Anda di halaman 1dari 2

Berdasarkan seminar tersebut baerikan 2 kesan yang kamu perolehi ke atas diri kamu apabila kamu

mempelajari kursus titas di UPSI ?

Pengajian tamadun adalah penting pada masa kini agar mengenali keunggulan tamadun
kuno, kelebihan dan kelemahan masa dahulu dan kini bagi merencana strategi masa hadapan.
Berdasarkan pengajian ini, pemahaman tentang latar belakang masyarakat, sistem kepercayaan
agama dan kepelbagaian budaya pada tamadun silam. Dalam pengajian tamadun ini, kita dapat
lebih memahami perbezaan agama, kebudayaan dan bangsa antara tamadun Islam, tamadun Cina,
tamadun India dan tamadun Asia.

Seterusnya, pentingnya kita perlu mempelajari mengenai Tamadun Islam dan Asia
Tenggara adalah yang utamanya supaya kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada
tamadun yang telah dibina untuk memperbaiki kelemahan - kelemahan yang ada pada masa kini
dan menjadi panduan untuk memajukan diri, agama, bangsa dan negara.sebagai contoh Kita
mempelajari Tamadun Islam ini adalah untuk menjadi iktibar kepada kita tentang gemilangnya
masyarakat Islam dan tamadun Asia lain dahulu dalam semua aspek kehidupan. Dengan
mempelajari sejarah Tamadun Islam akan menjadikan umat Islam memahami kehendak Islam
yang sebanar seterusnya membuka hati umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam seterusnya
mengembalikan maruah umat Islam.

Selain itu, kita juga perlu mengenali adat budaya rentas Asia dengan mempelajari tamadun
ini supaya hubungan yang terjalin sesama negara Asia itu dapat dikekalkan kedamaian dan
keutuhannya. Kemudian, mempelajari tamadun juga bermakna kita mempelajari sejarah Islam dan
Asia Tenggara itu sendiri yang mana hal tersebut mampu menyemai rasa menghargai sejarah dan
memupuk sifat cinta akan tanah air.

Dengan mempelajari tamadun Islam dan Asia Tenggara juga kita boleh jadikan seseorang
tokoh yang terlibat sebagai inspirasi kepada diri untuk memperoleh kejayaan dengan mempelajari
sifat-sifat yang ditunjukkan semasa perkembangan tamadun itu sendiri. Manakala bagi masyarakat
yang lain turut dapat menuntut suatu sistem hidup yang berteraskan nilai sejagat, sederhana dan
progresif, serta dapat diterima oleh semua pihak.

Dengan mempelajari TITAS, kita juga dapat mempelajari pengalaman serta kebijaksanaan
orang tamadun dahulu dan dapatlah memupuk keharmonian masyarakat serta menghadapi cabaran
dalam realiti hidup yang serba mencabar dewasa ini. Pembelajaran TITAS turut memberikan
kefahaman yang padu bagi pelajar berkaitan sejarah, prinsip, nilai serta aspek utama pengajian
ketamadunan di Malaysia dan oleh itu dapat membina pengetahuan, kefahaman dan sikap toleransi
dalam kalangan pelajar yang dari latar belakang yang majmuk dan berbilang. Bukan begitu sahaja,
generasi muda yang berpengetahuan, berfikiran matang serta sensitif terhadap isu-isu
ketamadunan kontemporari juga dapat dilahirkan di samping pengukuhan jati diri dalam kalangan
mereka dapat diberi penekanan melalui kursus TITAS ini.

Dengan ini, kita dapat menyemat persefahaman sesama rakyat dan sikap hormat-
menghormati dalam kalangan rakyat yang berasal dari pelbagai agama, keturunan, bangsa dan
budaya di negara kita. Melalui pembelajaran tamadun, rakyat dapat mengambil iktibar dari masa
silam dan melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang berfikiran lebih luas, berpandangan global dan
melengkapkan ilmu dan memupuk serta membentuk tiang negara di masa hadapan