Anda di halaman 1dari 2

RANGKA ISI ( KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN) - DISEDIAKAN OLEH MS LI

ISI 1 Faedah yang dogmatik untuk hidup berjiran dalam kalangan masyarakat adalah
akan dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan
jiran setempat.
SEBAB Hubungan baik antara jiran dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong, ziarah-
menziarahi serta sukan komuniti yang dapat menyatukan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum.
CONTOH Sebagai contoh, semasa aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis
sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti, jiran dapat
mempertemukan semua jiran, saling berkenalan dan bercerita tentang pengalaman
masing-masing dengan lebih dekat.Mereka akan lebih mesra, saling membantu
bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau
kepercayaan.
AKIBAT rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu
sama lain Situasi ini dapat dikatakan sambil menyelam minum air.
RUMUSAN Pendek kata, amalan hidup berjiran mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk
semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

ISI 2 Kalau ditelusuri dari sudut yang lain, hidup berjiran dalam kalangan
masyarakat akan membawa impak positif kepada masyarakat konvensional
itu sendiri iaitu kesedaran hidup berjiran mampu mewujudkan persekitaran
yang selamat.
SEBAB Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran yang baik akan bersama-sama menjaga
kawasan kediaman mereka daripada berlaku kejadian yang tidak diingini, seperti
kejadian pecah rumah
CONTOH . Masyarakat sebegini boleh membuat rondaan pada waktu malam secara
berkumpulan bagi memastikan kawasan kediaman mereka sentiasa berada
dalam keadaan selamat. Selain itu, mereka juga akan melaporkan kejadian
tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab apabila kawasan kediaman mereka
dimasuki orang yang mencurigakan
AKIBAT Secara tidak langsung, purata kes jenayah dalam negara akan berkurangan
dari semasa ke semasa. Hal ini sama dengan cogan kata “jiran sepakat
membawa berkat”.
RUMUSAN Tegasnya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat mampu menjana
kawasan perumahan yang harmoni dan aman. /membawa kepada jaminan
keselamatan penduduk setempat.
ISI 3 Kehidupan berjiran juga merupakan salah satu elemen penting dan vital
untuk memberi bantuan ketika kecemasan.
SEBAB Hal ini dikatakan demikian kerana, jiran orang pertama yang diharapkan untuk
menghulur bantuan atau yang diharapkan bagi mendapatkan pertolongan.dalam
hal kecemasan yang tidak diingini, kerana malang tidak berbau.
CONTOH Jiran yang baik akan prihatin dan sentiasa bersedia memberikan pertolongan
sekiranya jiran mereka memerlukan pertolongan tanpa mengira dalam keadaan
susah atau senang.
AKIBAT secara tidak langsung tindakan tersebut akan menimbulkan perasaan ingin
membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa
Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Seandainya , sikap saling
membantu jiran yang menghadapi kesusahan tidak diamalkan dalam diri
masyarakat, sudah pasti masyarakat hidup dalam kucar-kacir dan berpecah belah.
RUMUSAN Sesungguhnya, sikap saling membantu jiran yang menghadapi kesusahan
merupakan salah satu faedah di sebalik cogan kata jiran sepakat membawa
berkat.