Anda di halaman 1dari 5

SULIT 3766/2

Bahagian A
[50 markah]
Jawab LIMA soalan sahaja.

1. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan En. Samad.

En. Samad, seorang petani memesan peralatan pertanian bernilai RM15 000 daripada
Pemborong Chong. Setelah menerima barang pesanan, En. Samad membayar penuh kepada
Pemborong Chong dengan menggunakan cek.

a) Terangkan tiga konsep asas perniagaan yang terlibat. [ 6 Markah ]


b) Jelaskan dua cabaran perniagaan bersaiz kecil. [ 4 Markah ]

2.
a) Terangkan tiga peranan kerajaan pusat dalam aspek perundangan. [ 6 Markah ]
b) Pihak Berkuasa Tempatan merupakan pelaksana dasar pada peringkat umbi dalam
menyampaikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan.
Bincangkan peranan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. [ 4 Markah ]

3.
a) Terangkan tiga kesan kepada perniagaan yang gagal mencapai objekti yang ditetapkan .
[ 6 Markah ]
b) Terangkan faktor- faktor luaran yang berikut dalam mempengaruhi penetapan visi, misi dan
objektif perniagaan.
i. Sosiobudaya [ 2 Markah ]
ii. Teknologi [ 2 Markah ]
4.
a) Terangkan kegunaan penyata kewangan sesebuah perniagaan kepada pemegang saham dan
pembekal. [ 4 Markah ]
b) Terangkan tiga jenis penyata yang perlu disediakan oleh sesebuah syarikat berhad apabila
mengemukakan penyata kedudukan kewangan kepada umum. [ 6 Markah ]

1
SULIT 3766/2

5.

Pn. Maniza telah bekerja sebagai tukang masak di Mc Donald. Setelah 8 tahun bekerja , dia
ingin membuka kedai burger sendiri . Dia memilih untuk memulakan kedai “ RoadTrip
Burger” berhampiran dengan kawasan institusi pengajian tinggi. Dia menggunakan modal
sebanyak RM20 000 untuk memulakan perniagaan tersebut.

a) Terangkan tiga faktor yang dipertimbangkan oleh Pn. Maniza untuk memulakan
perniagaannya. [ 6 Markah ]
b) Bincangkan sumbangam Pn. Maniza kepada masyarakat. [ 4 Markah ]

6.

Syarikat Aries Sweet Town yang telah berkembang maju sejak 10 tahun yang lalu
menyediakan satu rancangan perniagaan

.
a) Bincangkan dua maklumat yang terkandung dalam objektif projek rancangan perniagaan itu.
[ 6 Markah ]
b) Jelaskan dua kepentingan rancangan perniagaan kepada usahawan. [ 4 Markah ]

2
SULIT 3766/2

Bahagian B
[30 markah]
Jawab DUA soalan sahaja.

7. Rajah di bawah menunjukkan satu jenis organisasi perniagaan.

a) Kenalpasti jenis dan tujuan organisasi di atas [ 3 Markah ]


b) Fungsian Pengurusan Sumber Manusia sangat penting dalam setiap organisasi.
Bagaimanakah fungsian tersebut dapat membantu pengurusan organisasi di (a).
[ 8 Markah ]
c) Bincangkan satu sumber fizikal yang berkait dengan Hotel Pullman untuk meningkatkan
prestasi perniagaannya. [ 4 Markah ]

8. Maklumat di bawah berkaitan dengan Syarikat Miri Book Store yang membekalkan alat tulis.
Syarikat Miri Book Store merupakan sebuah syarikat yang membekalkan pelbagai alat tulis
kepada kebanyakan sekolah di sekitar bandar Miri. Pn. Rohana merupakan pengurus
pemasaran bagi syarikat ini telah menetapkan satu objektif yang baharu, iaitu “ berusaha untuk
menambahkan jualan produk alat tulis dalam masa setahun.”. Syarikat ini juga memerlukan
seorang pekerja untuk mengisi jawatan Pengurus Kewangan. Pekerja yang layak adalah
pekerja yang dapat memenuhi kemhiran kebolehkerjaan.

a) Apakah ciri objektif yang gagal di penuhi oleh Syarikat Miri Book Store. Jelaskan.
[ 3 Markah ]
b) Bagaimanakah objektif tersebut boleh diubahsuai supaya memenuhi ciri objektif yang anda
cadangkan di 8 (a). [ 2 Markah ]
c) Berikan definisi kebolehkerjaan. Huraikan tiga kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada
daripada bakal pekerja bagi memastikan syarikat Pn. Rohana berjaya mencapai objektif
perniagaannya. [ 10 Markah ]

3
SULIT 3766/2

9. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat ABC Berhad.

Syarikat ABC Berhad merupakan sebuah syarikat pengeluaran dan penjuakan komputer untuk
pasaran tempatan. Pengarah urusan syarikat ialah En. Weldan. Syarikat mempunyai beberapa
jabatan, iaitu jabatan pengeluaran, jabatan pemasaran, jabatan kewangan, dan jabatan sumber
manusia. Jabatan pengeluaran diketuai oleh En. Magesh, seorang jurutera yang mempunyai
pengalaman dan pengetahuan yang meluas dalam bidang kejuruteraan elektrik & elektronik.
Pengurus jabatan pemasaran ialah Puan Vivian dan dibantu oleh dua orang eksekutif
pemasaran iaitu Cik Manisah dan En. Rafiz. Jabatan Kewangan pula diketuai oleh En. Anthony
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal kewangan syarikat. Manakala, En. Rashdan
bertugas sebagai Penyelia Pengeluaran.

a) Lakar dan labelkan carta organisasi syarikat ABC. [ 7 Markah ]


b) Bincangkan dua elemen campuran pemasaran bagi memasarkan komputer [ 8 Markah ]

4
SULIT 3766/2

BAHAGIAN C
[20 markah]
Soalan ini wajib dijawab.
10. .
MK Curtain Sdn. Bhd yang terletak di Nilai 3, milik Dato’ Calvin Khiu merupakan satu
empayar perniagaan fabric dan kain langsir yang terdapat di seluruh Malaysia. Ia dikatakan
sebagai pusat beli belah langsir terbesar di Malaysia.
Dato’ Calvin Khiu bermula dengan berniaga secara kecil- kecilan di tapak pasar
malam sejak beliau berusia 12 tahun. Dengan tekad yang kuat beliau tidak lelah
melakukan banyak kerja sebelum menjadi pengarah syarikat sendiri . Pada permulaan
perniagaan, beliau mempunyai dua orang pekerja sahaja dan hampir kesemua urusan
perniagaan diuruskannya sendiri. Beliau membuka kedai pada pukul 9.00 pagi dan
menutup kedai pada pukul 9.00 malam. Beliau sendiri menguruskan semua pelanggan,
malah pergi ke rumah pelanggan selepas tutup kedai untuk memasang langsir yang sudah
ditempah.
Bagi Dato’ Calvin Khiu, perniagaan langsir adalah sebuah perniagaan yang tidak
akan lapuk dan akan sentiasa diperlukan dalam pasaran. Kini, syarikat ini mempunyai
pelbagai rangkaian produk seperti perabot, hiasan dalaman dan juga beg tangan bakal
meluaskan perniagaannya dengan membuka peluang francais kepada golongan muda yang
ingin membina perniagaan sendiri.
Beliau mahu menjadikan syarikat MK sebagai sebuah syarikat ulung yang bertaraf
dunia dalam tempoh lima tahun lagi. Beliau ingin menjadikan MK sebagai satu jenama
langsir yang terkenal dengan rekaan tersendiri.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan yang berikut.


a) Klasifikasikan sektor perniagaan Syarikat Mk. Jelaskan sektor tersebut. [ 3 Markah ]
b) Jelaskan tiga ciri keperibadian usahawan yang dipamerkan oleh Dato’ Calvin Khiu.
[ 6 Markah ]
c) Mengapakah Dato’ Calvin Khiu ingin membuka peluang francais. [ 6 Markah ]
d)
i. Kenalpasti sumber teknologi Syarikat Mk Sdn. Bhd. [ 1 Markah ]
ii. Bincangkan prosedur mengurus sumber teknologi di 10 (d) ( i) [ 4 Markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai