkembang pesat dgn pembinaan insfrastuktur
pertanian spt pembinaan terusan/saluran air
-Sumber kewangan dilaksanakan dgn cekap apabila pengurusan
baitulmal dimantapkan
-pertahanan kerajaan Islam kukuh – menguruskan angkatan tentera
secara sistematik. Pembinaan markas tentera dibandar dan semadan
-mengembangkan ilmu Islam . Pemdidikan al Quran diperluaskan dan
dapat melhirkan golongan intelektual Islam

4. Pada pendapat anda,apakah ciri-ciri kepimpinan Khalifah Umar bin al-Khattab yang boleh diterapkan
oleh pemimpin negara kita dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yg maju [4 Markah]
-bertanggungjawab dalam urusan pentadbiran negara contohnya elak
pembaziran duit rakyat
-Amanah dlm memikul t/jawab.Jauh kan diri dr amalan rasuah
-memelihara kesucian ajaran Islam dgn menerapkan nilai2 Islam dlm
pentadbiran spt larangan riba/lessen perjudian
-Menjaga hubungan dengan rakyat spr slogan “rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan” yg menjadi pemimpin berjiwa rakyat

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 2
TINGKATAN 5 ~BAB 1 : IMPERIALISME
Imperialisme merupakan istilah umum bagi merujuk kepada penjelajahan dan penguasaan terhadap negara-
negara kecil oleh kuasa-kuasa asing bagi kepentingan ekonomi dan politik.
1. Namakan dua kuasa barat yang terlibat dalam kegiatan imperialisme. [2 Markah]
i. …………………………………………………………………………….

ii. …………………………………………………………………………….

2. Nyatakan sebab yang mendorong kuasa Barat berminat menjajah Asia Tenggara [4 Markah]
- Asia Tenggara mempunyai kedudukan yang strategik. Sebagai
contohnya, Asia Tenggara terletak di tengah-tengah laluan perdagangan
antarabangsa. Pelabuhan di Asia Tenggara menjadi tempat
persinggahan pedagang yang berulang-alik dari Timur ke Barat. Hal ini
menyebabkan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme mereka
kerana hendak menguasai jalan perdagangan antarabangsa.
-Asia Tenggara terletak antara China dan India. China dan India
mempunyai penduduk yang ramai. Dengan menjajah Asia Tenggara,
imperialis Barat dapat menguasai kawasan pasaran yang besar di dunia.
-Asia Tenggara juga memiliki tanah yang subur. Tanah yang subur amat
sesuai digunakan untuk menanam tanaman komersil. Hasil tanaman
tersebut dapat dijadikan bahan mentah untuk kegunaan perindustrian
-Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah. Contohnya, bijih dan
galian, hasil hutan, rempah ratus serta hasil pertanian. Sumber tersebut
dapat digunakan untuk keperluan perkilangan di negara mereka.
3. Apakah bentuk penjajahan alaf Baharu [4 Markah]
Penjahan budaya-menerapkan budaya yang bertentangan dengan
nilai tempatan

Penjajahan Minda- mempengaruhi pemikiran masyarakat


tempatan/anggap barat itu kuasa besar

Penjajahan Ekonomi. menjatuhkan mata wang negara/harga bahan


mentah/pinjaman kadar faedah tinggi/minyak kelapa sawit/jatuhkan
pasaran

Pemjajahan Maklumat. sebarkan maklumat/propoganda tentang


pemimpin negara/menggunakan teknologi/media mass

4. Bagaimanakah kita boleh menghalang kemaraan penjajah kuasa asing pada masa hadapan
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan negara kita dijajah pada masa hadapan [4 Markah]
Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara
kita
Lambang-lambang kebesaran negara harus dikenali dan dihormati
Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.
Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara.
Bersifat produktif untuk memajukan negara
Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam
negara
Perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk
menjamin kedamaian di kalangan rakyat.

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 3
TINGKATAN 5 : BAB 7 - PILIHANRAYA
1. Apakah maksud pilihan raya ? [2 Markah]
Pil- pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat sama ada di peringkat
negeri atau persekutuan.
· - Pemilihan dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang
telus dan teratur.
· -Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
· - Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.

2. Nyatakan perbezaan antara pilihan raya umum dengan pilihan raya kecil. [4 Markah]
(i) Pilihan raya umum
· Diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri
· Diadakan serentak di seluruh Malaysia
· Di Sabah dan Sarawak, pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.

(ii) Pilihan raya kecil


· Diadakan apabila berlaku kekosongan mana-mana kerusi Parlimen atau
Dewan Undangan Negeri.
· Kekosongan mungkin disebabkan kematian, perletakan jawatan dan
perlucutan jawatan.
· Diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90
hari bagi Sabah dan Sarawak

3. Buktikan pilihan raya di Malaysia dijalankan secara adil dan telus. [4 Markah]
-Pilihan raya dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
- Menggunakan Senarai Daftar Pemilih yang terkini utk menyingkirkan
pengundi yg tidak wujud spt yg telah meninggal dunia
-warganegara yang berkelayakan boleh mengundi dan menjadi calon
-Memberi peluang yang sama rata/bebas kepada calon/parti politik
yang bertanding untuk berkempen
-Calon / pengundi boleh mengemukakan bantahan jika tidak berpuas
hati
-Pengundi hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja
-Penggunaan dakwat kekal di jari pengundi utk mengelakkan penipuan
pengundi mengundi lebih dari sekali
-Peti undi lut sinar – dapat melihat secara telus kandungan peti undi
- Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan

4. Mengapakan pilihan raya penting kepada negara kita [4 Markah]


-Menyuburkan amalan demokrasi
-Memberi peluang rakyat terlibat dalam pemerintahan
-Rakyat jelata dapat memilih pemimpin yang berwibawa / layak / baik
-Menentukan bentuk kerajaan
- peluang untuk menukar kerajaan jika tidak disukai
-Menjamin kedaulatan negara
-Menjamin kecekapan pentadbiran kerajaan
-Meneruskan kestabilan politik
-Mengelakkan pergolakan politik
- Mendaulatkan kuasa rakyat dalam pemerintahan Negara
-tanggungjawab rakyat mengambil tahu perkembangan politik semasa

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 4
TINGKATAN 4 ~ BAB 8 :PENGARUH ISLAM DALAM
Kedatangan Islam di Asia Tenggara telah membawa perubahan yang besar kepada masyarakat Melayu tradisional
dalam bidang sosiobudaya.
1. Huraikan pengaruh Islam dalam gaya hidup masyarakat Melayu tradisional. ATAU
Terangkan gaya hidup golongan bawahan dalam masyarakat Melayu tradisional setelah menerima
pengaruh Islam. [8 Markah]
Perubahan prinsip kepercayaan dan akidah
Amalan protokol (hijabah) dijalankan, Mengantikan pembacaan ciri
dengan lafaz ikrar semasa upacara pertabalan sultan.Upacara
perlantikan sultan dijalankan sebelum istiadat pemakaman

Hubungan antara individu dan pertalian keluarga


Menghormati ibu bapa/orang yang lebih tua
Jiran dianggap sebagai keluarga sendiri
Panggilan tertentu untuk orang yang lebih tua
Pangilan pak long/ mak long
Tidak boleh dipanggil nama yang sebenar
Bercakap dengan suara yang rendah apabila bercakap dengan orang yang
lebih tua
Menghormati tetamuTetamu dihidangkan dengan makanan/ minuman

Adap datang ke rumah orang


Hendaklah memberi salam
Tuan rumah hendaklah menjawab salam
Bersalam- salam apabila masuk kedalam rumah
Kanak – kanak hendaklah mencium tangan orang yang lebih tua
Baca bismillah sewaktu hendak makan/ minum

Amalan semangat gotong royong

Dalam majlis perkahwinan/ majlis berkhatan /majlis tamat membaca al


Quran
Menanamkan semangat perpaduan

2. Terangkan pengaruh Islam terhadap perubahan seni bina di Tanah Melayu

ATAU
Jelaskan pengaruh kesenian Islam dalam kehidupan masyarakat Asia Tenggara [4 Markah]
-Gabungan elemen keagamaan
-Binaan utama dlm masy Melayu ialah masjid
-Ciri-ciri khas masjid spt mihrab, mimbar, telaga & bumbung yang
khusus
-Masjid tertua, Masjid Kampung Laut(Kelantan), Masjid Peringgit dan
Masjid Tengkera(Melaka)
-Istana dilengkapi balairung, tempat persemayam diraja dan balai
istiadat spt istana Melaka
- Rumah atau istana dilengkapi ukiran
-Motif ukiran berubah kepada tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan
geometri

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 5
3. Mengapakah amalan hidup bermasyarakat perlu diamalkan oleh generasi muda kini. [8 Markah]

Supaya semangat kejiranan dapat dihayati


Supaya konsep bergotong royong dapat diteruskan
Supaya nilai kasih sayang dalam masyarakat dapat dikukuhkan
Supaya masyarakat akan sentiasa mudah untuk bantu membantu dalam
semua perkara
Supaya dapat mengelakkan perasaan buruk sangka dan prejudis
Supaya masyarakat akan hidup bersatu padu dan harmoni
Supaya budaya menghormati yang tua sentiasa diamalkan
Supaya semangat perpaduan terus disuburkan dalam masyarakat

4. Segelintir generasi muda hari ini semakin meninggalkan amalan hidup bermasyarakat.
Pada pendapat anda, mengapakah keadaan tersebut berlaku? Berikan cadangan anda untuk mengatasi
masalah tersebut. [8 Markah]
Alasan sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bermasyarakat
Amalan jangan’ jaga tepi kain orang’ yang negative
Lebih suka mengadap ‘gajet’ terkini
Leka dengan teknologi canggih terkini
Sikap mementingkan diri sendiri
Sikap individualistik yang tebal

Kempen kesedaran semangat kejiranan dihidupkan semula


Wujudkan program-program yang berpusat di di Balai Raya / pusat
komuniti supaya masyarakat saling berhubung
Kerajaan boleh menggunakan media massa untuk sebarkan idea
kerjasama komuniti
Didikan pada peringkat sekolah tentang kepentingan hidup
bermasyarakat
Wujudkan NGO yang berteraskan kesukarelawan untuk membantu
mereka yang memerlukan

5. Pada pendapat anda, bagaimanakah semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dapat
diperkukuhkan? [8 Markah]
Saling bekerjasama

Menjalankan akiviti bersama seperti bergotong-royong

Majlis kenduri perkahwinan, membersihkan kawasan taman


perumahan

Bekerjasama menyelesaikan masalah yang timbul dalam kalangan


masyarakat

Mengadakan kempen-kempen

Berkaitan semangat kejiranan melalui media-media massa

Contohnya melalui radio dan televisyen

Sikap mengambil berat terhadap jiran / cakna

Mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kejiranan

Memberikan bantuan kepada jiran yang mengalami kesusahan

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 6
TINGKATAN 4 ~BAB 10 : UNDANG-UNDANG BERHUBUNG TANAH
Pentadbiran British di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah sejak abad ke-19 telah membawa perubahan dalam
sistem pemilikan dan penggunaan tanah
1. Terangkan sistem pemilikan tanah sebelum dan selepas kedatangan British di Tanah Melayu [4 Markah]

Sebelum Kedatangan British


-hal yang bersangkutan dengan tanah seperti cukai dan juga aktiviti
ekonomi diletakkan dibawah tanggungjawab pembesar
-Untuk menguasahakantanahtersebut mesti mendapat kebenaran
daripada para pembesar Melayu
- tanah adalah merupakan sumber ekonomi dan tunggak kuasa
politik serta mencerminkan kedudukan sosial pembesar Melayu.
- sesebuah kawasan itu akan menjadi mili seseorang jika ia mengusahaka
tanah tersebut dan ia boleh diwarisi oleh generasi yang
kemudiannya.
-Tidak mempunyai rekod dancatatan

Sistem pemilikan tanah semasa British

-Mempunyai rekod bertulis bagi menjamin pengesahan hak milik


-Merupakan tunjang dalam sistem ekonomi penjajah
-memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti cukai dan urusniaga
terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualandan pembelian
tanah.
-AntaraUndang –Undang tanahyang diperkenalkan oleh
British ialah :
 Peraturan TanahPerak
 Kanun Tanah Selangor
 Peraturan Tanah Sungai Ujong
-Tanah dibahagikan mengikut kegunaan dan nilai komersialnya seperti
tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan.
- Kadar cukai yang dikenakan adalah bergantung kepada jenis tanah yang
dimiliki atau yang diusahakan
- Mana2 syarikat atau individu yg berminat utk mengusahakan
tanah hendaklah membuatpermohonan di Pejabat Tanah
-Kegiatan tradisional Melayu dan tempatan juga mesti
mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah.

2. Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat Melayu? [8 Markah]
-individu atau syarikat yang hendak mengusahakan sesuatu
kawasan tidak lagi perlu mendapat kebenaran daripada pembesar
Melayu, tetapi mesti membuat pemohonan di Pejabat Tanah.
-Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat
Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah, damar dan
rotan.
-Residen di negeri-negeri Melayu mempunyai kuasa yang besar
untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan
diberikan kepada para pemodal.
-Membawa kepada perkembangan sistem ekonomi wang di
kalangan masyarakat Melayu.
-Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang
keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 7
3. Jelaskan kesan Akta Tanah Simpanan Melayu dilaksanakan oleh British kepada orang Melayu? [8 M]
-Dapat Mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah
kepada orang asing.
-Dapat Menyelamatkan tanah di sesuatu kawasan dari dijual,
dipajakgadaikan atau ditukar milik kepada orang bukan Melayu.
-Melindungi kepentingan ekonomi British kerana Tanah
Simpanan Melayu tidak dibenarkan sama sekali ditanam dengan
tanaman komersial.
-Tidak dibenarkan menanam tanaman komersial
-Tanah Simpanan Melayu tidak subur
-Tidak digunakan untuk ekonomi perdagangan
-orang Melayu kekal sebagai petani
-peribumi kekal dalam kemiskinan / mundur
-Mengelakkan peribumi daripada terlibat dengan
ekonomi moden (komersial)
-Mengurangkan persaingan terhadap penanam tanaman
komersial

4. Sekiranya anda sebagai pemimpin masyarakat tempatan pada waktu itu, bagaimanakah anda
mempertahankan tanah hak milik masyarakat tempatan? [8 Markah]

-Memperkenalkan hak pemilikan tanah yang sistematik


-Mengelakkan campur tangan asing / orang luar
-Mengelakkan jual beli / pajakan/ gadaian tanah kepada orang
luar/orang asing
-Memperkenalkan Tanah Simpanan Melayu
Imigran tidak mempunyai hak dalam pemilikan tanah di
Tanah Melayu / Sabah / Sarawak
-Penduduk tempatan sahaja yang mempunyai hak terhadap
tanah
-Memperkenalkan undang—undang dalam melindungi hak
pemilikan tanah masyarakat tempatan
-Mengenakan cukai yang rendah
-Mengusahakan tanah / mengkomersialkan penggunaan tanah
-Membuka tanah-tanah baru hanya untuk orang tempatan
-Kuasa meluluskan tanah di tangan pembesar / raja

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 8
TINGKATAN 5 ~ BAB 2 : PERANAN AKHBAR/MAJALAH & PERSATUAN
Akhbar, majalah dan novel memainkan peranan penting dalam menyemarakkan semangat kebangsaan di Tanah
Melayu pada tahun 1930-an.
1. Jelaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar-akhbar Melayu pada tahun 1930-an. [4 Markah]
F1 Ekonomi
Menggalakkan syarikat kerjasama
Mendesak British mengurangkan kemasukan orang dagang kerana
mengancam ekonomi tempatan
Menggalakkan orang Melayu berniaga
Melarang orang Melayu menjual tanah
F2 Politik
Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa raja-raja Melayu
Mengkritik pembesar/raja melayu kerana tidak melaksanakan kepimpinan
yang sewajarnya untuk rakyat
Menolak dasar pilih kasih

F3 Sosial
Menyeru orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti memilih
kerja/tidak mahu bekerja/tidak mahu berusaha
Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti
pertukangan/kerja tangan

F4 Pendidikan
Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
Menggalakkan tabungan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak
Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
Menggalakkan tabungan orang Melayu untuk pendidikan anak-anak

2. Bagaimanakah isu yang dibangkitkan oleh akhbar tersebut dapat menyemarakkan semangat nasionalisme
dalam kalangan orang Melayu?
ATAU
Apakah peranan akhbar-akhbar Melayu pada tahun 1930-an. [4 Markah]
Penggerak kesedaran kebangsaan
Menyedarkan masyarakat / kesedaran menentang penjajah
Memajukan bangsa Melayu
Mengkritik dasar penjajah yg menekan org Melayu
Membakar semangat nasionalisme
Menyeru orang Melayu bersatu padu memperjuangkan hak masing-
masing
Melaporkan perjuangan nasionalis tempatan / luar negara
Mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan
Membangkitkan kesedaran untuk memajukan diri
F Bertujuan memupuk perpaduan agar membentuk kekuatan dalam
perjuangan
F Menimbulkan kesedaran dengan ini tidak mudah tertipu helah
penjajah
F Memupuk semangat kebangsaan agar kikiskan semangat kenegerian/
perkauman
F Memupuk sikap mengkritik dan berani menegur kesalahan
pemimpin

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 9
3. Pada awal abad ke-20, muncul beberapa persatuan yang membincangkan pelbagai
persoalan berkaitan dengan orang melayu. Huraikan matlamat perjuangan persatuan-persatuan Melayu
tersebut. [8 Markah]
Meningkatkan kemajuan sosioekonomi orang melayu- KMS
Memajukan pendidikan orang Melayu -KMS
Menggalakkan perpaduan & persaudaraan dikalangan orang
Melayu –PASPAM
Menggalakkan ahli bertukar pendapat bagi memajukan diri
&bangsa - PASPAM
Menjaga budaya/Bahasa/sastera – PASPAM
Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melyu –KMM
Meningkatkan tahap pendidikan org Melayu -KMM
Mempertahan maruah bangsa –KMM
Pembelaan politik bangsa - KMM
Menegakkan ajaran Islam

4. Jelaskan sejarah perkembangan persatuan-persatuan Melayu pada awal abad ke 20 di Tanah Melayu.
[8M]
Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang
Melayu
Pertubuhan yang berlandaskan sastera,
menyatupadukan orang Melayu, Sabah dan Sarawak
orang Melayu dapat berkenal-kenalan
bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri dan bangsa.
Me Menggalakkan perpaduan/ persaudaraan di
kalangan orang Melayu di seluruh Semanjung Tanah Melayu
mendapat sambutan yang hangat kerana organisasinya adalah
lebih kemas dan mempunya permbagaannya sendiri.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM )


Dipimpin oleh Ibrahim Hj Yaakob
Bersifat radikal dan anti British
Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu
Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu
Bekerjasama dgn Jepun untuk menghalau British dari Tanah
Melayu
Menjadikan KMM sbg badan propaganda Jepun
Membeli warta Melayu sbg alat propaganda anti British
Mengelilingi TM mencari sokongan
Menubuhkan tentera semut

Sejauh manakah persatuan persatuan Melayu pada awal abad ke 20 berjaya mencapai matlamatnya [8M]

B Berjaya
F1 - menimbulkan kesedaran
F2 - memajukan bangsa Melayu
F3 - menanamkan perasaan anti penjajah
F4 - menyatupadukan bangsa Melayu
F5 - mengembangkan pendidikan Melayu
F6 - menyatukan golongan intelektual Melayu
F7 - memangkinkan nasionalisme Melayu
F8 - brertukaran pendapat telah berlaku dalam kalangan pelbagai lapisan
masyarakat
F9 - membangkitkan matlamat tuntutan kemerdekaan negara
F1 - bersuara membela bangsa Melayu
F11 - bangkit perbincangan soal kebangsaan
F1- kikiskan semangat kenegerian dalam kalangan Melayu

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 10
TINGKATAN 5 ~ BAB 4 : MALAYAN UNION
1. Apakah yang anda faham tentang Malayan Union?
ATAU
Jelaskan konsep Malayan Union [4 Markah]
Gagasan yang menggabungkan Negeri Melayu Bersekutu
(NMB), Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) dan dua buah
Negeri Selat (NNS).
Gagasan yang bertujuan untuk menghapuskan negara dan
bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Gagasan yang bertujuan mengurangkan kuasa politik orang
Melayu.
Gagasan yang menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah
jajahan British.
Gagasan negara yang diperintah oleh Gabenor British yang
dilantik oleh Ratu England.
Gagasan negara yang menjalankan pentadbiran secara
birokrasi sepenuhnya.
Gagasan negara yang menafikan kuasa raja sebagai
pemerintah / Raja-raja Melayu hanya menjadi ahli Majlis
Raja-raja Melayu / Raja-raja Melayu hanya berkuasa
membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat
Sebuah negara yang memberikan kerakyatan secara jus soli /
kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan
Singapura / kepada mereka yang berumur 18 tahun dan ke
atas serta bermastautin selama 10 hingga 15 tahun / kepada
mereka yang berumur kurang 18 tahun yang merupakan anak
warganegara / kepada semua rakyat British daripada tanah
jajahan takluknya.

2. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan muslihat British melaksanakan Malayan Union di Tanah
Melayu.
ATAU
Bagaimanakah MU membantu mencapai matlamat British memperkukuhkan penguasaan politiknya di
Tanah Melayu [8 Markah]
F1 Menghapuskan Negara & bangsa Melayu
Memadamkan kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka
F2 Membentuk bangsa Malayan Union
Memastikan kaum pendatang melupakan negara asal mereka
dengan memberi kewarganegaraan kpd mrk
Memastikan pendatang setia kepada Malayan Union
F3 Mengurangkan/mengawal kuasa politik orang Melayu
Menuduh orang Melayu bekerjasama dengan Jepun
Menolak tradisi/sistem politik Melayu
Menghapuskan kuasa pembesar Melayu
Mengancam agama Islam
F4 Mewujudkan sebuah kuasa pemerintahan pusat yang kuat
Menyeragamkan pentadbiran
Melicinkan/meningkatkan kecekapan pentadbiran
Menjimatkan kos pentadbiran
F5 Menjamin penguasaan berterusan terhadap sumber
ekonomi/bahan mentahMemastikan pelaburan tidak terbantut
Memastikan sumber tenaga/sumbangan golongan imigran tidak
terjejas

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 11
3. Orang Melayu menentang Malayan Union melalui pelbagai cara. Berikan penjelasan anda.
ATAU
Mengapa orang Melayu berjaya menentang Malayan Union [8 Markah]
F1 Tindakan tegas orang Melayu
Mendorong British berunding dengan Raja-raja Melayu
F2 Penyatuan Orang Melayu
Untuk mempertahankan status quo. Kongres Melayu
melahirkan UMNO Menentang penubuhan Malayan
Union.Rundingan denga Raja-raja Melayu dan UMNO
Hasil rundingan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk
F3 Peranan Dato’ Onn Ja’afar
Menyeru diadakan kongres (23 Januari 1946) &
Menubuhkan United Malays Organization (U.M.O)sebagai
benteng menentang Malayan Union
F4 Persatuan-persatuan Melayu
dihidupkan semula untuk menentang Malayan Union
Menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat Tanah
Jajahan di London
F5 Menulis di akhbar–akhbar Melayu
Menyuarakan bantahan secara berterusan
Seperti utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara
F6 Mengadakan demonstrasi
Secara damai semasa Sir Harold Mc Michael mendapatkan
tandatangan raja di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar,
Kedah
F7 Mengadakan rapat umum disetiap bandar besar
Untuk menunjukkan bantahan mrk kpd ahli ahli Parlimen
British ie L.D Gammans & David Reese Williams

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 12
TINGKATAN 5 ~ BAB 8 : RUKUN NEGARA
Rukun Negara adalah ikrar pegangan negara yang dijadikan garis panduan dalam usaha membina negara dan
bangsa Malaysia. Ia disiytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-4.
1. Jelaskan latarbelakang pembentukan Rukun Negara [4 Markah]
Pengenalan Rukun Negara adalah kesan peristiwa rusuhan kaum
13 Mei 1969 yg mengancam keselamatan negara. Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) ditubuhkan. Tun Abdul Razak Hussien
menjadi pengarah MAGERAN
Peranannya ialah mengembalikan keamanan, melicinkan
pentadbiran dan mengembalikan keharmonian kaum
MAGERAN dipertanggungjawabkan mengambil alih pentadbiran
negara selama 21 bulan dan telah menubuhkan Majlis
Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai
isu perpaduan negara
MPN menekankan pembentukan ideologi negara yang dikenal
sebagai Rukun Negara dan di isytiharkan pada 31 Ogos 1970
Matlamat Rukun Negara untuk mengukuhkan perpaduan,
memelihara corak hidup demokratik, mencipta masyarakat yang
adil, menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
pelbagai dan membina masyarakat yang progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi.

2. Huraikan setiap prinsip-prinsip Rukun Negara dalam usaha mencapai perpaduan negara [8 Markah]
Prinsip Pertama (Kepercayaan kepada Tuhan)
Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat
beragama mudah diurus menjadi warganegara yang baik dan
bertanggungjawab.Perlembagaan Malaysia 1963 menetapkan
bahawa Islam agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan
Prinsip Kedua (Kesetiaan kepada Raja dan Negara)
Menuntut supaya rakyat Malaysia memberikan kesetiaan kepada
Raja dan Negara
Yang Dipertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu
merupakan Ketua Negeri. Raja adalah symbol penyatuan rakyat
dan pelindung hak istimewa pribumi. Penderhakaan kepada Raja
bermaksud penderhakaan kepada negara
Prinsip Ketiga (Keluhuran Perlembagaan)
Menekankan keluhuran perlembagaan. Perlembagaan merupakan
undang-undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap luhur,
unggul serta suci. Keluhuran perlembagaan menuntut semua
rakyat menerima, mematuhi, menyanjung dan
mempertahankannya
Prinsip Keempat (Kedaulatan Undang-Undang)
Menekankan kedaulatan undang-undang. Prinsip ini meuntut
rakyat Malaysia menghormati undang-undang dengan tidak
melakukan kesalahan di sisi undang-undang
Semua rakyat akan dapat hidup dengan aman damai apabila
kedaulatan undang-undang terpelihara. Kita bertanggungjawab
memastikan undang-undang negara sentiasa di daulatkan dan
tidak di cabar oleh mana-mana pihak
Prinsip Kelima (Kesopanan dan Kesusilaan)
Menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan bertatasusila.
Kesopanan dan kesusilaan merupakan nilai-nilai murni yang
melambangkan keperibadian seseorang individu. Kesopanan dan
kesusilaan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni,
penyayang dan saling menghormati

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 13
3. Apakah matlamat prinsip-prinsip Rukun Negara diisytiharkan [4 Markah]
Mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat
Memelihara corak hidup demokratik
Mencipta sebuah masyarakat yang adil
Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang
pelbagai
Membina masyarakat yang progresif
Masyarakat yang menggunakan sains dan teknologi

4. Pengamalan Rukun Negara mampu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat di


Malaysia.
Kemukakan hujah anda untuk menyokong pernyataan tersebut.

ATAU

Pada pendapat anda, apakah matlamat Rukun Negara tercapai [8 markah]

Mampu / tercapai
kepercayaan kepada tuhan mengukuhkan keperibadian
Meneratkan perpaduan antara kaum dan mempereratkan antara
negeri
Memperkukuhkan integrasi nasional
Memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu
Rakyat sentiasa bertolak ansur antara kaum
Bekerjasama memajukan ekonomi negara
Mematuhi Perlembagaan Malaysia
Bersama-sama memelihara kedaulatan negara
Mengadakan rundingan dalam menyelesaikan setiap masalah
Sentiasa memelihara kepentingan nasional
Mengamalkan sikap permuafakatan
Sikap saling menghormati antara satu sama lain

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 14
TINGKATAN 5 ~ BAB 9 : GLOBALISASI – KORIDOR RAYA MULTIMEDIA (MSC)
Bagi memajukan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk bersaing dengan negara-negara maju
kerajaan telah melancarkan projek Koridor raya multimedia atau MSC.
1. Apakah Koridor raya multimedia ? [ 4 Markah]
MSC merujuk pd sebuah kawasan yg mencakupi KLCC
sehingga ke KLIA
MSC ini dibangunkan secara berperingkat dan akan
mencakupi seluruh negara
Tujuannya adalah untuk memanafaatkan sepenuhnya
perkembangan teknologi maklumat dan multimedia global
Juga melahirkan masyarakat yg bermaklumat
Memulakan e-pendidikan, pemasaran tanpa sempadan, e-
dagang dan penyiaran digital

2. Bagaimanakah projek Koridor raya multimedia dapat melahirkan negara yang maju?

ATAU

Jelaskan manafaat daripada projek Koridor raya multimedia atau MSC [ 8 Markah]
Membolehkan proses komunikasi berlaku dgn pantas, mudah
dan berkesan tanpa mengira sempadan
Merapatkan jurang antara bandar dengan luar bandar
Membangunkan ekonomi negara
Perkembangan/pencapaian teknologi menjadi lebih pesat
Penciptaan baru
Melahirkan pekerja yang berpengetahuan
Perkongsian pintar
Kemajuan perniagaan
Mampu bersaing di peringkat global
R&D semakin berkembang
Pembangunan industri

3. Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah Malaysia berusaha agar tidak ketinggalan dalam cabaran
globalisasi ? [ 8 Markah]
Menyediakan frasarana ICT
Mempromosikan penggunaan ICT
Melancarkan projek Koridor Raya Mulitimedia (MSC)
Memulakan e-pendidikan
Pemasaran tanpa sempadan , e-dagang Penyiaran digital
Menyediakan memperuntukkan untuk melaksanakan projek
berasaskan ICT
Menyediakan peruntukan kepada penyelidikan dan
pembangunan penciptaan baru
Pendaftaran paten
Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan penemuan baru
Kerajaan menubuhkan sekolah wawasan
Kerajaan menubuhkan Sekolah Bestari
Kurikulum diubahsuai dan dibentuk semula supaya
bersesuaian dengan ICT

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 15
TINGKATAN 4 ~ BAB 3 : KERAJAAN MARITIM
Perdagangan maritim telah berkembang di Asia Tenggara sejak abad kelima sebelum masihi.
1. Nyatakan kegiatan ekonomi masyarakat maritim
ATAU
Terangkan usaha masyarakat maritim memajukan kegiatan ekonomi mereka? [4 Markah]
-Menjalakan kegiatan ekonomi berasaskan kegiatan perdagangan
dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.
-Menjadi pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan akhirnya
menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan
perdagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.
-Menyediakan pelbagai kemudahan perdagangan di pelabuhan
seperti tempat menyimpan barang, kawasan berniaga, ruang
membaiki kapal, tempat penginapan, kemudahan memunggah dan
mengangkut barangan dari kapal, serta keselamatan para pedagang.
-Barang dagangan merupakan hasil rempah ratus, hasil hutan, ubat-
ubatan tradisional, damar, rotan, beras, hasil logam dan pusat
pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan kepulauan
yang berhampiran.
-Penggunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa Melayu
menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca.
-Mempunyai kemahiran membuat perahu dan perahu layar untuk
perdagangan.Perahu yang dibina mempunyai keupayaan untuk
pelayaran jarak jauh kerana penggunaan kayu-kayan yang baik
untuk membuat perahu.
- Mempunyai kemahiran untuk mengetahui kaedah menuju ke
sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.

2. Terangkan kebaikan sekirannya negara kita menjadi sebuah kuasa maritime [8 Markah]
Faedah yang diperoleh negara kita ialah:peluang pekerjaan bertambah
Kurang kadar pengangguran
pendapatan rakyat meningkat
Meningkatkan taraf hidup
ekonomi negara meningkat
Negara makmur dan sejahtera
barangan malaysia dieksport
Imej negara meningkat
Memajukan perdangangan antarabangsa
Meningkatkan pendapatan negara
Memajukan pelabuhan negara
Memajukan sektor perkapalan negara

3. Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat
perdagangan Maritim antarabangsa? [8 Markah]
 Mempelbanyakkan pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf
antarabangsa
 Melengkapi pelabuhan dengan teknologi moden
 Menjalin hubungan dengan negara maju seperti Singapura dan
Jepun
 Menghasilkan barangan yang berkualiti
 Mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
 Menarik kemasukan pelabur asing
 Meningkatkan sistem perbankan
 Meningkatkan sistem teknologi dan maklumat

©Kelas Sejarah Cikgu Meriam Yusoff ~ SPM 2018 ~ 011 4035 2002 16