SOALAN 7
Konsep upah tinggi Adam Smith membincangkan mengenai kadar upah minimum yang mesti
diterima untuk memastikan pekerja terus hidup dan membiakkan penawaran buruh. Apabila
buruh telah meningkat, meningkatan upah akan berlaku mengikut saiz pasaran buruh dan
penawaran akan berganda. Pergandaan ini boleh menyebabkan upah kembali jatuh.
Adam Smith menyokong penigkatan upah mengiringi pertumbuhan ekonomi dengan menentang
upah rendah yang dipegang oleh mekantalisme. Bagi Smith, upah tinggi boleh meningkatkan
kesihatan dan kekuatan pekerja, pekerja akan memberikan kerja yang baik kerana upah tinggi
mampu memberikan psikologi yang baik terhadap pekerja. Ini disebutkan sebagai ekonomi upah
tinggi atau upah untuk kecekapan.
Teori upah cekap ini menujukkan bahawa penigkatan produktiviti hendaklah selari dengan
peningkatan upah. Buruh yang bekerja di sesebuah firma cenderung untuk bekerja dengan lebih
baik bagi mendapatkan upah yang tinggi. Namun, sesetengah firma tidak mampu untuk
memberikan upah yang semakin tinggi selari dengan produktiviti buruh. Hal ini menyebabkan
buruh akan mencari pekerjaan lain yang lebih baik untuk mendapatkan upah yang tinggi. Ini
menunjukkan berlakunya pengangguran geseran.
SOALAN 8
Multhus mengambil kira masalah kemiskinan yang berlaku di setiap negara. Multhus
memeprsembahkan satu hukum kemiskinan iaitu ‘poor laws’ bagai menggambarkan masalah ini.
Multhus mengatakan bahawa jumlah penduduk yang tidak terkawal akan m eningkat secara
janjang geometri iaitu ; 1,2,4,8,16,32 dan sterusnya. Manaka peningkatan sumber makanan
cenderung meningkat secara positif iaitu ; 1,2,3,4,5,6,7 dans eterusnya. Beliau mengambil contoh
seperti Amerika ketika waktu itu. Oleh itu, Muthus memberikan dua langkah yang boleh
dilakukan untuk mengekang pembiakan iaitu :
1. Langkah pencegagahan
Multhus menyatakan bahawa mereka yang tidak mampu berkahwin seharusnya
menangguhkan waktu berkahwin atau tidak perlu berkahwin langsung. Ini bagi
mengurangkan kelahiran dan pembiakan. Hal ini dianggap msebagai bermoral.
2. Langkah Positif
Melalui peningkatan kadar kematian. Ini termasuklan membiarkan kebuluran,
kemiskinan dan kesengsaraan. Bencara juga perlu diwujudkan atau malapetaka
peperangan. Langkah-langkah ini perlu diambil bagi mengurangkan kelahiran dan
kebuluran.
Dalam hukum kemiskinan, Multhus mengatakan bahawa ke miskinan dan kesengsaraan
merupakan hukuman semulajadi akibat kegagalan golongan bawahan untuk menghalang proses
pembiakan. Pihak kerajaan tidak perlu membantu golongan miskin. Jika diberikan bantuan,
kanak-kanak akan meneruskan kehidupan kemudian akan membiakkan lagi populasi dan akan
memburukkan lagi keadaan.
SOALAN 9
Kelemahan teori Multhus dilihat positif kerana menerangkan fenomena kebuluran dan
kemiskinan. Namun, teori ini terdapat beberapa kelemahan dan kritikan. Antara keritikannya
adalah kaedah pertumbuhan penduduk cecara geometri adalah salah. Ini dibuktikan bahawa
pertambahan yang meningkat tidak setinggi peningkatan geometri seperti yang disebutkn.
Multhus tidak melihat akan perkembangan teknologi yang berlaku pada pengeluaran makanan
dan tanaman. Hal ini meningkatkan keluaran perkapita dunia.
Antara kelemahan multhus juga adalah mengenai langkah-langkah pencegahan kelahiran.
Langkah ini dilihat tidak bermoral kerana multhus tidak melihat kepada pertimbangan moral yang
tertakluk kepada perubahan. Menurut Gary Becker (1976), Peningkatan output negara dapat
mengurangkan kelahiran. Langkah ini boleh meningkankat aktiviti tidak bermoral dan maksiat
yang boleh menyebabkan juga kelahiran secara tidak berkahwin. Langkah positif dilihat tidak
sesuai dilaksanakan kerana melibatkan kematian nyawa yang disengajakan dan dilihat tiada sifat
kemanusiaan di kalangan kerajaan.
SOALAN 1
Selepas 100 tahun revolusi, terdapat masalah yang dihadapi oleh penduduk Eropah. Walaupun
produktitviti meningkat dengan drastik, namun kemiskinan masih meluas dan
ketidaksamarataan agihan kekayaan telah berlaku. Pendapatan tak setara walaupun taraf hidup
umum meningkat disebabkan masa kerja buruh yang panjang dan persekitaran kerja yang tidak
selamat. Kelebihan kuasa tawar menawar majikan terhadap buruh menyebabkan perusahaan
bermonopoli semakin meningkat. Mada masa itu juga tiada jaminan keselamatan di masa tua
Tiga pendekatan dilaksanakan dan pendekatan ini menyerang tekanan masalah sosial dan ketiga-
tiganya mengeji prinsip ekonomi klasik. Pendekatan yang dimaksudkan adalah, mempromosi
sosialisme, menggalak kesatuan sekerja, atau mendesak tindakan kerajaan supaya memperbaiki
keadaan melalui regulasi ekonomi, menyingkir penderaan, dan pengagihan pendapatan.
Kumpulan Marginalis menentang pendekatan tersebut dengan membela alokasi adan agihan
pasar, menolak campur tangan kerajaan, mengecam sosialisme dan tidak menggalak kesatuan
buruh yang dikatakan sebaga tidak berkesan dan kebinasaan.
SOALAN 4
Ekonomi marginalis sering membincangkan mengenai ekonomi individu atau isi rumah
(Mikroekonomi) yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam dunia ekonomi.
Pendekatan mikroekonomi marginalis adalah sebagai pelengkap kepada kekurangan dalam
pendekatan makroekonomi di mana pendekatan ini mungkin terlepas pandang banyak masalah
yang berlaku dalam ekonomi secara keseluruhan.
•Sebagai contoh:
1. Sesetengah kumpulan manusia – berlaku peningkatan dalam tahap kemiskinan walaupun
purata pendapatan per Kapita sebenar negara meningkat .
2. Kitaran perniagaan merupakan faktor terbesar kepada hasil keuntungan syarikat
pengangkutan, tetapi bagi pemilik kepada kedai runcit serbaneka, kitaran perniagaannya
secara relatifnya adalah kurang bersaing jika dibandingkan dengan membuka kedai di tepi
jalan yang lebih berdaya saing.
3. Analisis agregat membuktikan bahawa pelaburan dalam bentuk modal insan ( Conroh
:pendidikan tinggi) dibayar lebih tinggi berbanding pelaburan secara fizikal sahaja.
Bank tidak sesuka hati dalam meluluskan pinjaman kepada pelajar jika tiada jaminan
kerajaan keran pihak bank tiada cagaran untuk memberi pinjaman
SOALAN 5
Keynes telah mengkritikan teori guna tenaga Marginalis. Jika satu firma mengurangkan
upah pekerja, firma tersebut dapat mengembangkan pasarannya kerana ia dapat menjual
lebih banyak barang pada harga yang lebih rendah. Kejatuhan kuasa beli pekerja firma itu
sendiri tidak memberikan kesan kerana kebiasaanya mereka hanya membeli sedikit
sahaja dari output firma.
Bagaimanapun, jika semua firma mengurangkan upah pekerja, pasaran mereka akan
semakin berkurangan dan bulanlah berkembang. Para pengkritik menyatakan bahawa
andaian persaingan tulen adalah idea yang boleh diterima jika dilihat kebelakang dari
1870-an. Namun, ia tidak lagi berguna kerana selepas 1870-an persaingan telah merosot.
Hari ini, persaingan tulen hanya wujud di beberapa sektor ekonomi yang kecil sahaja,
contohnya sektor pertanian dimana barang yang sama dihasilkan oleh ramai petani dan
harga ditentukan oleh pasaran.
Marginalis mengandaikan orang ramai bertindak secara rasional. Ahli ekonomi Institusi
menyatakan bahawa faktor sejarah dan dan institusi mendominasi perkiraan rasional
individu. Pemikiran ‘rasional’ orang ramai dipengaruhi oleh faktor sejarah / pengalaman
dalam menentukan perkara seperti masa bekerja sehari, kelakuan pengguna, upah dan
lain-lain.
Marginalis menyatakan bahawa kerajaan yang paling baik adalah kerajaan yang paling
kurang campur tangan. Idea ini menjadi lapuk setelah peristiwa-peristiwa baru berlaku
dan teori ekonomi baru dibina. Contohnya kemelesetan ekonomi yang pernah dihadapi
dunia menunjukkan keperluan campurtangan kerajaan untuk menyelesaikan masalah
ekonomi yang timbul.
Marginalis menolak kaedah sejarah dan menerima pendekatan analitikal dan abstrak
yang diterokai Ricardo dan ahli klasik lain. Pengkritik mengatakan marginalis
menggunakan analisis yang statik, “timeless”, dan tidak dibuktikan dengan bukti
empirikal. Ahli ekonomi marginalis yang lebih dipengaruhi kaedah matematik
mengeluarkan teori-teori yang lebih bersifat umum dan tidak melalui pemerhatian dalam
masyarakat yang sentiasa berubah.