1/2015
Percuma
TEKNIK ASAS
PENYELENGGARAAN KOMPUTER
Penyelenggaraan komputer samada komputer peribadi atau komputer riba perlu dilakukan secara berkala
bagi memastikan ia sentiasa berada di dalam keadaan baik dan lancar. Ramai di antara pengguna yang
mengambil ringan perkara ini mungkin disebabkan tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dan takut
berlaku kerosakan atau kehilangan data. Berikut adalah panduan ringkas beberapa perkara rutin
bagaimana melakukan penyelenggaraan komputer anda.
Langkah-langkah :
i. Klik Start > Programs > Accessories > System Tools
> Disk Cleanup
ii. Pilih mana-mana item yang anda hendak bersihkan
dari hard disk
iii. Kekerapan : Lakukan sebulan sekali
Langkah-langkah :
a) Internet Explorer (IE)
* Buka IE
* Pilih Menu Tools > Internet Options
> Delete History
* Kekerapan : Lakukan sebulan sekali
b) FireFox
* Buka FireFox
* Pilih Menu Tools > Option > Privacy
> Klik Clear your recent history dan
remove individual cookies
* Kekerapan : Lakukan sebulan sekali
Langkah-langkah :
* Start > All Program > Accessories > System Tools
> Disk Defragmenter > Klik Defragment
* Kekerapan : Lakukan sebulan sekali
1
APAKAH ITU MESIN PENCETAK ?
Mesin pencetak atau lebih dikenali sebagai printer adalah satu peranti komputer yang
mampu mencetak grafik, ilustrasi dan teks di atas pelbagai jenis kertas. Mesin pencetak
hari ini tidak lagi dilihat sebagai sebuah produk untuk kegunaan pejabat semata-mata se-
baliknya semakin diterima sebagai gajet peribadi.
Dengan kemudahan merakam foto sama ada menggunakan kamera digital dan telefon
bimbit serta penggunaan komputer riba yang semakin meluas, keperluan kepada mesin
pencetak yang lebih fleksibel dan mudah juga semakin meningkat.
ANTARA SENARAI
SYARIKAT PENGE-
LUAR MESIN
PENCETAK
2
GOOGLE MEMPERLIHATKAN
GELANG TANGAN PINTAR MEMFOKUSKAN
PEMANTAUAN KESIHATAN
Bahagian Google X sebelum ini telah hadir dengan beberapa produk yang menarik, dan
terkini mereka memperlihatkan sebuah gelang tangan pintar yang memfokuskan kepada
pemantauan kesihatan para pengguna. Melalui peranti pintar ini, ia boleh memantau se-
jumlah data, termasuk kadar denyutan jantung, rima jantung, suhu kulit, serta informasi
persekitaran seperti cahaya persekitaran dan juga kekuatan bunyi.
OKI DATA
Sumber : amanz.my
.COM
www.okidata.com.my
TOSHIBA
toshiba.com.my
HEWLETT-PACKARD
www8.hp.com/my/en/home.html
KONICA MINOLTA
www.konicaminolta.com.my
3
MICROSOFT KINI MEMPUNYAI
PC STICK BERNAMA SPLENDO
Produk PC slim berbentuk seperti flash disk ketika ini nampaknya cukup familier di kalan-
gan para perusahaan teknologi. Setelah Intel yang mempunyai produk Compute Stick,
kini langkah serupa juga dilakukan oleh Microsoft. Mereka telah melakukan kolaborasi
dengan perusahaan India iBall dan melancarkan PC stick yang bernama Splendo.