Anda di halaman 1dari 2

Epik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Jump to navigationJump to search
Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar,
sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan
cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada
maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu
rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap
penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa
yang melahirkan epik tersebut.[1]
Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai seorang wira, dia
perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus
bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat
menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

Isi kandungan

 1Ciri-ciri sastera epik


 2Contoh epik
o 2.1Yunani
o 2.2Melayu
o 2.3India
 3Rujukan

Ciri-ciri sastera epik[sunting | sunting sumber]


1. Wiranya merupakan tokoh yang agung dalam sejarah bangsanya dan dianggap sebagai
lambang kemegahan di peringkat antarabangsa.
2. Epik mempunyai latar tempat yang luas dan melibatkan latar masa yang panjang untuk
menyediakan ruang kepada wira membuktikan kepahlawanannya.
3. Epik menonjolkan sifat kepahlawanan wiranya.
4. Di dalamnya terdapat unsur-unsur ghaib (supernatural) yang melibatkan kesaktian dan
campur tangan kuasa bukan manusia (non-human).
5. Pengarangnya memberikan gambaran yang bersifat objektif. Semasa menggambarkan
sesuatu peristiwa, pengarang tidak campur tangan dan tidak menyelebahi mana-mana
pihak.

Contoh epik[sunting | sunting sumber]


Yunani[sunting | sunting sumber]
Antara karya agung dalam genre epik ialah hasil karya Homer, Dante serta Milton. Homer adalah
penulis berasal dari Yunani Purba yang telah menghasilkan puisi Iliad dan Odyssey.
Melayu[sunting | sunting sumber]

 Hikayat Hang Tuah


India[sunting | sunting sumber]
 Mahabharata
 Ramayana

Anda mungkin juga menyukai