Anda di halaman 1dari 6

Tema Keselamatan

Tahun 3

Tajuk Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin

Standart 3.3.3 membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan


Pembelajaran soalan bertumpu dengan betul.

Objektif Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :

1. menulis sekurang-kurangnya 3 daripada 5 jawapan pemahaman


berdasarkan petikan dengan betul.

Ilmu : HP ( 4.4.2 ) ( Aktiviti 18 halaman 20)


Pengisian
Kurikulum/ KBT : Kemahiran Kontekstual

Elemen TMK : Video


Merentas
Kurikulum KBAT : Menilai

Nilai : Tanggungjawab

Sistem Bahasa :
 Kosa kata ( lintasa berisyarat, isyarat orang hijau,laluan
pejalan kaki, dan lintasan belang)
 Sebutan dan intonasi

BBM
Buku Teks, BAM ( Buku Aktiviti Murid)

Aktiviti 1. Murid mendengar dan menyanyikan lagu “ lagu cermat tiba


selamat”.

2. Murid mengaitkan dengan isi pelajaran dan guru bersoal jawab


tentang lirik lagu tersebut.

3. Murid membaca petikan yang dipaparkan mengikut kumpulan.

4 Murid dan guru bersoal jawab untuk memahami petikan.


5. Aktiviti PdP abad ke 21 (Dragon ball)
a) Guru membaling bola kearah murid secara rawak.
b) Murid akan membaca soalan dan menjawab soalan.
c) Murid menulis jawapan di papan putih.

Pemulihan : Murid menanda jawapan yang betul berdasarkan


gambar yang diberikan.

Pengayaan : Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.


( buku teks m/s 24)

Penutup : Murid menonton video yang ditayangkan tadi semula


dan menyanyikan kembali lagu yang dipaparkan.
LIRIK LAGU CERMAT TIBA SELAMAT

Mari Menyanyi
Lagu Cermat tiba selamat
Bila lintas jalan
Jangan main-main
Lihat kiri kanan
Toleh ke belakang
Lima langkah melintas
Perlu dipatuhi
Jika tiada kereta
Barulah melintas
Bila jalan kaki
Ikutlah laluan
Lintasan belang
Ada di hadapan
Bonceng motorsikal
Pakai topi keledar
Ikat ketat-ketat
Pastikan selamat
Jalan raya kita
Tempat berbahaya
Ikut peraturan
Pasti kita selamat
Berhati-hati
Bila di jalan raya
Jaga keselamatan
Tanggungjawab bersama
Petikan - Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin

PETIKAN CERITA

Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin


Baca petikan di bawah.

Azmi hendak ke pusat beli-belah bersama-sama rakan


karibnya, Bakar. Azmi berjalan menghadap lalu lintas untuk ke
hentian bas berdekatan rumahnya. Azmi menghampiri jalan
utama yang terdapat lintasan berisyarat. Dia berhenti dan
menekan butang lampu isyarat pejalan kaki. Dia mematuhi serta
menunggu sehingga isyarat “orang hijau” bernyala. Apabila
isyarat “orang hijau” bernyala, dia menggunakan lima langkah
untuk melintas dengan selamat. Kemudian, Azmi berjalan di laluan
pejalan kaki untuk ke hentian bas.

Sementara menunggu kedatangan Bakar, Azmi


memerhatikan banyak papan tanda dan penanda jalan di
sekeliling untuk dipatuhi oleh pengguna jalan raya. Dia juga
nampak seorang pemuda melintas jalan menggunakan lintasan
belang. Ada juga penunggang dan pembonceng motosikal yang
mematuhi undang-undang jalan raya dengan memakai topi
keledar.

Apabila Bakar sampai, Azmi mengajaknya berjalan melalui


laluan pejalan kaki. Bakar mengingatkan Azmi agar memilih
tempat yang selamat untuk berjalan dan tidak berjalan di
kawasan berbahaya seperti lebuh raya. Mereka pulang dari pusat
beli belah pada waktu malam. Mereka tidak bimbang akan
keselamatan mereka di jalan raya kerana mereka berpakaian
cerah yang mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain.

Soalan

1. Adakah cara Azmi berjalan menghadap aliran lalu lintas itu betul?

2. Apakah yang perlu dilakukan oleh Azmi sebelum melintas jalan


ketika berada di lampu
isyarat?

3. Bagaimanakah cara kita melintas jalan dengan selamat?

4. Apakah yang kamu paham tentang “ orang hijau” ?

5. Mengapakah kita perlu berpakaian cerah pada waktu malam?

Video

https://www.youtube.com/watch?v=DRm5GhTVQfo&t=1s