Anda di halaman 1dari 10

Sejarah Tingkatan 4

Bab 2 : Peningkatan Tamadun


Soalan Kertas 3

Tema/Tajuk : Tamadun Awal Asia Tenggara


khusus:
Bincangkan peningkatan tamadun manusia dalam bidang pendidikan dan menghubung
kaitkannya dengan kecemerlangan Malaysia pada hari ini.

Peringatan :
Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.
Format Perincian Markah Penuh
1. Pengenalan
Jelaskan latar belakang aspek pendidikan dalam
Pengenalan 5 markah
peningkatan tamadun awal manusia.

2. Pemahaman

Pendidikan merupakan asas kepada peningkatan aspek


sosial dalam sesebuah tamadun.
Terangkan ciri-ciri pendidikan dalam peningkatan
30 markah
tamadun berikut :
i) Tamadun Yunani
ii) Tamadun Rom
iii) Tamadun China

3. Menganalisis

Jelaskan peningkatan tamadun Yunani dan Tamadun 15 markah


China dalam aspek falsafah.

4. Mengaplikasi
Isi dan
Huraian
Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia
15 markah
untuk menjadikan negara ini sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia?

5. Menilai

Buktikan kejayaan Malaysia sebagai pusat


10 markah
kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia.

6. Menjana idea

(i) Terangkan masalah yang dihadapi oleh negara kita


dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan bertaraf 10 markah
dunia.
(ii) Cadangkan strategi-strategi yang sesuai untuk
mengatasi cabaran di atas.
7. Penerapan nilai murni/iktibar/patriotisme

Nyatakan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh


10 markah
warganegara Malaysia ke arah mewujudkan
masyarakat yang berilmu.

8. Rumusan

● Pengetahuan yang diperoleh


Kesimpulan 5 markah
● Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
● Harapan calon

KERTAS 3

1. Jelaskan latar belakang aspek pendidikan dalam peningkatan tamadun


manusia. (m/s 53)

F1 Pendidikan menjadi asas atau tonggak dalam peningkatan sosial 1

F2 Pendidikan membantu manusia meningkatkan tahap intelek 1

F3 Seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang yang lain 1

F4 Dalam tamadun Yunani, pendidikan bertujuan melahirkan manusia yang 1


seimbang dari sudut rohani dan jasmani

F5 Perkembangan pendidikan di Yunani berlaku berikutan penubuhan sekolah 1


falsafah

F6 Athens berkembang menjadi pusat cendekiawan Yunani semasa pemerintahan 1


Pericles

F7 Dalam tamadun Rom, pendidikan menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan 1
semangat setia kepada negara

F8 Dalam tamadun China, matlamat pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan 1


awam kerajaan

F9 Kemajuan pendidikan mampu melahirkan sejarawan/ahli pemikir dalam bidang 1


sains dan teknologi

( Mana-mana 5 isi x 1 m ) (5m)

2. Pendidikan merupakan asas kepada peningkatan aspek sosial dalam


sesebuah tamadun. (m/s 53-54)
Terangkan ciri-ciri pendidikan dalam peningkatan tamadun berikut :

(i) Tamadun Yunani

F1 Pendidikan di Sparta bermatlamat untuk melahirkan tentera/askar yang 1


sempurna, dan gagah perkasa.

F2 Memberi taat setia kepada negara kota 1

F3 Pendidikan mementingkan latihan fizikal 1

F4 Mengutamakan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding 1


dengan pendidikan mental.

F5 Pendidikan di Athens bertujuan untuk melahirkan manusia yang seimbang dari 1


segi rohani dan jasmani.

F6 Manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan fizikal 1
dan mental.

F7 Memberi sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia 1

F8 Pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca, menghafal, 1


dan menulis dititikberatkan di Athens.

F9 Sekolah falsafah berkembang di Athens, Thebas, Elea, dan Miletus. 1

F10 Melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodotus. 1

F11 Melahirkan pemikir dalam bidang sains dan teknologi seperti Thales, 1
Anaximander, Heraclitus, dan Anaxagoras.

(mana-mana 10 isi x 1m) (10 m)


(ii) Tamadun Rom

F1 Menekankan aplikasi ilmu yang praktikal 1

F2 Menekankan semangat setia kepada Rom 1

F3 Melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan, dan jalan 1
raya

F4 Melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang menulis tentang kegemilangan 1


Rom

F5 Banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani 1

(mana-mana 5 isi x 1m) (5m)


(iii) Tamadun China

F1 Matlamatnya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan 1

F2 Pendidikan untuk pentadbiran 1

F3 Terdapat tiga peringkat pendidikan. 1


1
F4 Peringkat rendah tertumpu kepada mengekal dan menghafal tulisan ideogram
dan sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya
1
F5 Peringkat menengah tertumpu kepada karangan dan sastera
1
F6 Peringkat tinggi tertumpu kepada menterjemah buku suci
1
F7 Peperiksaan awam mempunyai tiga tahap
1
F8 Tahap pertama Hsiu Tai, setaraf dengan ijazah pertama.
1
F9 Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah
1
F10 Mereka yang lulus ijazah pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan
1
F11 Tahap kedua Chun-Jen, setaraf dengan sarjana
1
F12 Peperiksaan tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah
1
F13 Tahap ketiga Chin Shih , setaraf dengan doktor falsafah
1
F14 Tahap ketiga dijalankan di istana, iaitu di hadapan maharaja
1
F15 Mereka yang ijazah ketiga berpeluang menjadi pendidik
1
F16 Peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun
1
F17 Peperiksaan tahap kedua dan tahap ketiga diadakan tiga tahun sekali
1
F18 Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat
1
F19 Mereka yang didapati meniru akan dikenakan hukuman mati
1
F20 Pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan untuk mengelakkan
sebarang penipuan 1

F21 Calon ditempatkan di dalam bilik dan disediakan makanan 1

F22 Calon dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan 1

F23 Peperiksaan awam tertua 1


F24 Umur calon tidak terhad 1
(mana-mana 15 isi x 1m)

(15m)

3. Jelaskan peningkatan tamadun Yunani dan Tamadun China dalam aspek


falsafah. (m/s 55-57)

(a) Falsafah Yunani

F1 Socrates 1

H1a Perbincangan melalui kaedah soal jawab 1

H1b Berusaha mencari unsur-unsur dalam kehidupan 1

H1c Unsur masyarakat bahagia 1

H1d Persoalan tentang manusia dan masyarakat 1

F2 Plato 1

H2a Masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli 1
falsafah

H2b Mengasaskan akademi falsafah di Athens 1

H2c Karyanya ialah Republic 1

H2d Memberikan maklumat mengenai falsafah Socrates dalam tulisannya 1

F3 Aristotle 1

H3a Mendalami bidang sains dan falsafah 1

H3b Hasil penerbitannya mengandungi ilmu logik, metafizik, etika, politik, fizik, 1
sains tabii, astronomi, dan geologi

F4 Thucycdides 1

H4a Pengasas Sejarah Saintifik 1

H4b Menggunakan pendekatan penulisan sejarah melalui penyelidikan. 1

H4c Karyanya yang terkenal ialahHistory of the Peloponnesian War 1

F5 Falsafah Stoisisme dari Yunani diamalkan di Rom 1

H5a Mengaitkan kebahagiaan hidup manusia bergantung kepada hubungan dengan 1


alam
H5b Menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian,dan perikemanusiaan 1

H5c Mengajar manusia berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu 1

(7 m)
(b) Falsafah China

F1 Falsafah Confucianisme
1
H1a Menekankan keperimanusiaan, maruah diri, kesopanan, dan kesusilaan
1
H1b Menekankan hubungan baik antara manusia dengan manusia lain
1
H1c Mo Tzu berpendapat akhlak manusia baik kerana pengaruh alam sekitar
1
H1d Mo Tzu memikirkan cara melahirkan masyarakat dan politik yang baik
1
F2 Falsafah Legalisme
1
H2a Percaya hanya undang-undang dapat membentuk nilai baik masyarakat
1
H2b Hukuman berat
1
H2c Hukuman bercorak kolektif
1
H2d Undang-undang tegas / kukuh untuk mengawal tingkah laku manusia
1
H2e Tidak harus wujud belas kasihan dalam menjalankan undang-undang
1
H2f Undang-undang harus dipelihara dalam apa jua keadaan
1
H2g Raja mesti memiliki kuasa yang utuh untuk melaksanakan undang-undang.
1

(mana-mana 7 isi x 1m) (7m)

4. Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menjadikan


negara ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia?

F1 Melahirkan manusia yang seimbang pencapaian dari aspek rohani dan jasmani 1

F2 Meluaskan peluang pendidikan rakyat 1

F3 Melahirkan insan yang berkemahiran tinggi ICT 1

F4 Mengutamakan penyelidikan dan pembangunan pelbagai bidang ilmu 1

F5 Memupuk budaya ilmu menjana produktiviti 1


F6 Memperbanyak makmal komputer di setiap sekolah 1

F7 Mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan rakyat 1

F8 Merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1

F9 Melengkapi pelajar dengan pelbagai kemahiran dalam menghadapi cabaran 1


abad ke-21

F10 Memantapkan pendidikan bagi memperkukuh semangat perpaduan 1

F11 Melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti untuk menuntut di universiti 1


tempatan mahupun universiti luar negara

F12 Melancarkan transformasi pendidikan 1

F13 Menganjurkan seminar/forum/konvensyen bertaraf dunia 1

F14 Mengambil tenaga pakar sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi 1

F15 Memajukan prasarana pendidikan bertaraf dunia 1

F16 Mengadakan program berkembar dengan universiti terkemuka dari luar negara 1

F17 Menekankan aplikasi yang praktikal


1
F18 Melahirkan rakyat berbudaya ilmu
1
F19 Menyediakan lebih banyak perpustakaan awam demi memupuk budaya
membaca dalam kalangan rakyat 1

F20 Menggalakkan pembelajaran online/pendidikan maya


1
( Mana-mana jawapan yang munasabah )

(Mana-mana 15 isi x 1m) (15m)

5. Buktikan kejayaan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan


bertaraf dunia.

F1 Mewajibkan pendidikan peringkat rendah 1

F2 Skim Pinjaman Buku Teks Percuma 1

F3 Pendidikan percuma sehingga sekolah menengah atas 1

F4 Perbelanjaan terbesar untuk pembiayaan pendidikan 1


F5 Prasarana pembelajaran sekolah bandar/sekolah luar bandar 1

F6 Kadar kanak-kanak yang bersekolah antara yang tertinggi di dunia 1

F7 Amalan pembelajaran sepanjang hayat digalakkan dalam kalangan rakyat 1

F8 Pertambahan bilangan sekolah dalam pelbagai peringkat dari semasa ke semasa 1

Penubuhan cawangan-cawangan universiti terkemuka dari luar negara


F9 1
Pelajar cemerlang diberi biasiswa menuntut di universiti terkemuka dunia
F10 1
Sekolah-sekolah dilengkapi dengan kemudahan komputer dan ICT
F11 1
Bilangan universiti tempatan, kolej, dan pusat pengajian tinggi semakin
F12 bertambah 1

Kerajaan mengambil langkah memastikan tiada pelajar yang tercicir akibat


F13 kemiskinan 1

Memberikan galakan berbentuk ganjaran kepada pelajar


F14 1
Penubuhan Sekolah Bestari
F15 1
Penubuhan Sekolah Wawasan
F16 1
( mana-mana jawapan yang munasabah )
(Mana-mana 10 isi x 1m)
(10m)

6. i) Terangkan masalah yang dihadapi oleh negara kita dalam usaha


menjadikan sistem pendidikan bertaraf dunia.

F1 Pencapaian akademik pelajar bandar dengan luar bandar berbeza 1

F2 Kekurangan guru terlatih dalam mata pelajaran tertentu 1

F3 Wujudnya pelbagai aliran sekolah 1

F4 Kehendak dan persepsi masyarakat terhadap pendidikan berbeza 1

F5 Kelemahan penguasaan bahasa dalam kalangan rakyat 1

F6 Sistem pendidikan negara kita yang berorientasikan peperiksaan 1

F7 Bilangan siswazah yang menganggur semakin meningkat 1

F8 Pengaruh dan tarikan pusat-pusat hiburan 1

F9 1
Masalah disiplin pelajar di sekolah seperti ponteng, ugut dan kurang minat
belajar
F10 1
Proses pembelajaran di dalam bilik darjah yang pasif
F11 1
Kekurangan kemudahan/prasarana di sekolah khasnya sekolah di kawasan
pedalaman
(5m)
(mana-mana jawapan yang munasabah )
(Mana-mana 5 isi x 1m )

ii) Cadangkan strategi-strategi yang sesuai untuk mengatasi cabaran di atas.

F1 Memperkemas sukatan pelajaran selaras dengan cabaran abad ke-21 1

F2 Mengutamakan pembelajaran inovatif dan kreatif 1

F3 Mempergiat program Penilaian Berasaskan Pencapaian Sekolah 1

F4 Mementingkan pembelajaran kendiri 1

F5 Menggalakkan proses pembelajaran yang menggunakan ICT 1

F6 Mengambil guru-guru bahasa Inggeris dari luar negara 1

F7 Melatih kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar 1

F8 Memperbanyak sekolah vokasional untuk melahirkan tenaga mahir 1

F9 Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar 1

F10 Melengkapi prasarana sekolah khasnya sekolah di kawasan pedalaman 1

(mana-mana jawapan yang munasabah ) (5m)


(Mana-mana 5 isi x 1m )

7. Nyatakan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh warganegara


Malaysia ke arah mewujudkan masyarakat yang berilmu.

F1 Sentiasa memperkaya diri dengan pengetahuan 1

F2 Berusaha bersungguh-sungguh untuk menimba ilmu 1

F3 Bersikap terbuka menerima perubahan 1

F4 Menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan 1

F5 Mengamalkan sikap pembelajaran sepanjang hayat 1

F6 Bermotivasi tinggi 1
F7 Berdaya saing 1

F8 Bersifat terbuka 1

F9 Mementingkan ilmu sains dan teknologi 1

F10 Bersikap kreatif dan inovatif 1

F11 Bersikap kritis 1

F12 Berusaha untuk meningkatkan kemahiran diri 1

(mana-mana jawapan yang munasabah )


(Mana-mana 10 isi x 1m ) (10m)

8. Rumusan
1
F1 Kita perlu sentiasa memperbaiki kehidupan bangsa dan negara
1
F2 Rakyat Malaysia perlulah melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan agar dapat terus bersaing
1
F3 Manusia perlu meningkatkan pencapaian tamadun dari pelbagai aspek
1
F4 Pendidikan merupakan aspek penting yang mampu membantu manusia
meningkatkan tahap intelek yang membawa kepada kemajuan dalam pelbagai
bidang 1
F5 Pembangunan sosial negara kita banyak mencontohi aspek peningkatan
tamadun manusia untuk melahirkan warganegara Malaysia yang cemerlang
dalam pelbagai bidang 1

F6 Kita haruslah sentiasa bersikap inovatif dan proaktif 1

1
F7 Manusia juga perlu sentiasa meneroka bidang baru

F8 Kita juga perlu sentiasa merebut peluang yang ada untuk memperbaiki
diri/bangsa/negara (5m)

(mana-mana jawapan yang munasabah )


(Mana-mana 5 isi x 1m )

Anda mungkin juga menyukai