Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Mengikut pendapat ada mengatakan orang Mesir adalah orang pertama menggunakan
tali. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang halus, dahan kurma, bulu
unta dan akar kayu. Penemuan ini hasil kajian dan kesan semasa menggali makam lama
Mesir. Penduduk Mesir menggunakkan tali lebih kurang 5000 tahun lepas (Syed
Hasyim, 1983). Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa Yunani
prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang pertama (Tak-joeddin,
1981).

Tali dan simpulan mempunyai lagenda yang tersendiri dan berlaku dari zaman ke
zaman. Contohnya lagenda tali dan simpulan dihubung kait dengan Raja Iskandar
Zulkarnain dari Mekadonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan memberikan satu
longgokan tali. Beliau disuruh mencari hujung tali tersebut. Setelah mencuba mencari
hujung tali beberapa lama dan menggunakan berbagai-bagai ikhtiar, namun ia tidak
berjaya. Akhirnya beliau tersangat marah dan hilang kesabaran, lalu beliau menghunus
pedangnya dan memotong longgokan tali itu sehingga terdapat beberapa hujung tali.
pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan jampi serapah
pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh kepercayaan ini masih lagi
terdapat dalam beberapa masyarakat di masa kini. Setengah-setengah tempat
masyarakat Melayu masih mengamalkan kepercayaan ini.

Pada asalnya tali diperbuat daripada kulit dan bulu binatang tertentu. Kemudian rotan
akar-akar kayu digunakan, setelah itu tali diperbuat pula daripada sabut, dawai, kapas,
rami, hemp dan bahan-bahan campuran (synthetic). Tali terdapat dalam pelbagai saiz
lilitannya dan digunakan untuk berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan
untuk mengangkut, manarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan
sesuatu jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang digunakan
untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk menarik. Contoh aktiviti
rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah :

1) Aktiviti panjat-mamanjat

2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan permainan.


3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari tebing yang
tinggi.

4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat.

5) Aktiviti memancing.

2.0 DEFINISI IKATAN DAN SIMPULAN

Simpulan dan iaktan telah digunakan sejak berabad lamanya. Namun begitu
adalah sukar untuk mengenalpasti siapakah pelopor kepada penggunaan
simpulan dan ikatan ini. Selain itu, dipercayai bahawa penduduk Mesir
menggunakan tali sejak 5000 tahun dahulu. Dianggarkan lebih kurang 3000
jenis ikatan. Dalam kehidupan seharian tali digunakan sepanjang masa, tempat
dan keadaan seperti di pelabuhan, perkhemahan, perhiasan dan lain-lain. Empat
definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan, iaitu simpulan
(knotting), ikatan (lashing), sambat (splicing) dan mematikan hujung tali
(whipping)

2.1 SIMPULAN

Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ia


digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Contoh-contoh
simpulan ialah seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit, lilit dua simpul,
simpul pemukat dan sebagainya. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan
masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan
jahitan.

2.2 IKATAN

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk jambatan,
tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan
berpengakap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat
serong, ikat silang gunting dan lilit balak.
2.3 SAMBAT

Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.
Meyambugkan dua tali dengan menggunakan kaedah sambat sangat baik san
selamat semasa digunakan. sambat yang biasa digunakan seperti sambat balik,
sambat pendek dan sambat mata.

2.4 MEMATIKAN HUJUNG TALI

Seorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum hujung tali dimatikan.


Keadaan ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung
tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

3.0 JENIS-JENIS DAN PENJAGAANNYA

a) Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan berunsurkan
tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah :

• tali gentian manila • tali sabut


• tali sas • tali kapas

b) Tali fiber buatan manusia adalah merupakan tali sintetik yang terdiri daripada bahan-
bahan campuran berunsurkan tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia
ialah :

• tali nylon • tali hawser-laid


• tali karamental • tali poltster
• tali wayar • tali drilena

Penjagaan tali
Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami manila
mempunyai mutu yang baik.Harga tali terutama jenis ini agak mahal. Tambahan pula
rami yang digunakan untuk membuat tali mengalami berbagai-bagai masalah. Kita
seharusnya menjaga dan menyimpan tali dengan sempurna. Tali yang baru dibeli
hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-sakala. Selepas digunakan, tali
hendaklah dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat. kita tidak
boleh membasuh tali.

Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali menjadi
cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur tali yang basah di
bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya ia perlu diudarakan
dan dibiarkan kering dalam suhu bilik. Tali yang hendak disimpan boleh diberi label
panjangnya dan digantung di tempat yang sesuai. Biasanya tali mempunyai daya
ketahanan tertentu. Contohnya, tali yang digunakan mengikat diperbuat daripada rami
manila. Tali jenis ini mempunyai lilitannya 5cm dan ketahanannya ialah 2.03tan. Tali-
tali yang digunakan untuk menarik mempunyai ketahanan nya 2.72tan. Tali penarik
biasanya diperbuat daripada terilin dan mempunyai lebih daripada hadnya. Besar
kemungkinan tali tidak tahan lama dan akan putus. Tali-tali yang digunakan untuk
mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji salalu supaya selamat semasa
menggunakannya.
4.0 CONTOH IKATAN, SIMPULAN, SEMBAT DAN MEMATIKAN HUJUNG
TALI

4.1 BUKU SILA

Fungsi

~ Menyambung 2 tali yang sama saiz.

~ Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik

a) Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.

b) Masukkan hujung A dibawah B.

c) Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah

4.2 BUNGA GETI

Fungsi :
~ Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
~ Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk
simpul
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul

4.3 TINDIH KASIH

Fungsi

~ Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.

~ Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan


mangsa.

Teknik

a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.

b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.

c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam


bulatan tersebut.
4.4 SIMPUL MANUK

Fungsi :
~ Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
~ Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki
dengan selamat.
~ Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang
gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali.

4.5 SIMPUL PULIH

Fungsi :

~ Digunakan untuk menguatkan bahagian tali yang tidak kuat tanpa


memotongnya.

~ Memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya.

Teknik :

a) Mulakan simpul pulih.

b) Kemudian bentukkan satu pusingan setiap hujung.


c) Kayu boleh digunakan atau mengikat tali kecil.

4.6 BELIT LUCUT

Fungsi :

~ Digunakan dalam aktiviti panjat memanjat dan mendaki.

~ Digunakan semasa turun daripada pokok atau tempat tinggi.

~ Dapat dibuka dengan senang.

Teknik :

a) Lipatkan seutas tali supaya sama panjang kedua-dua hujungnya. Kemudian,


mulakan simpul tarik pada batang pokok dengan menarik bahagian A keatas

b) Seterusnya tarik bahagian B melalui bawah bahagian A.

c) Tarik bahagian A untuk mengemaskan simpul ini untuk membentuk


4.7 LILIT PEMATI BIASA

Fungsi:

Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak
terbuang.

Teknik

a) Letakkan tali kecil seperti pada rajah

b) Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai.
Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan
hujung kedalam hujung kedua seperti dalam rajah.

c) Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.

d) Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan

kemas.
4.8 IKATAN SERONG

Fungsi :

~ Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.

~ Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan pioneering.

Teknik :

a) Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.

b) Kemudian belitkan membujur dan melintang.

c) Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.

d) Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul manuk.


4.9 IKATAN SERAYA

Fungsi :

~ Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan sudut tepat.

Teknik :

a) Dimulakan dengan simpul manuk.

b) Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.

c) Seterusnya dililit dicelah kayu.

d) Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.

Anda mungkin juga menyukai