Anda di halaman 1dari 14

PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN BUIT HILL, PEAMPANG

KERTAS KERJA
PROGRAM GURU PENYAYANG
“I SAYANG U, USAYANG I”

ANJURAN :

UNIT HAL EHWAL MURID


&
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

Pendahuluan :

Membentuk kemenjadian murid bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia memerlukan

kesabaran dan pengorbanan. Pergorbanan ini tidak lain dan tidak bukan datangnya dari

peranan guru itu sendiri. Dewasa ini tugas guru bukan hanya setakat mengajar dalam kelas

semata-mata. Peranan mereka meliputi semua aspek pendidikan. Pendek kata bermulanya

hari pertama bertugas sebagai guru, sehinggalah bersara bermakna tugas guru telah

selesai. Sangat besar peranan guru.

Hari ini tugas dan peranan sebagai guru bukan seperti 10 tahun dahulu, tugas mereka

semakin besar terutama yang lebih mencabar untuk membentuk sahsiah dan peribadi seorang

murid. Dengan ledakkan kemajuan teknologi yang semakin pesat, kualiti murid dari segi sahsiah dan

peribadi mereka amat membimbangkan. Untuk ini pendekatan lebih mesra yang dibawa dan di

pertangungjawabkan kepada guru untuk lebih dekat dan berdamping dengan murid kerana diyakini

guru tetap relevan dan berperanan membentuk sahsiah dan peribadi mereka. Untuk ini juga program

guru penyayang ini dilaksanakan dengan membawa pendekatan penyayang dikalangan guru sebagai

panduan dan contoh tauladan kepada murid bak kata pepatah “Kepimpinan Melalui Tauladan”. Jadi

program yang di ketengahkan oleh kementerian ini bukanlah sesuatu yang boleh diperlekehkan

kerana andai dilihat dari tujuan dan objektifnya amatlah besar manfaatnya. Sekali lagi dinyatakan

tugas dan peranan Guru masih relevan dalam usaha membentuk kemenjadian murid.

Matlamat :

Pelaksanaan guru penyayang adalah bertujuan agar guru mengamalkan dan

membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

Konsep:

 Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan

menyayangi,mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain.

Ini bermakna guru penyayang adalah seorang memiliki sifat kepedulian

(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya( every child

matters) dengan cara saling menghormati,sentiasa ceria,prihatin dan sabar.

 Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang

perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing,dihargai kewujudannya dan disayangi

setiap masa.

OBJEKTIF

 Menjiwai amalan penyanyang adalah budaya guru

 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada

sekolah

 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.

 Menghargai sumbangan murid, ibubapa, komuniti dan komuniti

kepada sekolah.

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : En. Matusin bin Matali ( Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Pn. Christine R Armandus (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Rita John (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : En. Jasni Hassan (PK Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Nooraidy Mutang (GBK)
Pen. Penyelaras : Pn. Nicolatte Mojikol
Setiausaha : Pn. Nooraidy Mutang
AJK : Semua Guru

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Anda DiUtamakan

Tajuk 1 : Menyambut kehadiran semula murid ke sekolah

Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalanganmurid.


2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalanganmurid.

Tarikh : 03 Januari 2017 (hari pertama persekolahan)

Masa : 6.30 pagi hingga 7.00 pagi (waktu hadir ke sekolah pagi )

Sasaran : Semua guru dan murid


Personalia : Semua pentadbir sekolah, guru-guru , guru bimbingan dan Kaunseling , pengawas
sekolah dan pengawal keselamatan .

Bahan / Alat : Kain rentang/banting

Langkah-langkah :
1. Kain rentang/banting digantung seminggu sebelum sesi
persekolahan tahun 2017 bermula. Kain rentang dimasukkan logo JPN,
PPD dan sekolah. Contoh kain rentang :

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH


Tahniah, kerana anda dapat hadir ke sekolah

“Murid didahulukan, Pencapaian Murid diutamakan.”

2. Personalia berada di laluan masuk sekolah untuk menyambut


kehadiran murid.

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

3. Personalia mengucapkan salam dan selamat datang kepada murid


dengan senyuman ikhlas / bersalaman / peluk murid. Contoh :
a. Assalamualaikum / Selamat sejahtera.
b. Selamat kembali ke sekolah / Welcome back to our school c.
Tahniah kerana hadir semula ke sekolah
4. Teguran dari aspek pelanggaran peraturan sekolah tidak
dilakukan secara terbuka.

Penilaian : Murid menghadiri sekolah dengan perasaan gembira dan selesa.

Rumusan : Penerimaan dan penghargaan kepada murid dapat mewujudkan perasaan


diterima dan dialu-alukan untuk hadir ke sekolah.

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Pandangan Pertama

Tajuk 2 : Perhimpunan Khas Hari Pertama Persekolahan

Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid.


2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid.
3. Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang
kondusif dan teraputik.

Tarikh : 03 Januari 2017

Masa : 7.10 pagi hingga 7.40 pagi (waktu pertama persekolahan pagi )

Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Guru Besar, PK HEM, Pengacara Majlis

Langkah-langkah :
1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis berjalan mengikut aturcara
perhimpunan mingguan.
2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan kata-kata yang
positif.
3. PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi peraturan
sekolah dalam gaya yang mesra dan cara yang menyenangkan.
4. Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut memberi fokus
kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid.

Penilaian : Murid dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa.

Rumusan : Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati melalui
komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya mendorong mereka
hadir ke sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa.

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tajuk : Penerapan kasih sayang di dalam pembelajaran dan pengajaran


Tema : Syoknya belajar!

Objektif : 1. Mewujudkan sikap keprihatinan guru terhadap murid


sepanjang pembelajaran dan pengajaran.
2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran dapengajaran.
3. Melaksanakan tugas pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan hasil
kewujudan perhubungan yang lebih mesra dalam kalangan murid dan guru.

Tarikh : Sepanjang tahun


Masa : Mengikut jadual pembelajaran dan pengajaran

Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Semua guru

Bahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaian

Langkah-langkah :
1. Guru memberi salam terlebih dahulu kepada murid.
2. Guru menyemak kehadiran murid dan menunjukkan sikapkeprihatinan terhadap murid.
3. Guru memastikan kesesuaian persekitaran kelas dan kesediaan muriduntuk memulakan
aktiviti pembelajaran dan pengajaran.
4. Guru perlu bersikap sensitif terhadap sebarang perkara yang berlaku semasa
pembelajaran dan pengajaran, dan mengambil tindakan positif yang sewajarnya.
5. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid mengikut kesesuaian.
6. Guru menunjukkan penampilan diri guru yang mudah didampingi danbersikap mesra.
7. Sebelum mengakhiri pembelajaran dan pengajaran, guru mengucapkan salam / ucap
selamat / kata-kata positif dan bersemangat. Contoh : Jumpa lagi esok /See you
tomorrow, tahniah kerana memberi tumpuan.
8. Guru waktu terakhir memastikan semua murid meninggalkan bilik kelas sebelum guru
keluar dari kelas.

Penilaian : Murid seronok mengikuti aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

Rumusan : Guru penyayang mencipta suasana pembelajaran dan pengajaranyang menyeronokkan,


dan seterusnya mengurangkan tekanankepada guru dan murid.

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Guru Sumber Inspirasi

Tajuk 3 : Guru Kesayanganku, Kelas Kebanggaanku

Objektif : 1.Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima oleh guru kelas.


2. Mewujudkan perasaan sayang dan hormat terhadap guru kelas bersesuaian
dengan konsep in loco parentis.
3. Memupuk semangat kesepunyaan dalam diri sendiri; terhadaap guru, rakan-
rakan dan kelas sendiri.

Tarikh : 03 Januari 2017

Masa : 7.40 pagi hingga 8.40 pagi (2 waktu selepas perhimpunan)

Sasaran : Semua guru dan murid

Personalia : Guru kelas

Bahan / Alat : Dokumen berkaitan mengikut keperluan dan kesesuaian

Langkah-langkah :
1. Guru kelas mengiringi murid ke kelas selepas perhimpunan.
2. Guru memberi salam kepada murid. Ucapan salam dibuat dengan mesra dan ikhlas.
3. Guru kelas memperkenalkan diri dan bertanya khabar kepada murid. Murid
diajak untuk memperkenalkan diri dan berkongsi pengalaman semasa cuti.
4. Guru kelas membincangkan perihal pengurusan dan pentadbiran kelas bersama
murid.

Penilaian : Murid dapat mengenali guru kelas dan menguruskan kelas sepertidipersetujui bersama,
contohnya penjagaan kebersihan kelas, kewujudan keharmonian kelas, pengurusan
papan notis, dan sebagainya.

Rumusan : Semangat sepasukan dan kekitaan dapat diwujudkan di kalanganmurid dan guru
berlandaskan konsep in loco parentis.

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Pembudayaan sikap prihatin

Tajuk : Bersamamu, sayang

Objektif : 1. Mewujudkan rasa diambil berat oleh guru.


2. Mendapatkan bantuan untuk mengatasi masalah kesempitan hidup.
3. Menanam semangat kekeluargaan dalam kalangan warga sekolah.

Tarikh : Mengikut kesesuaian

Masa : Mengikut kesesuaian

Sasaran : Murid yang berkeperluan (bantuan kemiskinan, mangsa bencana,kematian, anak yatim
dan lain-lain)

Personalia : PIBG, Alumni, PK HEM, Guru Kelas, Guru Kebajikan,Guru Data

Bahan / Alat : Mengikut keperluan dan kesesuaian

Langkah-langkah :
1. Mengenalpasti murid yang berkeperluan.
2. Mendapatkan dan mengumpulkan sumber bantuan yang bersesuaian.
3. Menghulurkan bantuan :

Lawatan ke rumah

Lawatan ke hospital

Bantuan makanan, pakaian, kewangan dan lain-lain
4. Pemantauan perkembangan sahsiah dan akademik murid secara berterusan.

Penilaian : Murid mendapat bantuan dan kekuatan untuk mengharungi masalah kesempitan
hidup.

Rumusan : Guru penyayang sentiasa prihatin untuk mengenalpasti murid yang


berkeperluan. Bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat mengurangkan tekanan
emosi dan bebanan yang dihadapi. Murid akan merasa dirinya dihargai dan rasa
dirinya terbela. Seterusnya murid akan mendapat kekuatan untuk mengharungi
dugaan hidup.

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

MODUL PROGRAM GURU PENYAYANG

Tema : Iklim Sekolah Penyayang


Tajuk : Komuniti prihatin, komuniti penyayang

Objektif : 1. Mewujudkan persekitaran yang mendorong warga sekolah untuk lebih bersifat
penyayang.
2. Menimbulkan rasa keperluan untuk bersifat penyayang kepada murid.
3. Mempraktikkan amalan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.

Tarikh : Sepanjang tahun


Masa : Sepanjang masa persekolahan

Sasaran : Semua warga sekolah


Personalia : Guru Media, Jawatankuasa 3K

Bahan / Alat : Kain rentang, papan kenyataan, bahan/dokumen berkaitan

Langkah-langkah :
1. Menyediakan kertas cadangan perlaksanaan persekitaran penyayang.
2. Mewujudkan tempat untuk menampilkan rasa kasih sayang warga sekolah :
a. tempat memaparkan kain rentang
b. tempat berehat dan tempat aktiviti yang selesa untuk murid
c. tempat untuk menyediakan mural kasih sayang guru
d. sudut penghargaan dan pengiktirafan kepada murid bersahsiah terpuji
e. papan kenyataan untuk memaparkan sumbangan murid yang
terlibat dengan masyarakat
3. Mempraktikkan budaya penyayang dalam kalangan warga sekolah. Contoh :
a. Amalan senyuman mesra
b. Amalan ucapan terima kasih
c. Amalan bersalaman

Penilaian : Wujud budaya kasih sayang dalam kalangan warga sekolah.

Rumusan : Suasana dan persekitaran yang berunsur kasih sayang akan


mewujudkan iklim sekolah yang bersifat penyayang. Iklim positif ini akan
sentiasa mendorong murid suka hadir ke sekolah dan mengamalkan gaya
hidup penyayang.

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

JADUAL TUGASAN HARIAN GURU PELAKSANA PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG


PERINGKAT SK BUIT HILL TAHUN 2017

HARI MAS A AKTIVITI KAEDAH LOKAS I PERS ONALIA


6.30 pagi - 7.00 pagi 1. Menyambut kehadiran  Menyapa murid dengan mesra. 1. PN. WONG POH CHU
ISNIN

( 30 minit ) murid-murid yang hadir ke  Bersalaman dengan murid-murid. 2. PN. DIAYANA NORIZAN
sekolah  Bertanya khabar 3. PN. ROZALINAH AMAT
4. UST Z SIT I NABILAH
5. PN. NOORAIDY MUTANG

1.00 t/hari (Tahap 1 ) 2. Mengiringi murid pulang  Bersalaman dengan murid Kelas GURU YANG MENGAJAR

1.30 t/hari (Tahap 2) dari sekolah  Lambaian pulang MASA AKHIR

HARI MAS A AKTIVITI KAEDAH LOKAS I PERS ONALIA


6.30 pagi - 7.00 pagi 1. Menyambut kehadiran  Menyapa murid dengan mesra. 1. EN. FAISAL AWG ALIAS
SELASA

( 30 minit ) murid-murid yang hadir ke  Bersalaman dengan murid-murid. 2. PN. HAFIZAH ABD AZIZ
sekolah  Bertanya khabar 3. PN. HELEN JAPONI
4. HN. HILNAHWATI
5. HJH NORMADIAH
1.00 t/hari (Tahap 1 ) 2. Mengiringi murid pulang  Bersalaman dengan murid Kelas GURU YANG MENGAJAR
1.30 t/hari (Tahap 2) dari sekolah  Lambaian pulang MASA AKHIR

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

HARI MAS A AKTIVITI KAEDAH LOKAS I PERS ONALIA


6.30 pagi - 7.00 pagi 1. Menyambut kehadiran  Menyapa murid dengan mesra. 1. PN. JUMANIAH
RABU
( 30 minit ) murid-murid yang hadir  Bersalaman dengan murid-murid. 2. PN. LIZA ATIU
ke sekolah  Bertanya khabar 3. PN. MARIAH MOHD YASSIN
4. EN. MASRI GUKIN

5. PN. MARILYN
12.30 t/hari (Tahap 1 ) 2. Mengiringi murid  Bersalaman dengan murid Kelas GURU YANG MENGAJAR MASA
1.30 t/hari (Tahap 2) pulang dari sekolah  Lambaian pulang AKHIR

HARI MAS A AKTIVITI KAEDAH LOKAS I PERS ONALIA


6.30 pagi - 7.00 pagi 1. Menyambut kehadiran  Menyapa murid dengan mesra. 1. PN. MIT RA LEE
KHAMIS

( 30 minit ) murid-murid yang hadir ke  Bersalaman dengan murid-murid. 2. PN. NICOLETTE


1.00 t/hari (Tahap 1 ) 2. Mengiringi murid pulang  Bersalaman dengan murid Kelas GURU YANG MENGAJAR MASA
sekolah  Bertanya khabar 3. PN. RAMLAH A. ABU
4. PN. RAMINAH GINSOS
5. UST Z ROYENNY

6. PN. DAINAH SHINDY

2.00 t/hari (Tahap 2) dari sekolah  Lambaian pulang AKHIR

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..


PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG SKBH 2017

HARI MAS A AKTIVITI KAEDAH LOKAS I PERS ONALIA


JUMAAT 6.30 pagi - 7.00 pagi 1. Menyambut kehadiran  Menyapa murid dengan mesra. 1. CIK SIT I NAZAHAH
( 30 minit ) murid-murid yang hadir  Bersalaman dengan murid-murid. 2. PN. SIT I ROHAYAH
ke sekolah  Bertanya khabar 3. EN. FANCEY SAMI
4. PN. WAN MASNIAH

5. PN. JULIA SULAIMAN


6. EN. IBRAHIM AHMAD
11.30 t/hari (Tahap 1 ) 2. Mengiringi murid  Bersalaman dengan murid Kelas GURU YANG MENGAJAR MASA
11.30 t/hari (Tahap 2) pulang dari sekolah  Lambaian pulang AKHIR

* Guru bertugas mingguan secara automatik akan bersama-sama semasa menyambut kehadiran murid.
* Guru-guru yang berkelapangan dialu-alukan untuk turut serta bersama menyambut kehadiran murid ke sekolah.

Disediakan oleh Disahkan oleh

_____________________ ______________________
NOORAIDY MUTANG MATUSIN BIN MATALI
Guru Bimbingan dan Kaunseling Guru Besar

JOM , DATANG KE SEKOLAH …………..