Anda di halaman 1dari 1

Forum 2

Soalan: Apakah cadangan terbaik yang boleh anda kemukakan untuk memartabatkan profesion
keguruan di Malaysia. Bincangkan.

Profesion perguruan merupakan antara profesion yang tertua di dunia. Dalam tempoh itu,
perubahan demi perubahan telah berlaku dalam pelbagai aspek seperti penambahbaikan dalam
perlaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta pengubahsuaian dalam misi dan visi
pendidikan. Profesion ini juga adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses
pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Dalam menuju ke arah negara maju ini, peranan guru
menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan
sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi.

Untuk menjadi seorang guru, seseorang insan itu perlulah mempunyai tanggungjawab yang
besar dalam memastikan pembentukan sahsiah pelajar yang cemerlang. Guru hendaklah sentiasa
menonjolkan model tingkahlaku yang baik kepada para pelajar. Dalam aspek pengajaran pula, seseorang
guru itu perlu sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan dalam menerima segala kritikan dan pendapat
dari orang sekeliling. Hal ini amat penting bagi memastikan usaha untuk memartabatkan profesion
perguruan dapat dicapai. Sehubungan itu, adalah amat penting untuk seseorang yang memilih kerjaya
sebagai guru menjalani latihan sebelum memulakan perkhidmatan.

Selain itu, guru tidak boleh bersikap lepas tangan terhadap kepentingan untuk mendidik anak
bangsa. Guru mempunyai peranan dan tanggungjawab bagi membantu pelajar meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran sehingga mampu mencapai kecemerlangan menerusi pengajaran yang
berkesan.

Di samping itu, guru berkualiti perlu seiring dengan aspirasi negara , bukan bertindak mengikut
emosi peribadi. Guru tersebut perlulah menganggap tugas mendidik sebagai amal kebajikan atau ibadat
yang diberikan ganjaran besar oleh Allah SWT. Guru berkualiti juga haruslah bersedia menghadapi
cabaran pelajar yang bermasalah dan tidak mudah mengalah atau cepat tawar hati sehingga hilang
semangat untuk berusaha mengatasi masalah dan kelemahan mereka.

Tuntasnya, bidang pendidikan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang


berlaku adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan hasrat wawasan 2020.