Anda di halaman 1dari 15

PENCAPAIAN DAN KESAN TAMADUN ISLAM TERHADAP PERKEMBANGAN ILMU

PERKEMBANGAN

Kelahiran Islam di kota Makkah dan kemunculan kerajaan Islam pertama di Madinah merupakan
detik bersejarah kelahiran satu tamadun baru yang telah merubah sejarah dunia. Tamadun ini bukan
sahaja telah berjaya merubah corak dan budaya hidup masyarakat Arab Pra-Islam yang bertuankan
nafsu dan kejahiliyahan kepada cara hidup baru yang bertunjangkan akhlak dan peradaban tinggi
malah ia juga turut merubah geo-politik dunia.

Dengan asuhan dan bimbingan Rasulullah s.a.w. dan kemudiannya diteruskan oleh para sahabat
(r.a), penduduk Tanah Arab yang terdiri daripada berbagai bangsa dan keturunan berjaya disatukan
dengan ikatan akidah dan ukhuwwah Islamiyah. Mereka muncul sebagai satu umat yang berakhlak,
berketerampilan dan sedia berkorban demi Islam. Dalam tempoh waktu yang singkat, kuasa besar
Rom dan Parsi yang dulunya memandang remeh terhadap bangsa Arab kini terpaksa tunduk kepada
kekuasaan Islam. Oleh itu dari abad ke 7 hingga ke 18 Masihi, dunia telah didominasi dan dicorak
oleh tamadun Islam. Dalam jangka masa tersebut khususnya pada abad ke 9 hingga ke 13 Masihi,
sejarah telah merakamkan bagaimana tamadun Islam telah melahirkan ramai sarjana ulung dalam
berbagai ilmu pengetahuan.

Pada waktu itu kemajuan ilmu sains dan teknologi serta ilmu-ilmu yang lain yang dimiliki oleh dunia
Islam tiada dapat ditandingi oleh mana-mana bangsa atau negara. Di setiap ibu kota pemerintahan
Islam khususnya Baghdad (di Asia), Cordova (di Eropah) dan Iskandariah (di Afrika), kegiatan
keilmuan dan kebudayaan berlaku dengan bersemarak serta disertai segenap lapisan masyarakat.
Ramai sarjana dan pelajar dari negara luar khususnya daripada negara-negara Kristian Eropah datang
untuk mempelajari serta mendalami berbagai bidang dan cabang ilmu pengetahuan.

Di sepanjang sejarah kegemilangan tamadun Islam, para sarjana Muslim dan sarjana non-Muslim
yang bernaung di bawah pemerintahan Islam telah berjaya membuat kemajuan dan pencapaian
dalam bidang ilmu pengetahuan serta sains dan teknologi. Mereka telah menempa satu sejarah
tamadun kemanusiaan yang amat mengkagumkan meliputi aspek politik, sosial dan ekonomi.

1.1 Zaman Rasulullah s.a.w.

Sejarah pertumbuhan dan perkembangan tamadun Islam adalah bermula pada zaman Rasulullah
s.a.w. Zaman Rasulullah terbahagi kepada dua period iaitu period Makkah dan period Madinah.

1
Kedua-dua zaman ini mempunyai perbezaan yang amat ketara dari aspek pertumbuhannya. Period
Makkah merupakan zaman asas dalam pembentukan tamadun Islam yang memberi penekanan
kepada aspek spiritual, mental dan akhlak masyarakat. Period Madinah pula adalah zaman untuk
membina komuniti dan negara yang baik serta mendapat keampunan Tuhan.

1.2 Makkah

Penumpuan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. di Makkah adalah lebih bersifat penyediaan kader-
kader yang mantap dan kuat dalam menghadapi kejahatan puak-puak ekstrimis kuffar dan musyrikin
(kerana tidak membenarkan kebebasan melaksanakan ajaran Islam atau dakwah yang diperintahkan
oleh Allah). Malah mereka bertindak kejam ke atas kaum Muslimin yang ketika itu sangat sedikit
bilangannya. 13 tahun adalah masa-masa kritikal dan menyiksakan bagi orang Islam. Penghijraan
yang berlaku ke Habsyah dan Taif tidak banyak memberi ruang dan kejayaan kepada orang Islam.
Mereka menderita dengan pelbagai bentuk siksaan dan ancaman tetapi tetap tabah dan yakin
dengan akidah yang baru dianuti. Mereka adalah generasi awal yang kental dan unggul yang dididik
oleh Rasulullah s.a.w.

1.3 Madinah

Penghijrahan ke Madinah mencanangkan beberapa perubahan kepada orang Islam ke arah yang
lebih maju dan berjaya dalam segala bidang kehidupan berasaskan prinsip keimanan. Hijrah turut
menandakan bermulanya era pelaksanaan syariat samawi secara menyeluruh mencakupi sosial,
politik, agama dan lain-lain. Setelah menjejaki bumi Madinah, Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan
langkah-langkah berikut:

2.0 Pengaruh Tamadun Islam Dalam Ilmu Pengetahuan

Ajaran Islam yang menekankan betapa pentingnya ilmu pengetahuan telah menjadikan umatnya
mampu menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Mereka mampu menghasilkan karya-karya
sendiri dan mampu menyumbang dan menyebarkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat di seluruh
pelusuk dunia. Selama beberapa abad umat Islam menjuarai dunia menguasai pelbagai bidang ilmu
pengetahuan. Beberapa disiplin ilmu baru telah dikembangkan dan beberapa penemuan baru telah
ditemui hasil daripada penyelidikan yang dilaksanakan secara berterusan dalam bidang-bidang sains
dan teknologi, sains kemanusiaan dan sosial dan lain-lain. Kewujudan dan perkembangan pelbagai
disiplin ilmu ini telah mempengaruhi dunia. Pada waktu itu dunia khususnya di Eropah berada di
Zaman Kegelapan. Sehingga kini penemuan sarjana Islam masih dikaji, dipelajari dan dihayati sama
ada secara langsung atau tidak, diakui atau dinafikan.

2
3.0 SUMBER, PRINSIP DAN MATLAMAT KEILMUAN ISLAM

3.1 SUMBER ILMU PENGETAHUAN BERDASARKAN :

I. Al-Quran

ii Al-Sunnah

iii Al-Ijtihad

3.1.1 Al-Quran

Terdapat banyak ayat-ayat yang menyuruh manusia menyingkap tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t,
menggesa manusia mempelajari dan mengembangkannya. Ada dalam bentuk umum dan ada dalam
bentuk khusus.

Terdapat ayat-ayat khusus yang membabitkan disiplin tertentu seperti:

i. Astronomi; al-Anbiya: 23, al-An’am: 97, Yasin: 38-40 dan lain-lain.

ii. Matematik; al-Nisa’: 11-12.

iii.Biologi; alHajj: 5, al-Alaq: 2 dan lain-lain.

iv. Fizik; al-A’la: 1-3, Luqman: 20.

v. Kimia; al-Rahmah: 7-9, al-Ra’d: 3 dan lain-lain.

3.1.2 Al-Sunnah

Hadith-hadith Nabi juga ada menerangkan, menggesa dan menganjurkan pencarian ilmu serta
melakukan segala urusan dengan cara yang sesuai dengan kepakaran yang dimiliki seperti sabda
Nabi s.a.w. yang bermaksud;

“Kamu lebih tahu tentang urusan dunia kamu”.

3.1.3 Al-Ijtihad

Penggunaan akal yang bijak telah menghasilkan ilmu-ilmu baru. Ini sesuai dengan tuntutan mencari
ilmu dalam Islam. Menurut Imam al-Ghazali, tuntutan mencari ilmu adalah kewajipan keagamaan
yang dibahagikan kepada fardhu ‘ain dan fardhu kifayah.

3
3.2 PRINSIP KEILMUAN

3.2.1 Tauhid

Segala disiplin ilmu mestilah terikat dengan ilmu tauhid iaitu dengan menjadikan maklumat dan ilmu
itu dirujukkan kepada al-Quran, al-Sunnah dan sumber-sumber muktabar yang lain.

3.2.2 Berasaskan hiraki ilmu

Dari sudut hiraki ilmu, ilmu-ilmu wahyu yang merupakan ilmu teras atau dasar yang merupakan ilmu
yang tinggi kedudukannya. Ilmu-ilmu fardhu kifayah pula merupakan ilmu-ilmu yang lebih
bersandarkan akal. Oleh itu ia di tempat kedua dari segi hirakinya.

3.2.3 Kesepaduan ilmu

Idea dualisme hanya akan memberi kekeliruan dan mampu sekadar mencapai matlamat jangka
pendek sahaja. Sebaliknya kesepaduan ilmu akan berkesinambungan dan seterusnya mencapai
kedudukan yang paling tinggi iaitu keredhaan Allah s.w.t. Akidah tauhid harus menjadi paksi atau
tunjang kepada ilmu-ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

3.3 MATLAMAT ILMU DALAM ISLAM

Matlamat ilmu dalam Islam harus berlegar kepada beberapa tujuan tertentu iaitu:

i. Untuk mengenali Yang Maha Pencipta iaitu Allah. Ini merupakan tonggak matlamat segala ilmu
yang ada di atas muka bumi ini.

ii. Untuk mengetahui bagaimana kehidupan sebenar yang merupakan ibadat kepada Allah.

iii. Untuk mengatur kehidupan beribadah menurut kepercayaan akidah yang sebenar.

iv. Untuk menguruskan dan mentadbir alam sebagai khalifah Allah.

4.0 Pengaruh Tamadun Islam Kepada Ilmu Pengetahuan

Seperti yang ditegaskan bahawa bukti-bukti pencapaian Tamadun Islam dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan yang menyerikan zaman kegemilangan Islam adalah lahir dari ajaran Islam itu sendiri
yang telah diolah oleh pemikir-pemikir Islam. Ia menjadi rebutan oleh pencinta-pencinta ilmu

4
terutama dari blok Eropah dan Barat. Hal ini boleh diperhatikan beberapa kesan pengaruh tamadun
Islam terhadap dunia Eropah dan Barat dan dunia seluruhnya.

4.1 Penubuhan Pusat Pengajian Tinggi Islam

Kaum muslimin amat tekun mengkaji isi kandungan al-Quran dan al-Hadith sejak dari permulaan
Islam lagi. Di samping ketekunan beribadat, mereka juga tidak ketinggalan dalam usaha penemuan
ilmu-ilmu umum baru yang lain. Kesemua ini bertujuan bagi kepentingan umat manusia, baik untuk
keselesaan hidup di dunia mahupun mencari kebahagian di akhirat. Dengan sebab itu, lahir para
ilmuan dalam pelbagai bidang tersebar di seluruh pelosok dunia Islam. Pemimpin Islam telah
mengambil inisiatif untuk mengumpul para ilmuan di suatu tempat dan diberi upah bagi mereka
yang mengajar dan membuat penyelidikan dari semasa ke semasa. Akhirnya tempat itu menjadi
Pusat Pengajian Tinggi Islam. Berbagai lapisan masyarakat datang ke tempat itu sama ada dari dalam
atau luar negara seperti pelajar-pelajar dari Eropah untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan dari
tokoh-tokoh terkenal.

4.2 Kewujudan Institusi Penterjemahan

Orang-orang Eropah yang menetap di negeri-negeri Islam mengambil unsur-unsur Tamadun Islam
kemudian mereka bawa pulang ke negeri masing-masing. Sejak mereka mengenali kecemerlangan
Tamadun Islam sekitar abad ke 11 Masehi, maka semakin tinggi keinginan mereka untuk menyerap
tamadun dalam kehidupan mereka sehari-hari. Mereka berfikir bagaimana cara supaya ilmu
pengetahuan yang amat berguna itu masuk lebih cepat ke Eropah. Akhirnya golongan ilmuan di
kalangan mereka sependapat bahawa cara yang terbaik ialah penterjemahan.

Sebahagian besar usaha penterjemahan dilakukan oleh ilmuan di Universiti Islam di Sepanyol, Sicily
dan ilmuan Islam di Universiti Islam di Timur. Usaha penterjemahan buku berjalan dengan pesat
kerana mereka berkemampuan menterjemahkan buku-buku bahasa Arab ke bahasa Latin dan
Eropah. Pada mulanya mereka hanya menterjemah ilmu-ilmu falsafah sahaja kemudian kegiatan ini
diteruskan ke bidang-bidang sains. Buku-buku hasil karya ilmuan Islam itu dijadikan rujukan di pusat-
pusat pengajian mereka di Eropah.

4.3 Penubuhan Universiti Pertama di Eropah

Penubuhan universiti yang pertama di Eropah merupakan inisiatif daripada pelajar-pelajar Kristian
Eropah yang telah tamat pengajian mereka di Timur (Baghdad) dan di Barat (Sepanyol). Penubuhan
universiti tersebut juga ada kaitan dengan Perang Salib kerana berlaku pemindahan ilmu
pengetahuan dan kebudayaan Islam serta bahan-bahan ilmiah lain yang dibawa oleh tentera-tentera
salib pulang ke negara mereka. Model universiti-universiti yang dibangunkan di negara mereka
adalah merupakan tiruan daripada institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Sepanyol.

5
4.4 Penggunaan Istilah Arab/Islam dalam istilah saintifik di Barat

Para ilmuan Barat banyak menggunakan istilah-istilah Arab dan Islam di pusat pengajian mereka di
Barat. Ini kerana mereka pernah belajar dari sarjana-sarjana Islam dan mempelajari buku-buku yang
ditulis oleh mereka. Kebanyakan istilah-istilah Arab dan Islam yang dikemukakan oleh ilmuan Islam
pada masa dahulu, mereka kekalkan sebagai istilah-istilah saintifik Barat sehingga dewasa ini.
Contohnya ialah istilah Sifr-sifar, Zero, Almanac-al-munakh (cuaca), Alcohol-al-kuhul dan Arsenic-al-
zirnikh.

4.5 Disiplin Ilmu, Tokoh Dan Sumbangannya

Rasulullah s.a.w. adalah tokoh yang mengintegrasikan ilmu pengetahuan yang berbentuk duniawi
dan ukhrawi tanpa wujud sebarang pemisahan di antara satu sama lain. Di antara cara-cara yang
biasa dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. untuk merealisasikan perkara di atas antaranya pada
malam hari baginda banyak mengerjakan amal ibadah dan pada siang hari baginda
bertanggungjawab dalam pentadbiran dan pengurusan negara. Baginda juga mendidik para sahabat
secara langsung dengan ilmu-ilmu yang dapat mendisiplinkan mereka sehingga tidak sanggup
melakukan sebarang penyelewengan dalam kehidupan bermasyarakat disebabkan mereka
menguasai ilmu dunia dan akhirat dengan seimbang. Kecemerlangan keilmuan dalam Tamadun
Islam di zaman silam itu, akhirnya melahirkan ramai tokoh ilmuan dalam pelbagai bidang. Ianya
dikagumi dunia sehingga kini. Oleh itu lahir tokoh-tokoh intelektual yang terbilang dalam pelbagai
bidang. Berikut akan dijelaskan ilmu-ilmu yang telah diterokai oleh para ilmuan Islam itu dan
sumbangan yang telah mereka berikan.

5.0 SUMBANGAN KELIMUAN ISLAM

Sains dan Teknologi

i. Astronomi

Merupakan satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kajian bulan, bintang, planet, galaksi, jirim
antara bintang, nova dan pulsar dan apa jua bahan dan jasad yang terdapat di angkasa lepas
(Baharuddin Yatim, 1992, 20)

Walaupun ilmu astronomi turut dicurigai oleh masyarakat umum, Andalusia tetap berjaya
melahirkan ramai ahli astronomi terkenal. Ini kerana mereka mendapat galakan daripada
pemerintah dalam menjalankan kajian dan pencerapan astronomi. Salah satu tempat yang
digunakan sebagai kajian pencerapan angkasa lepas ialah di menara masjid. Seterusnya sebuah balai

6
cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina berhampiran dengan Masjid Seville pada tahun
1190M. Parasarjana astronomi Islam Andalusia telah mencipta pelbagai alat astronomi yang belum
diketahui oleh dunia sebelum itu. Contohnya Astrolab yang digunakan oleh orang Eropah sehingga
kurun ke-12 Masehi untuk menentukan saiz bumi dengan lebih tepat daripada cara yang dilakukan
oleh orang Greek sebelumnya.

Antara tokoh astronomi Islam ialah Abd al-Rahman al-Sufi (903-986M). Sumbangan beliau di dalam
astronomi ialah mengkatalog bintang sehingga lebih dari 1000 jenis. Nama bintang yang
diperkenalkan oleh beliau tetap terus digunakan hingga hari ini oleh ahli sains Barat. Namun
demikian nama dalam bahasa Arab telah diubahsuai dengan sebutan Eropah seperti algharab diubah
jadi algorab (Mustafa Daud 1991: 262).

ii. Matematik

Orang Islam telah mempersembahkan kepada dunia ilmu Algebra dalam bentuknya yang asli.
Algebra, perangkaan dan matematik gunaan telah dipelopori dan diketengahkan oleh para sarjana
Muslim. Merekalah orang pertama menggunakan Algebra dalam bidang Geometri. Di antara tokoh
ilmu matematik Islam ialah al-Khawarizmi (780-850M). Beliau merupakan seorang ahli matematik
Islam termasyhur. Beliau memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu matematik apabila
mengemukakan asal usul angka. Karya-karya beliau telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh
Prince Boniopagni, iaitu kitab al-Jami’ wa al-Tafiq bi Hisab al-Hind.Kitab ini dikatakan ditulis oleh
beliau berdasarkan kepada matematik yang berasal dari India.

Al-Khawarizmi telah memperkenalkan satu teorem baru dalam matematik iaitu Algebra. Perkara ini
dirakamkan di dalam kitabal-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah. (Mustafa Daud 1991: 261).

iii. Perubatan

Sarjana Islam Andalusia telah berjaya menghasilkan kemajuan yang amat membanggakan dalam
bidang ini dan kejayaan mereka mengatasi pencapaian ahli-ahli perubatan Timur.Berdasarkan teori-
teori baru, ahli-ahli perubatan Islam Andalusia telah berjaya melakukan eksperimen-eksperimen
yang sukar. Mereka sentiasa berhati-hati dalam semua operasi yang dilakukan khususnya dalam
bidang aetiologi, patologi dan terapuitik. Dengan itu Andalusia berjaya melahirkan ramai sarjana
yang mempunyai kepakaran yang mendalam dalam berbagai cabang ilmu kedoktoran dan mereka
telah menghasilkan karya-karya perubatan yang dilengkapi dengan ilustrasi alat-alat pembedahan.
Inilah sumbangan terbesar oleh sarjana perubatan Islam dan dunia perubatan moden terhutang budi
kepadanya. Orang Yahudi mempelajari ilmu daripada sarjana Islam Andalusia dan mereka menjadi
terkenal di merata tempat. Selain daripada itu, para sarjana perubatan menjadi tenaga pengajar di
universiti-universiti di seluruh Andalusia. Mereka bertanggungjawab mengurniakan diploma atau

7
ijazah kepada para pelajar yang telah tamat pengajian kedoktoran. Seseorang itu tidak dibenarkan
untuk mengajar atau memperaktiskan ilmu kedoktoran tanpa diploma atau ijazah yang berkenaan.
Banyak hospital awam didirikan di semua bandar penting di Andalusia. Contohnya pada zaman
pemerintahan khalifah Bani Umaiyah terdapat lebih kurang 40 buah hospital di Cordova.

Di antara tokoh ilmu perubatan Islam ialah Ibn Zuhr (meninggal dunia pada 525H/1131M). Di Barat
beliau dikenali sebagai Avensoon. Beliau juga merupakan pakar perubatan yang termasyhur
di Andalusia. Beliau telah meninggalkan karya yang amat dihargai oleh Barat iaitu kitab al-
Taysir yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dalam tahun 1289M oleh Paravicius dengan
nama Theisir. Ia dikenali sebagai Facilitation of Treatment dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, Muhammad bin Musa telah mencipta jam Astrolab iaitu alat yg boleh mengukur masa di
dunia. Abu Solet pada abad ke 12 M telah mencipta alat yang boleh menimbulkan semula kapal yang
tenggelam. Abu al-Rayhan al-Biruni pula merupakan saintis yang terkenal dan mahir dalam
matematik dan astronomi. Penemuannya digunakan dalam meramal gerhana matahari.

Bidang fizik dalam dunia moden ditakrifkan sebagai cabang ilmu yang berkaitan dengan
kejasmanian. Dan tidak merujuk kepada pencipta. Tetapi, Fizik dalam agama Islam mengutamakan
konsep “fizik tidak menafikan metafizik” iaitu penekanan dalam perkaitan antara fenomena alam
dengan Khaliq. Dalam bidang ini Kamal al-Din al-Farisi telah membuat penerangan tentang
fenomena kejadian pelangi. walaupun penerangannya dikatakan hampir sama dengan tokoh barat
(Theodoric of Freiberg) namun pada zaman itu dipercayai bahawa penerangan beliau adalah yang
terbaik. Usul mereka pada zaman itu juga sama dengan usul yang digunakan sekarang.

iv.Fizik

Ibn Haitham pula dikenali sebagai bapa optik moden. Dia menghabiskan masa dengan teori fizikal-
bayang2, matahari, pelangi dan beliau juga sangat mahir dalam pelbagai bidang. Al-Biruni yang
merupakan ahli fizik juga banyak menganalisis konsep asas jirim, graviti, ruang dan gerakan bumi.

Surahwadi pula telah menyediakan asas bagi fizik cahaya. Dia juga mengemukakan konsep alam dan
planet tertakluk kepada daya dan hukum yang sama. Beliau juga telah membongkar hukum graviti
semesta dan menjalankan banyak eksperimen mengenai cahaya.

v. Kimia

Dalam cabang kimia, Ibn Sina telah membezakan semua jenis logam dan memperkembangkan ilmu
kimia JABIR IBNU HAYYAN. Abu Musa Jabir Ibn Hayyan Al-Tusi telah memperkenalkan kaedah
Sejatan, penyulingan, pemejalwapan, penghabluran, kaedah oksida logam bakar, percantuman dan
turunan. Beliau juga mncpta asid galian seperti HNO3, H2SO4 yang banyak digunakan dalam
kosmetik. Beliau juga telah mencipta bahan kimia yang boleh melebur emas yang dpanggil aqua
regia dan turut menemukan kaedah pemurnian besi.

8
5.2 Sains Kemanusiaan dan Sosial

i. Antropologi dan Sosiologi

Di kalangan ahli antropologi Barat tidak wujud keseragaman dalam memahami manusia ini kerana
mengikut fahaman “humanisme” yang berkembang di Barat melalui abad ke15 hingga abad ke18
unsur kerohanian atau keagamaan tidak wujud dalam kehidupan manusia. Menurut Islam definisi
manusia yang diberikan ini adalah amat tidak lengkap. Mendefinisikan manusia dengan mengambil
kira unsur biologinya sahaja merupakan satu jenayah dan penafian tentang hakikat kemanusiaan itu
sendiri kerana manusia tidak dapat hidup berdasarkan kepada jasad sahaja. Malah ia memerlukan
roh. Tanpa roh manusia tidak dapat hidup. (Mustafa Daud 1991: 203).

Di antara tokoh ilmu sosiologi Islam ialah Dr. Ali Syari’ati (1933-1977M). Beliau berasal dari Iran dan
merupakan di antara pakar sosiologi Islam mutakhir yang cuba menganalisis sosiologi dari perspektif
Islam. Percubaan beliau ini menghasilkan satu kejayaan gemilang. Kegemilangan ini adalah berpunca
daripada kejayaannya mengadun ajaran-ajaran al-Quran dengan ilmu sosiologi moden yang
dipelajarinya di Perancis sehingga mendapat ijazah doktor falsafah (Ph.D).

Keunggulan teori Dr. Ali Syari’ati hanya dapat dilihat setelah dibandingkan dengan teori perubahan
sosial Barat. Barat menyenaraikan beberapa faktor yang membawa perubahan sosial seperti
penjajahan, kemajuan komunikasi, kemajuan teknologi, faktor alam sekitar seperti gempa bumi dan
sebagainya. Dengan bimbingan al-Quran, Dr. Ali Syari’ati menemukan teori perubahan sosialnya
dengan menitikberatkan tentang umat manusia itu sendiri. Istilah yang digunakan oleh beliau
ialah al-nas. Hal ini berpandukan kepada ayat al-Quran yang ber maksud:

“Tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum itu (kaum manusia) jika mereka sendiri tidak
mahu mengubahnya.” (Surah al-Ra’d: 11).

ii. Psikologi

Ia adalah ilmu yang mengkaji tentang jiwa, merupakan ilmu yang paling tua usianya bermula di
zaman primitif lagi. Ia maju setapak pada zaman Yunani kuno. Ia dikira sebagai era bermulanya

9
psikologi yang bersifat saintifik. Tokoh-tokoh seperti Plato, Aristotles, Gelen dan sebagainya
merupakan tokoh psikologi Yunani yang tidak asing lagi kepada kita.

Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar didalam perkembangan psikologi ini. Al-Imam
Abu Mansur Al-Tahlabi telah berjaya mengumpulkan 50 istilah yang pernah digunakan oleh ahli-ahli
psikologi Islam pada zaman kegemilangan Islam dahulu seperti janin, walid, rad’i, baligh dan
sebagainya. Nafs(jiwa), qalb (hati), roh dan aql (akal) adalah empat istilah yang paling popular
dalam psikologi Islam. Semua istilah ini terdapat dalam al-Quran. Perkataan nafs diulang oleh al-
Quran sebanyak 367 kali. Ia membawa erti sebagai kemanusiaan pada keseluruhannya tanpa
terkhusus kepada pemikiran sahaja. Perkataan qalb pula diulang sebanyak 144 kali. Ia mempunyai
berbagai-bagai makna, seperti pemberian hidup, wahyu malaikat yang membawanya dan
sebagainya. ‘Aql pula diulang sebanyak 49 kali, bukan secara tepat tetapi dalam bentuk kata kerja,
iaitu ‘aqala yang memberi erti sebagai berfikir. (Mustafa Daud 1991: 210).

Tokoh Psikologi Islam yang utama ialah al-Farabi (meninggal pada 350/961M). Di Barat beliau
dikenali sebagai Alpharabius. Beliau meninggalkan Farab (Uzbekistan, Rusia) untuk menuntut ilmu di
Baghdad sejak kecil lagi. Al-Farabi ketika membicarakan masalah roh bermula dengan menghuraikan
akal. Akal dikatakan oleh beliau sebagai satu gejala yang mempunyai daya kekuatan yang dapat
memancarkan roh. Dalam daya kekuatan itu terangkum di dalamnya beberapa daya yang lain seperti
daya keinginan untuk hidup. Terdapat juga daya perasaan dan imaginasi yang terkandung di dalam
daya mengenal. Di samping itu ada daya yang berupa intelek yang praktis yang digerakkan oleh
intelek yang berbentuk teori yang kedua-duanya dapat mencetuskan daya berfikir.

Akal juga mempunyai dua bahagian kekuatan lain, iaitu dapat berfikir sesuatu yang berbentuk
abstrak yang terpisah daripada kebendaan yang dapat diinderai, dan daya kekuatan untuk mencari
sesuatu yang dapat memberi faedah, kebaikan dan kesempurnaan jasmani seperti bagaimana
mencari makan dan tempat perlindungan. Al-Farabi berpendapat bahawa daya kekuatan yang kedua
ini akan hancur, dengan hancurnya jasad ditelan bumi. Sedangkan daya kekuatan yang pertama
tetap kekal bersama roh dan daya kekuatan inilah juga yang akan dibangkitkan bersama roh pada
hari kiamat.

iii. Kesusasteraan dan Kesenian

Sejak dahulu lagi manusia bersastera dengan menghasilkan berbagai bentuk puisi seperti nyanyian,
sajak dan jampi mentera, di samping bentuk prosa seperti cerita-cerita penglipur lara, dongeng dan
sebagainya. Sebelum Islam, sastera mereka dipenuhi unsur-unsur animisme terutama dalam puisi
mistik. Beberapa pembaharuan dapat dilihat selepas kedatangan Islam. Kemudian dengan
kedatangan Barat telah mengubah sama sekali dunia sastera orang Islam. Malangnya sebahagian

10
besar masyarakat Islam tidak menyedari bahawa dari segi prinsip dan konsepnya, seni Barat yang
umumnya bersifat sekular itu tidak selaras dengan Islam. Seni sastera Islam pula tidak diberikan
tempat dalam dunia yang sekular ini. Sifat asas seni sastera Islam adalah tauhid. Sasterawan Islam
hendaklah yakin bahawa hanya nilai yang ditentukan oleh Allah sahaja yang mutlak dan terbaik.

Di antara tokoh seni sastera Islam ialah al-Ma’ari (973-1057M). Beliau adalah seorang sasterawan
yang menguasai kedua-dua bidang prosa dan puisi. Karya prosanya yang terkenal ialahRisalah al-
Ghufran (Bingkisan Pengampunan). Ia mengandungi unsur simbolik dan sindiran yang merupakan
pengalaman pengembaraan penulis di alam akhirat. Beliau juga menghasilkan kitab akhlak yang
bermutu iaitu Mulk al-Sabil(Tertinggal Jalan) yang mengandungi kata-kata hikmat dan ajaran akhlak.
(Mustafa Daud 1991: 323).

Ilmu Pentadbiran dan Pengurusan

i. Pengurusan Sumber Maklumat

Dalam Islam, semua maklumat dan ilmu adalah milik Allah. Oleh itu sumber maklumat utama yang
tidak boleh diketepikan ialah al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber primer manakala sumber
maklumat selainnya adalah sumber sekunder, atau dengan sebutan lain sumber naqli (wahyu) dan
sumber aqli (ijtihad). Sumber primer ialah sumber asal maklumat dalam Islam dan bersesuaian
dengan setiap zaman, manakala sumber sekunder (alternatif) adalah sumber-sumber maklumat
yang dikembangkan oleh pemikiran manusia hasil analisis dan sentesis daripada prinsip-prinsip al-
Quran dan al-Sunnah.

Sejarah memperlihatkan betapa ramai tokoh-tokoh intelektual Islam yang terkenal menjadikan sains
pengurusan maklumat dan ilmu sebagai asas kejayaan mereka dalam menguasai pelbagai bidang
keilmuan. Di antara tokoh ilmu pengurusan sumber maklumat Islam ialah al-Ghazali (1111M). Beliau
adalah Abu Hamid Muhammad al-Ghazali. Lahir di daerah Tus di kawasan perkampungan Ghazalah.
Berhijrah ke Nisabur dan berguru dengan Imam al-Haramain iaitu Imam al-Juwaini. Kemudian
berhijrah ke Baghdad dan dilantik sebagai professor di Universiti Nizamiyah ketika berusia 33 tahun.
Berhijrah lagi ke Damsyik, Bait al-Maqdis, Makkah, Madinah dan berkhidmat di Universiti Nizamiyah
sehingga beliau meninggal dunia.

Beliau dicatatkan sebagai bapa falsafah moden, mahir dalam bidang muzik, metafizik, logik,
sosiologi, matematik dan sebagainya. Telah menghasilkan lebih daripada 400 buah buku pelbagai
bidang dan disiplin. Beliau mengkelaskan disiplin ilmu berasaskan kepada empat aspek iaitu:

i. Ilmu Teoritikal dan Praktikal

11
ii. Ilmu Huduri dan Husuli

iii. Ilmu Keagamaan dan Keintelektualan

iv. Ilmu Fardhu Ain (Individu) dan Fardhu Kifayah (Kemasyarakatan)

ii. Pengurusan Ekonomi

Ekonomi Islam adalah suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia dalam
soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan juga masyarakat
bagi mendapat keredaan Allah. Ekonomi Islam mempunyai ciri-ciri khusus yang membezakannya dari
ekonomi hasil penemuan manusia. Sistem ekonomi Islam adalah sebahagian dari syariat dan erat
hubungannya dengan akidah selaku dasar.Kegiatannya bersifat pengabdian dan bercita-cita luhur
iaitu memakmurkan bumi dan mempersiapkannya untuk kehidupan insan sebagai satu bentuk
kepatuhan terhadap perintah Allah. Kegiatan ekonomi Islam juga selain diawasi oleh syariat, juga
diawasi oleh hati nurani yang terbina di atas kepercayaan akan adanya Allah dan perhitungan hari
akhirat.

Di antara tokoh ekonomi Islam yang terkenal ialah Ibn Taimiyah (1262-1328M). Ibn Taimiyah
membenarkan campur tangan kerajaan dalam pasaran dengan sebab menopoli, penyorokan dan
spekulasi. Di antara tulisannya ialah berhubung dengan institusi hisbah yang berperanan untuk
menjaga persaingan secara saksama dan berurusan dengan jujur. Hal ini boleh dilakukan dengan
cara penguatkuasaan peraturan-peraturan terhadap pengeluar, pedagang dan orang tengah.

Berhubung dengan pemilikan oleh individu, Ibn Taimiyah membenarkan pihak berkuasa untuk
memendekkan tempoh atau menarik balik pemilikan tersebut, beliau juga menekankan supaya pihak
kerajaan memenuhi keperluan asas rakyat. (Muhammad Nejatullah Siddiqi 1989: 106). Jelas sekali
bahawa Islam merupakan alternatif tunggal yang dapat menyelesaikan segala permasalahan hidup
manusia di dunia ini. Justeru itu, Islam mesti digunakan dalam pendekatan terhadap disiplin ilmu
khususnya sains kemanusiaan dan sosial seperti psikologi, sosiologi dan sebagainya.

Ahli-ahli sains Islam pada zaman keemasannya dahulu telah mencapai satu tahap yang sungguh
mengkagumkan dunia. Mereka telah meninggalkan warisan yang amat berharga kepada tamadun
dan generasi kini. Kelebihan ahli-ahli sains Islam ialah mereka bukan sahaja mahir sesuatu bidang
malah menguasai pelbagai disiplin. Ibn Rusyd contohnya bukan sahaja menguasai ilmu perubatan
atau disiplin sains, malah beliau juga menguasai falsafah yang tidak ada kaitannya dengan sains.
Demikian juga halnya dengan Ibn Khaldun yang terkenal sebagai ahli falsafah sejarah dan ahli
sosiologi, tetapi beliau juga merupakan seorang ahli kimia yang termasyhur. Lebih utama lagi mereka
juga merupakan ulama yang menguasai ilmu-ilmu fardhu ain seperti ilmu kalam, fiqh dan tasawuf.

12
6.0 KESIMPULAN

Pengetahuan merupakan aspk penting dalam kehidupan manusia. Ilmu menjadi obor menerangi
kehidupan manusia. Tanpa ilmu, manusia senang ditipu dan dipesongkan dalam kehidupan mereka.
Sesuai dengan konsep ilmu untuk kesempurnaan kehidupan manusia, maka gerakan secara
berwibawa dan berterusan harus ditingkatkan oleh kerajaan dan NGO supaya matlamat
keharmonian hidup mestilah terpelihara, aman dan tenteram. Bagi NGO budaya,kecemerlangan ilmu
dunia dan akhirat hendaklah diprogramkan dan dilaksanakan.Mengadakan kursus tentang
kehidupan dunia dan akhirat secara berterusan kepada NGO budaya.

Mengadakan program latihan yang selari dan selaras dengan Islam kepada aktivitis kebudayaan dan
kesenian. Aspek-aspek kesenian ini bukan sahaja boleh meningkat taraf ekonomi setelah
dimanipulasikan ilmu ke dalam diri mereka, malah kesenian ini juga dapat memberi kepuasan dii dan
kefahaman mereka terhadap pencipta sebenar(Al –Khaliq). Mengadakan program ceramah tentang
kepentingan ilmu kepada masyarakat satu budaya yang perlu diamalkan dalam semua aspek
kehidupan harian.Menerbitkan buku, jurnal dan risalah untuk menggalakkan perkembangan ilmu
dalam masyarakat.
Mempertingkatkan budaya membaca dikalangan masyarakat.

Jadi dari semua yang telah kita lihat dan teliti ternyata konsep ilmu dalam dalam islam
banyak membantu dalam perkembangan ilmu-ilmu yang lain dan juga ianya lebih banyak
memberikan contoh yang baik dalam teknik belajar dan juga cara penyampaian ilmu yang berkesan
dan kesan positif kepada indivdu dan juga masyarakat.

Rujukan

Al-Quran al-Karim

13
Aidit bin Hj. Ghazali. 1994. “Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia dalam Ilmu dan
Kecemerlangan dari Perspektif Islam”.Penyunting Ismail Hj. Ibrahim & Mohd. Shahri Abdul Rahman.
Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Azam Bin Hamzah, Zulekha Yussof. 1990. Tamadun Islam Konsep dan Pencapaiannya. Shah Alam:
Penerbitan Hizbi.

Azhar Hj. Md Aros. 2002. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Azizan Baharudin. 1986. Pengenalan Tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Baharuddin Yatim, Sulaimana Noordin. 1992. Sains Menurut Perspektif Islam. Bangi; Pusat Pengajian
Umum, UKM

Chejne, Anwar G. 1974. Muslim Spain: Its History and Culture.Minneapolis:


The University of Minnesota Press.

Dozy, Reinhart. 1972. Spanish Islam: A History of Moslems inSpain. London: Frank Cass.

Imamuddin, S.M. 1965. Some Aspects of the Sosio-economic and Cultural History of
Muslim Spain. Leiden: E.J. Brill.

Inan, Muhammad Abdullah. 1959. Nihayat al-Andalus. Kaherah: Matbaah Misr Sharikat Muhasamah
Misriyyah.

Mahyudin Hj. Yahaya, Dr. 1990. Islam di Sepanyol dan Sicily. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd Asri Abdullah dll. (editor). 1992. Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam Menghadapi Cabaran
Abad ke 15H/21M, Prosiding Seminar Tamadun Islam Peringkat Asia Tenggara. Shah Alam: UPENA,
UiTM.

14
Muhammad Nejatullah Siddiqi. 1989. Pemikiran Ekonomi Islam.Terj. Mohd Amin Abdullah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mustafa Hj. Daud. 1991. Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Universiti Malaya. 2001. Tamadun Islam dan Tamadun Asia.Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya.

W. Abdullah Bin Hj. W. Mahmood, Dra. Wista Ahmad. 1997.Tamadun Islam dan Tamadun Alam
Melayu Serta Sumbangannya Kepada Dunia. Selangor: Global Printers Sdn. Bhd.

Wan Kamariah Leman, Mazlah Yaacob. 1997. Sejarah dan Tamadun Islam. Shah Alam: Pusat
Pendidikan Lanjutan, UiTM.

15

Anda mungkin juga menyukai