Anda di halaman 1dari 4

SMK TAMAN FOREST HEIGHTS

70100 SEREMBAN, NSDK

KERTAS KERJA

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR


CEMERLANG DAN SAHSIAH HEBAT

10 MEI 2016
1.0 PENDAHULUAN

Kecemerlangan dalam bidang akademik adalah satu target yang


ingin dicapai oleh semua pelajar khususnya bagi pelajar yang akan
mengambil peperiksaan PMR dan SPM. Selain pembelajaran di dalam
kelas, pelajar juga perlu disuntik elemen memotivasikan diri bagi
memantapkan lagi keyakinan di dalam diri pelajar. Kaedah
pembelajaran juga perlu diselitkan dengan teknik kemahiran belajar
yang berkesan supaya pelajar dapat mempelajari sesuatu mata
pelajaran secara sistematik dan teratur. Sehubungan dengan itu, Unit
Bimbingan dan Kaunseling akan menjalankan satu program motivasi
dan kemahiran belajar untuk pelajar tingkatan 3 dan 4.

2.0 MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang mempunyai motivasi diri yang tinggi dan


matlamat yang jelas untuk berusaha ke arah kecemerlangan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Pada peperiksaan pertengahan tahun, peratus pelajar


mendapat lulus bagi semua mata pelajaran meningkat.

3.2 Pelajar dapat menggunakan kemahiran-kemahiran belajar


yang dipelajari semasa pembelajaran di dalam kelas.

3.3 Meningkatkan kesedaran pelajar supaya lebih bermotivasi


dan berkeyakinan untuk menghadapi peperiksaan.

3.4 Memberi keinsafan kepada pelajar supaya menjadi insan


yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

3.5 Pelajar dapat mempelajari dan menggunakan kemahiran


belajar yang diperolehi semasa pembelajaran di dalam kelas.

4.0 SASARAN
Semua pelajar Tingkatan 3 ( 55 orang )
Semua pelajar Tingkatan 4 ( 45 orang )
Jumlah pelajar ( 100 orang )

5.0 TARIKH PERLAKSANAAN

10 MEI 2016

6.0 TEMPAT

Dewan Seri Siantan, SMK Taman Forest Heights

7.0 AHLI JAWATANKUASA DAN SENARAI TUGAS.

Pengerusi : Hj. Hamidon Bin HJ. Khalid ( Pengetua )


N. Pengerusi : Hjh. Norashikin Binti Jantan ( Pen. Kanan
Akademik)
N. Pengerusi : Pn. Zuraimi Binti Ismail ( Pen. Kanan HEM )
N. Pengerusi : Hj. A. Halim Bin Saat ( Pen. Kanan Koku)
Setiausaha : Pn. Nurhida Mohd Noh
N. Setiausaha : Pn. Sujimah Binti Omar
Bendahari : Pn. Sujimah Binti Omar
Penyelaras Ting. :
Tingkatan 3 : Hjh Azlifah Binti Abu Bakar
Tingkatan 4 : Pn. Norazlina Binti Ahmad

AJK : 1. Pn. Yap Fei Ling (AJK Pengurusan Makanan )


2. Pn. Ruslida Binti Abd Rahman ( AJK Dokumentasi )

8.0 KOS PERBELANJAAN

Bayaran Penceramah : RM1500.00


Bayaran Makan dan Minum (100 x rm12) : RM 1200.00
Penceramah (RM 15 x 20 org) : RM 300.00
Hadiah cenderahati : RM 30.00
JUMLAH : RM 3300.00

9.0 SUMBER PENDAPATAN


1.Sumbangan MAINS : RM 3300 .
00

JUMLAH : RM
3300.00

10.0 PENUTUP
Program Motivasi ini perlu dijalankan setiap tahun kepada para
pelajar agar mereka lebih bersemangat untuk belajar serta
meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi peperiksaan PMR dan
SPM yang akan datang. Semoga program ini memberi seribu manfaat
kepada pelajar dan SMK Taman Forest Heights.

Di sediakan oleh Diluluskan oleh

___________________________ ______________________
(Pn.Nurhida Binti Mohd Noh) ( Hj. Hamidon Bin
Hj Khalid )
Kaunselor Pelajar Pengetua

Anda mungkin juga menyukai