Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH DUNIA (1500-1955)

Tingkatan : 6B2
Tajuk : 3.2 Intelektual
3.3.2 Sumbangan tokoh
Kawasan Kajian/Masa: England dan Perancis (abad ke-17-19)
Hasil Pembelajaran : Calon seharusnya dapat:
(b) menilai idea dan sumbangan tokoh:
(i) Charles Louis Montesquieu; (ii) Adam Smith;
(iii) Jean Jacques Rousseau.

CHARLES LOUIS MONTESQUIEU


Charles-Louis de Secondat, Baron de La Brède et de Montesquieu,
generally referred to as simply Montesquieu, was a French lawyer,
man of letters, and political philosopher who lived during the Age of
Enlightenment.
Born: January 18, 1689, La Brède, France
Died: February 10, 1755, Paris, France
Education: College of Juilly (1700–1711)
Spouse: Jane de Lartigue (m. 1715–1755)
Influenced by: John Locke, Thomas Hobbes, Aristotle

IDEA DAN SUMBANGAN CHARLES LOUIS MONTESQUIEU


Latar belakang
Charles Louis Montesquieu dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18 Januari
1689. Berasal daripada keluarga aristokrat dan meninggal dunia pada 10 Februari 1775. Beliau
merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan berjaya menjadi peguam pada
tahun 1708. Beliau tokoh pemikir politik Perancis yang banyak memberikan sumbangan dan idea
semasa Zaman Pencerahan (Enlightenment). Bapa saudaranya menjadi Penasihat Parlimen
Bordeaux. Selepas bapa saudaranya meninggal dunia pada tahun 1716, Montesquieu telah dilantik
sebagai Presiden Parlimen Bordeaux.

IDEA DAN SUMBANGAN DALAM BUKU SPIRIT OF THE LAWS


Antara idea utama diutarakan oleh Charles Louis Montesquieu ialah idea politik pemerintahan yang
telah diperkenalkan melalui doktrin pengasingan kuasa. Teori ini dibincangkan melalui karyanya,
Spirit of The Laws. Karya ini telah memberikan kesan mendalam sama ada dalam bidang
intelektual mahupun dalam amalan bidang politik dan pemerintahan terhadap negara-negara di
dunia. Perkara yang dibincangkan dalam karya ini termasuklah bentuk-bentuk pemerintahan, adat
kebiasaan dan iklim, masalah ekonomi dan masalah agama.

Beliau menjelaskan bahawa konsep pengasingan kuasa dalam pemerintahan terbahagi kepada tiga
buah badan bebas, iaitu badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman. Ketiga-tiga
badan tersebut mempunyai bidang kuasa tersendiri dan setiap cabang pemerintahan tidak
mencampuri urusan badan lain.

Doktrin ini dikemukakan kerana beliau menentang pemerintahan berkuasa mutlak. Menurut beliau,
kuasa pemerintahan di Perancis perlu dibahagikan antara parlimen, golongan bangsawan, estet-estet

1
provinsi, majlis perbandaran dan pihak gereja. Pemusatan kuasa dalam sistem monarki berlaku
secara berleluasa kerana raja mempunyai kuasa yang tidak terbatas dalam semua bidang.

Beliau berpendapat jika kuasa menggubal undang-undang (legislatif) dan kuasa memerintah
(eksekutif) dimiliki oleh orang yang sama, pasti kebebasan tidak akan wujud kerana pihak
pemerintah akan menggubal undang-undang yang zalim supaya mereka terus berkuasa. Kebebasan
juga tidak akan berlaku jika hakim-hakim tidak diberi kebebasan untuk melaksanakan tugasnya.
Menurutnya, pengasingan kuasa ini perlu supaya penyalahgunaan kuasa dapat dielakkan.
Doktrinnya mempunyai pengaruh dalam penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun
1787.

Satu idea lagi yang disumbangkannya melalui buku Spirit of The Laws ialah beliau menegaskan
bahawa kerajaan yang berbeza-beza dibentuk berdasarkan iklim dan keadaan tertentu. Beliau
berpendapat bahawa pemerintahan mutlak sesuai untuk memerintah di sebuah empayar yang luas.
Sistem demokrasi pula subur di negara kecil. Idea beliau masih diperdebatkan sehingga hari ini.

IDEA DAN SUMBANGAN DALAM BUKU THE CONSIDERATIONS ON


THE CAUSES OF THE GRANDEUR AND DECADENCE OF THE ROMANS

Melalui karya The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans
yang diterbitkan pada tahun 1734, Montesquieu memaparkan sejarah kebangkitan, kegemilangan
dan kejatuhan kerajaan Rom. Montesquieu menyatakan untuk memahami kegemilangan dan
kejatuhan sesebuah empayar, seseorang harus memahami masyarakatnya. Beliau juga mengkaji
peristiwa yang menimpa tentera Rom yang akhirnya membawa kepada kejatuhannya. Selain
kesetiaan tentera kepada pemimpin dan bukan kepada negara, pertambahan bilangan tentera upahan
telah melemahkan semangat tentera Rom yang sebenarnya merupakan nadi kepada empayar Rom.

Montesquieu telah menunjukkan cara beliau menginterpretasikan sebab dan akibat sejarah dengan
memfokuskan kepada sebab-sebab tersirat dari segi sosial dan moral bagi kejatuhan kerajaan Rom.
Beliau digelar ahli sosiologi pertama kerana sumbangannya dalam mengkaji kesan dan akibat sosial
dan fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia.

Melalui karya ini, Mostesquieu telah mengenal pasti beberapa faktor yang menjadi punca kejatuhan
empayar Rom. Penambahan bilangan tentera upahan dan pemberian taraf kewarganegaraan kepada
warga asing yang kurang setia kepada negara menjadi penyumbang kepada kemerosotan empayar
Rom. Selain itu, sikap tamak kepada harta rampasan perang di wilayah-wilayah yang ditakluki
menyebabkan sebahagian masyarakat meninggalkan pekerjaan dalam bidang kemahiran dan
perniagaan. Kemerosotan moral dalam kalangan anggota masyarakat seperti ini membawa kepada
kejatuhan empayar Rom.

2
IDEA DAN SUMBANGAN DALAM BUKU LETTERS PERSANES
Melalui karyanya , Letters Persanes yang diterbitkan pada tahun I72l , beliau telah mengkritik
masyarakat Perancis terutamanya kerana kemerosotan moral pada penghujung zaman pemerintahan
Raja Louis XIV dan Raja Louis XV. Karya ini mengisahkan dua orang Persia yang bernama Usbek
dan Rica yang mengembara ke Perancis. Semasa pengembaraan, isteri-isteri mereka dikawal oleh
sida yang bertanggungjawab menjaga keselamatan isteri-isteri tersebut.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan kepada Perancis
semasa Zaman Pencerahan terutamanya dalam sistem pemerintahan. Tidak hairanlah jika doktrin
pengasingan kuasa yang diketengahkannya mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan
di dunia hari ini.

Soalan peperiksaan STPM

Bil. Soalan Tahun

1. Huraikan tiga idea Adam Smith dalam bukunya yang berjudul The Wealth of 2017
Nation. dan
U2016

Latihan

1. Bincangkan idea utama yang dikemukakan oleh Montesquieu dalam karya “The Spirit of the
Laws”.

Anda mungkin juga menyukai