Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUMPTION

BAGAN DALAM, 12100, BUTTERWORTH

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


BIL 4 / 2018

TARIKH : 27.11.2017
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : BILIK KOMPUTER

KEHADIRAN:

1. En. Annukman bin Mohamed Illias (Pengerusi)


2. Puan Izayani Binti Ngapdan
3. Puan Yusheila Hana Binti Yushaak (Setiausaha)

TURUT HADIR

1. Puan Vickneswari a/p Thannimalai (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

AGENDA

1. Perutusan Pengerusi
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit
3. Perkara Berbangkit
4. Agenda Profesional
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan Penangguhan

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Puan Pengerusi mengalu-alukan kedatangan Puan Vickneswari a/p Thannimalai,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan guru-guru serta mengucapkan terima kasih
kerana dapat hadir ke mesyuarat tersebut. Pengerusi juga berharap semoga mesyuarat
pada hari ini akan berjalan dengan lancar.

Makluman

2.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT

2.1 Pn Yusheila Hana mencadangkan agar Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris yang
lalu diterima dan disahkan sebulat suara.

Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Merujuk kepada perkara 3.1, guru-guru memaklumkan telah mengumpul buku
catatan untuk Program Learn A Word A Week. Pengerusi berharap program tersebut dapat
diteruskan pada masa akan datang.
Tindakan : Semua Guru

4.0 AGENDA PROFESIONAL

4.1 Analisis Peperiksaan dan Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun 2018

4.1.1 Rujuk lampiran.

Makluman

4.2 LINUS 2.0

4.2.1 Puan Yusheila memaklumkan bahawa Saringan 2 Membaca dan Menulis


telah dijalankan dan tamat pada bulan Oktober 2018. Untuk Tahun 4, semua murid telah
melepasi saringan manakala Tahun 3, 2 orang masih belum melepasi saringan, Tahun 2,
2 orang dan Tahun 1, 1 orang.

4.2.2 Pengerusi berharap guru-guru dapat meningkatkan usaha pada tahun hadapan
supaya semua murid dapat menguasai saringan tersebut.
Makluman
4.3 Laporan Program dan Aktiviti

4.3.1 Learn A Word A Week telah dilaksanakan bermula pada bulan Mac sehingga
bulan Oktober. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua guru dan
berharap semoga program tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang.

4.3.2 Program Smart Reading telah dilaksanakan bermula pada bulan Februari
sehingga bulan Ogos. Pengerusi berharap program tersebut juga dapat dijalankan pada
masa akan datang.

4.3.3 Program H.I.P. yang telah dilancarkan pada tahun 2017 telah diteruskan
pada tahun 2018 dan telah dilaksanakan sepanjang tahun. Antara aktiviti yang telah
dijalankan ialah mengacara perhimpunan rasmi di dalam Bahasa Inggeris yang telah
bermula pada hujung bulan januari, Learn A Word A Week yang telah bermula pada bulan
Mac dan Smart Reading (Peter and Jane) yang telah bermula pada bulan Februari dan
English Week yang telah dijalankan pada minggu pertama bulan April

4.3.4 Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Word Search, Word Building,
Spelling Bee, Crossword Puzzle, Vocab List, Sentence Construction, Persembahan Action
Song dan Public Speaking pada Acara Penutup. Acara penutup telah dikendalikan di
dalam Bahasa Inggeris yang diacarakan oleh murid dari Tahap 2. Semua murid Tahun 1
hingga Tahun 6 telah mengambil bahagian di dalam aktiviti yang telah dirancang.
Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas usaha dan kerjasama semua guru bagi
menjayakan program tersebut.
4.3.5 Pengerusi juga memaklumkan tentang Teknik Menjawab Kertas Penulisan
Bahasa Inggeris yang telah dijalankan pada bagi pelajar UPSR pada bulan Mac.

4.3.6 Program Sinar Ilmu telah dilaksanakan dengan baik sehingga bulan November.

4.3.7 Pengerusi memaklumkan tentang Kelas Tambahan PDCA Bahasa Inggeris


Tahun 4,5 dan 6 yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2018.

Makluman

4.4 Penetapan TOV/ ETR 2018

4.4.1 Rujuk lampiran.

Makluman

4.5 Pencerapan

4.5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas usaha guru-guru untuk


pencerapan yang lalu.
Makluman
4.6 Semakan Buku Latihan

4.4.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama guru-guru yang


telah menghatar buku latihan untuk tujuan semakan oleh pihak pentadbir.

Makluman

4.7 PBS

4.6.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru tentang 4P (Jaminan Kualiti) iaitu


Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan.

4.6.1 Pengerusi berharap guru-guru telah menyediakan perekodan ‘offline’ dan


mengemaskini rekod tersebut serta menyimpan salinan di dalam fail masing-masing bagi
tujuan Pementoran, Pemantauan, Penyelarasan dan Pengesanan. Beliau juga berharap
guru-guru dapat menyerahkan 1 salinan kepada Penyelaras PBS untuk simpanan fail
sebelum sesi sekolah berakhir.
Tindakan : Semua Guru

4.8 Laporan Kewangan

4.7.1 Pengerusi memaklumkan pembelian alatan dan bahan telah lengkap


dilaksanakan.

Makluman
5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Perbincangan pemilihan buku kerja dan buku latihan untuk tahun 2019.
Tiada pemilihan buku kerja untuk tahun 1-5 dan bagi tahun 6 akan dibincangkan dan juga
telah disenarai pendek beberapa buah buku dan akan dibincangkan lagi pada mesyuarat
panitia pertama tahun hadapan. Bagi buku latihan bagi tahap 1 guru-guru bersetuju untuk
2 buku panjang bagi memudahkan urusan penampalan buku aktiviti supermind yang tidak
dibekalkan dan bagi tahap 2 , 2 buku garis pendek dan satu buku garis panjang

6.0 UCAPAN PENANGGUHAN

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan berharap
semua guru dapat terus bekerja dalam satu pasukan demi kecemerlangan SK Assumption.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.45 pagi.

Anda mungkin juga menyukai