Anda di halaman 1dari 4

Prinsip Memori

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

Minat. Untuk mengingati sesuatu fakta anda mestilah mempunyai minat untuk
mengetahui tentangnya. Anda mesti mempunyai sebab kenapa mahu mengingatinya.
Fikirkan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan minat anda ketika
belajar atau ketika berada dalam kelas. Sekiranya anda sedar yang anda tidak berminat
pada satu-satu mata pelajaran atau pada seorang guru, lakukanlah usaha untuk
memperbaiki diri anda demi masa depan anda. Langkah-langkah seperti berikut boleh
membantu:

 Dapatkan rakan yang hebat dalam pelajaran tersebut.


 Kenali guru anda dan cuba fikirkan kebaikan-kebaikannya daripada memikirkan
keburukan-keburukannya
 Lakukan lebih banyak latihan untuk menguasai mata pelajaran tersebut. Mulakan
sedikit dahulu, apabila anda menguasai, walaupun sedikit, anda akan mula lihat
bahawa anda punya potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula berputik
 Cari jalan untuk mempraktikkan apa yang anda pelajari. Pelajaran bahasa
memerlukan anda sentiasa bercakap menggunakan bahasa tersebut

Berhasrat Untuk Mengingatinya. Hasrat yang sungguh-sungguh untuk mengingati


sesuatu fakta. Berfikir secara positif dan katakan pada diri yang anda pasti boleh
mengingatinya. Amalkan sikap yang anda pasti mempelajari dan menguasainya
sekarang, bukan esok bukan akan datang. Langkah-langkah berikut turut membantu:

 Anggapkan bahawa guru akan memberikan kuiz dipenghujung sessi, ganjarannya


ialah RM10 untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul.
 Rekodkan pada sehelai kertas setiap kali anda meyedari yang fikiran anda
melayang. Serta merta kembali berikan tumpuan. Dengan cara ini anda
melazimkan minda anda untuk berusaha memberikan tumpuan.
 Apabila membaca cuba berkata-kata kembali dengan penulisnya (walaupun
penulis sebenarnya tidak ada dihadapan anda).
 Ketika guru mengajar bentuk soalan sebanyak mungkin dan soal ketika
berpeluang.

Pengetahuan Asas. Pemahaman anda tentang sesuatu subjek baru bergantung kepada
sejauh mana pengetahuan anda tentang subjek tersebut sebelumnya, dan juga subjek-
subjek yang berkaitan dengannya. Lagi mantap pengetahuan asas anda, lagi mudah anda
menguasai subjek yang baru dipelajari.

Tip: Lagi banyak pengetahuan asas anda tentang sesuatu pelajaran lagi mudah untuk anda
lebih mengetahui tentangnya.

Langkah-langkah yang boleh diambil:


 Buat imbasan sebelum mempelajari pelajaran / tajuk baru (Lihat bahagian
membaca kritikal).
 Baca bahan sebelum bermulanya kelas. Baca walaupun anda tidak begitu
memahaminya. Ini akan menjadi pengetahuan asas untuk anda.
 Mulakan dari yang mudah kepada yang susah. Jangan abaikan perkara asas
walaupun nampak mudah.
 Lakukan usaha pengayaan bahan, baca buku-buku tambahan, cari bahan dalam
internet dan sebagainya.

Pemilihan. Anda mesti mampu menilai bahagian mana yang lebih penting dan pilih
bahagian tersebut untuk didalami. Minda tidak mampu untuk menguasai sepenuhnya
subjek baru dalam sesuatu masa. Minda juga mempunyai had untuk mencerap perkara
baru. Oleh itu pilihlah perkara yang paling penting dulu untuk dipelajari, bermula dari
sini anda boleh mengembangkan pengetahuan anda dengan menjadikan perkara yang
telah dipelajari ini sebagai pengetahuan asas anda.

Pengecilan Saiz Maklumat. Anda boleh belajar dan mengingati fakta dengan lebih baik
sekiranya anda mampu mengagihkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan
tertentu yang lebih kecil. (Lihat bahagian Teknik Ceraian).

Recitation. Menyebut fakta atau ide dengan suara yang boleh didengari oleh telinga
anda mempercepatkan maklumat dipindah dari memori jangka pendek ke memori jangka
panjang. Penyebutan berhasil kerana beberapa sebab:

Anda tahu anda perlu menyebutnya dengan menggunakan ayat sendiri, maka anda akan
berikan lebih tumpuan. Anda juga meningkatkan hasrat untuk mengingatinya.

Anda mendapat maklumbalas segera sama ada anda mampu mengeluarkan semula
maklumat tersebut. Sekiranya anda telah menguasai sesuatu subjek maka anda juga pasti
boleh menerang dan mengajarkannya semula.

Apabila anda mendengar setiap patah perkataan, anda menggunakan bahagian otak yang
lain untuk memproses maklumat.

Tip :

 Gunakan kad kecil.


 Setiap kali habis baca satu perenggan, berhenti sejenak, jelaskan semula kepada
diri anda apa yang telah anda pelajari dengan menyebutnya dalam perkataan anda
sendiri.
 Dapatkan rakan yang boleh sama-sama menyoal dan menjawab.

Leceh? Memang melecehkan tetapi jauh lebih baik daripada anda membaca tetapi tidak
faham dan tidak ingat.
Gambaran Minda. Ini adalah prinsip memori yang sangat penting. Kaedah ini
memerlukan anda menggambarkan setiap fakta yang anda mahu ingat. Dengan
menggambarcara anda menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang
menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, tukarkan setiap penyampaian
guru ke dalam bentuk gambaran minda. Sebenarnya minda anda telahpun melakukan
proses ini tanpa anda sedari tetapi untuk meningkatkan ingata anda perlu melakukan
usaha sendiri untuk menggambarkannya. Kita akan mempelajari 80% dari apa yang kita
lihat daripada apa yang kita dengar. Walau bagaimana rumit sekali pun cuba dapatkan
ide untuk menggambarkan setiap apa yang dipelajari. Tanya diri anda soalan berikut:

 Bolehkah fakta ditukarkan kepada carta atau graf?


 Bolehkan anda melakar atau melukis?
 Bolehkan anda buatkan cerita dalam minda?
 Bolehkan dihasilkan peta minda?

Association. Ingatan akan lebih kuat dan lebih lama sekiranya sesuatu yang mahu
diingati itu unik, ganjil, atau boleh dikaitkan dengan sesuatu yang anda ketahui sebelum
ini.

Consolidation. Minda anda memerlukan masa untuk maklumat baru tersimpan. Apabila
anda membuat nota dan mengimbas semula serta merta setelah tamatnya kelas bermakna
anda telah membolehkan maklumat tersimpan lebih lama. Memori jangka pendek hanya
mampu menyimpan 5 hingga 7 maklumat sahaja dalam sesuatu masa. Sekiranya
maklumat ini tidak dipindahkan ke memori jangka panjang maka potensi untuk anda lupa
adalah tinggi. Anda biasanya didatangkan dengan begitu banyak maklumat ketika
belajar. Oleh itu anda perlu menggunakan kaedah dibawah bagi mengekalkan maklumat-
maklumat tersebut.

 Membuat nota.
 Bertanya soalan dalam kelas.
 Mengimbas semula nota.
 Berhenti disetiap perenggan dan tuliskan soalan atau soal diri anda apa yang telah
anda pelajari.
 Membuat gambaran minda.
 Menyebut kembali apa yang dibaca dalam ayat sendiri.
 Membuat kad kecil.
 Menguji diri dengan kuiz atau soalan.

Mengagih Latihan. Beberapa siri sessi belajar yang pendek adalah lebih baik dari satu
sessi belajar yang panjang. Pendekatan ini perlu digunakan untuk mata pelajaran yang
anda sukar fahami atau sukar dikuasai. Sebab minat anda tentang mata pelajaran ini
kurang atau tiada langsung sedangkan mata pelajaran tersebut penting.

Mengagih masa latihan memberikan masa untuk maklumat dicerap dan disimpan. Ia juga
membolehkan anda membina pengetahuan asas tentang pelajaran tersebut.