Anda di halaman 1dari 1

Orang Cina yang mempunyai kemahiran dalam mengendalikan aktiviti

perlombongan mampu meningkatkan hasil pengeluaran bijih timah di Negeri-negeri


Melayu Semenangjung.

Di samping itu, kemasukan buruh Cina dan India, penggunaan teknologi


pengeluaran yang lebih baik boleh menjimatkan kos dan meningkatkan pengeluaran hasil
ekonomi. Kolonial barat juga telah mengenakan cukai ke atas aktiviti orang Cina
misalnya cukai arak, perjudian, kegiatan pelacuran, kedai pajak, candu dan sebagainya.
Selain hasil keuntungan bijih timah yang dikaut oleh pihak British malah kepada pekerja
yang memberi mereka keuntungan juga seperti orang Cina yang dibebankan dengan
pelbagai cukai.

Kolonialisme Barat yang pernah menjajah Negeri-negeri Melayu Semenanjung, Sarawak


dan Borneo Utara adalah Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1824), British (1824-
1941), (1945-1957) dan Jepun (1941-1945). Revolusi perindustrian yang berlaku di
Eropah telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat berusaha untuk mencari tempat yang boleh
mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil bumi merupakan salah satu
faktor mendorong British menguasai Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak sebagai
tanah jajahannya

Kegiatan perlombongan

Negara perindustrian barat amat memerlukan bijih timah untuk menghasilkan tin
makanan. Permintaan yang semakin tinggi dari negara perindustrian ini mengakibatkan
harga bijih timah semakin meningkat dan sangat menguntungkan pihak kolonial Barat.
Hasilnya, Negeri-negeri Melayu Semenanjung muncul sebagai ranking utama dunia
dalam pengeluaran bijih timah khususnya pada tahun 1880-an dan 1890-an.1

Di Sarawak pula, p

Aktiviti perlombongan merupakan satu kegiatan ekonomi untuk mengukuhkan


kewangan SBBU semasa memerintah di Borneo Utara. Aktiviti perlombongan bijih
timah memberi keuntungan yang lumayan kepada SBBU. Aktiviti perlombongan arang
batu juga dijalankan di Borneo Utara. Arang batu dilombong di Tawau, Sandakan dan
Labuan. Arang batu amat penting untuk kegunaan kapal-kapal wap pada ketika itu.

1
Lim Chong Yah, Economic Development Of Modern Malaya, hlm 42.