Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SRA (JAIM ) TANJUNG MINYAK MELAKA

MASA TEKS CATATAN


2.30 Kata-kata pembuka Persediaan dan
PTG. ketibaan murid
dan ibubapa
Murid-murid diminta untuk berdiri bagi menghormati bacaan Asma Ul-husna dan Ketibaan
nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya

Terima Kasih diucapkan kepada murid-murid dan dipersilakan duduk.


Daun layu di tengah gurun,
Nampak jalur pohon cemara;
Tradisi Melayu turun temurun,
Pantun ditutur pembuka bicara.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.
Yang Berusaha, Ustazah Aishah Binti Rosley, Guru Besar SRA JAIM Tanjung Protokol
Minyak Melaka.
Yang Berbahagia Ustaz Khairu Sazry Bin Suboh, selaku GPK 1
Yang Dihormati, Ustaz Mohd Faizal Bin Omar, selaku GPK Hem
barisan guru-guru dan murid- muridyang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.h.t.
Sebelum kita meneruskan acara pada petang ini, izinkan saya bagi pihak
jawatankuasa majlis, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih
kerana hadir pada majlis petang ini.

Kalau pergi Tanjung Keramat, Bacaan doa


Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, dijemput Ustaz ,


untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada __________________________________________.


Untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya Ucapan Guru
menjemput Guru Besar SRA JAIM Tanjung Minyak Melaka, Ustazah Aishah Binti Besar
Rosley, untuk menyampaikan sepatah dua kata aluan dan merasmikan Majlis
Penyampaian hadiah akhir tahun 2018 .Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Aishah Binti Rosley atas
ucapan alu-aluan dan merasmikan majlis ini. Dengan itu, maka rasmilah sudah
Hari Penyampaian Hadiah SRA JAIM Tanjung Minyak Melaka Sesi 2018.
Ucapan sudah perasmian pun sudah, Persembahan
Hanya tunggu penyampaian sijil dan hadiah.

Sebelum majlis diteruskan, saya menjemput ___________________________ untuk


memperdengarkan surah hafazan . Dipersilakan.
Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian;
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan dengan acara Penyampaian


Hadiah Bagi Kedudukan Dalam Kelas. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan yang berusaha Ustazah Aishah Binti Rosley, Guru Besar SRA
JAIM Tanjung Minyak Melaka, diiringi oleh Ustaz Khairu Sazry bin Suboh .
Dengan sukacitanya, dipersilakan.

Untuk makluman para hadirin, penerima-penerima anugerah merupakan Kedudukan


pelajar-pelajar yang cemerlang mendapat kedudukan terbaik didalam kelas. dalam kelas

Begitulah tadi sempurnanya penyampaian Penyampaian Hadiah Bagi


Kedudukan Dalam Kelas . Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Aishah Binti
Rosley dan Ustaz Khairu Sazry kerana sudi menyampaikan hadiah. Syabas dan
tahniah diucapkan kepada semua penerima.

Pergi sekolah seawal pagi,


Melintas jalan berhati-hati;
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerima sabar menanti.

Sesungguhnya, memperkasakan ilmu pengetahuan, kebolehan berkomunikasi,


serta penerapan pelbagai kemahiran yang lain di kalangan pelajar-pelajar
menjadi agenda utama sesebuah sekolah agar mampu melahirkan generasi
pewaris kepimpinan.

Acara seterusnya ialah Penyampaian Sijil Pengawas Darjah 6 . Untuk itu, majlis Penyampaian
dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, Hadiah
_______________________________________, diiringi ______________________________, Kedudukan
_______________________________________, untuk menyampaikan hadiah. Majlis Terbaik Dalam
mempersilakan. Kelas

Demikianlah, penyampaian hadiah Kedudukan Terbaik Dalam Kelas kepada


para pelajar. Terima kasih diucapkan kepada ________________________________
dan _______________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah
kepada para penerima. Syabas dan tahniah diucapkan.

11.00 Melati kuntum berhias rotan,


Tumbuh melata di tepi kali,
Anugerah cemerlang kita teruskan lagi , Penyampaian
pelajar bertuah kita hargai. Hadiah
Matapelajaran
Kita teruskan majlis dengan Penyampaian Hadiah Matapelajaran Terbaik. Majlis Terbaik
dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, ____________________________,
diiringi _________________________________, untuk menyampaikan hadiah. Majlis
mempersilakan.
Demikianlah, penyampaian hadiah Matapelajaran Terbaik kepada para
pelajar. Terima kasih diucapkan kepada _____________________________________
dan ___________________________________ kerana sudi menyampaikan hadiah
kepada para penerima.
Penyampaian
Kita teruskan majlis dengan Penyampaian Hadiah Kedatangan Terbaik. Majlis Hadiah
dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, ____________________________, Kedatangan
diiringi _________________________________, untuk menyampaikan hadiah. Majlis Terbaik Dan
mempersilakan Cenderamata
Perasmi
Dengan itu, majlis mempersilakan ___________________________________________,
diiringi__________________________________________, untuk menyampaikan
sekalung penghargaan berupa cenderamata kepada
______________________________________________________. Terimalah tanda
terima kasih daripada kami, warga SRA JAIM Tanjung Minyak Melaka, atas
kesudian Yang Berusaha untuk hadir bersama-sama meraikan majlis gilang
gemilang ini.

Demikianlah berakhirnya penyampaian anugerah sijil dan hadiah kepada


pelajar yang telah menunjukkan usaha cemerlang dalam semua
matapelajaran. Semoga hari ini menjadi dorongan dan sokongan kepada
pelajar-pelajar untuk mengejar, meningkatkan, serta mengekalkan prestasi
yang cemerlang.
Hadirin sekalian, Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah SRA JAIM Tanjung Penutup
Minyak Melaka Sesi 2018 telah pun sampai ke penghujungnya.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga saya sampaikan kepada semua
warga kerja yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Bagi pihak Ahli
Jawatankuasa Pengelola dan seluruh warga SRA JAIM Tanjung Minyak Melaka
saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan jika terdapat sebarang
kesilapan dan keterlanjuran kata sepanjang majlis ini berlangsung.

Majlis turut merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua
hadirin yang sudi melapangkan masa untuk hadir memeriahkan majlis ini.
Sebelum kita bersurai, tirai Hari Penyampaian Hadiah Sesi 2018 ditutup dengan
beberapa rangkap pantun.
Subur padi Allah kurnia,
Hidup mula di dalam air,
Sudah menjadi lumrah dunia,
Setiap yang bermula akan berakhir.
Bunga seroja di atas para ,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Dari simpang ke jaya bakti,
Singgah membeli perencah kari,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Wabillahi taufik walhidayah wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Dijemput Guru Besar Ustazah Aishah Binti Rosley bersama Pengerusi LEKAS
____________________________________ mengiringi Yang Berusaha,
____________________________ untuk menikmati jamuan. Pihak majlis juga
menjemput ibubapa untuk menikmati jamuan ringan di kantin sekolah.
5.00 Jamuan.
PTG. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai