Anda di halaman 1dari 9

Semua pelajar diminta terlibat dalam forum ini samada mengemukakan

persoalan, jawapan, hujah dan bangkangan. Perbincangan hendaklah secara


akademik dan ilmiah yang disertakan dengan dalil serta sandaran sumber.

Tajuk: Aulawiyyat: Isu Pergolakan Timur Tengah & Fitnah Akhir Zaman.

Penyertaan adalah wajib. Dan dinilai berdasarkan penglibatan dan hujah (1-3
markah).

Gunakan platform ini untuk berkongsi dan mengembangkan pembelajaran


kendiri.

Tarikh tutup: 31 oktober 2014


NIAT SEKALI; QADHA DAN PUASA ENAM

Soalan; Bolehkah puasa qada dilakukan bersama puasa sunat iaitu, Qada Ramadhan dan juga
puasa sunat, contohnya puasa sunat enam yang mana niat qada ramadhan dahulu diikuti dengan
puasa enam, contohnya "Sahaja aku berpuasa esok hari, Qada Ramadhan and puasa sunat enam
kerana Allah Taala"?

Jawapan;

Ya. Harus diniatkan sekali. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara
berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan
puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;
a) Yang terbaik ialah kita menyelesaikan dahulu puasa qadha, kemudian diiikuti dengan puasa
enam.
b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan
puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.
c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan
kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa
dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam
sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan
Syawal itu.

Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan
seterusnya (c).
Mengutamakan puasa qada' Ramadhan atau puasa sunat
Syawal

1) PUASA QADHA’ RAMADHAN

Puasa merupakan ibadat dan rukun Islam yang ke tiga. Pensyariatan


berpuasa ke atas orang Islam bermula pada hari Isnin 2 Syaaban
tahun ke dua Hijrah. Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 183
yang bermaksud:

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan


berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertakwa.

Walau bagaimanapun terdapat kelonggaran yang diberikan oleh Allah


kepada golongan-golongan tertentu yang dibolehkan untuk berbuka
ketika berada di bulan Ramadhan, ini berdasarkan Firman Allah
dalam surah Baqarah ayat 184 yang bermaksud:

Maksudnya: (Puasa Yang Diwajibkan itu ialah beberapa hari Yang


tertentu; maka sesiapa di antara kamu Yang sakit, atau Dalam
musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa
sebanyak (hari Yang dibuka) itu pada hari-hari Yang lain; dan wajib
atas orang-orang Yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah Iaitu memberi makan orang miskin.
maka sesiapa Yang Dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah)
lebih dari Yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan
baginya; dan (Walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu
daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Rasulullah juga telah bersabda dalam sebuah hadis shahih yang
bermaksud:

Muadzah pernah bertanya kepada Aisyah “ mengapa wanita haid


perlu qadha’ puasa dan tidak perlu qadha’ solat? Aisyah menjawab “
dulu pada zaman Rasulullah kami disuruh untuk menqadha’ puasa,
tetapi tidak disuruh menqadha’ solat” (riwayat jemaah)

Berdasarkan dalil-dalil di atas, terdapat golongan yang diberi


kelonggaran oleh Allah untuk tidak berpuasa, dan wajib
menggantikan puasanya iaitu;

i. Orang yang bermusafir yang boleh menqasarkan solatnya


ii. Orang yang sakit ( bahaya jika berpuasa )
iii. Wanita yang sedang haid dan nifas

Bagi orang yang bermusafir dan yang sakit, diberi kelonggaran oleh
Allah, tetapi tidak wajib membatalkan puasanya, dibolehkan untuk
teruskan berpuasa, ataupun berbuka, berdasarkan Hadis Nabi
Muhammad:

‫ يا رسول ا إني أجد في قوة على الصيام في‬:‫عن حمزة بن عمرو السلمى رضي ا عنه أنه قال‬
،‫ فمن أخذ بها فحسن‬،‫السفر فهل علي جناح؟ فقال رسول ا صلى ا عليه وسلم هي رخـصة من ا‬
‫ومن أحب أن يصوم فل جناح عليــــــه‬.
Maksudnya: Dari Hamzah bin Amru berkata: “wahai Rasulullah
sesungguhnya aku kuat untuk berpuasa ketika dalam perjalanan,
apakah aku berdosa?” Rasulullah bersabda “ Itu adalah kelonggaran
dari Allah, barang siapa yang menerimanya itu adalah baik, dan
siapa yang mahu berpuasa tidak mengapa”. (Riwayat Muslim)

Manakala wanita yang sedang dalam haid dan nifas wajib untuk tidak
berpuasa, seperti yang disebut dalam hadis dari Abu Sa’id Al-khudri,
ketika Rasulullah dalam perjalanan hendak menunaikan solat hari
raya, baginda terserempak dengan sekumpulan wanita dan menegur
mereka, di antara kata-kata rasulullah ialah;

"....‫ بلى‬:‫أليس إذا حاضت المرأة لم تصل ولم تصم؟ قلن‬....."


“ Bukankah ketika haid wanita tidak solat dan berpuasa? Mereka
(wanita-wanita) menjawab: benar”

Kesimpulannya, puasa Ramadhan Wajib digantikan jika kita berbuka


dengan sebab-sebab yang telah diberikan kelonggaran oleh Allah,
sama ada menggantikannya secara berurutan ataupun berselang, ia
mesti dilakukan sebelum tiba Ramadhan yang berikutnya.

2) Puasa enam hari Syawal

Di antara puasa-puasa sunat yang dituntut dalam ialah puasa enam


hari dalam bulan syawal, merujuk kepada Hadis yang diriwayatkan
oleh Abu Ayub Al-Anshari;
"‫ وأتبعه ستا من شوال فكأنما صام الدهر‬، ‫"من صام رمضان‬
Maksudnya: “Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan,
kemudian menyambungnya dengan enam hari di bulan Syawal, maka
ia mendapat ganjaran seperti setahun berpuasa” (Riwayat jemaah
kecuali An-Nasaie)

Imam Ahmad berpendapat puasa sunat Syawal boleh dilakukan sama


ada berturut-turut atau berselang, manakala Mazhab Hanafi dan
Syafie berpendapat lebih baik dilakukan secara berturut-turut
bermula hari raya kedua.

3) Mengutamakan puasa Qadha’ Ramadhan atau puasa enam hari


bulan Syawal?

Puasa Qadha Ramadhan merupakan suatu kewajipan, manakala


puasa enam hari Syawal hanya puasa sunat, namun kini sering
menjadi persoalan apakah boleh jika kita puasa sunat enam hari di
bulan Syawal dahulu, kemudian baru kita qadha’ puasa Ramadhan
ataupun kita perlu menghabiskan dahulu Qadha puasa Ramadhan kita
kemudian baru puasa enam hari bulan Syawal?

Secara umumnya terdapat dua pandangan dan pendapat berkaitan


manakah yang lebih diutamakan sama ada menqadha puasa dahulu
atau puasa sunat Syawal.
i. Pendapat yang pertama membolehkan mendahulukan puasa
sunat Syawal dahulu, kemudian boleh menggantikan puasa
Ramadhan kemudian. Pendapat ini merujuk kepada Hadis dari
Aisyah;

" ‫"كأن يكون علي الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان‬
Maksudnya: Kewajipan ke atas ku untuk puasa dari puasa
Ramadhan, dan aku tidak menggantikannya sehingga datang bulan
Sya’ban. (Riwayat Muslim)

ii. Berdasarkan hadis tersebut, Ulama berpendapat bahawa,


sebagai seorang sahabat dan isteri Rasulullah sudah tentu Aisyah
tidak meninggalkan puasa-puasa sunat, ini termasuklah puasa enam
hari Syawal. Tindakan Aisyah menggantikan puasa Ramadhan pada
bulan Sya’ban menunjukkan bahawa dibolehkan berpuasa enam hari
di bulan Syawal walaupun belum menqadha’ puasa Ramadhan.

Pendndapat kedua pula, menyatakan lebih utama dan perlu


mendahulukan puasa ganti terlebih dahulu sebelum berpuasa enam
hari Syawal. Ini kerana dalam hadis yang menyebut tentang puasa di
bulan Syawal, Rasulullah menyebut dalam hadis tersebut ‫ من صام‬yang
memberi maksud sesiapa yang telah berpuasa, Rasulullah
menggunakan perkataan puasa yang merujuk kepada feil madhi iaitu
perbuatan yang telah berlaku, ini boleh membawa maksud, sesiapa
yang telah melengkapkan puasa Ramadhan, kemudian
menyambungnya dengan puasa enam hari di bulan syawal, akan
mendapat ganjaran seperti puasa setahun.

Keutamaan menqadhakan dahulu puasa Ramadhan boleh dilihat


melalui sebuah hadis qudsi;

"‫وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى‬
‫"أحبه‬
Maksudnya: dan tidaklah hampir kepada ku seorang hamba ku
dengan apa jua pun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka
melaksanakan amalan fardu / wajib ke atas mereka, dan sentiasalah
mereka ingin menghampirkan diri mereka kepada ku dengan
mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya.
(Riwayat Bukhari)

Jika diteliti pendapat yang kedua adalah lebih kuat, dan ia juga
bertepatan dengan hadis puasa sunat Syawal itu sendiri, selain dari
itu, ia boleh dikiaskan seperti keutamaan membayar hutang terlebih
dahulu daripada memberi sedekah.

Akan tetapi pendapat ini hanya dari sudut keutamaan sahaja,


sekiranya dari sudut perlaksanaan ia mungkin berbeza menurut
keadaan individu tertentu. Jika diteliti hadis berkaitan Aisyah
menggantikan puasanya pada bulan Sya’ban adalah kerana
berkemungkinan beliau perlu menggantikan puasa Ramadhannya
dengan jumlah hari yang banyak, sekiranya seorang wanita yang
datang haid pada bulan Ramadhan dengan jumlah hari yang agak
banyak, akan menjadi kesusahan kepadanya untuk menghabiskan
kesemua puasa gantinya pada bulan Syawal, kemudian menyambung
pula lagi enam hari.

Apabila dikira secara rambang, jika menurut mazhab Syafie, haid


wanita boleh berlangsung sehingga 15 hari, dan jika wanita haid
utamakan dahulu puasa gantinya dalam bulan Syawal maka dalam
bulan Syawal wanita haid perlu berpuasa sehingga 21 hari. Seperti
yang diketahui bulan Syawal disunatkan kepada umat Islam untuk
menziarahi keluarga dan rakan-rakan, dan ini pasti akan memberi
kesusahan kepada para wanita.

Jadi sekiranya wanita yang datang haid pada bulan Ramadhan


dengan jumlah hari yang banyak, maka dibolehkan untuk berpuasa
seperti Aisyah, iaitu mengutamakan puasa enam hari Syawal,
kemudian menggantikan puasa Ramadhan pada hari-hari yang lain.

Kepada golongan yang lain, seperti orang yang bermusafir dan sakit,
perlu menggantikan dahulu puasa Ramadhannya, kemudian baru
diteruskan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal

Anda mungkin juga menyukai