Anda di halaman 1dari 7

OBJEKTIF

Ujian kestabilan marshall inin dilakukan untuk mendapatkan satu campuran rekabentuk
supaya menepati spesifikasi yang telah ditetapkan

TEORI

Ujian marshall bertujuan untuk mencari nilai optimum bagi kandungan bitumen di dalam
campuran untuk menghasilkan kebolehkerjaan campuran.

RADAS

• Mesin penguji marshall


• Kepala penguji keluli
• Air sesuhu
• Jam randik
• Bicu penyemperit
• Mesin pemadatan marshall
• Pencampur asphalt
• Ketuhar 
• Penimbang
LANGKAH-LANGKAH KERJA

(A) Penyediaan campuran kelompok

1. Kandungan aggregate dan bahan pengisi yang kan digunakan ditentukan supaya
campurn agregat dan bahan pengisi tidak terkeluar darpada limit yang ditentukan.

2. Campurkan batu baur , pasir dan bahan pengisi mengikut pecahan seperti yang
ditentukan daripada satu ke dalam sebuah kontena yang dpat mengisi sekurang –
kurangnya kuantiti aggregate yang cukup untuk mengisi satu specimen marshall (lebih
kurang 1200g).aggregat dipanaskan dalam ketuhar pada suhu 150oC selama
sekurang – kurangnya 4 jam.

3. Bitumen dipanaskan pada suhu yang sama atau suhu ketika bancuhan.

4. Aggregat yang telah dipanaskan dimasukkan kedalam mangkuk pencampur dan


bancuh tanpa bitumen selama 1 hingga 2 minit. Kemudian bitumen dicampur mengikut
kadar yang tertentu. Kandungan bitumen yang dimasukkan merupakan peratus
daripada berat keseluruhan campuran. Kandungan bitumen yang meningkat 0.5% bagi
setiap bancuhan digunakan.

5. Suhu bagi campuran kelompok yang tersedia untuk pemadatan tidak seharusnya
kurang daripada 137oC.

(B) Pemadatan 
1. Sementara campuran kelompok disediakan, pelantak dan acuan pemadatan harus
dibersihkan dan dipanaskan ke suatu suhu yang tidak kurang daripada 137oC.

2. Acuan yang telah dipanaskan diletakkan diatas meja,dan masukkan sehelai kertas
turas 101.6mm ke dasar acuan. Kesemua acuan kelompok yang panas dimasukkan
kedalam acuan dan licinkan permukaan atas campuran kepada satu bentuk membulat.
3. Acuan pemadatan diletakkan (dengan campuran) di dalam mesin pemadatan dan di
padatkan. Biasanya capuran dipatkan dengan menggunakan pemadat hentakan
dengan nilai hentakan sebanyak 50 kali pada bahagian atas dan bawah specimen
untuk memastikan pemadatan berlaku dengan baik.

4. Gelang ditanggalkan dari acuan, acuan diterbalikkan dan specimen di atas palt
dasar, relang diletakkan kembali dan dikenakan hentakan yang sama diatas permukaan
specimen yang satu lagi.

5. Relang pemanjangan dan plat dasar ditanggalkan. Acuan yang mengandungi


specimen direndamkan didalam air sejuk selama 10 minit.

6 .Spesimen dikeluarkan dari acuan dengan bicu penyemperit. Specimen dibiarkan


sejuk ke suhu bilik sebelum diuji.

(C) Ujian ke atas spesimen.


1. Spesimen ditimbang didalam udara dan dicatatkan beratnya. Spesimen ditimbangkan
semula dengan membiarkannya berada di dalam air dan dicatatkan beratnya. Berat unit
bagi specimen tersebut dikirakan.

2. Specimen dipanaskan dalam air sesuhu 60 +/- 1oC selama 30 – 40 minit.

3. Permukaaan dalam kepala penguji dibersihkan dan spesimen diletakkan


ditengahnya.

4. Kepala panguji lengkap dengan specimen diletakkan diatas pedestal mesin penguji
Marshall.

5. Suis dihidupkan supaya mesin mengunakan beban mampatan kepada specimen


dengan kadar 50.8mm/minit sehingga kegagalan berlaku.

6. Bacaan daya yang maksimum dan dan aliran pada daya maksimum tersebut
dicatatkan.
PERBINCANGAN

Tujuan utama rekabentuk campuran konkrit asfalt ialah untuk mendapatkan nilai
kandungan asphalt yang optimum untuk kerja – kerja pembinaan turapan. Nilai
kandungan asphalt yang optimum ialah jumlah kandungan asphalt yang mencukupi
untuk melahirkan segala ciri yang baik yang diharapkan daripada turapan yang bakal
dibina.

Sekiranya kandungan asphalt terlalu rendah, aggregate tidak akan tersalut sepenuhnya
dan lompang udara akan meningkat ke aras yang berlebihan hingga menyebabkan
ketahanlasakan menurun.

Sebaliknya jika kandungan asphalt terlalu tinggi kestabilan akan menurun dan masalah
penjujuhan akan berlaku. Oleh yang demikian kandungan asphalt yang optimum perlu
diperoleh untuk campuran konkrit asphalt turapan jalan.

Selain daripada kestabilan sifat – sifat penting yang mesti dipunyai oleh sesuatu
campuran turapan berbitumen seperti berikut:

1. Kekonsistenan.
Peranan kekonsistenan dalam turapan berbitumen ialah untuk memastikan keadaan
suatu turapan itu dalam keadaan baik dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.
Kosistenan suatu turapan bitumen itu boleh di lihat melalui ketahanan suhu, cuaca dan
juga ketahanlaskan semasa berkhidmat. Suatu simen asphalt yang konsisten dapat
bertahan semasa berkhidmat dalam suatu tempoh yang lama walaupun dengan kesan
suhu dan cuaca yang melampau. Selain daripada itu ianya dapat mengekalkan bentuk
dan keupayaannya menahan bebanan yg diberikan oleh kenderaan.

2. Ketahanlasakan dan rintangan terhadap tidakan luluhawa.


Keadaan semasa suatu simen asphalt didalam perkhidmatan adalah sangat berbeza
dengan keadaannya semasa dijalankan ujian di makmal. Ini adalah kerana simen
asphalt menerima pelbagai jenis rintangan semasa hayat perkhidmatannya. Kesan
luluhawa adalah sslah satu tindakan cuaca yang sangat mempengaruhi kekuatan suatu
simen asphalt. Kesan luluhawa ini akan menyebabkan sifat anjal suatu bitumen akan
semakin berkurangan seterusnya membawa kepada kerapuhan bahan tesebut.
Sekiranya keadaan ini berterusan turapan akan terbentuk tetak dan menyebabkan
berlaku kegagalan kepada jalanraya terbabit. Antara factor utama yang menyebabkan
berlakunya luluhawa ialah :

1. tindakan pemeruapan dan pengoksidaan 


2. kesan suhu 
3. kesan luas permukaan
4. tindakan cahaya.

3. Rintangan terhadap air

Kerintangan terhadap air adalag salah satu factor yang sangat penting kepada setiap
turapan berbitumen kerana ianya adalah untuk menghalang daripada air permukaan
daripada menyerap masuk kedalam lapisan tanah dibawah permukaan turapan dan
mnyebabkan kekuatan turapan akan menurun akibat nilai daya galas tanah dibawah
permukaan tersebut turut menurun. Kerintangan terhadap air bagi sesuatu turapan
menjadikan kekuatan lapisan tanah dibawah permukaan tidak akan terganggu apabila
berlaku hujan dan juga banjir. 

4. Kadar pengawetan 
Kadar pengawetan sesuatu simen asphalt ialah merujuk kepada kadar kehilangan
bahan pelarut atau pun bahan yang mudah untuk meruap daripada sebatian yang
menyebabkan simen asphalt bertambah keras. Kadar pengawetan ini kadangkala
menjadi penting semasa kerja – kerja pembinaan kerana ianya menentukan masa
dimana turapan tersebut boleh dilalui selepas diturap. Terdapat tiga pelarut yang
biasanya digunakan dalam kerja – kerja pembinaan yang menentukan kecepatan
sesuatu turapan itu unutk mengeras.

Untuk turapan yang memerlukan masa yang cepat untuk mengeras biasanya petrol
digunakan untuk melarutkannya. Namun begitu pelarut ini adalah mahal berbanding
dengan pelarut yang berikutnya. Untuk turapan yang memerlukan masa yang tidak
terlalu lama untuk mengeras biasanya pelarut gasoline digunakan. Pelarut yang paling
lambat unutk meruap yang biasanya digunakan dalam melarutkan simen asphalt ialah
diesel. Pelarut ini adalah pelarut yang paling lambat untuk meruap dan teroksida yang
digunakan dalm kerja – kerja turapan.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi nilai kestabilan campuran berbitumen.


Antara faktor – faktor tersebut ialah :

1. Kandungan aggregat
Jenis aggregat yang digunakan dalam kerja – kerja turapan mempengaruhi sesuatu
turapan daripada berfungsi dengan baik. Apabila nilai kekuatan aggregat yang
digunakan tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan kerosakan pada turapan
akan berlaku. Aggregat yang kuat adalah antara perkara utama yang perlu
dipertimbangkan dalam kerja – kerja turapan. Aggregat yang kekuatannya rendah akan
mudah terdedah kepada lelasan disamping tidak dapat menahan beban yang tinggi
daripada kenderaan yang berat.

2. Gred bitumen yang digunakan


Gred bitumen yang digunakan adalah perkara yang perlu dititik beratkan dalam kerja –
kerja rekabentuk sesuatu bancuhan turapan. Seseorang perekabentuk perlu
mengetahui keadaan cuaca dan jenis jalan yang akan dibina sebelum melakukan
rekabentuk campuran bitumen. Gred bitumen memainkan peranan penting untuk
kawasan yang mempunyai iklim yang kadar perubahan cuacanya adalah melampau. Ini
disebabkan oleh gred bitumen yang digunakan di kawsan yang bersuhu rendah adalah
berbeza dengan suhu bitumen yang digunakan di kawasan yang beriklim panas. Di
kawasan beriklim panas gred bitumen yang mempunyai nilai penusukan yang rendah
biasanya digunakan manakala di kawasan beriklim sejuk gred bitumen yang
mempunyai nilai penusukan yang tinggi digunakan.

3. Kekuatan lapisan subgred


Kekuatan lapisan subgred adalah satu lagi perkara yang mempengaruhi kestabilan
campuran berbitumen yang berada dilapisan permukaan. Sekiranya lapisan subgred
yang menampung beban daripada kenderaan tidak kuat, ianya akan menyebabkan
kestabilan lapisan permukaan terganggu dan akan menyebabkan kegagalan ada sistem
jalanraya. Biasanya lapisan subgred dibuat daripada tanah dan aggregat kasar yang
dimport kekawasan pembinaan.

Anda mungkin juga menyukai