Anda di halaman 1dari 17

PENGENALAN

Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para
pelajar selari dengan kehendak agama,norma-norma masyarakat dan undang-undang
sesebuah negara.namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh golongan pelajar
apatah lagi banyak unsur lain yang mempengaruhi perkembangan mental mereka.gejala seperti
ponteng sekolah,ponteng kelas,melawan guru,bersikap anti-sosial,bergaduh,membuli,merokok dan
sebagainya adalah masalah yang sering diperkatakan.

Pekerjaan adalah satu keperluan yang teramat penting kepada manusia. Kehidupan kita
bergantung kepada kerja. Ini kerana ia merupakan sumber ekonomi untuk keperluan. Pekerjaan juga
boleh mengangkat status dan pengiktirafan seseorang individu dalam masyarakatnya. Selainitu,
pekerjaan juga meletakkan nilai dan harga diri seseorang.Agama amat menggalakkan setiap
penganutnya bekerja dan tidak meminta-minta. Ia merupakantuntutan yang perlu dilaksanakan
dengan jujur dan amanah. Dengan pekerjaan inilah kita dapatmemberi nafkah untuk diri dan
keluarga di samping membangun ekonomi bangsa serta negara.kebanyakan mereka yang berjaya
adalah orang yang berdisiplin dalam kerja. Dengan memiliki disiplin membolehkan seseorang itu
menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti.Untuk menjadi pekerja yang berkreativiti dan
berkualiti ini memerlukan banyak kemahiran dan pengalaman diperoleh dengan adanya DISIPLIN.

Disiplin atau tatatertib pekerja merujuk pada kepatuhan pekerja kepada dasar-dasar,
peraturan- peraturan dan prosedur-prosedur organisasi bagi tujuan menjaga ketenteraman di tempat
kerja agar piawai-piawai dan objetif-objektif organisasi dapat dicapai. Tujuan utama sistem displin
adalah untuk memastikan tingkah laku kerja para pekerja tidak bercanggah dengan matlamat-
matlamat organisasi.Tindakan disiplin merupakan hukuman majikan yang dikenakan terhadap
pekerja dengan sebab prestasi yang tidak memuaskan atau kerana salah laku. Prestasi yang tidak
memuaskan dikatakan berlaku apabila seseorang pekerja sentiasa gagal melakukan tugas-tugasnya
dengan cara yang memuaskan, mengikut piawai-piawai yang ditetapkan oleh organisasi. Dalam
keadaan yangdemikian, pihak majikan harus mengenal pasti dan menentukan sebab-sebab
berlakunya prestasiyang tidak memuaskan itu dan berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.
ISU DISIPLIN PEKERJA

Isu disiplin dalam kalangan pekerja boleh berlaku dalam pelbagai cara yang barangkali tidak
dapat kita fikirkan. Tidak kira dimana kita bekerja, isu seperti ini pasti akan terjadi walaupun dalam
peratus yang sedikit. Isu disiplin ini terjadi akibat daripada sikap individu yang tidak mengendahkan
kebajikan syarikat dan orang bekerja dibawahnya. Sesetengah isu ini melibatkan perkara serius dan
mengakibatkan kesan yang teruk kepada individu, syarikat dan sekumpulan orang yang berkaitan
dengan perkara tersebut seperti isu rasuah. Rasuah merupakan salah laku paling besar didalam
sesebuah organisasi walaupun secara jelasnya ia hanya melibatkan pemberi dan penerima rasuah
tetapi kesannya dibawa kepada keseluruhan organisasi tersebut. Jika isu rasuah yang dilakukan
melibatkan pegawai dari sektor kerajaan, maka kesannya adalah lebih buruk kerana ia mampu
menjejaskan nama Negara dan pemimpin Negara. Hal ini kerana, mereka yang memberi dan
menerima rasuah dalam sektor kerajaan adalah berkaitan dengan segala urusan negeri mahupun
Negara dan organisasi kerajaan adalah organisasi utama yang dijadikan rujukan dalam setiap sektor
pekerjaan dan pelbagai urusan harian dari pelbagai pihak.
Antara isu disiplin yang sering didengari pada zaman serba moden ini ialah isu berkaitan
pekerja yang sanggup mengkhianati/menzalimi organisasi dengan melakukan salah laku jenayah
seperti mencuri wang syarikat atau organisasi. Jenayah seperti mencuri ini akan memberikan kesan
yang begitu mendalam terhadap pelaku kerana sekiranya seseorang sudah terjebak didalam kancah
kecurian maka hidup mereka akan berada dalam keadaan yang tidak tenang. Gejala mencuri ini
mungkin berlaku terhadap pekerja akibat daripada ketidakpuasan hati kerana gaji mereka tidak
dinaikkan apabila mereka merasakan diri mereka telah melakukan tugasan yang diberikan dengan
baik dan menunjukkan potensi yang cemerlang di dalam organisasi yang dimana mereka merasakan
mereka berhak untuk mendapat gaji yang lebih untuk pekerjaan mereka. Hakikatnya mereka tidak
menyedari kesilapan yang mereka lakukan sewaktu menjalankan tugas adalah lebih banyak
berbanding usaha mereka dalam menjalankan tugas. Dengan itu berlakunya kecurian dalam syarikat
sewaktu mereka sedang menjalankan tugas. Contohnya seorang bekas juruwang memberitahu
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bahawa dia mencuri di tempat kerjanya kerana tidak berpuas
hati terhadap majikan yang tidak menaikkan gaji dan memberikan komisen kepadanya. Jenayah
mencuri seperti ini sama sekali tidak mendatangkan faedah dan kebaikan kepada si pelaku kerana
akhirnya bekas juruwang itu dikenakan hukuman penjara dan perlu membayar denda.

Rajah menunjukkan keratan akhbar berkaitan kecurian yang dilakukan dalam sektor kerajaan.
Selain itu, apabila jenayah mencuri ini tidak di titikberatkan maka ia akan lebih melarat
kepada jenayah rasuah yang mampu membuat semua pihak tidak senang duduk. Apabila pekerja
atau majikan telah merasakan diri mereka 'kebal' apabila melakukan kecurian didalam organisasi
atau syarikat, mereka akan mula terjebak didalam jenayah rasuah yang mana mampu mengubah
hidup seseorang dengan teruk. Isu rasuah ini kebiasaanya dilakukan oleh kalangan orang-orang
berada seperti pegawai-pegawai atasan, pengarah, dato, tan sri, ketua polis, ahli politik dan perdana
menteri kita sendiri. Fakta ini telah banyak didedahkan didalam media sosial dimana orang-orang
yang berpangkat ini sering terikat apabila ditangkap melakukan jenayah rasuah di dalam jabatan
atau organisasi mereka sendiri. Ini kerana keinginan dan ketamakkan mereka terhadap harta dunia
malah sanggup mengenepikan soal halal haram di dalam agama mereka sendiri. Tindakan ini juga
akan mendorong kepada anak muda mengikuti langkah yang tidak bermoral mereka di dalam
perniagaan dan akan melahirkan generasi yang tidak bertamadun di dalam negara ini. Jika rasuah
yang dilakukan melibatkan syarikat, maka maruah dan nama baik syarikat itu akan terjejas dan
kemungkinan syarikat itu bakal bankrup dan ditutup yang mana bakal meninggalkan ramai pekerja-
pekerja yang menganggur akibat daripada kehilangan kerja dan ini yang dikatakan memudaratkan
orang lain yang tidak tahu menahu dengan rasuah yang dilakukan oleh orang atasan

Rajah diatas menunjukkan keratan akhbar tentang penjawat awam yang melakukan jenayah rasuah
di dalam sektor awam
Seterusnya, ialah tentang isu disiplin pekerja yang paling kerap berlaku didalam negara ini
dan mampu menjadikan pekerja atau majikan yang melakukan kesalahan ini akan menanggung rasa
malu yang tidak terhingga iaitu isu pecah amanah. Isu ini amatlah membimbangkan bagi seluruh
masyarakat buat masa kini kerana hampir setiap hari di dalam akhbar dinyatakan tentang pecah
amanah di dalam perniagaan ataupun segala bentuk amanah yang berikan oleh pemunya. Isu pecah
amanah juga sering diperkatakan dan kerap berlaku di kebanyakkan sektor awam. Jenayah pecah
amanah ini berlaku atas sebab mementingkan diri sendiri dan kebiasaan jenayah pecah amanah ini
sering berkait rapat dengan isu rasuah di negara ini. Pecah amanah kebiasaannya melibatkan
pegawai-pegawai tertinggi didalam organisasi yang dimana telah diamanahkan untuk menjaga
kewangan tersebut dengan baik. Antara pegawai yang sering terlibat ialah pegawai akauntan, kerani
akaun, pegawai eksekutif dan sebagainya.

Rajah diatas menunjukkan keratan akhbar tentang pecah amanah yang dilakukan oleh ahli korporat.
Demikian itu, jenayah yang sering diperkatakan pada masa kini ialah isu gangguan sosial
dan seksual terhadap pekerja. Gangguan seksual adalah sebarang kelakuan berunsur seks yang
sengaja dan tidak dikehendaki, diundang atau diminta. Ia meliputi sentuhan, cubit-cubitan, komen
mengenai rupabadan seseorang, persiulan, pujuk rayu yang berterusan untuk keluar bersama atau
untuk hubungan intim, ataupun pemaparan gambar lucah. Gangguan seksual juga boleh berbentuk
ugutan, misalannya pernyataan yang mengenakan syarat berbentuk seksual atas keadaan di tempat
kerja, samada penentuan gaji, kenaikan pangkat dan sebagainya. Perkara ini termasuklah segala
pertuturan, tingkahlaku, sentuhan fizikal, isyarat secara berulang-ulang yang berunsur seksual di
tempat kerja. Perlakuan-perlakuan ini termasuklah sentuhan tubuh badan yang tidak diingini, dan
pujuk rayu supaya melakukan hubungan seks di tempat kerja.

Rajah diatas menunjukkan keratan akhbar tentang masalah gangguan seksual terhadapa pekerja
wanita di sektor awam.
Sehubungan dengan itu, isu disiplin di tempat kerja juga melibatkan jenayah seperti jenayah
korporat atau jenayah kolar putih yang juga berkait rapat dengan jenayah ekonomi dan jenayah
perdagangan. Maksud jenayah korporat ini ialah jenayah tersebut sebagai aktiviti perniagaan dan
perdagangan yang membabitkan individu, pertubuhan atau orang awam dan merangkumi jenayah
yang boleh menjejaskan ekonomi negara secara terus. Jenayah korporat ini memberi impak yang
jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jenayah konvensional seperti merompak, mencuri, peras
ugut dan penipuan. Jenayah ini dianggap sebagai jenayah kelas atasan boleh menjejaskan prestasi
kewangan organisasi komersial di negara ini. Jenayah ini juga dikenali sebagai jenayah profesional
yang dilakukan oleh individu yang terlibat sepenuh masa dengan jenayah kerjaya dan selalunya
mempunyai kemahiran dan kecekapan tertentu. Contohnya, pemalsuan mata wang, penipuan,
pemalsuan kira-kira dan sebagainya.

Rajah diatas menunjukkan tentang isu jenayah korporat


FAKTOR BERLAKUNYA ISU DISIPLIN PEKERJA
Masalah disiplin pekerja semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor persekitaran
yang berlaku di tempat kerja. Isu disiplin yang berlaku dalam kalangan pekerja berpunca dengan
pelbagai faktor. Berikut merupakan faktor yang mempengaruhi masalah disiplin.

Antara faktor berlakunya isu disiplin yang mendorong kepada masalah disiplin pekerja ialah
pekerja telah bosan yang mana purata tempoh maksimum bagi seseorang pekerja berada di
sesuatu unit dengan melakukan kerja yang sama adalah 2 tahun. Pekerja muda (gen-Y terutamanya)
cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu selepas tempoh tersebut. Majikan harus memastikan
pekerja tidak bosan dan mencari cabaran baharu di organisasi lain.

Selain itu, isu disiplin ini didorong oleh pekerja yang hilang kepercayaan terhadap
majikan. Tanda-tanda pekerja yang telah hilang kepercayaan terhadap majikan adalah tidak
mengikut peraturan, tidak menepati masa, dan mempersoalkan arahan majikan. Ini disebabkan oleh
maklumbalas negatif majikan terhadap pekerja. Bagi mengatasi masalah ini, majikan perlu
melibatkan pekerja dalam pembuatan keputusan, memberi lebih maklumbalas yang positif,
memberi ganjaran kepada hasil kerja yang baik, dan menjadi contoh teladan.

Seterusnya, faktor yang mendorong kepada isu disiplin juga ialah masalah komunikasi
antara majikan dan pekerja yang mengakibatkan pekerja hilang fokus terhadap matlamat organisasi
dan perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh pihak pengurusan tertinggi. Antara punca
masalah komunikasi adalah kerana pekerja tidak digalakkan untuk meluahkan pandangan atau idea
mereka.

Sehubungan dengan itu, isu disiplin yang berlaku adalah berkaitan dengan isu yang mana
majikan tidak memberi pengiktirafan yang sewajarnya iaitu majikan sering menegur kesilapan
pekerja tetapi jarang untuk memuji pekerja yang berprestasi tinggi. Bahkan rakan-rakan sekerja
juga perlu diberitahu mengapa seorang pekerja yang baik diberi pengiktirafan. Ini membolehkan
pekerja yang baik itu mendapat penghormatan dari rakan-rakan sekerjanya yang lain.

Demikian itu, masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pekerja ialah kurangnya
maklumbalas daripada majikan yang bermaksud majikan seringkali gagal berbincang tentang
prestasi kerja bersama pekerjanya. Justeru, pekerja tidak tahu sama ada hasil kerjanya menepati
kehendak dan sasaran majikan. Majikan sewajarnya berjumpa secara berkala dengan pekerja untuk
memberi maklumbalas.
HUBUNGKAIT ANTARA ISU DISIPLIN DAN TEORI ETIKA

RASUAH - Menurut teori keperibadian mulia, etika adalah berkaitan dengan keperibadian, sifat
perangai dan ciri watak yang mulia. Teori ini mula-mula sekali dikemukakan oleh Aristotle.
Menurut beliau bahawa keperibadaian yang mulia ini boleh dimiliki dan diperoleh oleh individu
melalui latihan dan mengamalkannya selalu sehingga menjadi satu tabiat atau kebiasaan yang
menyeronokkan dan menyenangkan. Teori ini menyatakan bahawa setiap keperibadian yang mulia
merupakan “jalan tengah”, iaitu sesuatu nilai yang diamalkan itu adalah tidak berlebihan dan tidak
juga terlalu kurang. Contohnya, seseorang yang mengamalkan nilai berani hendaklah mengelakkan
diri daripada perkara yang terlalu merbahaya tetapi bukan semua bahaya. Teori ini menekankan
cara-cara ideal untuk individu menjadi seorang insan yang mulia.

Pada pandangan saya, teori ini bersesuaian dengan pelbagai isu moral seperti pecah amanah
yang semakin menjadi barah kepada umat manusia pada masa kini. Apabila seseorang telah taksub
terhadap diri sendiri sehinggakan melupakan kesan yang akan terjadi sekiranya melakukan hal
tersebut.Teori keperibadian mulia ini begitu perlu di dalam diri seseorang dan juga sepatutnya
dijadikan prinsip kehidupan disamping mengamalkan sikap dan nilai murni yang berterusan dalam
kehidupan seharian. Oleh itu, setiap orang terutamanya mereka yang berada dalam bidang
professional perlu mengamalkan perkara positif yang mampu menjamin kehidupan mendatang.
MENCURI - Menurut teori wajiban yang diasaskan oleh Immanuel Kent. Teori ini juga dikenali
juga sebagai deontologist yang membawa maksud bukan akibat. Asas pemikiran teori ini lebih
menekankan prinsip tanggungjawab dan tidak terikat dengan akibat sesuatu tindakan iaitu dengan
melakukan tidakan yang betul. Menurut pengasas teori ini, melakukan tindakan baik seperti berlaku
adil, jujur, simpati, dan sebagainya tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh individu. Teori juga
membincangkan tentang nilai moral atau tindakan yang tidak boleh dinilai kesudahannya
(hasil/kebaikan yang akan diperolehi) kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan
hasilnya semasa tindakan atau keputusan tersebut dibuat. Nilai bermoral sesuatu tindakan
sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu dalam membuat keputusan dan melakukan
tindakan. Dalam kata lain bagi memilih tindakan moral yang betul, kita perlu memahami obligasi
atau kewajipan moral kita dan apakah peraturan yang betul yang sedia ada untuk kita melakukan
kewajipan tersebut. Andaian dalam teori ini apabila melakukan sesuatu kewajipan menunjukan kita
bermoral manakala jika gagal mengikut kewajipan maka kita berkelakuan tidak bermoral.
PECAH AMANAH - Umum mengetahui isu pecah amanah ini sememangnya tidak asing dalam
dunia keusahawanan dan perniagaan terutamanya tertumpu dalam kalangan korporat yang boleh
dikatakan telah lama menetap dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Isu ini sewajarnya
dititikberatkan oleh semua orang dan perlu diberi perhatian yang penuh oleh pihak-pihak berwajib
dan sekiranya isu ini diperlekehkan maka ia akan meninggalkan kesan negatif dalam kalangan
orang ramai yang mungkin menganggap perkara ini adalah biasa dan tidak salah. Dengan itu ia
mengakibatkan profesion seseorang itu terjejas dan memburukkan nama syarikat dan institusi
terlibat. Isu ini sesuai dikaitkan dengan teori keperibadian mulia yang mengetengahkan sifat mulia
sebagai suatu keperluan dalam diri setiap manusia untuk membolehkan seseorang melaksanakan
perkara rasional secara berkesan.

GANGGUAN SEKSUAL – Belakangan ini isu jenaya gangguan seksual di Negara ini semakin
membimbangkan dan beratap ditahap kronik kerana ia melibatkan pelbagai peringkat usia di
kebanyakkan profesion dan pekerjaan. Pada pandangan saya, isu jenayah sebegini bersesuaian
dengan teori hak asasi kerana teori ini mencirikan bahawa hak asasi ini adalah konsep hak
kebajikan terhadap seseorang yang dicabul maruahnya. Konsep kebajikan ini akan membentuk satu
masyarakat yang menjadi lebih bertanggungjawab dan menghormati pihak lain di samping dapat
dapat menunjukkan sifat keperihatinan terhadap masyarakat disekeliling demi mendapat kehidupan
yang lebih selesa dan sejahtera. Kebanyakkan isu ini tertumpu pada golongan perempuan yang
berumur 40-an ke bawah dan menurut kajian, di Malaysia gangguan seksual yang berlaku adalah
akibat daripada cara seseorang perempuan berpakaian, berkomunikasi dan keadaan tempat kerja
mereka. Namun demikian, sebab lain yang membolehkan perkara ini terjadi adalah sifat seseorang
yang kurang moral dan kesedaran prinsip kemanusiaan. Ia menunjukkan sikap seseorang yang
biadab dan tidak menghormati orang dengan melakukan gangguan seksual. Oleh itu, setiap pekerja
tidak kira lelaki atau perempuan perlu menjaga gerak geri, tutur kata, pemikiran dan cara mereka
berpakaian bagi mengelakkan perkara seperti gangguan seksual ini berlaku.
JENAYAH KORPORAT – Deontologi adalah dari istilah bahasa Greek yang merujuk kepada
tanggungjawab atau kewajipan seorang individu. Mengikut teori etika ini, ia menyatakan nilai
moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya (hasil/kebaikan yang akan didapati)
kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan/keputusan
tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat
seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan. Selain itu, Deontologi berasal dari
perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan". Teori ini menegaskan
bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-
akibat tindakan tersebut. Jika seseorang pekerja mengetahui tanggungjawab dan kewajiban mereka
terhadap pekerjaan, pekerja tidak akan melanggar disiplin kerja yang ditetapkan untuk memastikan
pekerja bekerja dalam keadaan yang selamat dan selesa
LANGKAH MENYELESAIKAN ISU DISIPLIN PEKERJA

Masalah pekerja dalam syarikat adalah satu perkara biasa. Bukan sahaja syarikat kecil tetapi
syarikat besar juga menghadapi masalah yang sama. Bagi usahawan yang baru sahaja bermula,
tentunya perkara ini menjadi ketakutan buat mereka untuk mengambil pekerja sehingga ada yang
membuat keputusan untuk menjalankan semua perkara dengan sendirinya. Tetapi, dalam tempoh
tertentu jika syarikat mula berkembang atau bertambah cawangan, tidak ada cara lain melainkan
dengan pertambahan pekerja untuk membangunkan syarikat tersebut. Setiap usahawan wajib tahu
semua perkara tetapi tidak perlu untuk melakukan kesemua perkara. Mahu atau tidak, mereka perlu
berhadapan dengan realiti pekerja yang bermasalah. Usaha dalam membuahkan hasil jika pelbagai
langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang
lama di Negara ini ialah dengan berbincang dan bersemuka dengan pekerja. Bemaksud membuat
perbincangan secara bersemuka dengan individu tersebut, dan cari punca perkara yang
menyebabkan individu tersebut tidak mencapai KPI atau terlibat dengan masalah disiplin. Ia
dikategorikan kepada tiga elemen untuk mencari punca kepada masalah yang dihadapi oleh pekerja
iaitu kemahiran, tingkah laku dan ilmu. Kebiasaannya pekerja akan mempunyai masalah antara tiga
faktor tersebut.

Selain itu, sistem ganjaran pekerja juga wajar dilakukan oleh pengurus bagi mengelakkan
isu disiplin dari terjadi. Perkara ini boleh dilakukan dengan memberikan ganjaran untuk pekerja
yang berkhidmat dengan cemerlang seperti memberi bonus, anugerah atau pakej percutian mengikut
kategori seperti kedatangan pekerja cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya.
Sistem ganjaran ini secara tidak langsung akan memberikan semangat kepada setiap pekerja untuk
memberikan hasil kerja yang terbaik dan secara tidak langsung membentuk disiplin mereka.

Seterusnya, membuat pemantauan terhadap pekerja juga mampu membantu menangani isu
disiplin dan secara tidak langsung pengurus dapat mengetahui aktiviti pekerja mereka. Ia
bermaksud walau sesibuk mana tugas sebagai ketua, mereka perlu meluangkan sedikit masa untuk
berjumpa pekerja, berkomunikasi dengan mereka, ambil tahu apa yang berlaku & tunjukkan yang
keprihatinan. Secara tidak langsung pekerja akan berasa selesa untuk berkongsi permasalahan
mereka. Keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat dalam sesebuah organisasi tersebut.
Di samping itu, setiap pengurus perlu mengambil langkah pembetulan jika pekerja
bermasalah dan enggan memperbaiki diri dan kerja mereka selepas sesi kaunseling, maka pengurus
hendaklah mengambil tindakan disiplin secara berperingkat seperti potongan gaji, potongan elaun,
mengehadkan cuti dan sebagainya. Pembuangan pekerja adalah tindakan terakhir yang tidak boleh
dielakkan lagi sekiranya isu disiplin semakin melarat.

Berikutan itu, amalan toleransi juga boleh diamalkan oleh semua pihak sama ada pengurus
mahupun pekerja perlu mengamalkan sikap ini. Masalah kerja mungkin timbul akibat sikap yang
berbeza dan tak sependapat. Oleh yang demikian, toleransi perlu dijaga supaya tiada perbalahan
antara pekerja dengan pekerja atau pekerja dengan pengurus di tempat kerja.Intijahnya, semua
pihak memainkan peranan yang penting dalam membentuk sikap yang positif supaya perbalahan
tidak berlaku dan sentiasa sependapat.

Lantaran itu, pengurus juga boleh ambil langkah pembetulan dengan memberikan notis
berhenti kerja kepada pekerja yang bermasalah. Jika pekerja bermasalah enggan memperbaiki diri
dan kerja mereka, ambillah tindakan disiplin secara berperingkat seperti pembuangan pekerja untuk
tindakan terakhir yang tidak boleh dielakkan. Jika pekerja tetap tidak berubah kearah kebaikan,
maka pengurus boleh membuang pekerja yang bermasalah tersebut supaya syarikat tidak
menanggung risiko yang lebih berat lagi. Oleh yang demikian, pekerja perlu memberikan ruang
kepada diri sendiri untuk berubah supaya prestasi dan hasil kerja lebih berkualiti serta mendapat
kepercayaan kepada pengurus.
LANGKAH MENYELESAIKAN ISU DISIPLIN PEKERJA

Sememangnya pekerja bermasalah wujud di mana-mana organisasi, tidak kira sama ada
kecil atau besar. Pekerja bermasalah pula tidak semestinya terdiri daripada mereka yang berpangkat
rendah tetapi juga golongan atasan. Untuk menangani pekerja yang bermasalah bukanlah suatu
perkara yang mudah untuk dilakukan. Namun, ia harus dibendung secepat mungkin oleh pihak yang
bertanggungjawab. Hal ini kerana ia boleh membuat organisasi itu sendiri kehilangan pekerja yang
komited dengan tugas mereka, dek kerana bosan berurusan dengan pekerja yang sering memberi
masalah kepada mereka. Sebagai seorang ketua yang mahukan perubahan supaya pekerjanya
disiplin dan komited dengan kerja, ia perlu mengetahui cara untuk mengatasi masalah ini seperti :

Sebagai seorang majikan didalam organisasi, kita seharusnya membuat suatu perjumpaan
bersama pekerja dan melakukan perbincangan secara bersemuka dengan individu tersebut, dan
mencari punca yang menyebabkan individu tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak
sepatutnya, khususnya ponteng kerja dan melaksanakan tugas dengan sambil lewa tanpa rasa
bertanggunjawab sebagai seorang pekerja di sesebuah organisasi. Apakah perkara utama atau
masalah utama yang membuatkan mereka melakukan kesalahn tersebut. Mulakan perbualan atau
perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar pekerja tahu
bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami isi hati pekerja secara
lembut tanpa paksaan.

Seterusnya, ialah melakukan pemantauan terhadap para pekerja. Walau sesibuk manapun
tugas anda sebagai ketua pejabat, luangkan masa untuk selalu berjumpa pekerja-pekerja anda tidak
kira pekerja yang bermasalah dan tidak bermasalah dengan berkomunikasi dengan mereka, supaya
jurang antara bos dengan pekerja dapat dikurangkan dan pekerja selesa untuk berkongsi
permasalahan mereka. Hal ini kerana, keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat dalam
sesebuah organisasi tersebut. Apabila hubungan antara majikan dan pekerja dapat dieratkan, maka
para pekerja akan merasakan diri tidak terlalu terbeban dengan apa kehendak atau kemahuan
majikan mereka.

Disamping itu, sekiranya sistem yang dilaksanakan oleh majikan terhadap pekerja ini dapat
dilakukan, maka para pekerja akan sentiasa bersedia dan bersemangat untuk memulakan kerja
dengan keadaan yang baik. Sistem yang dimaksudkan diatas adlah sistem ganjaran pekerja.
Organisasi harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat dengan
cemerlang mengikut kemampuan organisasi itu sendiri, seperti memberi bonus, anugerah ataupun
pakej percutian kepada pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan, mengikut kategori seperti
kedatangan pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya

Akhir sekali, para majikan juga perlu menyediakan ruang kenaikan pangkat/gaji kepada
pekerja. Sediakan ruang kenaikan pangkat atau gaji kepada pekerja yang berpotensi dan cemerlang
dalam organisasi anda. Kaedah ‘reward’ merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh
sesebuah syarikat bagi mengelakkan pekerja mereka yang cemerlang, berpindah ke syarikat lain
yang menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada mereka. mereka Para pekerja akan lebih
bersemangat untuk melaksanakan tugas mereka jika ada ‘reward’ yang sedang menanti mereka.
Selain itu, secara tidak langsung persaingan sihat akan wujud dalam organisasi anda
RUMUSAN

Dengan adanya kajian ini, didapati ada beberapa pengajaran yang boleh dijadiakn teladan
oleh pekerja, pengurus dan masyarakat. Antaranya ialah setiap pekerja mestilah bertanggungjawab
dalam melaksanakan tugas mereka. Hal ini kerana setiap tugas yang dijalankan dengan
tanggungjawab mampu memberikan kepuasan kepada diri sendiri dan juga orang lain selain mampu
mengangkat kebolehan diri dalam melaksanakan tugas dan dipercayai oleh orang lain. Jika pekerja
melakukan perkara sebaliknya, maka pekerja bakal hilang kepercayaan dari pengurus dan orang
yang berurusan dengan mereka akibat daripada sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap tugas memerlukan masa dan waktu yang sesuai untuk
menyempurnakan sesuatu tugas, namun sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab pekerja
perlu memastikan setiap tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam tempoh waktu yang
ditetapkan dan pekerja harus bijak dalam menguruskan masa untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan.

Peranan disiplin dalan kehidupan seharian manusia amat penting,dengan kehidupan yang
lebih berdisiplin kita akan lebih disenangi banyak pihak antaranya majikan tempat kita bekerja,ahli
organisasi yang kita sertai,sahabat handai dan juga masyarakat setempat,dengan adanya disiplin
yang tinggi ia akan menjamin peluang kerjaya kita dan seandainya kita adalah seorang pekerja ia
akan membantu kita mendapat layanan yang setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan.
RUJUKAN

1.PakarHRCOM, 19 Sept 2017, masalah disiplin pekerja


https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-disiplin-pekerja/
2.Roslan Tiran, 15 Jan 2018, Masalah biasa yang dihadapi oleh organisasi dan cara
mengatasinya
https://leaderonomics.com/bm/artikel/masalah-biasa-yang-dihadapi-organisasi
3.SidangRedaksiBinaInsan, 5 May 2015, tip tangani pekerja bermasalah
http://www.binainsan.com/tip-tangani-pekerja-bermasalah/
4.5 Jan 2018, Teori Etika
https://joshuaig.wordpress.com/2016/01/05/basis-teori-etika-beserta-contoh-nya/

Anda mungkin juga menyukai