PENDAHULUAN
Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap
prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka.
Atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada
kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang
baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada agama,
bangsa dan negara.
OBJEKTIF
Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal
Murid.
Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu
kecemerlangan di peringkat sekolah.
Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.
Meningkatkan tahap kesihatan, kebersihan diri dan persekitaran yang
selamat.
Copyrightina4848 1
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
1. Tenaga Pengajar.
1.1 Semua guru di sekolah ini adalah merupakan ibu bapa kedua (lo co
parentis) kepada semua murid.
1.2 Sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan murid dalam semua
bentuk tindakan dan keputusan yang dibuat.
1.3 Semua guru perlu melayan semua murid dengan adil, saksama, bertimbang
rasa serta penuh kasih sayang.
1.4 Semua tindakan guru adalah berkonsepkan “MENDIDIK BUKAN
MENGHUKUM’.
1.5 Membudayakan guru supaya benar-benar dapat memainkan peranan
sebagai “GURU DISIPLIN” pada setiap masa.
2. Kemasukan Murid.
2.1 Sekolah ini menerima kemasukan murid dari pelbagai kaum tanpa sekatan.
2.2 Setiap maklumat murid akan didaftarkan ke dalam buku rekod pendaftaran
dan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan sentiasa memastikan data
peribadi murid dikemaskini dengan lengkap dan terkini.
2.3 Setiap murid akan ditempatkan di kelas-kelas berdasarkan prestasi
akademik.
2.4 Sekolah melaksanakan Program Hari Pendaftaran murid Tahun 1 dan Pra
Sekolah. Aturcara Majlis:
2.4.1 Pengesahan pendaftaran.
2.4.2 Taklimat oleh pihak pentadbiran sekolah.
2.4.3 Penetapan kelas (Tahun 1 berdasarkan ujian Diagnostik).
2.4.4 Pengagihan buku Teks.
Copyrightina4848 2
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
4. Ponteng Sekolah.
4.1 Bagi murid yang ponteng kelas dan ponteng sekolah secara berkala
tindakan akan diambil seperti berikut:
4.1.1 Surat Amaran Pertama
Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk
murid yang tidak datang ke sekolah selama tiga (3) hari berturut-
turut atau pada hari kesepuluh (10) murid tidak hadir bukan secara
berturut-turut tanpa surat.
4.1.2 Surat Amaran Kedua
Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika murid tidak datang ke
sekolah tujuh (7) hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama.
Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah
ditandai (O) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.
4.1.3 Surat Amaran Ketiga
Surat Amaran Ketiga atau Terakhir hendaklah dihantar sekiranya
tiada apa-apa komunikasi tujuh (7) hari selepas Surat Amaran
Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk murid yang telah
ditandai (O) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.
4.1.4 Buang Sekolah
Selepas tempoh empat belas (14) hari ponteng sekolah daripada
tarikh penghantaran Surat Amaran Terakhir bagi hari tidak hadir
berturut-turut atau selepas dua puluh (20) hari ditandai (O) bagi hari
tidak hadir bukan berturut-turut, murid boleh dibuang sekolah. Surat
untuk tujuan memberitahu ibu bapa/penjaga bahawa murid telah
dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar. Murid
tidak boleh diterima semula selepas itu tanpa merujukkannya
kepada Guru Besar.
Copyrightina4848 3
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
4.3 Surat Amaran Pertama, Kedua dan Ketiga diisi dan dibuat satu salinan untuk
simpanan ke dalam Fail Kehadiran Murid dan ditandatangani oleh:
4.3.1 Surat Amaran Pertama ditandatangani oleh GPK HEM
4.3.2 Surat Amaran Kedua ditandatangani oleh GPK HEM
4.3.3 Surat Amaran Ketiga ditandatangani oleh GPK HEM
4.3.4 Surat Buang Sekolah ditandatangani oleh Guru Besar.
4.4 Ibu bapa atau penjaga kepada pelajar yang tidak hadir ke sekolah, perlu
memaklumkan atau menulis surat kepada pihak sekolah (guru kelas) atau
menelefon ke sekolah untuk memaklumkan sebab tidak hadir. Pelajar yang
tidak hadir ke sekolah tanpa sebab selama tiga hari berturut-turut akan
dicatat sebagai ponteng sekolah.
Copyrightina4848 4
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 5
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 6
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
1. Pengenalan
BJKM merupakan dokumen rasmi yang penting dan sah dari segi perundangan
dan kewangan. Ia digunakan bagi merekod kedatangan murid setiap hari
persekolahan dan sebagai rujukan maklumat murid.
2. Objektif
2.1 Memberi pendedahan tentang cara mengurus dan mengendalikan Buku
Jadual Kedatangan Murid.
2.2 Menyelaras cara mengendalikan maklumat BJKM.
Copyrightina4848 7
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
3.13 Guru kelas bertanggungjawab menanda kehadiran kelas pada setiap hari
dan menutup BJKM pada hari akhir setiap bulan.
3.14 Sekiranya guru kelas tidak hadir, guru pembantu bertanggungjawab
melengkapkannya. Sekiranya kedua-dua guru berkenaan tidak hadir,
kerani pejabat akan diminta untuk menjalankan tugas tersebut.
4. Maklumat Dalam Buku Jadual Kedatangan Murid
4.1. Muka depan
4.1.1 Isikan butiran di muka hadapan menggunakan huruf besar dengan
jelas dan terang.
4.2. Nombor Pendaftaran Murid
4.2.1 Ditulis pada setiap bulan dengan lengkap.
4.2.2 Nombor Pendaftaran Murid Rayuan Bersekolah Semula dari sekolah
sama perlulah menggunakan nombor pendaftaran asal.
4.3. Nama Penuh
4.3.1 Mengikut nama seperti dalam Kad Pengenalan dan ditulis
dengan HURUF BESAR mengikut abjad bagi setiap bulan.
4.3.2 Jika ada murid yang baru mendaftar atau murid rayuan bersekolah
semula, tuliskan nama murid tersebut di bahagian bawah nama
murid yang sedia ada.
4.4. Jantina
4.4.1 Tuliskan ‘L’ atau ‘P’ bagi setiap murid.
7. Peratus Kedatangan
Copyrightina4848 8
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 9
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
kelas
2.8 Moto Sekolah - ditampal pada papan kenyataan kelas
2.9 Artikel Berinformasi dan Isu-Isu Semasa - ditampal pada papan
bulletin
2.10 Bahan-bahan Pembelajaran - ditampal pada Papan Mata Pelajaran
2.11 Sudut Bacaan di tempat yang sesuai
2.12 Alatan seperti penyapu, pemadam papan hitam/putih, bakul sampah,
penyodok sampah dan sebagainya hendaklah diletakkan di tempat yang
sesuai.
2.13 Pas Keluar Kelas (2 set) - disediakan oleh Unit Disiplin & Pengawas
3. Bilangan kehadiran harian mesti ditulis di penjuru papan tulis (kanan/atas)
atau di tempat yang mudah dilihat.
4. Guru Kelas dengan dibantu oleh Ketua Kelas hendaklah memastikan semua
kerusi dan meja murid mencukupi. Perabot yang rosak atau tidak sesuai
digunakan hendaklah dimaklumkan kepada pengurusan sekolah (Unit Perabot)
untuk diambil tindakan.
5. Kebersihan Kelas:
5.1 AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari
persekolahan.
5.2 Setiap guru yang masuk ke kelas mestilah memastikan keadaan dalam
kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau
menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan.
5.3 AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci
meja murid dan di dalam bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap
hari.
5.4 Sebelum meninggalkan kelas, semua murid hendaklah memastikan kerusi
dan meja dalam keadaan kemas dan teratur.
5.5 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan
sebelum meninggalkan kelas.
5.6 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup.
Copyrightina4848 10
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 11
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
PENGENALAN:
Perancangan ini bertujuan sebagai garis panduan kepada unit disiplin dan
pengawas sekolah bagi memastikan segala perancangan yang diatur dapat
dilaksanakan seperti yang dirancang pada tahun ini.
OBJEKTIF:
1. Memastikan setiap murid dapat melaksanakan tanggungjawab dan mematuhi
setiap arahan peraturan yang telah ditetapkan.
2. Kecemerlangan disiplin menjurus kearah kecemerlangan akademik.
3. Pengurusan unit disiplin akan lebih teratur dan efektif.
4. Segala urusan disiplin dan badan pengawas tercatat dan direkodkan.
5. Melahirkan murid yang mempunyai sifat kepimpinan yang terlatih.
SASARAN:
1. Semua warga akademik dan bukan akademik sekolah.
2. Semua pengawas sekolah.
3. Semua murid sekolah.
4. Semua ibubapa dan penjaga murid Sekolah Kebangsaan Medan Jaya.
JANGKAMASA:
1. Sepanjang tahun berdasarkan program yang dilaksanakan dalam takwim.
STRATEGI:
1. Mengenal pasti, menemuduga dan memilih murid sebagai pengawas.
2. Orientasi dan pelantikan pengawas.
3. Ceramah disiplin dan kempen bagi mematuhi disiplin dan peraturan sekolah.
4. Operasi pemeriksaan disiplin murid.
5. Penerangan dan peringatan mengenai peraturan sekolah.
6. Mengadakan mesyuarat bagi memastikan tugasan dibuat dengan terancang.
7. Mengadakan mesyuarat bulanan diantara pengawas dan guru pengawas
untuk membincangkan masalah SENARAI TUGAS:
1. Menyelaras rekod-rekod disiplin murid dan menyediakan laporan-laporan yang
diperlukan oleh Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah, ibu bapa dan
pihak-pihak yang berkenaan.
2. Membimbing dan menjadi penasihat kepada pengawas dan tugasan mereka.
3. Mengatur program yang berkaitan dengan disiplin di peringkat sekolah seperti:
3.1 Kursus Pelaksanaan Tugas dan Tanggungjawab Pemimpin.
3.2 Pernyataan Peraturan dalam Buku Peraturan Sekolah setiap kali
perhimpunan rasmi sekolah.
Copyrightina4848 12
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
PENGENALAN:
Perancangan ini bertujuan menjadikan Unit Bimbingan & Kaunseling berfungsi
sebagai satu unit menangani murid-murid yang bermasalah yang boleh
menjejaskan pembelajaran mereka. Unit ini juga berperanan menjadi tempat murid-
murid mendapatkan nasihat dan bimbingan yang terbaik selain mendapatkan
punca permasalahan untuk diselesaikan.
OBJEKTIF:
1. Membantu pihak sekolah menyelesaikan permasalahan murid dalam
pembelajaran.
2. Memastikan tindakan segera diambil bagi membantu murid yang berisiko.
3. Menanam kesedaran murid supaya tidak terlibat dengan masalah disiplin.
4. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / PIBG
dalam tugas meningkatkan peratus kehadiran murid.
5. Membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
6. Mewujudkan sekolah penyayang atau sekolah tanpa takut.
7. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
SASARAN:
1. Semua warga sekolah.
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
Copyrightina4848 13
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
STRATEGI:
1. Membantu memberi khidmat nasihat kepada murid yang terlibat dengan
masalah disiplin, penyalahgunaan dadah dan inhalan.
2. Mengenal pasti dan memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada
pelajar yang kerap ponteng sekolah.
3. Bekerjasama dengan Unit Disiplin melakukan siasatan jika ada berlaku kes salah
laku sederhana dan berat.
4. Mengalu-alukan kehadiran murid di pintu pagar sekolah.
5. Pelaksanaan Program Mentor Mentee.
6. Memberi penghargaan kepada murid.
SENARAI TUGAS:
1. Menyelaras, merancang, melaksana, dan menilai semua program dan aktiviti
Bimbingan dan Kaunseling di peringkat sekolah.
2. Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di sekolah
termasuk guru dan murid.
3. Menganjurkan kursus, seminar, bengkel, dan lain-lain program/aktiviti Bimbingan
dan Kaunseling untuk murid, guru, kakitangan dan ibu bapa (PIBG).
4. Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang telah mengikuti sesi
bimbingan dan kaunseling.
5. Bekerjasama erat dengan PPD, JPN, KPM dan agensi-agensi lain untuk
menangani masalah di sekolah.
6. Menjalankan tugas yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
7. Mengadakan mesyuarat AJK sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
8. Menyambut kehadiran murid di pintu pagar sekolah setiap pagi hari
persekolahan (GPK/guru bertugas/AJK).
9. Membuat sapaan seperti memberi salam, selamat pagi, selamat datang,
jemput masuk dan sebagainya.
10. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berhemah.
11. Membuat publisiti / promosi mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah
dengan menyediakan kain rentang. (cth: “Kehadiran Anda Impian Kami”).
12. Merangka dan menyelaras jadual mentor mentee seperti seorang guru bagi
setiap 2 atau 3 orang murid (Tahun 6) dan masa perjumpaan.
13. Menyediakan profil setiap mentee.
14. Merancang program-program seperti sambutan Hari Kanak-Kanak, Hari Lahir,
Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya.
15. Menghantar kad ucapan seperti kad hari lahir murid dan kad hari perayaan.
Copyrightina4848 14
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
PENGENALAN:
Perancangan ini menjuruskan kepada menjaga kepentingan dan kebajikan murid
apabila berlakunya sesuatu musibah, kemalangan atau kematian di kalangan ahli
keluarga terdekat dan tindakan yang sewajarnya boleh diambil bagi meringankan
beban kewangan atau bantuan yang bersesuaian.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan
Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta
Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu
golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak
berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi
keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.
Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan
miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada
pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan
tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang
berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996
(akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah
mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).
OBJEKTIF:
1. Memastikan murid-murid yang ditimpa masalah mendapat pembelaan yang
sewajarnya.
2. Memastikan anak-anak yatim, susah dan murid-murid miskin mendapat
bantuan yang dihulurkan dengan sama rata.
3. Memastikan setiap murid menyertai Insurans Takaful secara terancang.
4. Memastikan setiap murid mempunyai buku akaun untuk tujuan simpanan.
5. Menggalakkan murid menambah tabungan yang sedia ada.
6. Mengembang dan menyuburkan minat menabung di kalangan murid-murid
dan kakitangan.
7. Memastikan murid-murid yang berhak dapat membuat tuntutan mengikut
prosedur yang betul.
SASARAN:
1. Semua murid dan warga sekolah.
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
Copyrightina4848 15
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
STRATEGI:
1. Menyenaraikan nama anak-anak yatim dan miskin berdasarkan APDM.
2. Mewujudkan Tabung Kebajikan Murid.
3. Menggalakkan murid-murid berjimat cermat dan menabung duit lebihan
perbelanjaan harian yang diberi oleh ibu bapa mereka.
4. Mengemaskini hal-hal yang berkaitan dengan simpanan.
5. Menjemput pihak Tabung Haji datang ke sekolah bagi mengambil simpanan
murid.
SENARAI TUGAS:
1. Mengurus hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus seperti:
1.1 pelajar miskin / miskin tegar
1.2 kemalangan
1.3 rawatan berterusan
1.4 kematian
1.5 kecemasan/bencana
2. Mendapatkan senarai nama pelajar yang layak mendapat bantuan
berdasarkan keutamaan dan keperluan seperti:
2.1 KWAPM
2.2 eKASIH
2.3 Bantuan dari Pejabat Zakat Negeri
3. Mengedarkan borang permohonan bantuan KWAPM kepada pelajar yang
dikenalpasti layak.
4. Kriteria dan syarat kelayakan bantuan KWAPM (SM/2017) adalah pada kadar:
4.1 Pendapatan isi rumah - RM930.00
4.2 Perkapita - RM230.00
5. Mengadakan mesyuarat memilih pelajar yang layak mendapat bantuan
KWAPM.
6. Merancang program untuk mengutip sumbangan di samping meningkatkan
keprihatinan pelajar terhadap kebajikan.
7. Menubuhkan Tabung Kebajikan Pelajar.
8. Menggalak murid-murid supaya menabung dan perlu adakan hari untuk
menabung dengan meminta kerjasama daripada pihak bank simpanan yang
berhampiran seperti:
8.1 Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH).
8.2 Bank Simpanan Nasional.
Copyrightina4848 16
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
PENGENALAN:
SARANA merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu
bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi
kecemerlangan masa hadapan negara. Sarana terdiri dari dua (2) iaitu Sarana
Sekolah dan Sarana Ibu Bapa. Perancangan ini lebih menjurus kepada Sarana Ibu
Bapa.
MATLAMAT:
1. Sarana penglibatan sekolah dengan ibu bapa dan komuniti bertujuan
memperkenalkan sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong
sistem pembelajaran.
2. 6 Elemen itu ialah:
2.1 iklim sekolah;
2.2 komunikasi berkesan;
2.3 sokongan terhadap kejayaan murid;
2.4 tanggungjawab bersama;
2.5 keputusan bersama; dan
2.6 kerjasama dengan komuniti.
3. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan sempurna akan
meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan
juga penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.
OBJEKTIF:
1. Meningkatkan keyakinan guru mengajar.
2. Meningkatkan pencapaian pembelajaran murid.
3. Meningkatkan peranan ibu bapa dalam penyokong program sekolah.
4. Mengurangkan kes disiplin di kalangan murid.
5. Menjaga hubungan baik antara pentadbir, guru dan ibu bapa.
SASARAN:
1. Semua ibu bapa kepada murid-murid Sek. Keb. (Felda) Bukit Jalor
2. Komuniti setempat
3. Pengurusan Felda
4. Sektor swasta
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
STRATEGI:
1. Meningkatkan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dalam
pembelajaran anak di sekolah dan luar sekolah.
Copyrightina4848 17
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
SENARAI TUGAS:
1. Menyimpan rekod senarai ahli PIBG sekolah.
2. Menyimpan rekod kehadiran ahli PIBG (guru/ibu bapa/penjaga):
2.1 Hari Pendaftaran Tahun 1
2.2 Hari Penetapan Target
2.3 Mesyuarat Agung PIBG
2.4 Hari Pelaporan
2.5 Hari Sukan Tahunan Sekolah
2.6 Hari Anugerah Cemerlang
2.7 Mesyuarat Permuafakatan
JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI : GURU BESAR
TIMBALAN PENGERUSI 1 : YDP PIBG
TIMBALAN PENGERUSI 2 : GPK PENTADBIRAN
NAIB PENGERUSI : GPK HAL EHWAL MURID
GPK KOKURIKULUM
SETIAUSAHA : PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH
AHLI JAWATANKUASA :SETIAUSAHA PIBG
SETIAUSAHA KURIKULUM
SETIAUSAHA HAL EHWAL MURID
SETIAUSAHA KOKURIKULUM
GURU DATA
KAUNSELOR
PERANAN JK INDUK :
1. Menentukan halatuju program sarana ibu bapa dan sarana sekolah;
2. Merancang dan memastikan pelaksanaan program / aktiviti di peringkat
sekolah;
3. Meningkatkan peranan / kerjasama antara sekolah dan komuniti;
4. Memastikan soal selidik sarana ibu bapa dan sarana sekolah dilaksanakan;
5. Memastikan pelaporan disediakan selepas pelaksanaan program;
6. Memastikan objektif sarana ibu bapa dan sarana sekolah dapat dicapai;
7. Menyelia dan memantau pelaksanaan program / aktiviti di peringkat sekolah.
Copyrightina4848 18
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
PENGENALAN:
Kantin sekolah merupakan satu tempat yang sinonim dengan murid. Oleh itu,
perancangan dibuat sebagai panduan menjadikan kantin suatu tempat yang
menarik, bersih dan ceria bukan sahaja untuk murid malahan guru, pelawat dan
sesiapa sahaja yang berkunjung ke kantin. Selain itu, perancangan ini bertujuan
memastikan murid-murid mempraktik dan mempunyai disiplin semasa
menggunakan kantin. Semua akan merasa selesa dan tenteram apabila
menggunakan kantin.
OBJEKTIF:
1. Mendidik dan melahirkan murid yang tahu menjaga kebersihan.
2. Menjadikan kantin satu tempat yang bersih, ceria dan menarik.
3. Mendidik murid supaya menjadikan kantin bukan sahaja tempat untuk makan
malah untuk belajar sendiri atau berkumpulan.
4. Memastikan kuantiti makanan yang dijual seimbang dengan nilainya.
5. Menjaga kualiti makanan yang dijual.
Copyrightina4848 19
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
SASARAN:
1. Semua murid
2. Penguasaha kantin
3. Guru dan kakitangan sekolah
4. Pelawat
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
STRATEGI:
1. Semua pengguna kantin mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat.
2. Menjadikan kawasan kantin bersih ceria dan selamat.
3. Menjadikan kantin sebagai “CERIA KANTIN CERIA PENGETAHUAN”.
SENARAI TUGAS:
1. Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan AJK Kesihatan dalam
menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan kantin sekolah.
2. Bertanggungjawab memastikan kantin dan kawasan sekitarnya dalam
keadaan bersih, tidak berbau dan sentiasa diurus. Sistem pembuangan sampah
perlu diselia selalu.
3. Memastikan pihak pengurusan kantin menyediakan makanan mengikut menu
dan harga mengikut surat perjanjian. Senarai makanan dan minuman serta
harganya hendaklah dipamerkan.
4. Memastikan semua petugas makanan telah mendapat suntikan kesihatan dan
memakai apron serta menutup kepala dengan bersih dan kemas mengikut
pekeliling Kementerian Kesihatan apabila menjalankan tugas-tugasnya.
5. Makanan hendaklah disediakan dalam keadaan bersih dan segar. Simpanan
sayur/ikan/daging di dalam peti sejuk hendaklah sesuai dan bersih.
6. Memastikan makanan yang hendak dijual, ditutup dengan tudung saji/kain
maslin atau disimpan dalam bekas yang bertutup bagi mengelakkan
dihinggapi lalat dan sebagainya.
7. AJK kantin sekolah patutlah membaca dan memahami surat perjanjian
tawaran kantin agar mereka sedar apa yang sepatutnya dilakukan oleh
pengusaha kantin sekolah.
8. Memastikan permukaan lantai kantin/meja kantin/longkang kantin hendaklah
dibersihkan dengan sabun sebelum dan sesudah digunakan.
9. Boleh menegur pengusaha kantin jika perlu.
10. Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah
dihubungi.
11. Memaklumkan kepada pihak pengusaha kantin tentang hari-hari persekolahan.
12. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
13. Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi,
selamat dan sesuai.
14. Membuat laporan mingguan dalam buku/borang laporan kantin.
15. Menyampaikan laporan bulanan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM
tentang prestasi kantin.
16. Mengadakan mesyuarat kantin sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan
perbincangan dari semasa ke semasa.
17. Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.
Copyrightina4848 20
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
PENGENALAN:
RMT adalah projek yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
murid-murid yang mempunyai kriteria berikut:
1. Warganegara Malaysia.
2. Pendapatan keluarga RM 580.00 dan ke bawah.
3. Pendapatan perkapita RM 140.00 dan ke bawah.
MATLAMAT:
1. Meningkatkan taraf kesihatan murid-murid dari segi kesihatan fizikal dan mental.
2. Membantu murid yang kurang mampu mendapatkan makanan yang
seimbang setiap hari sebelum mengikuti aktiviti pembelajaran.
OBJEKTIF:
1. Memastikan semua murid miskin yang layak, mendapat makanan seimbang
setiap hari.
2. Membolehkan murid cergas dan sihat untuk belajar.
3. Melatih dan membentuk murid yang tahu menghargai pemberian dan
berterima kasih.
4. Melatih murid berdisiplin semasa mendapatkan makanan dan semasa makan.
SASARAN:
1. Murid yang layak.
JANGKA MASA:
1. 170 hari persekolahan.
STRATEGI:
1. Menjalankan pemilihan murid-murid yang layak menerima RMT berdasarkan
Borang Maklumat Murid (BMM).
2. Mengadakan perjanjian dengan pengusaha/pembekal makanan yang dipilih.
3. Berbincang dengan pembekal makanan RMT bagi memastikan kuantiti dan
kandungan zat makanan bertepatan dengan arahan harga.
4. Menetapkan 5 menu yang dipilih untuk disediakan sepanjang tempoh RMT.
5. Mencatat kehadiran murid dalam borang yang disediakan.
6. Membuat pemeriksaan tumbesaran murid dengan mengambil ukuran berat
dan tinggi pada awal dan akhir tahun.
Copyrightina4848 21
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
SENARAI TUGAS:
1. Mengadakan perjanjian dengan pihak pembekal makanan.
2. Mengadakan pemilihan murid untuk RMT dengan kerjasama guru APDM.
3. Menyediakan rekod-rekod yang berkaitan dengan RMT.
4. Mencatat berat dan tinggi murid di awal dan akhir tahun.
5. Memastikan murid mengambil makanan dan makan pada waktu yang telah
ditetapkan serta mengawasi murid ketika makan.
6. Membuat laporan RMT setiap hari dalam borang yang telah disediakan.
PENGENALAN:
Perancangan ini bertujuan untuk memastikan kemudahan Skim Pinjaman Buku Teks
(SPBT) digunakan dengan sebaik mungkin dan memberi manfaat sepenuhnya
kepada semua murid.
MATLAMAT:
1. Memastikan semua murid mendapat bekalan buku teks secukupnya.
2. Memastikan semua murid menjaga dan menghargai buku pinjaman masing-
masing.
3. Memberi pendedahan ilmu pengetahuan kepada murid selaras dengan usia
mereka.
OBJEKTIF:
1. Untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau
penjaga.
2. Untuk memastikan tiada murid tercicir dalam pembelajaran.
3. Untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Untuk memastikan matlamat murid mengusai 3M berjaya.
SASARAN:
1. Semua murid.
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
SENARAI TUGAS:
1. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan, dan hapuskira
buku-buku bantuan.
2. Mengurus kutipan data-data, mengawal buku-buku stok dan mengawal buku-
buku bantuan.
Copyrightina4848 22
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 23
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
PENGENALAN:
Program 3K yang dilancarkan di peringkat sekolah merangkumi skop kebersihan,
kesihatan dan keselamatan. Program 3K ini telah berjaya memberikan impak yang
positif terhadap sahsiah, persekitaran sekolah, prestasi akademik dan kehadiran
murid ke sekolah. Bagi mencapai matlamat murid yang berketrampilan unggul,
Kementerian Pelajaran Malaysia menubuhkan jawatankuasa induk 3K di setiap
peringkat sekolah di Malaysia.
OBJEKTIF:
1. Membina kesedaran diri dan persekitaran sekolah yang bersih, sihat dan
selamat.
2. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul dan amalan berkekalan
dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan.
3. Menjalani gaya hidup yang sihat sebagai budaya yang berterusan.
SASARAN:
1. Semua warga sekolah.
JANGKA MASA:
1. Sepanjang tahun.
STRATEGI:
1. Program 3K memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan di
samping mewujudkan budaya hidup yang sihat, selamat dan bersih di sekolah.
SENARAI TUGAS:
Copyrightina4848 24
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
1. JK INDUK
1.1 Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K peringkat sekolah kali kali
setahun.
1.2 Merancang dan mengemaskini Program 3K peringkat sekolah.
1.3 Memastikan warga sekolah melaksanakan program 3K.
1.4 Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk
menyokong pelaksanaan program 3K.
1.5 Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K peringkat sekolah.
1.6 LAPORAN SEGERA kes aduan mengikut tempoh 1 : 3 : 7 kepada Pejabat
Pelajaran Daerah (1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes
dianggap selesai).
2. JK KEBERSIHAN
2.1 Melaksanakan aktiviti-aktiviti khas Program 3K:
2.1.1 Gotong-Royong Perdana KPM.
2.1.2 Penyelenggaraan Tandas Sekolah.
2.2 Bekerjasama dengan Jawatankuasa SARANA merancang dan
melaksanakan program keceriaan kelas.
2.3 Melukis mural di tembok/dinding bangunan.
2.4 Mengadakan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
2.5 Mengumumkan pemenang mingguan Pertandingan Kebersihan dan
Keceriaan Kelas.
2.6 Menyediakan dan menyampaikan sijil pemenang Pertandingan
Kebersihan dan Keceriaan Kelas setiap bulan semasa perhimpunan rasmi
sekolah.
3. JK KESIHATAN
3.1 Bertanggungjawab sepenuhnya berkaitan kesihatan / insuran murid.
3.2 Menguruskan tuntutan insuran murid yang memerlukan.
3.3 Menguruskan program kesihatan seperti pemeriksaan gigi oleh Klinik
Kesihatan.
3.4 Memastikan kotak ‘First Aid’ mencukupi dan lengkap dan ditempatkan di
tempat-tempat tertentu seperti di pejabat, makmal/bilik Sains,
bengkel/bilik Kemahiran Hidup.
3.5 Memilih dan melatih ahli kuiz kesihatan bagi mewakili sekolah.
3.6 Mendapatkan maklumat tahap kesihatan murid yang mempunyai
masalah kesihatan seperti penyakit kronik dan memaklumkan kepada
semua guru (terutama guru Pendidikan Jasmani).
3.7 Membuat pemantauan di kawasan sekolah memastikan tiada tempat
pembiakan nyamuk.
3.8 Menyediakan laporan Aedes dan dihantar ke PPD setiap bulan.
3.9 Mengadakan kempen kesedaran seperti ceramah dan tayangan
berkaitan penyakit denggi.
3.10 Menguruskan kehadiran pegawai unit kawalan penyakit ke sekolah.
3.11 Menyelaras, merancang, melaksana, dan menilai semua program dan
aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di peringkat sekolah.
3.12 Mengawalselia perkembangan masalah dadah semasa di sekolah
dengan mengumpul data dan segala maklumat terkini dalam semua
aspek tentang Pendidikan Pencegahan Dadah.
Copyrightina4848 25
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
3.13 Mengadakan hubungan yang erat dengan semua unit yang ada di
sekolah termasuk guru dan murid.
3.14 Menganjurkan kursus, seminar, bengkel, dan lain-lain program/aktiviti
Pendidikan Pencegahan Dadah untuk murid, guru, kakitangan dan ibu
bapa (PIBG).
3.15 Mengesan dan menangani masalah dadah di kalangan warga sekolah.
3.16 Menyediakan laporan lengkap warga sekolah yang terlibat dengan
dadah/inhalan.
3.17 Bekerjasama erat dengan PPD, JPN, KPM dan agensi-agensi lain untuk
menangani masalah di sekolah.
3.18 Menjalankan tugas yang diarah oleh Guru Besar dari masa ke semasa.
3.19 Menanam kesedaran supaya tidak terlibat dengan dadah.
3.20 Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa /
AADK / polis / PEMADAM / Penjara dan PIBG dalam tugas pencegahan
dadah.
4. JK KESELAMATAN
4.1 Merancang dan melaksanakan program keselamatan sepanjang tahun.
4.2 Menyediakan papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya
mendapat kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah.
4.3 Mendapatkan kerjasama pihak pengawal untuk mengawal keselamatan
sepanjang tahun.
4.4 Meletakkan tanda amaran ‘BAHAYA’ atau ‘KAWASAN LARANGAN’ di
tempat- tempat yang merbahaya.
4.5 Memastikan setiap bilik-bilik khas mempunyai carta peraturan
keselamatan.
4.6 Memastikan setiap kelas dan bilik-bilik khas mempunyai Pelan Kawad
Kecemasan.
4.7 Mengadakan latihan kebakaran sekurang-kurangnya setahun dua kali.
4.8 Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan
kemalangan/kesesakan.
4.9 Membuat pemantauan berkala bagi memastikan semua suis, alat elektrik
dan pendawaian selamat.
4.10 Memastikan alat pemadam api dalam keadaan baik, berfungsi dan
mencukupi.
Copyrightina4848 26
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
PENGENALAN:
Modul Pengurusan Murid adalah penjenamaan baru bagi Aplikasi Pangkalan Data
Murid (APDM). Ianya merupakan aplikasi yang berfokus kepada sistem satu
pangkalan data tunggal bagi semua murid-murid di seluruh negara yang bertujuan
untuk mengurangkan beban tugas guru. Aplikasi ini akan dapat mengelakkan guru-
guru melakukan kemasukan data berulang kali dalam pelbagai sistem yang
dibangunkan oleh pelbagai pihak di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Pangkalan data tunggal bagi murid ini akan digunasama oleh pelbagai sistem yang
dibangunkan oleh pelbagai pihak di KPM pada masa akan datang.
e-KEHADIRAN
Salah satu fungsi APDM adalah untuk mengesan kehadiran murid ke sekolah secara
dalam talian. Pembantu tadbir akan membantu guru kelas mencatatkan kehadiran
murid ke dalam sistem ini setiap hari.
SENARAI TUGAS:
1. Guru kelas hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya kepada data dan
maklumat murid, ibu bapa/penjaga dan maklumat-maklumat lain yang
terkandung di dalam APDM.
2. Guru kelas perlu mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada
di dalam kelasnya dari masa ke semasa.
3. Guru kelas bertanggungjawab terhadap kesahan dan kebolehpercayaan data
dan maklumat murid di dalam kelasnya. Sebarang manipulasi data dan
maklumat murid di dalam kelasnya adalah di bawah tanggungjawab guru
kelas berkenaan.
Copyrightina4848 27
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 28
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 29
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 30
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 31
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 32
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 33
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
RMT JK Kebajikan
Laporan prestasi murid RMT Semua murid
Sumbangan kepada JK SPBT Murid terpilih
penyimpan skim simpanan JK Disiplin
yang terbanyak JK MPM /PK Murid Thn. 6
Permohonan SPBT 2020 HEM Murid Thn. 6
Proses pencalonan pengawas Guru Thn.6 Murid Thn. 6
baru Guru Thn.6
Penyemakan buku daftar Guru Thn.6
Pendaftaran SMKA
Pendaftaran SMK PK HEM
Pengurusan sijil berhenti & fail PK HEM
peribadi PK HEM
Laporan Bulanan Kantin
Laporan Bulanan Pengusaha
Kantin
Laporan Bulanan Aedes
Copyrightina4848 34
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
OGOS
MAC
NOV
SEPT
JAN
APR
OKT
JUN
MEI
FEB
JUL
DIS
BIL AKTIVITI
1 Mesyuarat HEM X X X
2 Mesyuarat Ketua-Ketua Unit HEM X X
3 Kemaskini APDM X X X
Pengagihan dan Pemulangan
4 X X
Buku Teks
5 Pemeriksaan Buku Teks X X
Taklimat Transisi dan
6 X
pendaftaran Thn. 1
7 LDP membina OPPM X
8 Kursus Kepimpinan X
Penyampaian Watikah
9 X
Kepimpinan
Pertandingan Kebersihan dan
10 X X X X X X X X X X X
Keceriaan Kelas
Pemeriksaan / Rawatan Gigi /
11 X
Suntikan Imunisasi
Pemeriksaan Kebersihan Diri
12 X X
Murid
Mengukur berat dan tinggi murid
13 X X X
RMT
Laporan Bulanan Kantin,
14 X X X X X X X X X X X
Pengusaha Kantin dan Aedes
15 Laporan Berkala Tandas X X
16 Anugerah Kehadiran Penuh X X X
17 Latihan Kawad Kecemasan X X
18 Bengkel / Ceramah Ibu Bapa X
19 Ceramah Anti Dadah / Rokok X
20 Tadarus Al-Quran X
Pelancaran / Penutupan Bulan
21 X X
Kemerdekaan
Pendaftaran Online Asrama
22 X
Penuh
23 Permohonan SPBT 2020 X
24 Pendaftaran SMK / SMKA X
Proses Pemilihan / Pencalonan
25 X
Pengawas 2020
Copyrightina4848 35
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
LAMPIRAN
Copyrightina4848 36
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 37
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 38
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 39
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 40
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
5. BUKU TEKS
6. UMUM
Copyrightina4848 41
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 42
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
7. SURAT SIARAN
Copyrightina4848 43
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 44
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
SSDM V2.0
1. PENGENALAN
Sistem e-SSDM v2.0 ini merupakan penambahbaikan sistem SSDM sedia ada.
Sistem ini mementingkan Amalan Baik sebagai usaha menggalakkan amalan
nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara
pada masa hadapan. Dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam
sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah
kecemerlangan budi pekerti.
2. TUJUAN
3. PROSES KERJA
Copyrightina4848 45
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
4.1 CIRI-CIRI
i. Terpuji
ii. Amat Baik
iii. Baik
iv. Perlukan Perhatian
v. Perlukan Perhatian Serius
Copyrightina4848 46
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Sistem ini mudah diakses oleh semua pihak, terutama guru di sekolah,
selain PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan penjaga. Selain penggunaan
laptop dan komputer, sistem ini dirancang penggunaannya hingga
capaian android dan smart phone.
Sistem ini membina rangkaian kerja yang jelas dalam kalangan semua
pihak yang berkepentingan dengan pendidikan, sama ada murid-
murid, penjaga, guru-guru, pegawai-pegawai PPD, JPN dan KPM.
Sistem ini adalah berasaskan ‘Web’, yang boleh diakses oleh guru-
guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Guru Bimbingan dan Kaunseling,
Pengetua, Pegawai-pegawai PPD, JPN, KPM, murid-murid, dan
penjaga dengan agihan dan pecahan tugas yang jelas.
Copyrightina4848 47
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
4.2.2 ANDROID
4.3 AKSES
4.3.1 KPM
Pelaporan peringkat nasional
Pelaporan JPN
Pelaporan PPD
Pelaporan sekolah
Pelaporan individu murid
4.3.2 JPN
Pelaporan JPN
Pelaporan PPD
Pelaporan sekolah
Pelaporan individu murid
4.3.3 PPD
Pelaporan PPD
Pelaporan sekolah
Pelaporan individu murid
4.3.4 SEKOLAH
GURU-DURU
Melaporkan kes salah laku
Melaporkan amalan baik
Copyrightina4848 48
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
PENGETUA
Pengesahan hukuman
Pelaporan sekolah
Pelaporan individu murid
4.3.5 MURID
Pelaporan individu murid
4.3.6 PENJAGA
Pelaporan individu murid / anak-anak
Status
Kod Keterangan Salah Laku
Kes
A101 BERJUDI PILIHAN
A102 MENCURI PILIHAN
A103 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN GURU PILIHAN
A104 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN KAKITANGAN PILIHAN
A105 MENGANCAM/MEMUKUL/MENCEDERAKAN MURID PILIHAN
A106 PERAS UGUT PILIHAN
A107 GENGSTERISME PILIHAN
A108 BERGADUH PILIHAN
B101 BULI BAHASA SPI
B102 BULI FIZIKAL SPI
B103 BULI ISYARAT SPI
B104 BULI PERHUBUNGAN SPI
C101 MEMILIKI DAN MENYIMPAN ROKOK PILIHAN
C102 MEMBEKAL DAN MENAWARKAN ROKOK PILIHAN
C103 MENJUAL DAN MENGEDAR ROKOK PILIHAN
C104 MENGHISAP ROKOK SPI
D101 PONTENG SEKOLAH PILIHAN
D102 PONTENG KELAS PILIHAN
D103 PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM PILIHAN
D104 PONTENG UJIAN / PEPERIKSAAN PILIHAN
D105 PONTENG PREP PILIHAN
D106 PONTENG ASRAMA PILIHAN
Copyrightina4848 49
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 50
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Copyrightina4848 51
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
*PILIHAN bermaksud sekolah boleh mempertimbang sesuatu kes sama ada ‘ringan’
atau ‘berat’
Kod Kategori
A Tingkah laku jenayah
B Buli
C Rokok
D Ponteng
E Tingkah laku lucah
F Tingkah laku kurang sopan / biadap
G Kesalahan vandalisme
H Tingkah laku tidak amanah
J Kenakalan
K Tingkah laku tidak pentingkan masa
L Kekemasan diri
M Penglibatan politik
N Lain-lain
P Kes Khas
Status Kategori
Keterangan Kes Mata Kaunseling
Kes Kes
SPI ROTAN 1 X BERAT 9 Yes
SPI ROTAN 2 X BERAT 9 Yes
SPI ROTAN 3 X BERAT 9 Yes
SPI GANTUNG PERSEKOLAHAN BERAT 9 Yes
SPI BUANG SEKOLAH BERAT 9 Yes
SPI DIBERI AMARAN KERAS (Bersurat) BERAT 9 Yes
LARANGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN
BERAT 9 Yes
SPI SEKOLAH
SPI ROTAN MAKSIMUM 3 X BERAT 9 Yes
SPI GANTUNG PERSEKOLAHAN BERAT 9 Yes
SPI BUANG SEKOLAH BERAT 9 Yes
SPI DIBERI AMARAN (Bersurat) BERAT 1
LARANGAN MENGGUNAKAN KEMUDAHAN
BERAT 9
SPI SEKOLAH
PPDM GANTUNG PERSEKOLAHAN BERAT 9
PPDM BUANG SEKOLAH BERAT 9
PILIHAN AMARAN LISAN 1 RINGAN 1
PILIHAN AMARAN LISAN 2 RINGAN 1
PILIHAN AMARAN LISAN 3 RINGAN 1
PILIHAN DENDA RINGAN 1
PILIHAN KELAS TAHANAN RINGAN 1
Copyrightina4848 52
[MANUAL PENGURUSAN HEM] 2019
Kod Amalan
Keterangan Amalan Baik Mata
Baik
01 SUKARELA MEMBANTU GURU 1
02 SUKARELA MELAPOR KES SALAH LAKU 1
MEMBANTU MELAKSANAKAN KERJA-KERJA LANDSKAP /
03 1
TAMAN
04 MEMBANTU MENGEMAS / MENYUSUN ATUR BILIK-BILIK KHAS 1
05 MEMBERSIH KAWASAN / BILIK KHAS 1
06 KERJA-KERJA MENGECAT 1
MENYERTAI AKTIVITI LUAR DI BAWAH BIMBINGAN DAN
07 1
KAUNSELING
08 AKTIVITI LAIN YANG MENZAHIRKAN NILAI-NILAI MURNI 1
5 STRUKTUR SISTEM
6 PENUTUP
Diharapkan sistem SSDM v2.0 ini dapat difahami dan dihayati oleh semua pihak,
terutama guru-guru di sekolah agar permasalahan pengurusan disiplin dapat
ditangani sebaik mungkin, seterusnya dapat menyediakan data-data nasional
yang lebih tepat.
Copyrightina4848 53