Anda di halaman 1dari 26

PENDAHULUAN

Perkembangan ialah suatu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat
kematangan. Berdasarkan kajian ahli psikologi, dua factor utama iaitu factor baka dan factor
persekitaran mempengaruhi perkembangan manusia dari segi perubahan jasmani, kognitif,
emosi, sosial dan rohani. Ia sering dikaitkan dengan pertumbuhan (membesarkan) yang
asasnya merupakan perubahan fizikal tubuh badan. Manakala, konsep perkembangan ialah
perubahan dari segi tingkahlaku mental. Jadual dibawah member penerangan tentang
perbezaan antara pertumbuhan dengan perkembangan dalam aspek jasmani, mental, emosi
dan sos ial.

Aspek Pertumbuhan Perkembangan

Pertumbuhan saiz, berat, gigi, Kemahiran menggunakan


organ deria, anggota badan pertumbuhan fizikal seperti
Jasmani seperti tangan, kaki berjalan, melihat, mendengar,
memanjang, kepala mula berlari dan lain-lain.
membesar.

Bertambah keupayaan berfikir Kemahiran memikir,


Mental mengingat, menaakul,
menganalisis

Emosi Perasaan seronok, gembira, Kemahiran dalam mengawal


duka, takut, bimbang, sedih perasaan dalam situasi
mula menguasai diri tertentu.
seseorang.

Sosial Berupaya meluaskan Kemahiran mendisiplinkan


perhubungan, komunikasi dan dan penyesuaian diri dalam
pergaulan dengan orang lain. pergaulan dengan orang lain.

Terdapat lima teori perkembangan yang menyokong konsep pertumbuhan dan


perkembangan individu dari segi aspek jasmani, mental, emosi dan sosial.

1
Perkembangan Rohani Perkembangan Emosi
(berkaitan dengan tuhan) (perubahan personality indiv idu)

TEORI PERKEMBANGAN
Perkembangan Fizikal

Perkembangan Kognitif (perubahan tubuh)

(perubahan pemikiran) Perkembangan Sosial

(perubahan dalam berhubung dengan


orang lain)

Perkembangan-perkembangan ini tidak berlaku secara sama terhadap seseorang individu


(murid). Ini dapat kita lihat dalam kelas. Walaupun dalam satu kelas murid-muridnya
mempunyai umur kronologi yang sama, namun dapat kita lihat bahawa ada antara mereka yang
lebih tinggi dari umur mereka sebenar dan ada yang lebih rendah. Adakalanya, ada murid yang
cerdas, ada yang lembap, ada yang mampu berinteraksi dengan rakan sekelas dengan baik
dan ada yang selalu bertelingkah antara rakan-rakannya. Banyak perubahan berlaku semasa
perkembangan dan kematangan. Kematangan merujuk kepada perubahan yang berkaitan
dengan tingkahlaku yang bebas dari pengaruh persekitaran. Perubahan ini dikawal oleh baka
dan banyak depengaruhi oleh gen.

Kajian menunjukkan bahawa tidak ada individu yang mempunyai kadar perkembangan
yang sama. Factor baka dan persekitaran mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan.
Factor baka dikenali sebagai gen yang mencorakkan perkembangan kanak-kanak sejak lahir
dan dikawal separa atau sepenuhnya oleh kod genetik daripada ibu bapa.

FAKTOR BAKA

Pengaruh genetik

Gen ialah penentu utama dalam proses warisan ciri-ciri perkembangan individu

Dapat dilihat dalam ciri-ciri perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi

Perbezaan fizikal

Ciri-ciri fizikal luaran

Contoh : warna rambut, organ deria

2
Perbezaan mental

Kecerdasan dan kelebihan intelek yang beza dengan rakan sebaya

Sering dikaitkan dengan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa

Perbezaan emosi

Emosi juga diwarisi daripada gen ibu bapa

FAKTOR PERSEKITARAN

Keluarga

Suasana rumah makanan, asuhan, status susio-ekonomi keluarga

Perbezaan sifat sesuatu keluarga maka lahirlah perbezaan individu mengikut perbezaan
kadar perkembangan

Rakan Sebaya

Dari segi perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan social

Bila berkawan dengan rakan yang bijak maka ia akan mendorong perkembangan intelek
dan potensinya ke tahap optimum

Kebudayaan & Kepercayaan Masyarakat

Yang berbeza juga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dalam susio-


emosi,personality dan mental

Sumbar Teknologi

Perkembangan individu dipengaruhi oleh pemdedahan terhadap sumber teknologi

Pendedahan sumber teknologi secara baik akan melahirkan sikap individu yang sihat.

Guru dan sekolah

Agen perubahan tugas dalam memperkembangkan potensi individu secara


menyeluruh dan bersepadu.

Perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya.

Guru yang penyayang dan cekap dalam pengajaran dan pembelajaran akan
melahirkan anak murid yang berilmu, berketrampilan tinggi.

Secara keseluruhnya, kedua-dua factor ini memainkan peranan yang pentng dalam
pertumbuhan dan perkembangan individu. Kebanyakan ahli psikologi menyokong pendapat
tersebut.
3
Perkembangan manusia ini dianggap sebagai pergerakan yang lancer dari bayi hingga
dewasa. Menurut ahli psikologi kanak-kanak ini tidak berkembang secara beransur-ansur tetapi
perkembangan mereka ialah melalui beberapa peringkat. Dalam setiap peringkat tersebut,
kanak-kanak mampu menguasai pemahaman, kebolehan, dan kepercayaan kualitatif yang
berbeza.

Terdapat beberapa peringkat perkembangan yang telah diperkenalkan oleh beberapa


ahli psikologi yang terkemuka di mana setiap satu tertumpu pada aspek perkembangan yang
berbeza. Antara ahli psikologi yang terkenal dengan teori perkembangan masing-masing ialah:-

a) Teori Perkembangan Kognitif (Jean Piaget)

b) Teori Kematangan Biologi (Arnoled Gesell)

c) Teori Tugas-tugas Perkembangan (Robert Havighurst)

d) Teori Perkembangan Psikososial (Erikson)

e) Teori Perkembangan Moral (Lawrence Kohlberg)

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF (JEAN PIAGET)

Ahli psikologi Jean Piaget ialah seorang ahli psikologi dari Switzerland yang terkenal
dalam bidang pendidikan. Menurut kajian yang dijalankan Jean Piaget berpendapat bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat
mengikut perubahan umur mereka. Beliau menamakan peringkat tersebut sebagai peringkat
deria motor, peringkat pra-operasi, peringkat operasi konkrit dan peringkat operasi formal.
Berdasarkan kajian Piaget, beliau membuktikan bahawa setiap perkembangan yang dilalui oleh
seseorang ialah melalui keempat-empat peringkat tersebut mengikut urutan yang sama.

Menurut Jean Piaget (1950) lagi, terdapat dua proses dalam perkembangan kognitifi
iaitu prasimbolik dan simbolik. Prasimbolik ialah perkembangan yang dilalui melalui kegiatan
deria dan motor mudah atau proses pengamatan dan kemahiran yang lebih rumit. Manakala,
simbolik pula perkembangan yang berlaku mengambil masa yang panjang dan terdapat empat
jangkaan masa iaitu perkembangan fungsi simbolik, perkembangan pemikiran intuitif,
kebolehan organisasi kendalian kepada kelas dan siri dengan manupulasi sebenar, dan
kebolehan kendalian formal.

4
Perkembangan Fungsi Simbolik bermakna ia member keutamaan kepada penggunaan
bahasa dan kewujudan pemikiran pra konsep. Perkembangan Pemikiran Intuitif pula diberi
makna kanak-kanak cuba memahami perbezaan besar atau panjang sesuatu benda.

Kebolehan Organisasi Kendalian Konkrit Kepada Kelas dan Siri Dengan Manipulasi
Sebenar pula ialah kanak-kanak semakin matang dan dapat membezakan menyusun sesuatu
benda mengikut susunan yang betul seperti dari kecil ke besar. Kebolehan Kendalian Formal
pula dijelaskan sebagai kanak-kanak dapat berfikir dengan dua atau tiga andaian terhadap
masalah yang dihadapi.

Seterusnya, kita melihat peringkat teori perkembangan kognitif(piaget). Peringkat


pertama, menurut Jean Piaget ialah Peringkat Deria Motor. Peringkat ini meliputi anak-anak
yang berumur 0-2 tahun. Dalam peringkat ini, kanak-kanak belajar dengan menggunakan deria
motor(senses) dalam usaha memahami dan berinteraksi denga persekitarannya. Dalam
peringkat ini tingkah laku kanak-kanak adalah secara pantulan dan tingkah lakunya terbatas
berdasarkan deria motor mereka. Selepas dilahir, dalam masa dua bulan seorang bayi mampu
membezakan objek di sekitarnya. Antara bulan 4-8, bayi mempunyai keupayaan untuk melihat
daya koordinasi di antar penglihatan dan sentuhan. Apabila bayi itu berusia satu tahun,dia mula
menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Kanak-kanak ini akan mula menguna
kemahiran meniru,ingatan dan fikiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.
Mereka mula mengenali bahawa sesuatu objek itu tidak hilang sekiranya disorok. Selain itu,
kanak-kanak dibawah satu tahun belum belajar menggunakan bahasa dan symbol. Pada akhir
dua tahun kanak-kanak mula menggunakan bahasa dan simbol yang mudah. Dalam peringkat
ini, pengamatan kanak-kanak terhadap perkara yang Nampak jelas sahaja. Dari umur 0 – 2
tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta
cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat delam
persekitarannya.

Peringkst seterusnya ialah Peringkat Pra-Operasi. Anggaran umur kank-kanak dalam


peringkat ini ialah 2 – 7 tahun. Peringkat ini dibahagikan kepada dua iaitu 2-4 tahun diberi nama
pra-konsep manakala 4-7 tahun pula dikenali sebagai intuitif. Dalam peringkat ini,
perkembangan motor bertukar kepada kegiatan pengolahan mental. Kanak-kanak dalam
peringkat boleh menggunakan simbol dan bahasa untuk menggambarkan sesuatu konsep.
Bahasa mampu menguasai pemikiran kanak-kanak serta kanak-kanak juga mampu member
definisi atau makna beru terhadap sesuatu benda yang mereka lihat. Kanak-kanak ini akan
5
mula bercakap dengan diri sendiri. Apabila kanak-kanak mencapai umur 4 tahun, mereka boleh
bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu perkembangan kognitifnya kian
menjadi pesat. Perkembangan bahasa beransur-ansur dan kebolahan untuk berfikir secara
simbolik dan logik tetapi pemikiran satu arah sahaja. Mereka tidak boleh berfikiran secara
menyeluruh. Mengikut Jean Piaget pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini adalan
‘egosentrik’. Mereka percaya semua objek disekitarnya mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak
boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Pemikiran mereka adalah secara
transduktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh khusus sahaja. Setiap kegiatan yang
dilakukan ialah mengikut kehendaknya sahaja. Tetapi bila kank-kanak ini berumur 4 tahun
maka mereka mampu menyelesaikan masalah secara intuitif. Dalam peringkat ini kanak-kanak,
berupaya mengelaskan objek mengikut cirri tertentu dan mampu memahami konsep keabdian
bilangan.

Peringkat Operasi Konkrit ialah peringkat ketiga dalam Teori Perkembangan Kognitif
Piaget. Peringkat ini meliputi kanak-kanak yang berumur 7-11 tahun. Dalam peringkat ini,
kanak-kanak mula berfikiran lebih luas dan logic. Pemikiran mereka adalah tersusun dalam
usaha menyelesaikan masalah. Kanak-kanak akan mula membuat penyelesaian mental
berdasarkan maklumat yang baru. Berdasarkan kajian Piaget, mendapati bahawa egosentrik
mula berkurangan secara beransur-ansur. Kanak-kanak yang berada dalam peringkat
ini,mendapati bahawa mereka mula mengenali konsep transformasi, menguasai proses
kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Kanak-kanak juga mampu berkongsi
idea dan berinteraksi dengan orang lain. Naluri ingin tahu adalah tinggi. Dalam peringkat ini
juga kanak-kanak dapat memahami konsep sebab musabab, luas, masa, laju dan ruang.
Proses pemikiran pemusatan akan berkurangan dan mereka boleh memikirkan sesuatu perkara
dari pelbagai sudut serta berfikiran rasional. Contohnya, dalam sesuatu kelas, murid yang
berusia 11 tahun mampu menyelesaikan masalah Matematik dengan pantas. Murid tersebut
dapat memahami soal; dapat kenalpasti kata kunci soalan tersebut dan mereka juga dapat
membuat keputusan berkaitan cara yang mereka akan gunakan untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Walau bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit
sahaja. Mereka masih tidak boleh berfikir secara abstrak. Di dalam peringkat ini, kebayakkan
aktiviti pembelajaran bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
Mereka juga boleh membuat terjemahan.

6
Peringkat keempat berdasarkan kajian Jean Piaget ialah Peringkat Operasi Formal
yang meliputi kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur 11-15 tahun. Dalam peringkat
ini, perkembangan kognitif biasanya mencapai kemuncak di penghujung umur 16 tahun. Dalam
peringkat ini, kanak-kanak mampu berfikir dan menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak
secara logic. Mereka akan mula berfikir secara saintifik. Mereka juga boleh berfikir secara
deduktif atau induktif, serta mereka mempu menggunakan bagi membuktikan teori atau hokum
Matematik serta membuat rumusan atau generasi daripada aktiviti-aktviti matematik. Dalam
peringkat ini, kanak-kanak akan menggunakan prinsip untuk menyelesaikan masalah seperti
penukaran timbale-balik, pemikiran gabungan, menyelesaikan masalah lisan yang kompleks,
kenalpasti masalah berbentuk hipotesis, masalah kadar dan pengekalan pergerakan. Selain
daripada kanak-kanak, remaja pula boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk
menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta
menggunakan logik untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik. Tambahan lagi, dalam
peringkat ini juga mereka mampu membezakan antara baik atau salah, berfikiran rasa
bertanggungjawab keatas masalah isu sosial dan identiti. Peringkat ini juga, diklasifikasikan
sebagai kemuncak dalam perkembangan kognitif individu. Dalam peringkat ini, mereka mampu
berfikiran secara abstrak, luas dan terbuka.

Implikasi Teori Perkembangan Kognitif dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak

Proses Pembelajaran kanak-kanak mestilah sesuatu yang menarik perhatian mereka.


Penggunaan beberapa teori dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat
menghasilkan kesan yang berkesan dalam kalangan kanak-kanak. Begitu juga dengan
pelaksanaan Teori Perkembangan Kognitif dalam proses pembelajaran murid di dalam kelas.

Plaksanaan Teori Perkembangan Kognitif dalam kelas adalah bagi memastikan murid-
murid dapat mengalami perkembangan dari segi kognitif. Dalam usaha meningkatkan
perkembangan kognitif ini aktiviti dalm proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) mestilah
dirancang. Aktiviti P&P haruslah menarik dan bermakna. Sebagai contohnya, dalam P&P
bahasa, lagu boleh digunakannya kerana lagu dapat menarik minat murid. Justeru itu,
penyediaan bahan bantu mengajar (BBM) dengan konsep yang tepat. Selain daripada itu, isi
pelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut pemeringkatan berikut:-

Daripada yang mudah kepada yang kompleks

Daripada yang umum kepada yang khusus


7
Daripada yang konkrit kepada yang abstrak

Daripada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada kepada pengetahuan atau
pengalaman yang baru

Daripada persekitaran dekat yang pernah dialami kepada persekitaran jauh yang belum
dialami

TEORI KEMATANGAN BIOLOGI (ARNOLD GESELL)

Selain daripada Jean Piaget, Arnold Gesell (1880-1961) juga telah memperkenalkan
Teori Kematangan Biologi dalam Teori Perkembangan. Mengikut Arnold Gesell, dalam konsep
perkembangan kanak-kanak, baka memainkan peranan penting dalam perkembangan individu.
Factor persekitaran (luaran) kurang memainkan peranan penting. Perkembangan kanak-kanak
adalah unik dan berbeza di antara satu sama lain. Perkembangan kanak-kanak melalui
beberapa peringkat tertentu. Mengikut Gesell perkembangan berlaku secara dalaman. Ini beri
makna, cirri-ciri yang tertentu akan tiba apabila kanak-kanak tersebut mencapai peringkat
kematangan yang bersesuain. Jika, otot saraf, otao dan tulang tidak bersedia atau tidak
matang, peluang-peluang yang diberikan kepada kanak-kanak untuk belajar sesuatu kemahiran
tidak akan mencapai hasil yang positif. Berdasarkan kajian, kematangan biologi adalah faktor
utama dalam menentukan proses pembelajaran, iaitu contohnya, apabila kanak-kanak mula
berjalan mereka memerlukan kematangan fisiologi. Teori Kematangan Biologi menerangkan
bahawa perkembangan kanak-kanak berlaku pola atau urutan. Kanak-kanak akan menunjukkan
tingkahlaku yang kurang stabil apabila mereka mula masuk peringkat beru kerana menghadapi
pengubahsuaian kemahiran koordinasinya. Antara contoh perkembangan ialah pertumbuhan
tisu, organ dan fungsi berlaku mengikut urutan dan dikawal oleh kematangan. Perkembangan
kanak-kanak melalui beberapa peringkat dan berbaza antara individu kerana kadar
pertumbuhan yang berlainan. Kematangan dan perkembangan diantara murid yang lahir dalam
bulan Disember adalah berbeza dengan murid yang lahir dalam bulan Januari dan Februari
dalam tahun yang sama. Hal ini dapat kita lihat dalam kelas. Tambahan lagi, perkembangan
kanak-kanak harus berlaku mengikut perkembangan sendiri (tidak perlu dipaksa). Sebelum
mengarahkan kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti, peringkat kematangan harus diambil
kira. Pertumbuhan dan perkembangan boleh dikawal dari dalam manakala corak
perkembangan dikawal oleh kematangan. Tambahan lagi, kanak-kanak menunjukkan
tingkahlaku yang kurang stabil apabila mereka mula masuk peringkat baru kerana menghadapi
8
penguabahsuaian kemahiran koordinasinya. Dalam teori perkembangan ini, lima tahun pertama
merupakan perkembangan kanak-kanak dalam aspek fizikal, mental, emosi dan sosial yang
paling penting untuk pendidikan masa depan.

Gesell percaya bahawa semua perkembangan barlaku mengikut pola dan urutan
tertentu. Dengan itu, perkembangan tingkahlaku kanak-kanak boleh diramalkan. Contohnya,
semasa berumur lima tahun, seorang bayi boleh merangkak, seterusnya adalah duduk dan
mula belajar berdiri. Perngkat perkembangan ini, mungkin berbeza antara individu dengan
individu yang lain. Hal ini adalah kerana kadar pertumbuhan bagi setiap individu adalah
berlainan.

Menurut perkembangan Gesell, kita mendapati bahawa terdapat lima peringkat. Pada
peringkat pertama iaitu dalam usia lahir hingga 1 tahun (0-1 tahun). Ciri-ciri perkembangan
bayi berlaku dalam dua aspek. Aspek pertama ialah perkembangan emosi dan aspek keduanya
ialah perkembangan fizikal. Menurut Gesell, bayi yang berusia satu bulan dapat menghasilkan
tangisan berbeza-beza untuk menyatakan kehendak yang berlainan seperti tangisan lapar
adalah berbeza daripada tangisan ketika lampin basah. Selain daripada tangisan, senyuman
juga berbeza mengikut kehendak bayi tersebut. Pada usia empat bulan, kematangan fizikal
mula berlaku pada bayi iaitu mata bayi boleh mengikut objek yang bergerak. Contohnya,
seorang bayi dapat melihat kapal terbang mainan yang berpusing. Seterusnya, pada usia enam
bulan bayi boleh menggenggam sesuatu objek misalnya, bola, keringcing dan lain-lain. Dalam
usia tujuh bulan, bayi mula duduk dan merangkak dengan sendiri tanpa bantuan orang lain,
kerana pada waktu ini otot leher, tangan, kaki, pinggul bayi sudah semakin kuat dan
membolehkan bayi duduk dan merangkak dengan cepat. Dalam usia 12 bulan pula, bayi mula
mahir untuk melangkahkan kakinya dengan berpaut pada kerusi, meja untuk mengimbangkan
berat badannya. Perkembangan adalah mengikut mekanisme kawal kendiri.

Berdasarkan kajian Arnold Gesell, bayi ini memerlukan ruang yang lebih luas untuk
meneroka persekitarannya. Setiap aktiviti perlu dilakukan dalam ruang persekitaran yang luas.
Alat permainan yang berwarna-warni, tidak mudah pecah, berbunyi boleh digunakan untuk
menarik perhatian bayi untuk bermain. Aktiviti ini, secara tidak langsung dapat merangsang
perkembangan motor kasar dan motor halus bayi.

Pada peringkat kedua iaitu pada usia satu hingga 2 tahun. Dalam lingkungan umur,
kematangan fizikal dan mental akan mula meningkat. Dalam usia inilah sesuatu bayi sudah

9
pandai jalan bertatih dengan bantuan daripada ibu bapa atau pengasuhnya. Pada tahap ini
juga, bayi mula faham akan istilah ‘jangan’ dan pada usia ini juga bayi mampu memperolehi
kemahiran untuk menggunakan perkataan mudah. Contohnya, panggilan ‘mama’ dan ‘papa’.
Dalam peringkat ini, selain mula berjalan, mereka mula dengan tingkahlaku berlari. Hal ini
adalah kerana, bayi sudah memperolehi keseimbangan badan dengan sempurna.

Aktiviti yang boleh dilakukan dalam peringkat ini ialah aktiviti jalan bertatih. Aktiviti boleh
dilakukan di kawasan lapang seperti ruang tamu, halaman rumah kerana bayi memerlukan
ruangan yang besar untuk membuat latihan berjalan. Ibu bapa pula boleh mendampingi anak-
anak mereka serta member sokongan kepada mereka untuk terus berjalan.

Pada peringkat ketiga iaitu dalam usia dua hingga 3 tahun bagi boleh mengecapi
koordinasi mata, tangan dan kaki yang semakin sempurna. Contohnya, mampu menguruskan
diri sendiri seperti boleh makan, minum dan memakai kasut dengan sendiri. Selain daripada itu,
mereka juga boleh mula bercakap dengan menggunakan ayat yang mudah tetapi tidak begitu
baik dan ayat yang digunakan mungkin tidak lengkap.

Dalam peringkat ini, aktiviti seperti mengajar cara makan yang betul kepada kanak-
kanak boleh dilakukan. Disebabkan kanak-kanak ini mempunyai keseimbangan koordinasi
mata, tangan dan badan kanak-kanak sudah sempurna. Ibu bapa boleh mula dengan
meletakkan makanan lembut seperti agar-agar, nestum kemudian mengajar cara memegang
sudu dan cara makan yang betul dengan pengawasan daripada ibu bapa. Peneguhan positif
seperti tepukan dan pujian akan merangsang kanak-kanak untuk terus berusaha.

Pada peringkat keempat, iaitu dalam lingkungan usia antara 3 hingga 4 tahun,
koordinasi dan kematangan fizikal kanak-kanak semakin kukuh. Misalnya mampu menunggang
basikal beroda tiga dan boleh menuruti arahan mudah daripada ibu bapa. Aktiviti ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak
kerana pergerakan ini mampu merangsang perkembangan tersebut. Justeru itu, mereka juga
berupaya melaksanakan tugas harian masing-masing.

Peringkat terakhir ialah peringkat lima iaitu pada usia 4 hingga 5 tahun, proses
interaksi kanak-kanak mula bersosialasi dan bergaul dengan rakan-rakan seusia dengannya
kerana pada masa ini kanak-kanak telah bersedia untuk melangkah masuk alam persekolahan
(pra sekolah atau tadika). Dalam usia ini juga, kanak-kanak suka mengajukan soalan kepada
penjaganya samaada ibu bapa, guru, dan sebagainya untuk mengetahui sesuatu perkara yang
10
baru. Hal ini adalah kerana dalam peringkat ini, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahun yang
sangat tinggi berdasarkan pemerhatian mereka terhadap persekitaran sekelilingnya.

Aktiviti yang boleh dilakukan ialah bermain di taman permainan. Aktiviti ini boleh
dijalankan dengan penglibatan rakan-rakan yang sebaya dengannya. Ibu bapa harus memberi
kebebasan untuk bermain dengan rakan di taman permainan. Dengan ini, kanak-kanak dapat
meningkat perkembangan sosialnya iaitu berinteraksi dengan orang lain dengan cara bermain.

Implikasi Teori Kematangan Biologi dalam Proses Pembelajaran Kanak-kanak

Teori ini menekankan bahawa baka dan kematangan sebagai faktor penting dalam
menentukan perkembangan kanak-kanak.

Pembelajaran yang kanak-kanak alami dari umur lahir hingga 5 tahun menjadi asas
dalam proses pembelajaran mereka. Pembelajaran awal ini membentukkan kanak-kanak untuk
berdikari, berinteraksi dengan orang lain, berkeupayaan untuk melaksanan tugas harian.
Apabila mereka tidak melalui Teori Kematangan Biologi sepertimana yang dibentangkan oleh
Arnold Gesell, ini memberi masalah sewaktu kanak-kanak ini melangkah masuk ke alam
persekolahan. Dimana, pada waktu itu kanak-kanak terpaksa melakukan kerja secara peribadi,
terpaksa bergaul dengan rakan sekelas dan guru.

Sebagai contohnya, seorang kanak yang mempunyai sikap berdikari, bergaul sosial
akan memudahkan proses P&P yang dijalankan oleh para guru dalam kelas. Hal ini juga akan
memberi sokongan kepada guru untuk menjadikan proses P&P yang menarik dan berkesan.
Selain itu, ia juga dapat mempercepatkan proses pengajaran dalam kelas.

11
TEORI TUGAS-TUGAS PERKEMBANGAN (ROBERT HAVIGHURST)

Robert James Havighurst dilahirkan pada 5 Jun 1900 di De Pere, Wisconsin. Beliau
ialah seorang professor, pendidik dan pakar penuaan Robert Havihurst ialah seorang yang rajin
bekerja dan amat terkenal pada tahun 80-an.

Robert Havighurst ialah ahli psikologi pertama yang membuat kajian berkaitan tugas
perkembangan. Teori-teori tugas perkembangan manusia hasil kajian Robert Havighurst itu
berlandaskan sosiobudaya dan antropologi. Robert Hivighusrt juga menerangkan tugas
perkembangan sebagai proses pembelajaran begi segala pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang harus ada dan diamalkan pada sesuatu peringkat umur. Beliau juga menghuraikan
perkembangan sebagai satu-satu tugas ,seperti berjalan,berlari atau melompat yan g dilahirkan
di dalam kehidupan individu dalam sesuatu peringkat tertentu. Kejayaan yang diperolehi seleas
melakukann sesuatu tugas memberi kepuasaan kepada individu serta kepuasaan tersebut
mendorong individu tersebutuntuk menguangi tugas tersebut. Selain itu, kekecawaan yang
diperolehi setelah memperolehi kegagalan selepas melakukan sesuatu tugas akan
menghindarkannya diri individu tersebut daripada melakukan tugas tersebut. Contohnya,
apabila individu jatuh daripada basikal buat kali pertama, maka individu akan cuba elakkan diri
daripada menunggang basikal. Hal ini adalah kerana, kegagalan pertama akan menyebabkan
diri individu tersebut untuk tidak melakukan tugas tersebut untuk kali kedua dan seterusnya.
Tambahan lagi, Robert Harghurst mencadangkan teori perkembangan ini didefinisikan sebagai
kemahiran, sikap, kefahaman dan pencapaian sebagai ciri setiap peringkat perkembangan.

Dalam buku Human Development and Education, Robert Harghurst menyenaraikan


tugas-tugas perkembangan kanak-kanak dari peringkat bayi hingga peringkat remajaseperti
berikut:

a) Peringkat bayi dan awal kanak-kanak (0-6)

b) Peringkat pertengahan kanak-kanak (6-12)

c) Peringkat awal remaja dan remaja (12-18)

Seterusnya, kita akan meneliti peringkat perkembangan yang telah diperkenalkan oleh
Robert Harighurst. Peringkat pertama ialah, dari peringkat seorang bayi lahir hingga awal
kanak-kanak iaitu dari umur 0-6 tahun. Kebanyakan kanak-kanak mula berjalan di antara umur
9-15 bulan. Pada peringkat ini, urat dan otot di kaki dan badan mula berkembang ke tahap yang
mampu mencapai tugas perkembangan ini. Selepas kanak-kanak pandai berjalan, mereka mula

12
berlari dan melompat. Tambahan lagi, sistem penghadaman kanak-kanak beransur–ansur
bersedia untuk menghadam dan menyerap pelbagai jenis makanan. Kanak-kanak akan mula
belajar memakan makanan yang pejal apabila mencapai umurnya 2 tahun.Hal ini akan kerana
organ-organ mengunyah juga akan berkembang pada umur tersebut. Selain berjalan,makan,
kita dapat melihat perkembangan dalam menyebut perkataan dan cara berkomunikasi. Dalam
peringkat ini, kanak-kanak mula menyebut perkataan yang mudah untuk bercakap. Pertuturan
ini menjadi cara mereka meluahkan perasaan mereka sama ada suka atau tidak terhadap
sesuatu. Justeru itu, latihan pertama diterima oleh setiap kanak-kanak ialah latihan membuang
air kecil dan air besar di tempat yang sesuai.

Selain itu, kesedaran tentang perbezaan jantina manusia diberitahu sejak awal lagi.
Daripada permulaan alam kanak-kanak, mereka diajar bertingkah laku sebagai seorang
perempuan dan lelaki serta menjaga pergaulan mereka. Tambahan lagi, mereka diberi
pendedahan tentang perbezaan struktur tubuh lelaki dan perempuan. Pada peringkat ini juga,
kanak-kanak belajar memberi focus terhadap tanda-tanda yang mewakili huruf dan perkataan
daripda pengasuhan boleh mewujudkan persekitaran kepada kanak-kanak untuk mula
membaca, melalui pengalaman langsung kanak-kanak. Apabila kanak-kanak berusia 6 tahun
kanak-kanak belajar beberapa nilai murni serta mula mengaplikasi dalam kehidupan mereka.
Kanak-kanak berumur 6 tahun mula bertolak ansur dan bertimbang rasa. Selain itu, mereka
juga sedia menerima dan mendengar pandangan orang lain da boleh membezakan antara
perkara yang betul atau salah. Sebagai contohnya, kanak-kanak yang berusia 6 tahun akan
berkongsi alat tulisan mereka, pensel warna dengan kawan-kawan mereka. Ada segelintir
kanak-kanak akan kongsi apabila ditegur oleh guru, tetapi ada pula kanak-kanak yang kngsi
sebelum guru memberitahu. Daripada situ, kita dapat tahu bahawa, kanak-kanak ini boleh
menguasai dan memahami konsep nilai murni sekiranya diajar dari awal permulaan lagi.

Peringkat kedua mengikut Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst ialah


peringkat pertengahan kanak-kanak. Peringkat ini meliputi kanak-kanak yang berusia 6-12
tahun. Dalam peringkat ini, kanak-kanak membentuk kemahiran fizikal dalam permainan serta
dapat menguasainya. Hal ini adalah kerana, menurutnya lagi pertumbuhan tulang dan otot
kanak-kanak mula berkembang dalam peringkat ini. Dalam peringkat ini juga, kanak-kanak
akan dididik dan diasuh dengan didikan sempurna untuk membina sikap diri yang sihat atau
baik. Justeru itu, kanak-kanak mula membentuk kemahiran sosial untuk berkawan dengan
rakan sebaya dan mereka mula belajar untuk bertolak ansur dengan rakan sebaya dalam

13
aktiviti seharian mereka. Selain itu, dalam usia ini, mereka mula menguasai sifat kebebasan
peribadi, mula memahami dan belajar membentuk sikap yang mengakui hak, keupayaan,
kelemahan pada setiap individu. Tambahan lagi, pada peringkat ini kebanyakan kanak-kanak
memasuki alam persekolahan. Dalam tahap ini, mereka boleh menguasai kemahiran-kemhairan
asas seperti kemahiran membaca, menulis, mengira (3M). Dalam alam persekolahan ini, kanak-
kanak berpeluang untuk berkawan dan mula bersosial dengan orang lain atau luar selain
daripada ahli keluarga dan sanak saudara. Justeru itu, dalam usia ini, kanak-kanak harus diberi
pendedahan tentang peranan jantina mereka. Dalam hai ini, mereka dibantu oleh ibu bapa, adik
beradik, serta saudara mara, di sekolah pula berperanan memberikan contoh yang terbaik
kepada murid-murid. Daripada itu, kanak-kanak dapat memahami perbezaan antara peranan
lelaki dan perempuan.

Peringkat seterusnya ialah Peringkat Awal Remaja dan Remaja yang meliputi umur
12-18 tahun. Pada peringkat ini, golongan remaja akan mengalami perubahan dari segi bentuk
badan dan suara. Dalam tahap ini, mereka mula menjalani perhubungan baru yang lebih
matang dengan rakan sebaya, terutama dengan berlainan jantina. Kanak-kanak perempuan
akan mula menonjolkan sifat-sifat kewanitaan dalam pergerakan mereka manakala kanak-
kanak lelaki pula akan menunjukkan sifat kelelakian dalam kelakuan mereka. Pada peringkat ini
juga remaja mula belajar dari pandangan dan pengalaman mereka sendiri dan tidak mengikut
emosi daripada ibu bapa. Ada pula, sifat atau sikap baik yang harus dipelajari dari ibu bapa.
Contohnya, belajar untuk menghormati orang yang lebih tua dari mereka. Kanak-kanak yang
mula melangkah masuk dalam peringkat ini akan mula belajar untuk menguruskan hal
kewangan masing-masing. Kanak-kanak pada peringkat ini mula menyimpan duit saku yang
diberi oleh ibu bapa, tidak melakukan pembaziran, mula menabung dan lain-lain lagi. Kanak-
kanak (remaja) harus menyediakan diri masing-masing untuk menceburi dalam bidang atau
pekerjaan pada masa depannya. Tambahan lagi ada, yang membuat persediaan atau
perancangan tentang alam perkahwinan. Hal ini adalah kerana, dalam tahap ini remaja sedang
mempelajari peranan dan tanggungjawab yang sewajarnya dalam kehidupan mereka apabila
dewasa kelak.

14
Implikasi Teori Tugas Perkembangan Robert Havighurst dalam Proses Pembelajaran
Kanak-kanak.

Implikasi melalui Teori Tugasan Perkembangan Robert Havighurst yang dapat


dilaksanakan dalam proses pembelajaran murid-murid adalah guru-guru seperti memerhatikan
keupayaan kanak-kanak dan mengkategorikan murid-murid berdasarkan keupayaan dan
kebolehan masing-masing. Hal ini adalah kerana, perkembangan bagi semua murid dalam
sesuatu kelas adalah berbeza, dimana terdapat muird-murid yang mampu memahami dengan
cepat semua input yang diberikan oleh guru dengan pantas dan ada pula murid yang lambat
menerima. Bagi memastikan proses P&P yang berkesan berlaku dalam kelas, penggolonggan
murid merupakan sesuatu yang sangat penting. Tambahan lagi proses Pengajaran dan
Pembelajaran yang dijalankan dalam kelasharuslah aktiviti yang sesuai dengan kebolehan
murid-murid tersebut agar P&P berjalan dengan lancar. Selain daripada itu, aktiviti yang
dijalankan mestilah aktiviti yang berkesan dan menarik.

Pada peringkat sekolah rendah, murid-murid perlu memupuk sikap terhadap diri yang
sempurna seperti sikap terhadap penjagaan diri yang selamat dan bersih serta perasaan yang
normal. Di sini guru memainkan peranan penting di mana guru perlu memahami fungsi
sosiometri di dalam bilik darjah supaya murid-murid dapat membina sikap kendiri yang positif,
maksudnya keadaan bilik darjag yang bersih dan ceria akan membangkitkan minat murid untuk
terus belajar dan tidak mudah berasa bosan semasa Pengajaran dan Pembelajaran
dilaksanakan. Selain itu, guru juga harus mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran serta
aktiviti di dalam kelas untuk merangsangkan pemikiran murid dalam mewujudkan suasana bilik
darjah yang sesuai dan menarik.

Mengikut pandangan Robert Havighurst, penguasaan kemahiran 3M diutamakan dan


dititik beratkan. Implikasinya, guru perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu
pengetahuan untuk melahirkan suasana kelas yang menyeronokkan, guru harus melatih murid
dengan kemahiran-kemahiran asas agar murid tersebut cekap dalam semua aspek. Dalam
perkembangan ini juga, guru dinasihatkan untuk sentiasa member nasihat dan motivasi kepada
murid-murid agar sentiasa memperbaiki kelemahan masing-masing. Kemudahan dan alat bantu
mengajar yang lengkap dapat menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan selain dari
kemahiran guru ketika di dalam kelas.

15
TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL (ERIKSON)

Erik Erikson (1902-1004) telah menganalisis perkembangan sosial kanak-kanak dalam


jangka masa kehidupan mereka. Beliau memberi penjelasan bahawa manusia mempunyai
keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindakbalas
terhadap keperluan tersebut. Teori Erik Erikson tentang perkembangan manusia dikenali
sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson, kerana ia mengabungkan 3 faktor yang
mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Mengikut kajian
Erikson, beliau menyimpulkan bahawa dalam Teori Pekembangan Psikososial terdapat lapa
peringkat perkembangan emosi manusia iaitu daripada bayi kepada tahap peringkat tua.
Erikson juga percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi
supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Teori Perkembangan Erikson, sama
seperti pandangan Piaget di mana dalam setiap peringkat individu melalui pelbagai krisis
perkembangan.

Pakar psikologi perkembangan Erikson berfokus terhadap perkembangan psikososial


sejak lahir hingga dewasa dalam delapan tahap. Setiap tahap ini member pengalaman positif
dan negatif kepada seseorang individu apabila melalui peringkat atau tahap tersebut.

Teori Perkembangan Psikososial Erikson ini bergantung kepada beberapa prinsip-


prinsipnya. Antaranya ialah manusia mempunyai keperluan asas yang sama; perkembangan
individu bergantung kepada tindakbalas terhadap keperluan asas; perkembangan manusia
mengikut tahap-tahap yang tertentu; setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi
sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya; dan akhirnya
ialah kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap
yang berikutnya.

Seterusnya, kita akan meneliti konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenal pasti oleh
Erikson dari peringkat bayi hingga peringkat remaja.

Tahap 1- Kepercayaan Lawan Ketidakpercayaan (bayi)

Tahap 1 ialah tahap dimana percaya lawan ketidakpercayaan dan anggaran umur
ialah bayi yang lahir hingga 18 bulan (0-1½ bulan). Usia dari lahir hingga 1 tahun merupakan
peringkat yang paling dasar dalam kehidupan setiap individu. Perasaan kepercayaan dapat
dibina dalam tahun 1 melalui pengalaman dan mempengaruhi sikap atau interaksi kanak-

16
kanak. Dalam umur 1 tahun ini kepercayaan dapat dipupuk secara berperingkat. Begitu juga
dengan perasaan ketidakpercayaan. Apabila kehendak atau keperluan kanak-kanak dipenuhi
maka mereka hilang kepercayaan terhadap seseorang yang dipercayai dulunya (dan
sebaliknya). Tambahan lagi, ketidakpercayaan akan membentuk tingkahlaku yang negatiff
dalam diri individu. Seorang bayi yang lahir sangat bergantung kepada perhatian daripada ibu
bapa ataupu pengasuh. Perasaan percaya terhadap orang lain akan wujud apabila bayi
tersebut membesar di bawah penjagaan yang rapid dan baik daripada pengasuh terutama
sekali daripada ibu bapa. Cara penjagaan bayi mempengaruhi emosi dan perasaan percaya
dalam diri bayi tersebut. Sekiranya perasaan kepercayaan menguasai bayi, maka dia akan
merasa dirinya selamat dan aman dalam dunia.

Tahap 2- Autonomi Lawan Malu/ragu (awal kanak-kanak)

Tahap kedua ialah peringkat yang meliputi umur bayi antara 1½ hingga 3 tahun.
Tahap kedua ini dikenali sebagai autonomi lawan malu (kekeliruan). Pada tahap ini, konsep diri
kanak-kanak mula menonjol dan bertambah nyata. Kanak-kanak mula bertindak diri sendiri
tanpa ada kawalan, suka bertindak bebas tanpa bergantung pada orang lain. Dalam tahap ini
juga, kanak-kanak ingin melakukan sesuatu daripada usaha sendiri dan mereka mula anggap
diri mereka adalah cekap dan berkebolehan dalam melakukan sesuatu perkara tanpa bantuan
orang lain. Sebagai contohnya, kanak-kanak mula belajar cara penggunaan tandas dan pada
tahap ini kanak-kanak ini juga akan membuang air kecil atau air besar tanpa bantuan
pengasuh. Perkara-perkara lain juga meliputi pemerolehan pengendalian lebih yakni atas
pemilihan makanan, permainan yang disukai pamilihan makanan.

Justeru itu, kanak-kanak ini juga akan berasa ragu dan malu sekiranya mereka tidak
diberi autonomi atau kebebasan untuk melakukan sesuatu perkara. Dalam situasi begini,
kanak-kanak akan berasa dirinya tidak cekap dan mereka mula meragui kebolehan diri mereka.
Tambahan lagi, kanak-kanak yang selalu didenda atau dimarahi akan berasa malu dan merasa
takut melakukan kesalahan. Apabila kanak-kanak ini diberi pujian, mereka berkeyakinan
terhadap diri mereka dan berupaya untuk belajar sesuatu yang baru dan mampu
melakukannya. Singkat kata tingkahlaku yang digalakkan harus diberi pujian supaya
tingkahlaku itu diteruskan manakala tingkahlaku yang tidak digalakkan harus dielakkan supaya
tidak diulangi pada masa akan dating.

17
Pada peringkat ini kanak-kanak mula berdikari dan tidak suka dibantu atau dikongkong
oleh orang dewasa. Peringkat ini merupakan permulaan kepada pembentukkan perasaan
keyakinan diri dalam diri kanak-kanak. Dorongan, pujian dan galakkan daripada orang
disekitarnya terutama ibu bapa akan membantu kanak-kanak membina perkembangan dan
berkeupayaan untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.

Tahap 3- Inisiatif Lawan Perasaan Bersalah (Awal kanak-kanak tadika)

Peringkat ini meliputi usia 3 hingga 6 tahun. Perasaan yang menguasai kanak-kanak
ini ialah inisiatif lawan perasaan bersalah. Dalam peringkat ini kanak-kanak berinisiatif untuk
meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar. Dalam peringkat ini juga keinginan
inisiatif ini harus diberi sokongan supaya keinginan ini tidak terjejas. Sokongan dan galakan
daripada individu di sekeliling mendorong kanak-kanak untuk belajar dan bergerak dengan
cepat serta dorongan tersebut menyedarkan potensi diri mereka. Pada peringkat ini kanak-
kanak mula memasuki alam persokolahan iaitu awal tadika. Mereka belajar dan peka terhadap
perkara yang betul dan salah. Tambahan lagi, masa usia prasekolah mulai menonjolkan
kekuatan dan kontrominya akan dunia melalui permainan langsung dan interaksi sosial lainnya.
Anak yang Berjaya dalam tahap ini berasa dirinya berkeupayaan dan kompetal dalam
memimpin orang lain. Selain itu, wujud rasa bertejawah prakarsa dalam usia ini. Apabila kanak-
kanak ini gagal dalam mencapai insiatif yang tinggi akan merasakan perasaan bersalah,
perasaan ragu-ragu dan kurang inisiatif. Perasaan kurang inisiatif mula menguasai minda
kanak-kanak apabila kanak-kanak ini sering dikawal daripada mencuba sesuatu yang baru.
Erikson berkeyakinan bahawa kebanyakan rasa bersalah dapat digantikan dengan cepat oleh
rasa berhasil. Selain daripada itu, menurut Erikson lagi kanak-kanak mula berinteraksi dengan
persekitaran. Kanak-kanak ini cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa.
Perkembangan pada ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-
kanak hilang perasaan inisiatif dan mendorong mereka untuk suka menyendiri serta
menimbulkan masalah apabila memasuki lagi dalam persekolahan.

Tahap 4- Kerajinan Lawan Kompleks Rasa Rendah Diri (Kanak-kanak)

Peringkat seterusnya tahap dimana anak-anak mula bergelar dirinya sebagai kanak-
kanak. Tahap ini diberi nama oleh Erikson sebagai kerajinan lawan kompleks rasa rendah diri.
Tahap ini meliputi kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun. Dalam peringkat ini, kanak-
18
kanak mendapat peluang untuk bersosial dengan orang lain selain daripada ibu bapa serta ahli
keluarga yang lain. Melalui pergaulan soslal, anak-anak mulai mengembangkan perasaan
bangga terhadap keberhasilan dan kemampuan mereka. Menurut Erikson kanak-kanak mesti
menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau menghadapi risiko perasaan rendah diri,
kegagalan dan tidak cekap. Anak-anak yang menerima kasih sayang dan perhatian penuh
daripada ibu bapa, guru mahupun rakan sebaya membantu anak tersebut untuk bertenaga ,
berkebolehan dalam komunikasi dengan orang lain akan meningkat, serta mampu
menggambarkan transformasi ataupun faham proses pembalikan/fikiran logik. Anak-anak ini
juga bersedia menerima teguran/pandangan orang lain. Kanak-kanak ini memerlukan
peneguran yang positif serta penghargaan terhadap tugas yang dilakukannya. Galakkan
sebegini kepada kanak-kanak secara tidak langsung, menyalurkan tenaga kepada sesuatu
yang baik atau berfaedah untuk memupuk nilai ketekunan dalam diri masing-masing kanak-
kanak itu.

Tambahan lagi, anak yang menerima sedikit atau tidak sama sekali perhatian penuh dari
orang tua, guru atau teman sebaya akan merasa ragu akan kemampuannya untuk bertindak.
Permasalahan yang timbul dalam alam persekolahan adalah dasar dalam perkembangan rasa
rendah diri, perasaan tidak kompeten dan tidak produktif. Kanak-kanak mudah dipengaruhi
dengan perasaan negatif seperti rendah diri, tidak berkemampuan dalam melakukan sesuatu
tugas sekiranya mereka selalu dikritik dan didenda dihadapan orang lain. Erikson juga
berkeyakinan bahawa guru memainkan peranan penting dalam memupuk dan
mengembangkan ketekunan dalam kanak-kanak.

Tahap 5- Identiti Lawan Kekeliruan Identiti (Alam remaja)

Peringkat ke-5 iaitu peringkat dimana identiti lawan kekeliruan identiti. Tahap ini terjadi
pada masa remaja, usianya ialah diantara 12 hingga 18 tahun. Dalam tahap ini, anak mula
memasuki alam keremajaan dan mula digelar dirinya sebagai remaja. Mengikut pandangan
Erikson remaja mesti Berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan
agama. Jika tidak perasaan rendah diri akan menguasai dirinya. Dalam peringkat ini, mereka
cuba memahami diri masing-masing serta keperluan dan identiti diri. Dalam waktu ini juga,
anak-anak dihadapkan dengan penemuan siapa, bagaimana dan kemana mereka menuju
dalam kehidupannya. Secara ringkas boleh diklasifikasikan bahawa, anak-anak mencari
pengenalan diri masing-masing dalam tahap ini. Tahap peringkat ini juga, anak-anak ini
(remaja) menjadi tumpuan individu persekitaran ke atas kejayaan, tindakan yang mereka ambil
19
atau lakukan. Mereka juga menjadi harapan orang lain terutama ibu bapa dan harapan ini
mewujudkan kekeliruan tentang tujuan dan aspirasi diri dalam menghadapi krisis identiti. Dalam
peringkat ini juga, membentuk konsep kendiri positif dan juga negatif dalam diri anak-anak.
Pada peringkat ini, anak-anak berdepan dengan sikap peniruan identiti model seperti guru, ibu
bapa mahupun pelakon (warga media). Selain daripada itu, dalam peringkat ini juga mudah
wujud konfliks atau krisis dengan orang dewasa kerada terdapat perbezaan dalam memahami
nilai atau pengalaman sikap. Tambahan lagi, mereka juga agak sensitif terhadap perubahan
yang berlaku dalam badan serta imej kendiri. Mereka juga, suka membuat perbandingan
dengan rakan sebaya ataupun adik-beradiknya. Pada tahap ini, anak selalu memberi perhatian
serius dalam aspek pertumbuhan anggota badan. Unsur paling utama dalam tahap ini ialah
berlaku perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat terdahulunya. Sebagai
contohnya, bayi anak-anak (remaja) yang menerima dukungan, perhatian dan kasih sayang
yang penuh dari individu terdekat maka eksplorasi personal, kepekaan diri, pengawalan diri
serta emosi akan muncul dalam tahap ini. Bagi anak yang tidak yakin terhadap kepercayaan diri
dan hasratnya, akan muncul rasa tidak aman dan bingung terhadap diri pada masa depannya.
Alam remaja merupakan alam yang dikatakan sangat penting dalam tempoh kehidupan –
kehidupan seseorang individu.

Tahap 6- Kerapatan Lawan Pengasingan (Awal Dewasa)

Kerapatan lawan pengasingan merupakan tahap enam dalam Teori Perkembangan


Erikson. Ia terjadi dalam lingkungan umur 18 hingga 35 tahun. Erikson pula percaya bahawa
tahap ini penting, iaitu tahap seseorang membangunkan hubungan yang terdekat dan bersiap
sedia untuk berkomitmen dengan orang lain. Individu yang Berjaya dalam tahap ini ialah
individu yang dapat mengembangkan hubungan yang berkomit dan aman dengan orang lain.
Pendek kata, dalam tahap ini mereka akan mencari pasangan yang sepadan untuk berkahwin.
Mereka mencari pasangan untuk berkongsi kasih sayang bagi membina kerapatan,berkongsi
masalah serta untuk kemesraannya. Apabila individu tidak berjaya atau belum berpasangan
akan berasa dirinya sunyi, kehilangan dan rasa dirinya asing dari orang lain. Bagi mengelak
pengasingan ini, individu akan berusaha sedaya upaya untuk mencari pasangannya.

Tahap 7- Generatif Lawan Pemusatan Idantiti (Dewasa)

Selepas awal dewasa, tahap seterusnya ialah alam dewasa. Linkungan umur yang
terlibat dalam tahap ini antara umur 35 hingga 60 tahun. Ia diberi nama generative lawan

20
pemusatan identiti. Dalam peringkat ini, individu berusaha dan bertungkus lumus untuk member
sumbangan atau member perkhidmatan kepada dunia. Peringkat ini diklasifikasikan sebagai
pertengahan zaman dewasa. Dalam peringkat ini , mereka mmberi fokus utama kepada kerjaya
dan keluarga. Dalam peringkat ini, mereka akan berpuas hati sekiranya dapat melahirkan
individu (anak) yang berguna ntuk masyarakat dengan baik. Tambahan lagi, dalam peringkat ini
juga keinginan untuk membantu orang yang susah serta mengambil peluang untuk melibatkan
diri dalam kerja amal. Dalam tahap ini juga, individu suka member sumbangan kepada
masyarakat. Pendek kata, boleh diklasifikasikan bahawa apabila seseorang Berjaya dalam
tahap ini, akan merasa dirinya kontribusi terhadap pembangunan dunia. Manakala, mereka
yang gagal dalam tahap ini, akan berasa dirinya tidak produktif dan terlibat dalm perkembangan
dunai ini.

Tahap 8- Kesepaduan lawan putus asa( akhir dewasa)

Mengikut Erikson tahap ke-8 adalah peringkat terakhir dalam alam kehidupan
seseorang. Peringkat ini dikatakan sebagai kesepaduan lawan putus asa peringkat umurnya
pula ialah dari 60 tahun hingga ke akhir hayat. Dalam tahap ini individu cenderung
melakukan refleksi kendiri dengan individu lain. Individu akan mengingati semua peristiwa yang
berlaku tidak kira kejayaan atau kegagalan dalam arus kehidupan yang melalui selama 60-70
tahun. Dalm peringkat ini, individunya akan merasa bersepadu sekiranya semua uasaha yang
lepas telah memperolehi kejayaan atau Berjaya mengatasi segala masalah pada peringkat
awal. Individu ini juga akan mencapai tahap kebijasanaan, walaupun mereka berada dalam saat
menghadapi kematian. Tambahan lagi, individu yang sering mengalami kegagalan dalam
semua perkara yang dilakukan sebelumnya akan menyesal peluang yang datang di peringkat
awal tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya.

Begitulah lapan peringkat yang disusun oleh Erik Erikson dibawah Teori Perkembangan
psikososial. Dalam Teori ini beliau member penerangan yang terperinci tenrang setiap peringkat
serta perubahan-perubahan yang mendorong seseorang untuk mencapi keinginan dan
keperluan mesing-masing.

21
Implikasi Teori Perkembangan Psikososial Erikson dalam Proses Pembelajaran Kanak-
kanak.

Implikasi teori ini dalam proses pembelajaran kanak-kanak, ialah dengan menggunakan
strategi pengajaran kumpulan untuk memupuk perkembangan sosial. Apabila proses P&P
dijalankan dalam kumpulan, ini memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan
kawan-kawannya.

Tambahan lagi, pengaturan aktiviti secara kumpulan menyarankan pelajar-pelajar untuk


bekerjasama dalam usaha menyelesaikan masalah pembelajaran mereka bersama-sama.
Apabila konsep ini dimulakan dari alam persekolahan awal, maka amalan ini menjadi sehingga
pelajar itu melangkah masuk ke menara gading.

Selain daripada itu, penggunaan aktiviti projek, perbincangan dan permainan secara
kumpulan berdasarkan peringkat perkembangan sosial pelajar.

TEORI KEMATANGAN MORAL ( LOWRENCE KOHLBERG)

Lawrence Kohlberg (1984) membina sesuatu model pekembangan moral berdasarkan


Teori Jean Piaget(1932), yang menghuraikan perkembangan moral atau ditentukan
olehperkembangan kognitif. Piaget berandaian bahawa cara seseorang individu
mempertimbangkan isu moral atau kepada peringkat perkembangan kognitifnya. Lowrence
Kohlberg menekankan bahawa perkembangan moral berdasarkan penalaran moral dan
berkembang secara bertahap. Pandangan ini juga dicapai oleh Kohiberg setelah 20 tahun
melakukan wawancara yang unik dengan anak-anak.

Walaupun Piaget ialah tokoh pertama yang memberi penerangan tentang


perkembangan kognitif dalam perkembangan moral namun akhir tahun 1959-an pelopor teori
perkembangan moral ialah Lawrence Kohiberg.

Menurut Lawrence Kohiberg perkembangan moral ditentukan oleh perkembangan


kognitif. Mengikut teori perkembangan Kohiberg, seseorang individu mengalami 3 tahap
perkembangan moral yang utama. Di mana, setiap tahap mengandungi 2 peringkat. Peringkat
perkembangan ini mengikuti perkembangan dari keputusan moral seiring penambahan usia
yang semula diteliti oleg Piaget, yang menyatakan bahawa logika dan moralitas berkembang

22
melalui tahap-tahap yang konstruktif. Kohlberg memperluaskan pandangan dasar ini dengan
menentukan bahawa proses perkembangan moral pada prinsipnya berhubungan dengan
keadilan dan perkembangannya berlanjutan sepanjang kehidupannya.

Tahap dan peringkat yang diperkenalkan oleh Kohlberg adalah berdasarkan respons
yang diterima daripada cerita-cerita tentang dilemma moral dalam penelitiannya, dan ia tertarik
pada bagaimana seseorang akan menjustifikasikan tindakan mereka apabila mereka berada
dalam persoalan moral yang sama.

Tahap 1 Pra – konvensioanal

Tingkat pra-konvensioanal dari penalaran moral umumnyaada pada anak-anak. Ia juga


dikenali dengan Moraliti prakonvensioanal pada tahap awal kanak-kanak. Tahap 1 ini
merupakan tingkat yang paling rendah dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap
ini, kanak-kanak member keutamaan kepada kepentingan diri dan kesan sesuatu tindakan dan
perkembangan adalah berdasarkan keperluan individu serta peraturan orang lain. Tahap ini,
merangkumi anak-anak yang berumur 0-12 tahun. Tingkat pra-konvensional terdiri daripada 2
peringkat awl dalam perkembangan moral dan murni melihat diri dalam bentuk egosentris.

Peringkat pertama ialah peringkat yang berorientasikan hukuman dan kepatuhan.


Dalam peringkat ini, individu-individu memfokuskan diri pada konsekuensi langsung dari
peraturan untuk mengelakkan hukuman. Perbuatan yang baik buruk ditentukan oleh akibat
fizikal. Tambahan lagi, kanak-kanak beranggapan bahawa peraturan adalah kuasa yang tidak
boleh digugat. Sebagai contohnya, sesuatu tindakan dikategorikan sebagai salah dari segi
moral bila oarng yang melakukannya itu dikenakan hukuman. Semakin berat hukuman
diberikan, semakin salah tindakan itu. Dalam peringkat ini, apa yang terbaik ialah mengelakkan
diri dari melanggar peraturan. Ia juga dikenali sebagai ‘kemoralan heteronomus’.

Peringkat kedua pula berorientasikan instrument relativist dengan kata lain orientasi
ganjaran. Dalan peringkat kedua ini, ia menempati posisi iaitu ‘apa untungnya buat saya’,
perilaku yang benar didefinisikan dengan apa yang paling diminatinya. Dengan kata lain, dalam
peringkat ini mematuhi peraturan untuk mendapat ganjaran atau perkongsian untuk memdapat
balasan. Dalam peringkat ini, perkara yang dianggap baik ialah perkara yang memuaskan
dirinya, serta menghasilkan hadiah. Kemoralan juga ditentukan dari dalam individu masing-
masing. Orientasi ini dikategorikan bersifat egosentrik.

23
Tahap 2 Konvensioanal

Tingakat konvensional ialah tahap kedua atau tingkat menengah dalam Teori
Perkembangan Moral Kohlberg. Dalam morality konvensional ini didefinisikan sebagai apa yang
betul ialah tingkahlaku yang dianggap baik oleh masyarakat. Dorongan kendiri sangat penting
untuk melakukan apa yang diterima oleh masyarakat dan pendapat ramai serta taat setia juga
penting. Tahap ini juga dibahagikan kepada 2 peringkat. Peringkat ketiga dikenali sebagai
orientasi kanak-kanak yang baik. Dalam tahap ini seseorang memasuki masyarakat dan
memiliki peranan sosial. Dalam tahap ini juga seseorang menghargai kebenaran, kepedulian
dan kesetiaan pada orang lain sebagai landasan pertimbangan moral. Dalam orientasi ini juga
mereka akan cuba untuk berkelakuan sebagai seorang anak baik untuk memenuhi harapan
tersebut. Keinginan untuk mematuhi aturan dan otoritas dan hanya untuk membantu peranan
sosial yang stereotip ini. Perkara yang menyenangkan hati adalah membantu orang lain dan
perbuatan yang baik ialah jika perbuatan tersebut memenuhi kehendak orang lain.

Dalam peringkat keempat berorienrasikan mempertahankan norma dan autokrasi.


Peringkat keempat ini moralitas system social. Pada tahap ini, perkembangan moral
berdasarkan atas pemahaman aturan social, hokum-hukum, keadilan dan kewajipan secara
bulat-bulat demi mengelakkan diri dari dikenakan hukuman atau denda. Tambahan lagi,
sekiranya individu mempertahankan norma sosial maka perbuatan yang dilakukan adalah
perbuatan yang dilakukan adalah perbuatan yang baik. Justeru itu, undang-undang wajib
dipatuhi supaya tidak timbul kekacauan. Selain itu pihak berkuasa harus diberi penghormatan
dan susunan sosial yang dikekalkan.

Tahap 3 Postkonvensioanal

Tahap ketiga dikenali sebagai morality postkonvensiona. Ia juga dikenali sebagai tingkat
berprinsip, terdiri dari peringkat 5 dan 6 dari perkembangan moral. Dalam tahap ini, perkara apa
yang betul ialah sejajar dengan hak manusia sejagat, nilai atau prinsip yang perlu
dipertahankan oleh masyarakat dan individu.

Seterusnya, kita meneliti dua lagi peringkat yang disenaraikan di bawah


postkonvensional oleh Kohlberg. Peringkat kelima ini diberi nama orientasi contrack-
Legalistic sosial atau dikenali orientasi perjanjian sosial. Dalam peringkat ini, individu-individu
dipandang sebagai memiliki pendapat-pendapat dan nilai-nilai yang berbeza, serta mereka
dihormati dan dihargai tanpa memihak. Dalam peringkat ini juga Kohlberg berpendapat bahawa
24
wujud nilai yang dipersetujui oleh masyarakat, hak individu dan peraturan untuk mencapai
persetujuan dalam menentukan apa yang benar. Dalam peringkat ini juga, wujud hubungan 2
hala antara individu dengan sosial masyarakat. Tambahan lagi, kewajipan individu haruslah
sesuai dengan dengan sosial. Selain itu, individu akan memahami konsep mematuhi sesuatu
undang-undang iaitu untuk mengekalkan ketenteraman. Tambahan lagi, penaakulan ke arah
kebajikan masyarakat dan melindungi hak-hak minority menjadi kemoralan rasmi bagi
pembentukkan perlembagaan sebuah negara.

Akhirnya, peringkat keenam pula berorientasi prinsip etika sejagat. Peringkat keenam
ialah penalaran moral berdasarkan pada penalaran abstrak iaitu menggunakan prinsip etika
universal. Dalam peringkat ini individu akan mematuhi kepada prinsip dalaman (keadilan dan
kesamaan) untuk mengelakkan kutukan diri. Tambahan lagi, apa yang benar adalah
berdasarkan suara hati yang berharmoni dengan prinsip sejagat. Lagipun, interaksi dengan
masyarakat yang menentukan samaada sesuatu perbuatan itu baik atau tidak. Mengikut
pandangan Kohlberg, unsure sejagat juga menentukan apa yang boleh atau baik dilakukan
dans sebaliknya. Mengikutnya lagi, sekiranya seseorang individu melanggar peraturan
masyarakat jika berkonflik dengan kod etika peribadinya. Selain daripada itu, prinsip keadilan,
kesamaan hak manusia, pengekalan penghormatan terhadap kemuliaan seseorang harus
diterima.

Akhir sekali, dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengetahuan tentang teori-
teori perkembangan adalah sangat penting bagi semua guru. Pengetahuan berkaiatan teori
perkembangan kanak-kanak membantu warga guru untuk memahami , mengetahui dan
merancang pengajarannya agar dapat membantu perkembangan aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosialnya.

Implikasi Teori Kematangan Moral Lowrence Kohlberg dalam Proses Pembelajaran


Kanak-kanak.

Kesan daripada teori ialah dapat menghasilkan kanak-kanak atau pelajar yang
berdisiplin, bermoral dan berakhlak mulia. Dalam terori perkembangan ini dapat mengawal dan
mencegah tingkah laku pelajar dan perkembangan rohani yang tidak diingini yang mungkin
berlaku dalam peringkat-peringkat tertentu.

25
Melalui perkembangan moral kanak-kanak dapat memahami serta dapat membezakan
anatara perkara yang boleh mendatangkan kebaikan dengan perkara yang mengundang
kemudaratan kepada diri mereka. Tambahan lagi, dengan adanya amalan teori ini dapat
mengurangkan masalah disiplin di kalangan pelajar tidak kira pelajar di sekolah rendah
mahupun sekolah rendah. Lagipun disiplin menjadi aspek asas dalam kemajuan seseorang.

Sebagai contohnya, pelajar yang memahami peraturan akan mematuhi peraturan-


peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Hal ini adalah kerana mereka kenal bahawa
sekiranya mereka melanggar peraturan yang telah ditetapkan maka mereka akan dikenakan
tindakan di sekolah. Jadi ini akan memalukan diri mereka di adapan kawan-kawan lain.

Secara ringkasnya boleh dikatakan bahawa, memahami peringkat perkembangan emosi


dan rohani perlajar serta membimbing mereka menghadapi serta menyelesaikan masalah
emosi dan rohani dengan cara yang berpatutan.

26

Anda mungkin juga menyukai