Anda di halaman 1dari 1

TARIKH: 8/8/2018

MASA CATATAN
12.50 pm Guru sedang menuju ke bilik guru selepas selesai mengajar kelas 1 Dedikasi

12.53 pm Guru disapa oleh cikgu Nik Fazliana di tangga. Cikgu Nik bertanya samada guru
datang ke sekolah menaiki kereta. Kemudian, cikgu Nik meminta bantuan
supaya menghantar seorang murid sakit (gastrik) di bilik rawatan ke klinik.

12.54 pm Guru masuk ke bilik guru untuk meletakkan barang dan mengambil kunci
kereta. Kemudian turun menuju ke bilik rawatan untuk mengambil murid sakit
untuk dihantar ke klinik. Semasa guru sampai bilik rawatan, murid tersebut
sedang baring diatas katil sambil ditemani rakannya.
12.56 pm Kami menuju ke kereta dan ke pejabat sekolah untuk mengisi borang
kebenaran keluar.
12.58 pm Tiba di pejabat pentadbiran, guru dan rakan murid sakit naik ke pejabat untuk
mendapatkan borang kebenaran.
1.04 pm Kami tiba di klinik kesihatan (berdekatan sekolah). Murid sakit dibawa ke bilik
kecemasan. Ketika tiba di bilik kecemasan, tiada pegawai bertugas disebabkan
waktu rehat pejabat.
1.11 pm Seorang kakitangan lelaki klinik masuk ke bilik rawatan dan melakukan
pemeriksaan ringkas terhadap murid sakit. Disebabkan ketiadaan doktor/MA
yang bertugas ketika itu, kami diminta untuk ke klinik 1 Malaysia untuk
mendapatkan rawatan.
1.15 pm Kami tiba di klinik 1 Malaysia dan murid mendaftar diri untuk mendapatkan
rawatan (didaftar oleh rakannya). Kemudian, murid mendapat rawatan dari
MA. Murid bersama rakannya masuk ke bilik rawatan untuk diperiksa.
1.40 pm Murid selesai mendapat rawatan dan kami pulang kembali ke sekolah.
1.45 pm Tiba di sekolah dan murid tunggu di depan bilik rawatan sambil ditemani rakan.
Guru cuba untuk mendapatkan kunci bilik rawatan sekolah tetapi gagal.
Kemudian, guru cuba untuk mendapatkan nombor penjaga murid sakit tetapi
enggan diberi. Murid tersebut tidak mahu memberinya dan ingin pulang sendiri
ke rumah (pulang dengan kawan).
1.55 pm Murid pulang sambil ditemani rakannya.