Anda di halaman 1dari 2

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM PELAKSANAAN RANCANGAN

PENDIDIKAN INDIVIDU MURID BERKEPERLUAN KHAS

SITI HAJARAT BINTI RAMLY ( P76168 )

ABSTRAK

Kesukaran dalam membaca, memahami isi pengajaran dan masalah tingkah laku adalah
antara masalah yang sering dihadapi oleh Murid Berkeperluan Khas (MBK). Oleh itu,
penggunaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah penting dalam memastikan
intervensi pendidikan mahupun modifikasi tingkah laku dijalankan bagi MBK secara
individu. Penglibatan ibu bapa merupakan salah satu elemen utama dalam menentukan
objektif pembelajaran dan pengubahsuaian yang direkodkan dalam RPI secara efektif. Kajian
tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan ibu bapa MBK daerah Klang,
Selangor dan sumbangan aspek penglibatan Epstein dalam mempengaruhi tahap penglibatan
ibu bapa MBK dalam pelaksanaan RPI. Aspek penglibatan Epstein yang dikaji adalah dari
segi keibubapaan, komunikasi, memberi bantuan sukarela, pembelajaran di rumah, membuat
keputusan dan berkolaborasi dengan komuniti. Sebanyak 306 borang soal selidik telah
dianalisis. Hasil dapatan kajian mendapati tahap penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) secara keseluruhannya adalah tinggi ( min: 3.68).
Malahan, analisis regresi berganda pula menunjukkan bahawa aspek komunikasi merupakan
peramal utama kerana menyumbang sebanyak 84.4 peratus kepada tahap penglibatan ibu
bapa dalam pelaksanaan RPI. Sebaliknya, aspek kolaborasi dengan komuniti tidak
menyumbang kepada tahap penglibatan ibu bapa. Kesimpulannya, ibu bapa MBK daerah
Klang, Selangor peka dan mengambil berat dalam mengikuti perkembangan pembelajaran
anak mereka dalam melibatkan diri sepanjang pelaksanaan RPI di sekolah PPKI dijalankan.

Kata Kunci: Penglibatan, Rancangan Pendidikan Individu (RPI), Murid Berkeperluan Khas
(MBK), Ibu Bapa, Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI)

Murid berkeperluan khas (MBK) adalah murid yang mempunyai masalah pembelajaran
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran terhadap MBK ini perlukan
mempertimbangkan masalah pembelajaran yang dihadapi seperti kesukaran dalam membaca,
memahami isi pengajaran dan masalah tingkah laku. Bagi membantu MBK ini dalam proses
pembelajaran, Rancangan Pendidikan Individu (RPI) menjadi panduan dalam memastikan
intervensi pendidikan mahupun modifikasi tingkah laku dijalankan dengan efisien. Selain
dari guru, ibu bapa turut terlibat dalam menentukan objektif pembelajaran dan
pengubahsuaian dalam RPI. Oleh itu, kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti
penglibatan ibu bapa MBK dalam pelaksanaan RPI dari aspek penglibatan Epstein iaitu
keibubapaan, komunikasi, memberi bantuan sukarela, pembelajaran di rumah, membuat
keputusan dan berkolaborasi dengan komuniti. Hasil analisis regrasi berganda terhadap 306
set borang soal selidik yang diedarkan kepada ibu bapa MBK, mendapati bahawa aspek
komunikasi menyumbang sebanyak 84.4 peratus kepada tahap penglibatan ibu bapa dalam
pelaksanaan RPI. Sebaliknya, aspek kolaborasi dengan komuniti tidak mempengaruhi
penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan RPI. Kesimpulannya, aspek komunikasi antara ibu
bapa MBK dengan guru pendidikan khas amat penting sehinggakan penglibatan ibubapa
dalam pelaksanaan RPI anak masing-masing di sekolah adalah tinggi.

PARENTS INVOLVEMENT IN THE IMPLEMENTATION OF INDIVIDUAL


EDUCATION PROGRAMME FOR SPECIAL NEEDS STUDENT

SITI HAJARAT BINTI RAMLY ( P76168 )

ABSTRACT

The difficulty in reading, understanding the content of teaching and behavioral problems are among
the problems faced by students with special needs (SEN). Therefore, the use of Individual Education
Plan (IEP) is important in ensuring that educational interventions or behavioral modification is carried
out for SEN individually. Parents involvement is one of the key elements in determining the learning
objectives and modifications recorded in the RPI effectively. This study aims to identify the level of
parents involvement for SEN students in Klang, Selangor and the contribution of Epstein
involvements in influencing the level of parents involvement in the implementations of the IEP.
Epstein involvement studied aspect is in terms of parenting, communication, provide voluntary
assistance, home learning, decision making and collaborating with the community. A total of 306
questionnaires were analyzed. The results showed that the level of parents involvement in the
implementation of the IEP as a whole is high (mean: 3.68). In fact, multiple regression analysis
showed that the communication aspect is a major predictor for contributing 84.4 percent to the level
of parents involvement in the implementation of the IEP. Instead, aspects of collaboration with the
community does not contribute to the level of parents involvement. In conclusion, parents of SEN
students in Klang, Selangor are concerned with keeping up and engaging with the child’s learning
programmed along the implementation of IEP.

Keywords: Involvement, Individual Education Program (IEP), Special Needs, Parents