Anda di halaman 1dari 32

TUGASAN

SEMESTER MEI 2018

KOD KURSUS EMM 413

NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM


BAHASA MELAYU

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR NG TING TING

NO. MATRIK E30201170024

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK ENCIK SAHARUDDIN KAMARUDDIN

PUSAT SANDAKAN
PEMBELAJARAN
ISI KANDUNGAN
MUKA
KANDUNGAN SURAT
PENDAHULUAN i
PENGHARGAAN ii
01.0 Pengenalan
Objektif Kajian 1
02.0 Artikel “Kemahiran Menulis: Peningkatan Kemahiran Dalam
Kalangan PelajarMelalui Program Tinta Emas” oleh Zaleha
Ahmad.
02.1 Tujuan dan Rasional Kajian
2
02.2 Dapatan Kajian
3
02.3 Implikasi Kajiam Kepada Pengajaran Bahasa Melayu Di
Sekolah
6
Rumusan
10
BAHAGIAN B
03.0 “Ketidakupayaan murid untuk mengolah isi kandungan dan
menggunakan teknik penulisan yang baik merupakan cabaran
yang dialami oleh guru-guru Bahasa Melayu.”
03.1 Definisi Konsep Teknik Penulisan
11
03.2 Cabaran Guru-guru Bahasa Melayu Menggunakan Teknik
Penulisan Untuk Mengajar Murid Mengolah Isi Karangan
12
Rumusan
15
BAHAGIAN C
04.0 Pendekatan Pengajaran Menulis (Tatabahasa)
04.1 Rancangan Pengajaran Harian dengan menggunakan
pendekatan
16
Rumusan / Refleksi
21
Rujukan 24
Lampiran 25
PENDAHULUAN

Sekian kalinya, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana


mengizinkan saya untuk menyiapkan tugasan yang bertajuk "Pengajaran Kemahiran
Dalam Bahasa Melayu" ini. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Pensyarah
EMM 413 saya, Encik Saharuddin Kamaruddin serta rakan-rakan yang turut membantu
dalam menjayakan penghasilan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa tersayang
yang bertungkus-lumus bekerja untuk membiayai pembelajaran saya.

Tujuan saya membuat assignment ini adalah untuk menerangkan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu. Mereka bukan sahaja mahir
mendengar dan bertutur, membaca, dan menaakul Bahasa Melayu, malahan kemahiran
Bahasa Melayu juga dikuasai oleh para murid.

Di dalam assignment saya terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan tentang


kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu tetapi saya tetap semoga ilmu dan
pengetahuan yang telah di kongsikan bersama ini, dapat memberi manfaat dan di
jadikan contoh teladan kepada sekalian pembaca.

Sekian terima kasih.

i
PENGHARGAAN

Saya berterima kasih kepada tuhan yang memberikan masa, nyawa dan
tenaga yang dianugerahkan kepada saya supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada


pensyarah tercinta saya, Pn. Nurlila Abd Wahab kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dorongan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi
peringatan terhadap saya. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap
pertanyaan yang saya bertanya kepada mereka.

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Segala bantuan dan
pengorbanan mereka akan saya abadikan dalam ingatan.

Sekian, terima kasih

ii
BAHAGIAN A

01.0 Pengenalan
Objektif Kajian

Arus globalisasi dan modernisasi kini telah mengubah hakikat berkomunikasi dan
berbahasa di seluruh pelosok dunia. Globalisasi dan modernisasi merupakan fenomena
global yang tidak dapat dielakkan. Hakikatnya, ini telah telah mencetuskan pelbagai
cabaran baharu terhadap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di
sekolah khususnya dalam pengajaran kemahiran menulis. Profil pelajar yang lebih
rencam, kurang pendedahan terhadap bahan bacaan Melayu, keterbatasan penguasaan
kosa kata, kurang penekanan terhadap penggunaan Bahasa Melayu di rumah
merupakan contoh-contoh cabaran yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar subjek
Bahasa Melayu di sekolah. Melalui tinjauan yang dilakukan oleh guru-guru, faktor-
faktor ini bukan sahaja mempengaruhi motivasi malahan kelakonan pelajar di dalam
bilik darjah. Olehkerana itu, pihak sekolah harus bijak melakarkan strategi-strategi
tertentu yang bersesuaian dengan keperluan pelajar bagi membolehkan pelajar untuk
menguasai empat teras kemahiran yang disasarkan oleh pihak kementerian. Selain
daripada itu usaha jitu juga harus diambil untuk meningkatkan penguasaan berbahasa
di kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti yang lebih bermakna.

Program Penulisan Tinta Emas dihasilkan untuk membina kemahiran menulis


di kalangan pelajar melalui mekanisme pengajaran karangan secara berpandu. Pelajar-
pelajar diberi pendedahan pada aspek-apek penulisan seperti struktur penulisan dan
retorika bahasa di dalam karangan secara progresif. Di dalam program ini juga pelajar
bukan diajar proses untuk mengedit dan menyerlahkan isi karangan malahan diberi
pendedahan kepada asas retorik dan gaya bahasa secara langsung seperti penggunaan
bahasa berbunga, metafora, simili, bandingan semacam dan hiperbola yang diharap
dapat meningkatkan mutu karangan pelajar secara menyeluruh.

1
Melalui program ini, secara tidak langsung ia akan dapat meningkatkan
keupayaan pelajar untuk menghasilkan karangan yang bermutu dari segi kepadatan isi
dan juga menggunakan gaya bahasa yang menarik.

02.0 Artikel “Kemahiran Menulis: Peningkatan Kemahiran Dalam Kalangan


PelajarMelalui Program Tinta Emas” oleh Zaleha Ahmad.

02.01 Tujuan dan Rasional Kajian

Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk
melahirkan pelajar yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau
tajuk tentang sesuatu perkara dalam sesuatu bentuk karangan tertentu seperti laporan,
autobiografi, cereka, e-mel mahupun surat kiriman.

Untuk menghasilkan pelbagai bentuk karangan secara berkesan, pelajar bukan


sahaja harus diajar tentang struktur karangan secara mekanis malahan juga didedahkan
kepada kemahiran menulis yang lebih rinci seperti kemahiran berfikir, menaakul,
menyusun dan mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.

Sejajar dengan objektif hasil pembelajaran kemahiran menulis bagi Darjah


Empat dan Enam maka kajian ini bertujuan untuk:

1. Menambah baik kaedah pengajaran kemahiran menulis yang dijalankan di bilik


darjah.

2. Memberi pengalaman menulis secara konstruktif dan membina sikap positif terhadap
penulisan serta menggalakkan pelibatan pelajar secara aktif semasa kelas penulisan
dijalankan
2
3. Membantu pelajar untuk melahirkan idea dengan menggunakan gaya bahasa yang
menarik.

4. Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang


betul

Pihak jabatan berpendapat bahawa pendekatan terhadap pengajaran kemahiran


mengarang harus dilakukan secara terancang untuk memastikan objektif pembelajaran
bagi kemahiran menulis ( penulisan prosa ) dapat dicapai. Dari sudut pelajar pula,
program penulisan secara bertahap ini diharap akan dapat meningkatkan kebolehan
pelajar untuk menghasilkan karangan yang bermutu dari segi pengisian serta estetika
bahasa. Ia juga secara tidak langsung akan mempersiapkan pelajar dengan kemahiran
asas penulisan yang dapat digunakan untuk menangani tugasan penulisan yang lebih
mencabar di sekolah menengah.

02.02 Dapatan Kajian

Hasil dapatan praujian menunjukkan bahawa daripada 39 pelajar, 7.7% mendapat Band
Cemerlang dan 25.7% mendapat Band Baik. Terdapat juga segelintir pelajar yang gagal
di dalam ujian ini, iaitu sebanyak 7.7%.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan markah purata antara


sebelum dan selepas intervensi iaitu sebanyak +17% bagi Band Cemerlang.
Perkembangan paling ketara ialah bagi Band Baik iaitu perbezaan sebanyak +22%.
Bilangan pelajar yang didalam tahap lemah juga dapat dikurang pada -5%. Secara
purata , ini menunjukkan ada peningkatan dalam markah karangan pelajar.
Sila rujuk Rajah 1.

3
Rajah 1: Peningkatan Markah Karangan

Analisis secara rinci mengikut kohort pelajar juga menunjukkan trend yang positif.
Sila rujuk Rajah 2

Rajah 2: Perbandingan Markah Karangan

4
Penggunaan pendekatan proses penulisan dan pedagogi yang pelbagai dalam
pengajaran karangan telah mampu merangsang pelajar untuk mencetuskan idea dan
melahirkan kosa kata yang bermutu serta menambah keupayaan pelajar untuk
menggunakan teknik penulisan dengan baik. Pengajaran teknik penulisan secara
bertahap dan berstruktur juga membolehkan pelajar untuk menggarap teknik-teknik
penulisan khusus dengan lebih berkesan. Kesannya pelajar lebih yakin untuk
menghasilkan suatu produk penulisan secara individu.

Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian guru, dapatan kajian menunjukkan


prestasi pelajar yang lebih baik berbanding sebelum Pakej Tinta Emas ini diperkenalkan
kepada pelajar. Pelajar yang agak lemah kini berupaya untuk menjana isi karangan yang
relevan dan memastikan perkaitan idea di antara perenggan lebih koheren. Selain
daripada itu, pelajar juga mempamerkan sikap yang lebih positif untuk
mengetengahkan sekurang-kurangnya dua atau tiga teknik penulisan di dalam penulisan.
Pelajar cemerlang pula menunjukkan pencapaian yang amat memberangsangkan dari
segi pengolahan jalan cerita, kepaduan isi dan menggunaan ayat-ayat yang gramatis
yang diselitkan dengan unsur retorika bahasa.

Melalui pengamatan guru-guru pula, projek ini telah berjaya meningkatkan


motivasi pelajar terhadap penulisan karangan bentuk naratif dan deskriptif. Hasil
dapatan analisis pencapapaian tugasan individu pelajar menunjukkan trend yang positif
terhadap tahap keupayaan pelajar dalam menyerapkan teknik-teknik penulisan ke
dalam karangan.

5
Dapatan daripada maklum balas guru juga menunjukkan trend yang positif.
Justeru, pengajaran kemahiran mengarang melalui pendekatan proses bukan sahaja
telah berjaya mengubah persepsi guru malahan ia juga dapat memupuk ketrampilan
guru di dalam bilik darjah. Guru-guru kini lebih yakin dan dapat menyampaikan
pengajaran dengan lebih berkesan disebabkan adanya bahan pengajaran yang
terancang( sumber multimedia, slaid pengajaran, lembaran kerja ) dan sumber rujukan
untuk kegunaan guru.

Kesimpulan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pemahaman guru tentang pendekatan proses
dalam pengajaran penulisan amatlah penting kerana ia akan memungkinkan perubahan
dalam bentuk pengajaran guru. Dengan itu, langkah pertama yang dapat dilaksanakan
ialah memberi pengetahuan dan kesedaran kepada bakal guru tentang potensi
pendekatan proses dalam pengajaran penulisan. Pemahaman guru yang kukuh tentang
konsep proses mengarang akan dapat membantu guru membentuk rasional dan
pengkonsepan rangka kerja pengajaran yang bersandarkan sifat proses.

02.3 Implikasi Kajian Kepada Pengajaran Bahasa Melayu Di Sekolah

Hasil daripada dapatan kajian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, beberapa
implikasi telah dikenal pasti. Implikasi-implikasi ini dapat dibahagikan kepada dua
aspek, iaitu implikasi berdasarkan teori perkembangan fizikal kanak-kanak dan
implikasi terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak.

6
Peringkat awal kanak-kanak biasanya bermula sekitar umur 6 hingga 7 tahun.
Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak perlahan jika berbanding
dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut. Hasil kajian
menunjukkan kadar perkembangan kanak-kanak perempuan pada peringkat ini lebih
cepat daripada perkembangan kanak-kanak lelaki.

Bagi implikasi terhadap perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat


awal sekitar umur 6 hingga 7 tahun ini, guru-guru dinasihatkan agar membantu kanak-
kanak tetapi hanya setakat mana yang perlu. Bantuan yang berlebihan akan
menyebabkan pergantungan kanak-kanak kepada ibu bapa atau guru dan menimbulkan
perasaan kurang yakin untuk melakukan sesuatu dengan sendiri. Di samping itu, kanak-
kanak pada tahap ini akan berkembang pada tahap berbeza. Kanak-kanak juga agar aktif
pada peringkat ini. Maka, guru harus menyediakan aktiviti bermain seperti permainan
bola dan berlari dan mengambil kira perkembangan otot, khususnya otot-otot kecil yang
belum sempurna.

Manakala, implikasi terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak pada


peringkat awal ialah mereka harus diberikan peluang untuk melakukan ‘hands-on’
terhadap sesuatu kemahiran. Jika mereka diberikan peluang ini, keyakinan mereka akan
dapat dipertingkatkan dan mereka juga mampu untuk berdikari dengan kemahiran yang
mereka kuasai. Seterusnya, guru harus menyediakan pengalaman pembelajaran yang
pelbagai. Selain dalam lingkungan bilik darjah atau taska, guru perlu membawa murid-
murid untuk merasa pengalaman di luar bilik darjah. Hasil dapatan kajian, kanak-kanak
pada peringkat ini mudah untuk mengingati setiap peristiwa yang mereka alami dan
lalui, jika pengenalan flora dan fauna diberikan kepada mereka, ingatan dan fikiran
mereka akan kaya dengan pengalaman yang diberikan oleh guru yang terbabit.

7
Hasil dapatan kajian perkembangan fizikal kanak-kanak dalam lingkungan 8
hingga 10 tahun pula berbeza kerana pada peringkat ini, kadar pertumbuhan kanak-
kanak stabil dan tidak pesat. Pada umumnya kanak-kanak berupaya untuk fokus kepada
aktiviti yang diberikan kepada mereka. Bagi implikasi terhadap perkembangan fizikal
kanak-kanak dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun iaitu guru harus mengajar kanak-
kanak bermain alat muzik seperti piano atau biola dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki
pula lebih cenderung ke arah permainan lasak seperti permainan di padang. Selain itu,
aktiviti senaman dan pemakanan yang sesuai perlu diterapkan agar saiz, berat badan
dan rakan sebaya tidak akan menimbulkan sebarang masalah sosial dan penyesuaian.

Manakala, implikasi terhadap teori perkembangan kognitif kanak-kanak pada


peringkat kedua pula ialah kanak-kanak harus diajar dengan menggunakan bahan yang
konkrit terutama untuk belajar kemahiran baru. Bahan-bahan konkrit ini mestilah
mempunyai ciri-ciri yang boleh menarik perhatian mereka. Sebagai contoh, model-
model tiga dimensi 3D seperti haiwan dan tumbuhan boleh membantu kanak-kanak
mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada mereka. Implikasi lain terhadap proses
ini ialah kanak-kanak harus diberi peluang untuk memanipulasi dan menguji objek-
objek yang diajar. Sebagai contoh, satu eksperimen telah dijalankan dalam subjek sains
seperti mengkaji keperluan cahaya matahari untuk proses fotosintesis tumbuhan.

Peringkat awal remaja ialah 11 hingga 12 tahun, hasil dapatan kajian


menunjukkan kadar pertumbuhan dan perkembangan mereka adalah cepat dan pesat,
sama seperti kadar perkembangan semasa bayi. Perubahan fizikal seperti ketinggian,
saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa tetapi remaja perempuan cepat mencapai
akil baligh berbanding dengan remaja lelaki. Akil baligh menandakan kematangan
daripada segi seksual. Maka implikasi terhadap perkembangan fizikal iaitu guru
digalakkan menyediakan kursus, ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem

8
pembiakan agar remaja mengetahui aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku
dalam diri mereka, serta guru juga perlu menyediakan ruang pertanyaan untuk mereka
tentang perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka agar mereka dapat membuat
pilihan yang tepat.

Seterusnya, guru juga boleh menyediakan latihan untuk membantu remaja


membina daya tenaga dan daya tahan. Oleh sebab remaja pada peringkat ini lebih
sensitif terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka juga diberi
kesedaran tentang gaya hidup sihat terutama dari segi pemakanan, senaman dan
mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif seperti merokok dan mengambil dadah.

Manakala, implikasi terhadap teori perkembangan kognitif pada peringkat awal


remaja ialah remaja boleh menggunakan bahan konkrit untuk mengilustrasikan konsep
yang lebih kompleks. Sebagai contoh, penggunaan bahan 3D, model, carta, rajah,
pengalaman pelajar sendiri sebagai permulaan kepada pengajaran yang lebih kompleks.

Selain itu, guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka
alternatif penyelesaian dan membuat hipotesis. Dengan pendedahan yang diberikan
pada peringkat sebelum ini, guru perlu memberi lebih banyak peluang kepada pelajar
menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri. Guru juga perlu menggalakkan pelajar
untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Semasa pengajaran berlaku di dalam kelas, guru
boleh menyuruh pelajar untuk meneroka dan mengkaji sendiri konsep yang luas dan
tidak hanya terikat dengan fakta-fakta. Setelah itu, guru harus menerima pendapat yang
diberikan oleh pelajar serta guru perlu membimbing pelajar untuk belajar menerima
pendapat orang lain.

Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari


dan di terokai oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu yang lebih menarik dan mudah difahami.
9
Rumusan

Pengetahuan terhadap gaya pembelajaran amatlah penting dan guru hendaklah


memahami gaya pembelajaran setiap murid dalam kelas. Hal ini kerana, dapat
membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang di sampaikan. Selain itu, juga
dapat membantu guru menjadi lebih sensitive terhadap perbezaan setiap murid di
sekolah.

Selain itu, gaya pembelajaran penting dalam proses pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu kerana dapat membantu guru mencipta pengalaman dan
menjadi satu panduan untuk mencipta pengajaran yang sesuai bagi murid-murid.
Selepas guru memahami gaya pembelajaran murid dalam kelas, aktiviti yang
dirancang juga sepadan dengan gaya pembelajaran murid. Dengan ini juga dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri atau seseorang


murid mungkin mempunyai lebih daripada satu gaya pembelajaran. Oleh itu, selepas
mengenal pasti gaya pembelajaran masing-masing, guru perlulah membahagikan
murid-murid dalam kumpulan yang homogen bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu berfungsi secara efektif.

Selain itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan
mendapat pencapaian Bahasa Melayu yang lebih tinggi jika berbanding dengan murid
yang hanya mempunyai satu atau dua gaya pembelajaran. Hal ini kerana, murid yang
lebih gaya pembelajaran lebih fleksibel serta boleh ubah dan tidak terikat dengan gaya
pembelajaran yang tertentu sahaja.

10
Gaya pembelajaran lelaki dan perempuan adalah tidak sama atau berbeza,
kerana murid lelaki lebih suka pada gaya pembelajaran yang lebih mencabar seperti
gaya pembelajaran gaya global yang sukakan tempat yang suram dan kedudukan yang
tidak formal manakala murid perempuan sukakan pembelajaran gaya analitikal yang
sukakan persekitaran yang terang dan kedudukan yang formal. Jadi, guru hendaklah
mengambil berat terhadap keperluan-keperluan setiap murid dalam kelas.

03.0 “Ketidakupayaan murid untuk mengolah isi kandungan dan menggunakan


teknik penulisan yang baik merupakan cabaran yang dialami oleh guru-guru
Bahasa Melayu.”

03.1 Definisi Konsep Teknik Penulisan

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam senarai kernahiran
berbahasa. Kemahiran ini hanya boleh dikuasai jika seseorang itu telah menguasai
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca.

Menulis ditakrifkan sebagai proses penghasilan simbol-simbol grafik yang


disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan dan seterusnya disusun
menjadi ayat. Ayat yang disusun adakalanya panjang, adakalanya pendek berdasarkan
beberapa urutan yang bermakna yang membentuk teks, nota, draf dan bahan bercetak.

11
Takrif lain menyebutkan menulis sebagai kegiatan penghasilan simbol-simbol
grafik yang disusun atur menjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk
ayat-ayat yang bermakna. Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud
penghasilan wacana yang bermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis
secara mekanis, iaitu kemahiran membentuk dan menyusun simbol-simbol tulisan tidak
selesai pada peringkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan
aktiviti mengarang yang memerlukan penyatuan aspek psikologi dan kognitif.
Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan penulisan sebagai bentuk perasaan, fikiran dan
idea dalam bentuk grafik. Bentuk-bentuk grafik itu disusun hingga melambangkan
bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya.

Rumusannya, kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang paling tinggi dan
penting berbanding kemahiran bahasa lain, untuk dikuasai oleh murid-murid bukan
sahaja dalam pembelajaran bahasa tetapi juga untuk mata pelajaran lain.

03.2 Cabaran Guru-guru Bahasa Melayu Menggunakan Teknik Penulisan


Untuk Mengajar Murid Mengolah Isi Karangan

Kemahiran menulis adalah salah satu aspek asas yang ditekankan dalam subjek
pembelajaran bahasa. Kemahiran ini perlu dilatih dari tahap pembelajaran yang paling
rendah lagi tidak kira secara formal atau tidak formal. Proses pembelajaran kemahiran
menulis merangkumi 4 tahap utama iaitu contengan, pratulisan, tulisan mekanis dan
tulisan mentalis. Setiap tahap ini mempunyai cabaran masing-masing untuk guru
mengajarnya. Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku.
Antaranya termasuklah dari segi guru, murid, ibu bapa dan utiliti yang dibekalkan.

12
Sebagai seorang guru, saya mengakui saya mempunyai beberapa kelemahan
untuk mengajar kemahiran tulisan. Pertama, cabaran dari segi pendagogi. Walaupun
saya telah lebih dari 20 tahun mengajar Bahasa Melayu, tetapi saya dapat merasakan
bahawa pengalaman sedia ada sahaja kurang membantu. Perkara ini berlaku kerana
semakin hari semakin banyak elemen baru yang diperkenalkan untuk mengajar
kemahiran tulisan. Kedua, kurangnya kemahiran ICT. Dalam era modani ini,
kepantasan penyebaran informasi melalui media elektronik memang sangat membantu.
Tetapi, saya kurang mahir untuk mengekstrak maklumat dari bahan-bahan maya ini jika
tanpa bantuan seseorang yang lebih pakar. Ketiga, kekangan masa. Pembelajaran
Bahasa Melayu tidak tersekang hanya kepada kemahiran menulis sahaja, tetapi
merangkumi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur dan kemahiran membaca.
Maka, peruntukan masa yang diberikan perlulah dibahagikan secara efektif supaya
murid dapat menguasai semua kemahiran yang dinyatakan seoptimum mungkin.

Murid adalah pelanggan guru dan pihak sekolah. Tetapi tidak seperti urusan jual
beli di pasar raya yang menggunakan slogan ‘Customer always right’ di sekolah kita
perlu menjadi lebih demokrasi. Kita harus sedar, sebagai manusia, murid kita pasti
mempunyai ciri perbezaan individu antara satu sama lain. Ada antara murid yang cergas
pemikirannya dan ada juga yang sebaliknya. Maka, perbezaan ini perlu dititikberatkan
semasa proses pengajaran dan pengajaran dijalankan. Guru perlu bijak menstandardkan
teknik dan strategi mengikut tahap murid yang sedang diajarnya. Aplikasi kaedah yang
tepat dapat membantu meningkatkan tahap fokus murid di samping menyuburkan minat
mereka untuk belajar kemahiran menulis. Contohnya seperti konsep belajar sambil
bermain bagi kanak-kanak yang masih tiada kesediaan untuk ke sekolah (school
readiness).

13
Kualiti masa yang dihabiskan di sekolah belum tentu memadai untuk murid
menguasai kemahiran menulis. Oleh itu, ibu bapa serta penjaga perlu memberi
kerjasama kepada pihak guru. Sebenarnya, guru yang empati akan cuba membantu
muridnya untuk menguasai kemahiran yang diajar dengan pelbagai cara. Salah satu cara
tradisi guru di Malaysia ialah dengan memberi murid kerja rumah. Kerja rumah
sebenarnya satu bentuk latihan pengayaan atau pemantapan penguasaan murid terhadap
sesuatu yang telah diajarkan. Tugas ibu bapa di sini ialah memantau anak jagaan mereka
membuat kerja rumah tersebut. Dari segi kemahiran menulis terutamanya peringkat
asas teknik menulis huruf dengan betul, saya kurang menggalakkan ibu bapa atau
penjaga mengajar anak jagaan mereka. Hal ini kerana wujud situasi salah teknik
menulis huruf yang salah dikalangan murid yang sudah belajar menulis huruf di rumah.
Perkara ini memang nampak remeh tetapi memberi impak yang agak besar dari teknik
menulis murid hingga ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya adalah dari segi kemudahan utiliti yang ada. Utiliti dan fasiliti
sekolah yang tidak lengkap sebenarnya sedikit sebanyak menggangu proses pengajaran
kemahiran menulis. Contohnya untuk pengajaran teknik menulis huruf menggunakan
VCD bekalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada murid prasekolah atau
tahun 1. Seandainya guru terpaksa menggunakan komputer riba sebagai skrin tayangan
untuk murid berkapasiti lebih 10 orang pastinya sesi pengajaran tersebut menjadi tidak
kondusif. Selain itu, timbul juga isu bahan kurang menarik atau tidak sesuai dengan
standard murid. Misalnya, bekalan buku asas menulis yang mengandungi tulisan
berangkai bagi murid prasekolah. Perkara ini memang tidak relevan kerana murid
prasekolah majoritinya masih belum berkembang dari segi motor halusnya untuk
menulis tulisan berangkai.

14
Rumusan

Kesimpulannya, cabaran mengajar kemahiran menulis di sekolah adalah sangat


banyak mengikut tahap murid yang sedang kita ajar. Apa yang penting sebenarnya ialah
semua pihak perlu berfikir secara logik dan proaktif dalam mengatasi setiap cabaran
semasa mengajar kemahiran ini. Tabiat suka menunding jari dan pasif perlu dielakkan
kerana impaknya lebih banyak negatif dari positif. Sebaliknya, ambillah langkah
proaktif seperti berdiskusi antara satu sama lain bagi menghadapi apa jua cabaran.
Sesungguhnya cara ini adalah lebih afdal dan memberi manfaat untuk setiap pihak yang
terlibat.

15
BAHAGIAN C

04.0 Pendekatan Pengajaran Menulis (Tatabahasa)

04.1 Rancangan Pengajaran Harian dengan menggunakan pendekatan


kumpulan

Subjek : Bahasa Malaysia


Masa : 11.30am -12.30pm
Tarikh : 18.07.2018 (Rabu)
Kelas : 4A
Bilangan murid : 28
Aspek : Kemahiran Tatabahasa : Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas
Tema : (6) Warisan Kita
Tajuk : Unit 18– Telur Ayam
Standard : 5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata
Kandungan yang sesuai dalam pelbagai situasi dengan betul.
Standard : 5.2.3 Memahami dan menggunakan kata majmuk rangkai
Pembelajaran kata bebas dalam pelbagai situasi dengan betul.
Objektif : Pada akhir PdP, murid dapat
Pembelajaran i. membina sekurang-kurangnya 3 ayat dengan
menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas yang
terdapat dalam teks dengan betul.
ii. membaca dan melengkapkan ayat dengan kata
majmuk rangkai kata bebas.
Pengisian : Ilmu : Pendidikan Moral
Kurikulum
Nilai Murni : Toleransi, hormat, bekerjasama
EMK : Memahami, Kreativiti dan Inovasi
KBT : Memahami,

16
I-Think : Peta Buih
Elemen PAK21 : Team Project, Kad Trafik
Sistem Bahasa : i. Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas
ii. Ayat Tunggal , Ayat Majmuk
BBM : Kit alat tulis, Lembaran Kerja, Kertas Warna
Penilaian : Murid dapat membina sekurang-kurangnya 3 ayat
menggunakan kata majmuk rangkai kata bebas yang terdapat
dalam teks dengan betul.
Refleksi : 20 orang murid dapat membina ayat menggunakan kata
majmuk rangkai kata bebas dengan betul, 8 orang murid
diberi bimbingan khas oleh guru.

17
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LANGKA ISI AKTIVITI PENGAJARAN PENGISIAN
H/MASA PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURIKULUM
1. Murid melihat dan membaca Nilai : Hormat
Set 1. perkataan-perkataan yang
Induksi : Mempertunjuk ditunjukkan oleh guru. EMK :
±5 minit kan ayat yang Memahami
perlu 2. Murid dibimbing untuk
dilengkapkan mencantumkan perkataan- Kemahiran :
dengan kata perkataan menjadi kata majmuk. Membaca
majmuk.
3. Guru memperkenalkan tajuk
2. pengajaran hari ini, iaitu Kata
Memperkenalk Majmuk Rangkai Kata Bebas.
an tajuk
pengajaran
‘Kata Majmuk
Rangkai
Bebas’.
1. Guru menerangkan kata Ilmu:
Langkah 1: 1. Penerangan majmuk rangkai kata bebas Pendidikan
±15 minit kata majmuk kepada murid-murid. Murid Alam Sekitar
rangkai kata memahami penggunaan kata
bebas. majmuk rangkai kata bebas. Nilai :
(peta buih: (Penggunaan kad trafik untuk Toleransi
menunjuk 5 mengesan kefahaman murid
kata majmuk terhadap penerangan guru.) KBT :
rangkai kata Memahami
bebas) 2. Murid membaca petikan
“Telur Ayam” yang terdapat Kemahiran :
2. Baca dalam buku teks muka surat 83 Mendengar dan
petikan teks. dengan sebutan dan intonasi Bertutur
yang betul.
3.Melengkapk I-Think : Peta
an ayat dengan 3. Murid mencari dan menyebut Buih
kata majmuk kata majmuk rangkai kata bebas
rangkai kata dalam petikan yang dibaca. PAK21: Kad
bebas. trafik
4. Murid diminta untuk
4. Membina menyenaraikan kata majmuk
ayat. rangkai kata bebas yang terdapat
dalam petikan teks pada papan
putih di depan kelas.

5. Murid diminta menggunakan


kata majmuk rangkai kata bebas
yang tertulis pada papan putih
untuk membina ayat secara lisan
18
LANGKA ISI AKTIVITI PENGAJARAN PENGISIAN
H/MASA PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURIKULUM
Langkah 2: 1. Membentuk 1. Murid dibahagikan dalam 4 Nilai :
±7 minit Kumpulan. kumpulan. Bekerjasama

2. Aktiviti 2. Guru menerangkan cara EMK :


‘Team Project’ pelaksanaan aktiviti ‘Team Kreativiti dan
Project’ kepada murid. Inovasi

3. Setiap kumpulan diberikan PAK21: Team


masa selama 3 minit untuk Project
membuat perbincangan. Setiap
ahli kumpulan bekerjasama
memberikan sumbangan
menamakan kumpulan dan
membentuk pasukan sorak (team
cheers).

4. Setiap kumpulan dijemput


untuk membentangkan nama
kumpulan dan “Team Cheers”
mereka masing-masing.

5. Kumpulan yang dapat


melengkapkan tugasan yang
diberikan akan diberi markah.

Langkah 3: 1. Aktiviti 1. Setiap kumpulan diarahkan Nilai :


±20 minit Cipta dan untuk mencipta 2 kata majmuk Bekerjasama
Jawab. rangkai kata bebas lalu dibina
ayat oleh tiga kumpulan yang EMK :
lain. Ayat perlu ditulis dengan Kreativiti dan
jelas pada kertas yang Inovasi
disediakan. Had masanya 10
minit. Kemahiran :
Mendengar dan
(Ayat yang disediakan mesti Bertutur
mempunyai jawapan yang
betul.) BBM : 4 kit alat
tulis
2. Ayat yang tersedia (untuk (untuk
dibina oleh ketiga-tiga kumpulan setiap
yang melawat) perlu dilekatkan kumpul
pada dinding secara mendatar. an)

PAK21: Cipta
dan
Jawab
19
3. Selepas 10 minit, ahli-ahli
kumpulan perlu berbaris dalam
bentuk ‘kereta api’ (meletakkan
tangan di atas bahu rakan) dan
bergerak ke setiap stesen
kumpulan lain untuk membina
ayat yang disediakan.

4. Masa 10 minit diberikan


kepada setiap kumpulan untuk
melawat ke kumpulan lain bagi
membina ayat yang disediakan.
Kumpulan yang dapat membina
ayat yang diberikan akan diberi
markah.

5. Setelah selesai membina ayat,


setiap kumpulan menyemak
jawapan yang diberikan oleh
kumpulan lain.

6. Guru memerhati dan membuat


penilaian sepanjang aktiviti
dijalankan. Kumpulan yang
mendapat markah tertinggi
adalah pemenang bagi aktiviti
tersebut

Lankah 4: 1. Lembaran 1. Murid diberikan lembaran KBT :


±10 minit kerja kerja daripada guru. Memahami,
2. bekerjasama
Perbincangan 2. Murid dan guru berbincang
jawapan untuk menyemak jawapan pada BBM :
lembaran kerja lembaran kerja. Lembaran kerja

Penutup: 1. Mengimbas 1. Guru merumuskan pengajaran Nilai :


±3 minit kembali isi dengan memberikan beberapa Bekerjsama
pelajaran. perkataan untuk murid membina
kata majmuk rangkai kata bebas. KBT :
Memahami,
2. Murid dapat membina kata
majmuk rangkai kata bebas
dengan perkataan-perkataan
yang diberikan oleh guru.

20
Rumusan / Refleksi
Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam
pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok
Soon Sang, 2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan
mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan
aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat
generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004). Hilda
Taba mempercayai bahawa pelajar membuat generalisasi hanya setelah maklumat
dapat diorganisasi dengan sempurna. Taba adalah lebih dikenali dengan model
pengajarannya yang melibatkan pemikiran induktif. Menurut beliau, dengan
menggunakan pelbagai strategi, pelajar boleh dibantu menyelesaikan masalah dengan
jayanya. Strategi induktif ini mengalir dalam proses kognitif dan memerlukan pelajar
menggunakan teknik soalan-soalan ringkas (Hilda Taba, 1962). Pengajaran berasaskan
gaya pemikiran deduktif adalah satu pendekatan mengajar yang mengasaskan
pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep deduktif boleh ditakrifkan
sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa
rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang diikuti dengan aplikasinya ke atas
contoh-contoh yang khusus (Mok Soon Sang, 2003). Seperti dalam pendekatan induktif,
ia juga menggunakan proses penaakulan yang tinggi. Kaedah deduktif berlandaskan
pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan
murid-murid memperolehi kefahaman yang mendalam dan pengetahuan yang cukup.
Dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu ‘subjek matter’, pendekatan deduktif
melibatkan pelajar-pelajar mempelajari peraturan-peraturan atau diberi maklumat
tertentu sebelum mereka diminta melakukan penganalisisan bahan yang hendak
dipelajari itu. Kaedah ini menjadi pilihan, kerana pelajar terlibat secara aktif dalam
kumpulan dan dapat melatih mereka untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar
lemah dapat berinteraksi dengan pelajar pandai. Selain itu mereka dapat melatih diri
untuk berkomunikasi dan bergaul dengan pelajar yang pelbagai latar belakang.

21
Pendekatan Induktif Pendekatan Induktif memberi peluang kepada pelajar
membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep ataupun benda. Ianya
mengutamakan contoh-contoh pada awal pengajaran dan dibuat generelisasi
daripadanya. Pendekatan Induktif ini juga tidak digalakan memberi definisi penerangan
dan kandungan pelajaran dan ianya lebih mengutamakan mengemukakan soalan,
memerhati, mengkaji, membentuk contoh serta kesimpulan diberikan kemudian.

Konsep Induktif Antara Konsep Induktif ialah:-


1. Mempelajari sesuatu untuk mendapatkan “hukum” .
2. Memperkenalkan pengetahuan dan memberi pengalaman.
3. Membentuk satu kesimpulan umum daripada contoh-contoh tertentu.
4. Cuba mendapatkan kesimpulan melalui satu urutan pemikiran.
5. Membuat satu andaian yang munasabah daripada yang spesifik kepada umum.
6. Bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan.
7. Menggunakan pengantaraan deria (pengalaman deria) untuk mendapatkan
pengetahuan.
8. Memerlukan kekerapan ulangan dalam pelbagai konteks untu menguasai sesuatu
kemahiran.
9. Menekankan pengajaran berbentuk konkrit.
10. Memberi peluang sepenuhnya kepada murid belajar di bawah bimbingan guru.
11. Menekankan penglibtan murid secara aktif.
12. Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.
13. Banyak menekankan aspek lisan.

22
Kelebihan Pendekatan Induktif
Kelebihan pendekatan induktif ialah pendekatan ini dapat mengasah kemahiran berfikir
dalam kalangan murid. Hal ini disebabkan mereka perlu menggunakan keupayaan
mental untuk mengenal pasti rumus-rumus yang menjadi dasar kepada pembentukan
sesuatu ayat. Selain itu, daya kefahaman dan ingatan murid terhadap isi pelajaran dapat
dipertingkatkan kerana mereka sendiri yang terlibat dalam pengesanan rumus.
Pendekatan ini juga melibatkan penyerapan yang aktif dalam kalangan pelajar. Melalui
pendekatan ini, strategi perbincangan dapat digalakkan kerana tugas menentukan rumus
dibuat oleh murid-murid sendiri dengan ini suasana pembelajaranakan menjadi lebih
hidup. Kelebihan lain menggunakan pendekatan ini ialah kemahiran lisan dapat
disuburkan kerana pendekatan ini memerlukan perbincangan yang banyak di dalam
bilik darjah dan juga murid-murid tidak begitu dibebani dengan rumus-rumus pada
peringkat awal pembelajaran sebaliknya mereka didedahkan dengan pelbagai contoh
penggunaan terlebih dahulu. Justeru itu perkara ini boleh mengurangkan kebosanan
mereka

Kelemahan Pendekatan Induktif


Setiap sesuatu itu mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri begitu juga
dengan pendekatan induktif. Antara kelemahaan pendekatan ini adalah pengajaran yang
dilakukan mengambil masa yang panjang kerana guru perlu membimbing murid
mengesan rumus. Sekiranya sesebuah kelas itu terdiri daripada murid-murid yang ramai
jumlahnya, penjurusan fikiran ke satu arah sukar dibuat kerana setiap murid
mempunyai fikiran, pendapat dan pemahaman yang berbeza. Bagi murid-murid yang
lemah pula, pendekatan ini akan menimbulkan masalah kerana adalah sukar bagi
mereka untuk memikirkan rumus-rumus daripada contoh-contoh ayat yang diberikan.

23
Rujukan

1. Donn Byrne. 1988. Teaching Writing Skills : Longman Handbooks for Language
Teachers. London. Longman Publishing Group

2. EMIG, J. 1971. The composing process of twelfth graders (Research report no. 13).
Urbana, Ilinois: NCTE.

3. Flower, L.S. and J.R. Hayes. 1988. A cognitive process theory of writing. In The
WritingTeacher's Sourcebook, ed. G. Tate and E.PJ.Corbett, 2nd edition. p.92-102.
New York:
Oxford University Press.

4. Flower, L.S. and J.R. Hayes.. The dynamics of composing: making plans and
juggling constraints. In Cognitive Processes in Writing, ed. L.W. Gregg
and E.R. Steinberg, p. 31-50. Hillsdale NJ: Lawrence Erlbaum.

5. Mooney C Garhart (2000). Theories of Childhood: An Introduction to Davey,


Montessori, Erikson, Piaget and Vygotsky. Minnosota: Redleaf Press.

6. http://karyafarhana.blogspot.com/2015/04/implikasi-dapatan-kajian-kepada-
proses.html

7. http://pulautalang.blogspot.com/2011/05/sekolah-vernakular-dan-implikasi.html

8. https://www.scribd.com/doc/183819311/Pelbagai-masalah-yang-sering-dihadapi-
oleh-guru-dalam-pengajaran-penulisan-bahasa-Melayu-doc

9. https://www.scribd.com/doc/236439450/Esei-Cabaran-Mengajar-Kemahiran-
Menulis?doc_id=236439450&download=true&order=448637172

24
Lampiran

25
Nama: _______________________________ ( ) Kelas : 4A

Bina Ayat dengan kata majmuk rangkai kata bebas (dalam kumpulan)

1. jam tangan: _________________________________________________________


_________________________________________________________

2. buku cerita: _________________________________________________________

____________________________________________________________________

3. kacang tanah: _______________________________________________________


_______________________________________________________

4. pusat sumber: _______________________________________________________


_______________________________________________________

5. papan kenyataan: ____________________________________________________


____________________________________________________
26

1.0 PENGENALAN
5555555

Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsann (FPK) dalam (Choong, 2009), pendidikan


di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi
22ebangsaan melal23ui227