Anda di halaman 1dari 4

Task 2: Bincangkan dengan rakan2 anda tentang peranan perlembagaan dalam

mewujudkan hubungan etnik yang baik dalam kehidupan pelajar di universiti.

Isu-isu hubungan etnik di kalangan pelajar-pelajar universiti.

1) Perkongsian Bilik
i. Pelajar lebih selesa dengan etnik yang sama, tidak mahu sebilik
dengan kaum lain.
ii. Pelajar yang tidak beragama Islam disatukan dengan kaum Cina atau
India.
iii. Pelajar yang asal kaum lain yang beragama Islam digabungkan
dengan kaum Melayu.
iv. Perkara di sini jelas menunjukkan isu perkongsian bilik diagihkan
mengikut agama / kaum iaitu antara Melayu, Cina dan India.

2) Bilik Kuliah
i. Pelajar lebih suka duduk mengikut puak-puak kaum sendiri. Contoh:
kaum Cina yang rapat dengan kaum Melayu atau kaum India akan
dipulaukan oleh kaumnya sendiri, begitu juga sebaliknya.
ii. Pelajar-pelajar tidak bercampur kaum dalam tugasan berkumpulan.

3) Persatuan-Persatuan
i. Mahasiswa lebih berminat memilih persatuan berasaskan kaum atau
agama.
ii. Jarang buka keahlian kepada semua kaum.
iii. Seharusnya membentuk satu kerajaan mahasiswa yang berkongsi
kuasa.
iv. Perwakilan pelajar daripada kaum yang berbeza akan mewujudkan
kesamarataan.

4) Interaksi
i. Kurang pergaulan antara mahasiswa pelbagai kaum menjurus kepada:
ii. Sukar menyelami hati budi kaum lain, tidak dapat merasakan cara
berfikir dan pendekatan kepelbagaian kaum dalam menyelesaikan
sesuatu masalah.
iii. Tidak dapat memahami tradisi, budaya dan prinsip agama masing-
masing dalam pergaulan, pembicaraan dan penyelesaian konflik
ketika berlaku konflik atau seumpamanya.
iv. Penggunaan bahasa ibunda masing-masing ketika berkomunikasi.
v. Jarang wujudnya ‘meja majmuk’ seperti di perpustakaan, di cafeteria
atau ketika berbual-bual, berkumpul atau berjenaka.

5) Tugas Pensyarah
i. Tinggal sebilik bercampur etnik.
ii. Membentuk kumpulan kerja bercampur etnik.
iii. Melakukan program merapatkan pelbagai etnik.
iv. Menceritakan tentang zaman pra-merdeka.
6) Persepsi Mahasiswa
i. Melakukan keselesaan interaksi ketika perbincangan tutorial dan
penglibatan pelbagai etnik dalam kerja kumpulan atau berpersatuan.
ii. Menggalakkan percampuran individu/ kelompok/ organisasi serta
komuniti.
iii. Mengelak atau mencari kesesuaian apabila timbul perbezaan
perwatakan dikalangan ahli kumpulan.

7) Peranan-peranan kerajaan dalam Strategi Pendidikan.


i. Pengwujudan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi.
ii. MAGERAN ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969.
iii. Majlis Penasihat Perpaduan Negara ditubuhkan pada 23 Febuari 1971
selepas pembubaran MAGERAN dan ia bertanggungjawab memupuk
dan memelihara perpaduan antara kaum dan dibawah seliaan Jabatan
Perpaduan Negara.

8) Beberapa aspek yang perlu diberi penekanan.


i. Menggalak wujud sistem satu persekolahan dari peringkat pra hingga
universiti, satu bahasa perantaraan, kurikulum dan kokurikulum yang
seragam serta peperiksaan yang sama dan jenis persijilan yang
mempunyai pengiktirafan yang sama.
ii. Penyediaan kemudahan pengajaran dan pembelajaran bahasa kaum-
kaum di negara ini di peringkat sekolah menengah dan rendah.
iii. Sekolah satu kaum sahaja (SJK) diberi peluang untuk berinteraksi
dengan pelajar serta guru sekolah kebangsaan melalui penyertaan
acara sukan dan kokurikulum, acara sosial, khemah kerja dan
sebagainya.
iv. Kurikulum sekolah rendah dan menengah diberi tumpuan dalam aspek
pembinaan negara bangsa dan sejarah negara, budaya dan adat resam
kaum-kaum di Malaysia, agama dan kepercayaan utama negara.
v. Pendidikan dan kokurikulum menerapkan sikap dan nilai yang
mendokong kepada pencapaian perpaduan negara.
vi. Pendidikan sepanjang hayat melalui program pendidikan yang
dijalankan oleh pelbagai pihak dan agensi.
vii. Penggunaan bahasa kebangsaan merupakan satu strategi yang
berkesan bagi memupuk rasa harmoni dan perpaduan antara kaum.
viii. Perlembagaan memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan akan terus dilaksanakan bagi mengembangkan
kemajuan dan penggunaannya dalam semua bidang.

Anda mungkin juga menyukai