An Nisa 32
An Nisa 32
Ibnu Abbas
“Janganlah kamu iri hati disebabkan Allah memberi kurnia
kepada sebahagian orang itu lebih banyak dari yang lain-lain.
Allah melarang seluruh bentuk irihati terhadap apa Kelebihan dari segi jawatan,
sahaja kelebihan yang dikurniakan Allah kepada kedudukan, bakat,
setengah orang-orang Mukmin yang mengatasi kebolehan,kepandaian,
setengah yang lain. kekayaan, kesenangan dan
segala perbezaan kelebihan dan
habuan di dalam kehidupan ini.
“Janganlah kamu iri hati disebabkan Allah memberi kurnia
kepada sebahagian orang itu lebih banyak dari yang lain-lain.
Jangan mengeluh melihat kelebihan orang lain, sehingga dirinya sendiri jadi lemah.
• Allah telah memberi jaminan yang meyakinkan kepada kaum lelaki dan kaum
perempuan bahawa Ia akan berikan pahala dan balasan yang setimpal jika mereka
mengerjakan segala tugas yang ditugaskan kepadanya dengan sebaik-baiknya untuk
mencapai darjah ihsan yang sempurna di sisi Allah.
“Mengapa Lelaki Mendapat Habuan Pusaka Yang Lebih?
• Nampak seperti berat sebelah apabila ‘bahagian seorang
lelaki menyamai bahagian dua orang perempuan’.
• Tetapi ianya satu pandangan yang sepadu terhadap
kedudukan lelaki dan perempuan dan tugas-tugas
keduanya.
• Dalam Islam ada dasar ‘pendapatan mengikut
tanggungan perbelanjaan’ kerana lelaki membayar mas
kahwin kepada perempuan, sedangkan perempuan tidak
membayar maskahwin kepada lelaki.
• Lelaki menanggung nafkah isteri dan anak-anaknya,
sedangkan isteri dibebaskan dari tugas ini walaupun ia
mempunyai kewangan sendiri.
• Lelaki juga menanggung nafkah anggota-anggota
keluarga yang susah dan lemah dari mencari makan
mengikut hiraki keluarga seperti ibu dan adik beradiknya.
“Mengapa Lelaki Mendapat Habuan Pusaka Yang Lebih?
• Ia adalah sebuah peraturan yang sepadu, di mana
pengagihan tanggungjawab itulah yang menentukan
pengagihan pusaka.
• Habuan tanggungjawab lelaki lebih berat dari habuannya
di dalam pusaka.
• Seorang lelaki mesti boleh bekerja dan berusaha
• Seorang perempuan penting diberi kerehatan dan
ketenangan yang cukup supaya ia dapat menjaga anak-
anak selaku modal manusia yang paling berharga, yang
tidak boleh dinilai dengan wang.
• Islam juga telah menyamakan di antara lelaki dan wanita di hadapan undang-undang
dan di dalam semua hak-hak awam (sivil) sama ada wanita yang bersuami atau yang
tidak bersuami. Perkahwinan di dalam Islam berlainan dari perkahwinan pada
kebanyakan umat-umat Barat Kristian.
• Seorang perempuan Islam selepas ia berkahwin tetap dapat memelihara namanya,
nama keluarganya dan semua hak awamnya seperti perjanjian jual-beli, gadaian,
pemberian, wasiat.
• Perempuan yang bersuami di dalam Islam mempunyai syakhsiyah awam yang
sempurna dan harta kekayaan peribadi yang terasing dari syakhsiyah suaminya dan
harta kekayaan. Pihak suami tidak harus mengambil sesuatu dari harta milik
peribadi isterinya sama ada sedikit atau banyak.
“Kedudukan Wanita Dalam Islam Dan Di Negeri-negeri Barat
• Perempuan yang bersuami di dalam Islam mempunyai syakhsiyah awam yang
sempurna dan harta kekayaan peribadi yang terasing dari syakhsiyah suaminya dan
harta kekayaan. Pihak suami tidak harus mengambil sesuatu dari harta milik
peribadi isterinya sama ada sedikit atau banyak.
• Surah al-Baqarah:229 yang bermaksud: ‘Dan tidak halal kepada kamu mengambil
kembali sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka.’
• Sekiranya tidak harus bagi suami mengambil sesuatu yang telah diberikannya
kepada isterinya, maka tentulah lebih tidak harus lagi ia mengambil sesuatu dari
harta milik isterinya dari asal lagi kecuali pengambilan ini dengan keredaan dan
kesukaan hati isterinya.
• Allah telah berfirman dalam An Nisa ayat 4 yang bermaksud: ‘Dan berikanlah kepada
perempuan-perempuan (yang kamu kahwini itu) maskahwin mereka sebagai
pemberian yang wajib dan andainya mereka dengan sukahati memberikan kepada
kamu sebahagian dari maskahwin itu, maka makanlah pemberian itu dengan
seenak-enaknya.’
“Kedudukan Wanita Dalam Islam Dan Di Negeri-negeri Barat
• Begitu juga tidak halal bagi suami mengendalikan sesuatu dari harta benda yang
dimiliki isterinya kecuali dengan kebenarannya atau dengan perwakilan daripadanya
untuk mengadakan sesuatu perjanjian sebagai ganti tubuhnya dan dalam kes ini
pihak isteri berkuasa membatalkan kuasa perwakilannya dan meletakkan orang lain
sebagai gantinya jika ia suka.
• Darjah persamaan ini belum lagi dicapai oleh undang-undang yang paling moden di
antara umat-umat yang mengamalkan demokrasi moden yang paling maju.
“Kedudukan Wanita Dalam Islam Dan Di Negeri-negeri Barat
• Di Barat, sebaik sahaja seorang perempuan itu bersuami, maka namanya dan nama
keluarganya akan hilang. Dia tidak lagi dibinkan kepada bapanya, malah dia harus
memakai nama suaminya dan keluarganya.
• Kehilangan nama perempuan dan pemakaianan nama suaminya melambangkan
kehilangan sykhsiyah awam bagi si isteri dan kehancuran syakhsiyah itu di dalam
syakhsiyah suami.