Anda di halaman 1dari 3

Implikasi didik hibur dalam bilik darjah

P&P Menjadi
Lebih
Pelbagai Seronok
Ilmu P&P
Diperolehi Berbentuk
Dan Santai
Diterapkan

Wujudnya Potensi
Komunikasi Murid
Implikasi
2 Hala Ditonjolkan
Didik Hibur
Dalam Bilik
Darjah

Mengurangk
Wujudnya
an Tahap
Sikap
Kebimbanga
Kerjasama
n Murid
Penglibatan
Murid
P&P Yang
Seramai
Pelbagai
Yang
Mungkin

Rajah 1 : Implikasi didik hibur dalam P&P

Dalam gambar rajah 1 di atas, terdapat 9 implikasi teknik didik hibur dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Sembilan implikasi ini dikenalpasti setelah membuat rujukan melalui portal yang
dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Negara yang ditulis oleh Ahmad Kamal Bin Ramtan (2013).
Antara implikasi setelah teknik didik hibur diaplikasikan oleh guru adalah seperti berikut:

2.1 Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih seronok.

Menurut Ahmad Kamal bin Ramtan (2013), antara tujuan diperkenalkan teknik didik hibur
dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru adalah supaya sesi pengajaran
dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. Fokus
pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid
melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Jika kita lihat pada tujuan asal didik hibur,
kita dapat simpulkan bahawa tujuan didik hibur adalah untuk menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi seronok. Selain itu, seperti yang kita ketahui, perkataan “hibur” itu sendiri
memberi gambaran awal dimana perkataan “hibur” itu tadi sudah semestinya membawa maksud
keseronokkan. Apabila diterapkan hiburan seperti nyanyian, permainan, muzik dan sebagainya,
secara tidak langsung boleh menarik perhatian murid dan kesudahannya murid akan menjadi
seronok semasa mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berbentuk santai dan menghiburkan.
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik
sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau
menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan
pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan
lain-lain aktiviti sokongan. Konklusinya, apabila diterapkan unsur-unsur hiburan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, seorang guru akan lebih mudah untuk mengajar kerana sesuatu
hiburan itu tidak merumitkan. Contohnya, untuk mengajar huruf kepada murid-murid, seseorang
guru menggunakan kaedah nyanyian dengan menayangkan satu video. Dengan menggunakan
kaedah ini, guru tersebut tidak perlu bersusah payah untuk menulis di papan tulis dan tidak perlu
memaksa murid untuk mengingati kesemua huruf tersebut. Hal ini kerana, hiburan secara amnya
mudah diingati dan mudah difahami.

2.3 Potensi murid dapat ditonjolkan.


Teknik didik hibur secara tidak langsung menyerapkan unsur-unsur sastera dan kesenian
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila unsur-unsur seperti muzik, nyanyian,
lakonan dan sebagainya yang terdapat dalam seni muzik dan sastera diserap masuk ke dalam
pengajaran oleh seorang guru, secara tidak langsung guru boleh mengenalpasti bakat ataupun
potensi yang terdapat dalam diri seseorang murid. Jika murid yang sudah pun dikenalpasti,
dengan adanya teknik didik hibur, guru boleh mengilapkan lagi bakat yang dimiliki oleh murid
tersebut.

2.4 Menggurangkan tahap kebimbangan murid.


Seorang pelajar khususnya pelajar sekolah rendah, sudah semestinya mempunyai masalah.
Antara masalah utama mereka adalah kebimbangan terhadap pelbagai aspek. Misalnya,
bimbang terhadap guru yang garang. Kebimbangan murid terhadap guru menyebabkan murid
berasa kurang selesa. Impaknya, proses pembelajaran tidak berlaku dengan baik dan teratur
selain murid itu tidak dapat memperolehi apa-apa jenis pembelajaran baru pada hari itu. Untuk
mengatasi masalah kebimbangan terhadap guru, teknik didik hibur harus dilaksanakan. Hal ini
kerana teknik didik hibur menyeronokkan dan mampu membuang rasa bimbang dalam diri
pelajar.

2.5 Proses pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.


Teknik didik hibur dari segi maknanya membawa kepada maksud mendidik sambil berhibur.
Jika seorang guru sekadar mendidik, kesannya teknik pengajaran tidak mampu dipelbagaikan.
Kepelbagaian itu penting kerana kepelbagaian tidak membosankan. Begitulah juga kepentingan
kepelbagaian dalam teknik seorang guru untuk mendidik pelajar. Kepelbagaian dalam teknik
mengajar akan menarik perhatian murid sekali gus menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan. Kesimpulannya, dengan meyerapkan hiburan dalam
pengajaran, pengajaran akan mempunyai kepelbagaian.

2.6 Penglibatan murid seramai yang mungkin.


Pembelajaran yang menyeronokkan, menyebabkan murid menjadi seronok. Keseronokkan
murid itu tadi membawa kepada penglibatan semua murid. Hal ini kerana, pembelajaran yang
tidak begitu membosankan dan tidak memberi tekanan perasaan sangat ditunggu-tunggukan
oleh murid.

2.7 Wujudnya sikap kerjasama dalam diri murid


Teknik didik hibur sebenarnya memerlukan penglibatan semua murid dalam menjayakan
teknik didik hibur tersebut. Hal ini kerana, tanpa penglibatan semua, teknik didik hibur tidak akan
kelihatan menarik. Misalnya, guru menyerapkan teknik nyanyian dalam pengajarannya, tetapi
hanya beberapa murid sahaja mengikutinya. Hasilnya, nyanyian itu tadi kedengaran suram dan
membosankan.

2.8 Wujudnya komunikasi dua hala


Teknik didik hibur memerlukan pelajar untuk menyanyi, membaca puisi, berlakon dan
sebagainya. Oleh yang sedemikian, guru perlu memberi arahan dengan betul. Jika terdapat
pelajar yang tidak faham akan arahan yang diberikan, pelajar tersebut perlu bertanya kepada
guru tersebut. Kesannya, interaksi antara guru dan murid mewujudkan komunikasi dua hala.
Kamunikasi dua hala yang dimaksudkan ialah komukasi antara guru dan murid. Selain itu,
komunikasi dua hala juga wujud kesan daripada aktiviti didik hibur. Contohnya, aktiviti berbalas
pantun dimana terdapat dua pihak saling membeli dan menjual pantun. Maka, wujudnya
komunikasi dua hala.

2.9 Pelbagai ilmu dapat diterap dan dipelajari.


Teknik didik hibur seperti yang terdapat dalam maksud tersirat ialah mendidik sambil berhibur.
Hal ini bermaksud, ilmu kesenian diterapkan di dalam pengajaran oleh seorang guru. Bukan itu
sahaja, pelbagai kemahiran juga dapat diterap dan dipelajari melalui didik hibur. Contohnya,
untuk mempelajari nombor, guru memberi pelajar menonton sebuah video nyanyian atau
selainnya. Hal ini bermaksud, guru itu tadi telah menerapkan unsur kesenian seperti muzik, lagu
dan nyanyian. Kemahiran yang diterapkan ialah kemahiran teknologi maklumat. Kesannya,
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.