Anda di halaman 1dari 4

2.

0 TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme ini dipelopori oleh B.F Skinner (gambar) berkaitan


dengan proses pembelajaran. Seseorang akan sentiasa mengambil tindakan sengaja dan beroperasi
dalam proses pembelajaran kerana tingkah laku adalah perkara yang dipelajari dan operasi ini
dipengaruhi oleh kesan positif ataupun negatif. Teori behaviorisme dikaitkan dengan rangsangan dan
kelaziman iaitu perkara yang dipelajari ataupun semulajadi. Kebanyakan tingkah laku berlaku secara
spontan dan dengan sengaja bertindak balas pada persekitaran dan ianya dinamakan tingkah laku
operan. Tingkahlaku ini bergantung pada peneguhan yang ada selepasnya dan ia bertindak ke atas
persekitaran dan mengubahnya.

Eksperimen Tingkah Laku Operan


Berdasarkan ujikaji tersebut Skinner menyatakan sifat baik atau positif dan sifat tidak baik atau negatif
berlaku dalam peneguhan contohnya peneguhan positif adalah seperti kata-kata berunsur pujian dan
motivasi, memberi imbalan dan sebagainya. Memberi pujian akan memotivasi dan mendorong
seseorang pelajar itu memberikan hasil yang terbaik di hari muka. Peneguhan negatif tidak boleh
disamakan dengan unsur denda atau hukuman.

2.1 MENGAPLIKASI TEORI BEHAVIORISME KE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN


SENI.

Terdapat beberapa perkembangan dalam teori behaviorisme yang dikemukan oleh Skinner
sesuai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual iaitu:
1. Jadual Jeda Masa Yang Tetap

Peneguhan diberi pada masa yang ditetapkan dan penghargaan seperti memberi pujian ataupun hadiah
kepada pelajar yang berjaya menghasilkan karya seni yang baik setiap kali berlakunya proses pengajaran
dan pembelajaran akan membentuk tingkah laku positif dikalangan pelajar.

2. Peneguhan Berjadual Mengikut Nisbah

Pengukuhan hanya dapat diberi selepas beberapa gerak balas dilakukan dan pengukuhan di sini
bergantung pada kekerapan pelajar memberi tindak balas misalnya murid melukis melalui peniruan atau
proses ‘imitasi’ contohnya murid akan melukis objek yang sama secara kerap atau berulang-ulang
sehingga ia terbiasa dan dapat melukis tanpa perlu lagi melihat objek tersebut.

3. Jadual masa tidak tetap

Kemahiran perlu dipelajari dan proses meningkatkan kemahiran perlu dilakukan secara berulang-ulang
contohnya, murid yang tidak pandai melukis dan mewarna perlu mempelajari kemahiran secara
berperingkat-peringkat dan secara kerap atau berulang-ulang.
4. Jadual nisbah tidak tetap

Apabila seseorang itu sering membuat latihan kemahiran seperti menconteng, melukis dan mewarna
maka kemahirannya akan meningkat . Pengulangan hasil seni yang sama hanyalah dianggap sebagai kraf
misalnya dalam seni kraf tradisional seperti batik, anyaman, tekat, tembikar dan sebagainya masih
menggunakan motif, bentuk dan bahan yang sama walaupun sudah lama berkembang.

Oleh itu, perkembangan teori behaviorisme memerlukan peneguhan daripada orang lain tetapi
pada situasi dan keadaan yang berbeza dan juga guru perlu bijak memberi peneguhan kepada pelajar
supaya mendapat hasil yang berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai