Anda di halaman 1dari 4

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

2. Judul GLOSARI MATEMATIK SEKOLAH 3. Bidang: PENDIDIKAN


RENDAH
4. Tarikh Pembentangan 27 OGOS 2018 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini disusun khusus untuk kegunaan guru dan murid selaras dengan kurikulum matematik
sekolah rendah. Buku ini digunakan sebagai seumber pembalajaran dalam kelas sebagai bahan
rujukan di mana ia mengandungi 311 istilah yang meliputi bidang pembelajaran matematik secara
umum. Huraian istilah dalam bahasa melayu diletakkan selepas padanan dalam Bahasa Inggeris.
Huraian diberikan dalam bentuk yang mudah agar dapat membantu murid memahami konsep
yang berkenaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan buku ini, saya dapat memahami penggunaan istilah ilmu Matematik dengan
lebih berkesan. Sebagai guru yang mengajar murid kelas DLP (dual language programme) buku
ini sangat membantu saya menggunakan pelbagai istilah Matematik yang betul sama ada dalam
Bahasa Malaysia atau dalam Bahasa Inggeris.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Buku ini membantu saya menggunakan istilah-istilah Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan
betul dalam PDPC.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

MATHS MAGIC A SPELL BINDING


2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN
APPROACH TO MATHS : SHAPE
AND PATTERN
4. Tarikh Pembentangan 25 OGOS 2018 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri dan pola bentuk 2 dan 3 dimensi
dalam kehidupan seharian. Buku ini memperkenalkan konsep asas matematik untuk murid tahun
1 dan 2. Buku ini lengkap dengan pelbagai soalan meliputi pelbagai aras, silang kata, permainan
dan kuiz. Kanak-kanak mempelajari konsep matematik sambil bermain dengan teka-teki, kuiz,
dan permainan dalam buku-buku yang baru, menghiburkan, dan cerdik. Guru, pustakawan, dan
ibu bapa pasti gembira dengan pendekatan aktif kepada matematik asas yang membantu kanak-
kanak memahami dan mengekalkan prinsip asas. Para penulis menggunakan pengalaman
mengajar mereka mengenali matematik dengan lebih seronok.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan buku ini, saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam tajuk bentuk
sebelum memulakan pengajaran. Buku ini memberikan input dan idea untuk memantapkan PDPC
dengan pelbagai aktiviti berkonsepkan pembelajaran berasaskan murid. Aktiviti yang disediakan
membantu saya merancang dan menggunakan bahan bantu belajar untuk murid berkonsepkan
pembelajaran berasaskan permainan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan buku ini dengan
mengaplikasikan pelbagai idea yang diketengahkan termasuklah mengenali ciri dan pola bentuk
yang lebih menarik dengan aktiviti berasaskan permainan silang kata, kuiz dan sebagainya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Lampiran C
BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

2. Judul SINERGI DALAM PENGURUSAN 3. Bidang: PENDIDIKAN


SEKOLAH
4. Tarikh Pembentangan 23 September 2018 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
Buku ini mengandungi panduan praktis dalam mewujudkan pasukan pengurus sekolah
cemerlang. Buku ini juga menceritakan tentang peranan sekolah sebagai institusi social yang
penting pada Negara. Ia menyediakan modal insan dari segi tenaga kerja berkemahiran, separa
mahir dan staf biasa. Bukan itu sahaja, kandungan buku ini juga banyak membincangkan peranan
pegetua, pentadbiran, guru-guru, pelajar, kakitangan sokongan, dan ibu bapa sebagai satu
pasukan dalam mewujudkan sekolah cemerlang. Buku yang bertajuk sinergi dalam pengurusan
sekolah ini juga menyentuh dengan lebih mendalam mengenai tajuk-tajuk utama seperti pengetua
sebagai peneraju kecemerlangan, pasukan mengurus kecemerlangan,guru pendukung
kecemerlangan, pelajar sebagai penunjuk aras kecemerlangan, dan ibu bapa sebagai rakan
kongsi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai peranan seorang guru
dalam mewujudkan sekolah yang cemerlang. Namun nilai yang paling saya sukai dalam buku ini
ialah nilai kerja secara berpasukan dalam sekolah bagi membentuk satu pasukan yang efisien
dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing. Selain itu,buku yang bertajuk sinergi
dalam pengurusan sekolah ini juga banyak memberikan pengetahuan baharu dalam pengurusan
sekolah sama ada sebagai pengetua,pentadbiran,guru-guru,kakitangan sokongan, ibu bapa dan
pelajar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang skop peranan guru yang sangat penting
dalam organisasi skolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: Kod Sekolah:

AIZATUL SHAIRAH BINTI MAT NASIR


1. Nama Guru

2. Judul 3. Bidang: PENDIDIKAN


Jom Jaguh
4. Tarikh Pembentangan 20 OKTOBER 2018 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis
KEJAYAAN akan membawa kepada kebahagiaan. Itulah yang harus disematkan dalam minda. Ia
pula bukan terhad pada dunia kini sahaja malah perlu menjangkau kepada akhirat. Namun ramai
yang mengambil pendekatan sambil lewa terhadap perkara ini. Seharusnya kita perlu mempunyai
azam untuk berjaya dan menjadi jaguh. Ini kerana, apabila kita mempunyai azam untuk menjadi
jaguh, kita akan berusaha keras ke arahnya dan pada masa yang sama mengoptimumkan
potensi sebenar diri. Lantas akan tercapailah kejayaan yang dicari dan kebahagiaan yang diingini.

JOM JAGUH merupakan sebuah buku yang membicarakan tentang bagaimana kita boleh
menjadi seorang jaguh. Baik sebagai jaguh di tempat belajar, tempat kerja atau di kalangan
masyarakat. Disampaikan secara santai dan selamba, JOM JAGUH menyentuh pelbagai aspek
kehidupan yang antaranya adalah agama, cabaran, cinta, emosi, hobi, kasih sayang, kekuatan
motivasi dan banyak lagi. Terdapat lebih 100 topik yang dibicarakan dalam buku yang comel ini.
Semoga anda terpanggil untuk memaksimumkan potensi diri selepas ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi daripada buku ini ialah saya dapat memperbaiki kelemahan
diri untuk menjadi seorang pendidik yang berdedikasi, bersemangat, ikhlas dan berkeyakinan
untuk menjadi seorang jaguh atau pendidik yang disayangi murid. Selepas membaca buku ini,
saya berasa lebih berkeyakinan untuk terus berkecimpung dalam kerjaya yang mulia ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


Aplikasi yang boleh saya gunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah saya
perlu memotivasikan murid bagaimana untuk menjadi seorang murid yang tidak berputus asa dan
berjaya dalam hidup.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai