Anda di halaman 1dari 10

SK PANTAI KUNDOR,KM 16 PANTAI KUNDOR

76 400 TANJONG KLING, MELAKA

KERTAS KERJA
PROGRAM ADAB DIJUNJUNG BAHASA
DISANJUNG DAN AMALAN BAIK MURID
2018

ANJURAN BERSAMA
UNIT DISIPLIN DAN PENGAWAS
&
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.0 PENGENALAN

Ahli jawatankuasa Badan Disiplin & Pengawas bersama Unit Bimbingan


& Kaunseling telah bercadang untuk mengadakan satu program iaitu
Program Adab Dijunjung Bahasa Disanjung dan Amalan Baik dimana ianya
melibatkan warga Sekolah Kebangsaan Pantai Kundor. Masalah disiplin
akan bermula apabila murid-murid tidak dapat menguasai sahsiah diri,
bidang akademik dan disiplin mereka dengan baik. Justeru itu , mereka akan
cuba mencari jalan keluar yang mudah dengan melanggar undang-undang
yang telah ditetapkan pihak sekolah supaya mereka boleh dikenali oleh
rakan-rakan yang lain.

2.0 RASIONAL

Setiap sekolah mengimpikan suasana aman damai dan sifar salah laku
di sekolah, di samping murid yang mempunyai semangat cintakan sekolah
yang tinggi. Hasrat ini boleh dicapai sekiranya murid-murid ini dapat dipupuk
dengan sikap dan contoh teladan yang baik contohnya dengan cara
memberi salam dengan betul dan jawab salam dengan betul. Apabila
sahsiah diri murid dipertingkatkan maka masalah disiplin di sekolah dapat
dikurangkan demi membentuk kemenjadian murid-murid Sekolah
Kebangsaan Pantai Kundor.

3.0 MATLAMAT

Melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berdaya saing serta jati


diri yang tinggi, bersahsiah dan berperibadi mulia. Di samping itu, murid juga
dapat mengetahui betapa pentingnya keperibadian yang tinggi dan disiplin
diri di dalam kehidupan mereka.
4.0 OBJEKTIF

1. Sentiasa menyantuni guru dengan memberi salam dan bersalam.

2. Menunjukkan tanda hormat semasa bertembung orang lain.

3. Mengamalkan adab menyantuni orang lain sepanjang masa dan


tempat.

4. Tanamkan sikap berlumba melakukan kebaikan ( memberi salam )


seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

5. Memupuk kesedaran tentang diri, menghargai diri sendiri serta


menghormati hak orang lain.

6. Memberi peluang kepada murid-murid yang mempunyai masalah


disiplin di sekolah untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri.

7. Membimbing murid meningkatkan jati diri dan sikap sayangkan sekolah


serta membentuk kemenjadian murid.

8. Memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya disiplin untuk


kejayaan dalam hidup.

9. Memotivasikan diri murid SK Pantai Kundor supaya menuntut ilmu


degnan lebih teratur dan dapat menanam nilai cintakan ilmu
pengetahuan.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

TARIKH : 27 OGOS 2018 – 31 OKTOBER 2018


TEMPAT : SK PANTAI KUNDOR
6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid = 278 orang

Semua guru = 35 orang

Staf sokongan= 6 orang

Pekerja swasta = 4 orang

JUMLAH = 323 orang

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN

7.1 Perbincangan dengan pentadbir

7.2 Membuat kertas kerja

7.3 Membentuk ajk

7.4 Mengadakan mesyuarat dan taklimat bersama Jawatankuasa


Kerja

7.5 Pelancaran program ( 27 Ogos 2018 )

7.6 Pengagihan kupon amalan baik kepada semua guru dan staf
sokongan . ( 27 Ogos 2018 )

7.7 Pengisian kupon dan memasukkan data amalan baik ke dalam


SSDM. ( 27 Ogos 2018 – 28 September 2018 )

7.8 Pengumpulan buku kupon dari guru dan staf. ( 1 Oktober 2018 )

7.9 Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada:

i) Guru yang terbanyak mengisi data amalan baik SSDM

ii) Murid terbanyak menerima laporan amalan baik

iii) Kelas terbaik yang mengamalkan adab memberi salam.


8.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


1 Belon gimik 1 RM 200.00
2 Hadiah RM 10 x10 RM 100.00
3 Banner 1 RM 100.00
JUMLAH RM 400.00

9.0 SUMBER KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH


1 Unit Bimbingan dan Kaunseling RM 400.00

10.0 JAWATANKUASA KERJA

PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI DAN AMALAN BAIK


MURID
TARIKH : 27 OGOS 2018
HARI : ISNIN
TEMPAT : SK PANTAI KUNDOR

Jawatankuasa Induk

PENGERUSI : EN.KAMAROL ZAMAN BIN A GAHANI ( GURU BESAR )


TIMBALAN PENGERUSI : PN. NORSHARLIZAH BT. MOHD. ZAIN ( GPK HEM )
NAIB PENGERUSI 1 : PN.HAJAH HASNAH BT.AHMAD (GPK PENTADBIRAN)
2 : PN. SABARINA BT. YAAKOP( GPK KOKU )

PENYELARAS PROGRAM 1 : PN. NORAINI BINTI SAHIRIN


PENYELARAS PROGRAM 2 : PN. NORAKERAH BINTI MOHAMMAD
SETIAUSAHA : PN. ATIQAH BINTI ZULKAFLI
JAWATANKUASA KERJA
AJK GURU JUSTIFIKASI TUGAS
PENGACARA Pengawas Sekolah - Menyediakan teks
MAJLIS Guru Bertugas ucapan dan
- Pn. B Sheila a/p Baskaran mengacarakan
- Pn. Noor Amimie binti Osman majlis pelancaran.
- Pn. Norakerah binti Mohammad

BROSUR Pn. Hasraliza binti Abdullah ( K ) - Menyediakan


Pn. Norasyikin binti Misran brosur dan
En. Mohamad Faizal bin Yusof mengagihkannya
En. Abas bin Ali kepada semua
guru .

KUPON Pn. Suhailawati binti Juritah ( K ) - Menghasilkan


Pn. Lapifah binti Omar kupon amalan
Pn. Noor Azlin binti Abdul Razak baik.
Pn. Wan Azura binti Wan Teh - Mengagihkan
Penyelaras Aliran: buku kupon
Pn. Azzyati binti Abdul Karim kepada warga
Pn. Norazlina binti Sahak sekolah.
Pn. Farah Baizura binti Bujang
En. Azhar bin Mohamad
Pn. Noor Amimie binti Osman
Pn. Fazlinda binti Mustafa

BANNER En. Kamarol bin Ismail (K) - Menempah


En. Abd Ghafar bin Zainal banner.
Pekerja sekolah - Menggantung
banner
- Menanggalkan
banner dan
menyerahkannya
kepada
penyelaras.

SIARAYA En. Zaharizal bin Zakaria ( K ) - Menyediakan


Pengawas Siaraya sistem suara
semasa program
dijalankan.
KAWALAN MURID Pn. Azzyati binti Abdul Karim - Memastikan
& DISIPLIN Pn. B Sheila a/p Baskaran ( K ) semua murid
Pn. Noor Amimie binti Osman berada di dataran
Pn. Norakerah binti Mohammad perhimpunan dan
En. Abd Basid bin Aman disiplin terkawal.
Pn. Khairunnisa binti Saidin
Pn. Shuzana Lia binti Zainal Abidin
Pn. Aida Rani binti Che Ibrahim
Pn. Lapifah binti Omar
Pn. Noor Azlin binti Abdul Razak
Pn. Wan Azura binti Wan Teh
Pengawas sekolah

KEBERSIHAN Ustaz Mohd Khir bin Ismail ( K ) - Memastikan


En. Muusa bin Ahyead kawasan sekolah
serta dewan bersih
sebelum dan
selepas program
dijalankan.

SIJIL Pn. Atiqah binti Zulkafli ( K ) - Menyediakan sijil


Pn. Noreta binti Muhamat kepada semua
Pn. Noorhalizah binti Miswadi guru yang
Pn. Anis Najwa binti Mohd Noor mengisikan data
SSDM.

JURUFOTO En. Muhamad Zulfahmi bin Rosli ( K ) - Mengambil


En. Mohd. Faiz bin Razali gambar sebelum,
semasa dan
selepas program
dijalankan.
- Menyerahkan
gambar kepada
ajk dokumentasi.

DOKUMENTASI Pn. Noraini binti Sahirin - Menyediakan


Pn. Norakerah binti Mohamad dokumentasi yang
lengkap dalam
masa 2 minggu
selepas program
dijalankan.

PERSIAPAN TEMPAT Pn. Fazlinda binti Mustafa ( K ) - Menyediakan


Pn. Nor Hasnizah binti Mohd. Nasir persiapan tempat
Pekerja swasta
HADIAH Pn. Ani Mardhiah binti Jalaludin ( K ) - Menyediakan
Pn. Salhaniza binti Yahya hadiah untuk
Pn.Siti Aminah binti Ismail pemenang.
Pn. Ramlah binti Ali - Menyampaikan
hadiah kepada
pemenang.

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN

HARI : ISNIN

TARIKH : 27 OGOS 2018

TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN

MASA AKTIVITI
-PERHIMPUNAN RASMI
- GIMIK PELANCARAN
-PERASMIAN PROGRAM
7.40 pagi – 8.40 pagi -PENYERAHAN KUPON KEPADA GURU
DAN STAF.
BERSURAI
11.0 PENUTUP

Kerjasama dan komitmen semua pihak diperlukan dalam menjayakan


program ini agar tercapai objektif yang disasarkan demi kebaikan murid dan
sekolah. Semoga dengan pelaksanaan program ini sedikit sebanyak akan
memberi kesan serta kesedaran terhadap diri murid-murid dalam erti kata
lain menghargai diri sendiri demi keluarga, agama, bangsa dan negara.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

_________________________ _________________________

( NORAINI BINTI SAHIRIN )


KETUA UNIT DISIPLIN
SKPK 2018

Disahkan oleh :

___________________________