Anda di halaman 1dari 5

2) FAKTOR REMAJA TERLIBAT DALAM DADAH

Berdasarkan kajian kita, kita boleh mengenal pasti dan mengambil berat akan isu
yang menyebabkan golongan remaja terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Fenomena
penyalahgunaan dadah ini bukan hanya melibatkan golonga dewasa tetapi telah meracuni
golongan remaja dalam kadar yang tinggi. Lebih teruk lagi ialah, pelajar-pelajar di sekolah
menengah juga sudah pandai menyalahgunakan dadah. Dalam konteks ini, kita perlu
mengetahui faktor-faktor penyalahgunaan dadah ini supaya kita mampu membanteras dan
melakukan perubahan ke atas masyarakat di seluruh dunia. Antara faktor-faktor
penyalahgunaan dadah ialah :-

(i) Umur mula mengambil dadah iaitu seawal usia kanak-kanak

Apabila seseorang mengambil dadah pada peringkat umur yang sangat muda mereka
mempunyai kebolehan dan risiko yang tinggi untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah
pada usia remaja kerana mempunyai nilai ketagihan yang tinggi. Menurut Valenzuela dan
Ferna’ndez (2011) perkembangan semasa menunjukkan bahan-bahan yang tidak dianggap
sebagai dadah terlarang di bawah peruntukan undang-undang kini telah berubah menjadi
bahan yang boleh disalahguna. Contohnya ganja, menurut kajian daripada agensi anti-dadah
kebangsaan(AAK), sebilangan kanak-kanak lingkungan 13-15 mengambil dadah pada usia
tersebut. Sila rujuk rujukan 1 dibawah :

Rujukan 1
(ii) Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu punca utama remaja terlibat dengan
penyalahgunaan dadah. Statistik pada bulan Januari hingga disember 2005 menunjukkan
pengaruh rakan berada pada kedudukan yang tertinggi iaitu sebanyak 6573 orang penagih
baru dan 7203 orang penagih berulang dengan peratusan sebanyak 41.9% daripada jumlah
keseluruhan penagih. Pengaruh rakan sebaya ini kerap berlaku kerana kebanyakkan remaja
mahu menyesuaikan diri dan bergaul dengan rakan-rakan baru dan mereka menganggap
bahawa mengambil dadah bersama rakannya adalah salah satu cara merapatkan hubungan
mereka. Ada juga remaja yang berfikir mereka akan dipinggirkan jika mereka tidak
mengambil dadah bersama. Justeru, mengikut teori laluan (Gateway) atau peringkat (stage)
yang ditulis oleh Kandel dan Yamaguchi (1993), mereka berkata bahawa kebanyakkan
remaja pada usia ini, ingin mencuba sesuatu yang baharu terutamanya berkaitan dengan
penyalahgunaan bahan-bahan. Hal ini adalah kerana ajakan rakan-rakan mereka atau ingin
merasai sendiri bahan yang baru seperti alkohol, tembakau dan dadah seperti yang diwar-
warkan oleh rakan mereka sendiri. Malahan, menurut Agensi anti-dadah kebangsaan
(AADK), kadar penyalahgunaan dadah kerana rakan sebaya adalah paling tinggi jika
dibandingkan dengan faktor-faktor lain. Kita boleh merujuk rujukan 2 sebagai bukti :-

Rujukan 2
(iii) Faktor ibu bapa dan penjaga

Ibu bapa merupakan pasangan yang patut memberi perhatian dan kasih saying kepada
anak-anak mereka sejak kecil lagi. Namun, apa yang menjadi buruknya adalah apabila ibu
bapa tersebut telah pilih kasih dan kurang memberi perhatian terhadap anak-anak mereka.
Para ibu bapa yang kurang memberi perhatian kepada anak-anak mereka sejak kecil mampu
menyebabkan anaknya cenderung kepada penyalahgunaan dadah. Kanak-kanak yang kurang
mendapat perhatian kebanyakkannya berasa emosional mentalnya dah berasa seperti perlukan
tempat kebergantungan yang lain. Jika masalah emosi dan mental ini terlalu mudarat, mereka
berasa bahawa penyalahgunaan dadah mampu membuatkan mereka berasa tenang dan
terhibur. Seperti dikembangkan oleh teori Kematangan Penggunaan Bahan (Maturation
theory of substance use) oleh Haley & Baryza (1990) merumuskan pengambilan bahan pada
umur remaja dan kanak-kanak terhasil daripada tekanan atau kesengsaraan dalam
persekitaran rumah mereka sehingga mendorong menggunakan bahan untuk mengawal
perlakuannya (Wolfe & Mash 2006). Hal ini jelas bahawa penyalahgunaan dadah mampu
berpunca daripada ibu bapa remaja-remaja tersebut tersendiri.
(iv) Faktor persekitaran dan masyarakat

Faktor masyarakat dan persekitaran turut menjadi punca kapada penyalahgunaan


dadah di kalangan remaja. Remaja yang membesar di persekitaran yang terdedah kepada
aktiviti-aktiviti yang negatif seperti membuat, membeli dan mengedar dadah terlarang,
menyaksikan penggunaan dan penyalahgunaan dadah akan berasa selesa dengan keadaan
tersebut serta mudah terjerumus kepada penyalahgunaan dadah. Meraka menganggap bahawa
penggunaan dan penyalahgunaan dadah seperti perkara yang biasa, malahan mereka berasa
selesadengan pelralatan berkaitan dadah. Kajian juga mendapati kadar salah guna bahan
sangat tinggi dalam kalangan remaja yang tiada tempat tinggal atau mempunyai tempat
tinggal tidak tetap dan remaja yang tinggal di rumah bersama keluarga tunggal (Oman et al.
2004). Justeru, kita juga dapat melihat bahawa jika seseorang individu itu tergolong dalam
keluarga yang melakukan aktiviti penyalahgunaan dadah, kadar peratus individu tersebut
untuk melakukan aktiviti yang sama adalah sangat tinggi atas faktor persekitaran dan
kehidupan individu itu tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai