Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN TAJAAN PENDIDIKAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) DAN TEMUDUGA

BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA

DI UNIVERSITI AWAM IJAZAH SARJANA MUDA TAHUN 2018

Sebagai seorang bakal guru, anda mesti mempunyai perwatakan dan penampilan diri yang sesuai
dengan profesion keguruan. Di sini digariskan peraturan yang perlu anda turuti sebagai persediaan
untuk menduduki ujian tersebut. Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan anda
dilarang daripada menduduki ujian. Sila ambil perhatian dan tindakan kepada perkara- perkara
berikut:

1. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai ketika menjalani UKCG seperti ketetapan berikut:

Penampilan dan pakaian lelaki:

a) Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan Tshirt putih yang berkolar. Seluar jeans tidak
dibenarkan.
b) Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c) Berambut pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan:

a) Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan Tshirt hitam/gelap lengan panjang. Seluar
jeans tidak dibenarkan.
b) Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
c) Tudung berwarna gelap/hitam
d) Berambut kemas serta diikat rapi.

A. SEMASA SESI UJIAN BERTULIS

2. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :

a) Kad Pengenalan Diri/ MyKad dan Salinan Kad Pengenalan


b) Surat Panggilan UKCG dan Slip Kehadiran yang dicetak melalui internet perlu diserahkan
kepada Ketua Pengawas/pengawas di pusat ujian
c) Pensel 2B dan pemadam

3. Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujian

a) Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera,
kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.
b) Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-
bila masa.

4. Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:

a) Meniru.
b) Mengambil ujian untuk orang lain.
c) Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.
d) Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).
e) Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.
5. Sila berada 30 minit lebih awal sebelum ujian dijalankan. Calon yang lewat semasa ujian
tidak akan diberi masa tambahan untuk menduduki ujian. Calon yang lewat hadir selepas
45 minit tidak akan dibenar menduduki ujian.

B. SEMASA SESI UJIAN KECERGASAN

6. Pastikan anda telah menyerahkan Surat Akuan Calon (SAC01) yang dicetak melalui
internet kepada pengawas yang bertugas.
7. Sila patuhi arahan dari masa ke semasa daripada pegawai/pengawas yang terlibat.

C. SEMASA SESI TEMU DUGA

8. Calon hendaklah berpakaian kemas dan sesuai dengan profession keguruan ketika menghadiri
temu duga.
9. Sila bawa dokumen asal dan salinan yang telah disahkan seperti berikut;

9.1 Kad Pengenalan


9.2 Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
9.3 Sijil / dokumen berkaitan penglibatan dalam kokurikulum di peringkat sekolah menengah
(Tingkatan 4 ke atas), matrikulasi, asasi dan universiti
9.4 Sijil Matrikulasi/Asasi/Diploma atau yang berkaitan.
9.5 Surat tawaran kemasukan universiti
9.6 Slip keputusan peperiksaan semester terkini
9.7 Sijil nikah / sijil perkahwinan (jika ada)

Anda mungkin juga menyukai